Permulaan tahun baru sepatutnya merupakan permulaan diari baru yang pastinya ramai ingin memulakan dengan langkah kanan. Namun, kebanyakan ibu-bapa di Malaysia memulakan dengan langkah kiri akibat dari kewajipan untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Secara puratanya, ibu-bapa akan menghabiskan RM50 - RM200 di awal persekolahan untuk pakaian sekolah, beg, kasut dan alat tulis. Kemudian perbelanjaan itu ditambah di minggu pertama sekolah. Antara lain ialah bayaran bas sekolah dan juga bayaran tambahan.
Bagi ibu-bapa yang tinggal di bandar dan bergaji besar seperti Datuk Merican (Presiden GPMS, tengok rumah pun tahu), Datuk Hishamuddin, Shafie Afdal, dan lain-lain yang boleh masuk tv, setakat RM200 - RM500 seorang anak tiada masalah. Malah kebanyakan mereka ini hanya mempunyai 2 - 3 orang anak. Bandingkan jumlah anak dengan kemampuan mereka ini. Sekarang cuba bandingkan majoriti rakyat malaysia. Contohnya; Gaji ibu + Gaji bapa (kerja di sektor awam) setelah ditolak KWSP/LHDN/Zakat (yang wajib dan dibuat secara potongang terus ke gaji) ialah RM3000. Tolak Rumah (RM500), kereta (RM600), Telefon (RM200), Bil Air dan Elektrik (RM100), belanja rumah (RM500), perbelanjaan makan+minyak+tol (RM800). Tinggal baki RM300. Itu belum ditolak perbelanjaan lain serta simpanan hari tua dan untuk anak-anak. Agak-agak mampu ke tidak mereka ini?
Kita cakap mengenai kemampuan, dan jika tak mampu tidak perlu bayar kerana ia bukan wajib. Mungkin yang bercakap itu tidak pernah alami sepertimana orang kebanyakkan alamai. Saya ketika bersekolah dahulu, cuba bayangkan kami 4 beradik dengan gaji bapa, seorang koperal polis. Dan ini 20 tahun dulu. Ketika itu juga ada bayaran tambahan. Apa yang berlaku pada kami jika bayaran tambahan yang tidak wajib itu tidak dibayar (tak mampu bayar)? Kami disisihkan oleh pihak guru dan sekolah. Saya pernah diarahkan berdiri luar kelas kerana tidak ada buku latihan tambahan. Ada ketika disuruh berdiri atas kerusi kerana guru anggap saya tidak buat latihan yang disuruh, padahal saya tidak beli buku kerana tidak mampu. Bagaimana perasaan saya ketika itu. Saya hanya mampu berdiam dan tidak berani memberitahu bapa kerana saya fahami kemampuannya.
Bayangkan mereka ini ketika ini.
Sepatutnya pihak sekolah memahami apa itu harga syiling. Telah ditetapkan bahawa bayaran tambahan mestilah tidak melebih hadnya. Serta ia bukannya wajib. Sekiranya ibu-bapa tidak mampu atau tidak mahu bayar, saya rasa pihak sekolah tiada hak untuk menafikan hak mereka. Sebagai contoh, jika saya tidak mahu anak saya mengikuti kelas tambahan atau aktiviti tambahan serta kelas komputer, saya tidak perlu membayarnya. Untuk apa saya bayar jika anak saya tidak akan mengikuti kelas tersebut. Jika saya sudah ada komputer di rumah dan saya sendiri berpengetahuan, kenapa harus saya bayar sedangkan saya boleh mengajar sendiri? Kenapa saya harus bayar kelas tambahan anak sedangkan saya mampu mengajar dirumah atau saya sudah pun merangka kelas tambahannya diluar? Kenapa saya harus membayar yuran tandas sedangkan kebersihan tandas kewajipan sekolah? Jika ia sebagai vandalisme dan untuk kurangkan vandalisme, kenapa tidak diletakkan seorang pencuci diluar. Jadikan tandas awam dengan bayaran masuk 10sen. Saya lebih setuju begini kerana purata seseorang menggunakan tandas disekolah ialah sekali sehari. Ada yang tidak ke tandas lansung. Lebih jimat, lebih senang diurus, serta lebih menjamin kebersihan dan dari vandalisma.
Pihak PIBG yang sepatutnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. Pihak PIBG tidak boleh hanya mendengar pandangan orang yang berada didalam mesyuarat tersebut semata (kebanyakkan yang mampu hadiri mesyuarat adalah orang yang berkemampuan). Kenapa tidak diadakan satu taklimat atau mengutus surat meminta persetujuan dari ibu-bapa murid? Kenapa tidak diadakan sistem yang lebih sistematik dalam mencari kaedah dan penyelesaian terbaik.
Saya cadangkan diadakan sistem pendaftaran dengan ibu-bapa hanya perlu menanda bahagian yang ingin disumbangkan dan bayar untuk bahagian tersebut. Mungkin sekolah boleh keluarkan senarai yang boleh disumbangkan berserta bayaran minimumnya. Peranan ibu-bapa ialah menandakan bahagian yang ingin disumbang serta jumlah sumbangannya. Jadi ini lebih kepada kerelaan masing-masing. Juga diselitkan pada situ akibat jika tidak membayarnya. Sebagai contoh, jika ibu-bapa tidak mahu membayar yuran MSSN, atau yuran sukan, anaknya tidak akan mewakili sekolah dalam sukan. Jika ibu-bapa tidak mahu membayar yuran penggunaan komputer, makan anak dia tidak boleh menggunakan komputer tersebut. Ia adalah lebih baik kerana ia adalah situasi menang bagi kedua-dua belah pihak.
Jadi, kenapa kita perlu bising-bising lagi. Penyelesaiannya mudah. Sama ada kita nak buat atau nak tunggu Pak Lah bersuara dulu baru nak buat atau nak kena sama dulu baru nak bergerak, terpulang pada kita. Bagi saya, isu remeh ini perlulah dihentikan. PIBG perlu mainkan peranan dengan betul dan bukan bertindak atas pendapat dan pandang sebelah pihak. Lihat kemampuan penduduk sekitar terlebih dahulu. Buat sistem yang sistematik dan relevan.
Jadi harapnya isu remeh ini tamatlah secepat mungkin.

No comments:
Post a Comment