A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, January 15, 2008

Kenapa Aku Di Rogol Walau Bertudung.....

Beberapa wanita membangkitkan isu ini suatu tika dahulu selepas kes-kes rogol berprofil tinggi semakin meningkat. Malah hingga kini, virus itu seakan tidak mampu dihapus dan semakin merebak. Persoalan ditimbulkan oleh beberapa orang terpelajar mengenai perkara ini. Lelaki dikatakan bernafsu binatang kerana tergamak melakukannya walaupun pada pendapat mereka, tudung sudah dipakai. Jadi kenapa masih dirogol?

Sebab-sebabnya ialah:

  1. Tudung dipakai tapi rambut jelas teruntai.
  2. Tudung dipakai, rambut diikat kemas, tapi tudungnya nipis menampakkan rambut dan tengkuk
  3. Tudung dipakai, rambut tak nampak, tapi dadanya terdedah. Malah ada yang menampakkan alur garisan. Ada yang menampak buah nya bila tunduk atau melalui celah butang bajunya yang terbuka.
  4. Tudung dipakai, dada tak nampak. Tapi pakaiannya nipis menampak pakaian dalamnya. Ada yang menampakkan susuk paha dan kakinya. Ada yang menampak aliran seluar dalamnya.
  5. Tudung dipakai, pakaian dah gelap. Tapi bentuk serta alur badan jelas kelihatan. Lekuk pinggang dan dada jelas terpampang. Bentuk punggung bergoyang kiri dan kanan jelas dilihat. Ada pula koyak dibelakang sikit kononnya untuk mudah melangkah.
  6. Tudung dipakai, pakaian ala jubah. Tapi bila ditiup angin, jelas kelihatan bentuk muka buminya.
  7. Tudung dipakai dan semua menurut syarak. Tapi suka jalan malam-malam, balik kerja lewat malam, lalu pun jalan yang jarang orang lalu. Keselamatan diri dipandang remeh.
  8. Tudung dipakai dan ada berteman. Tapi teman suka menggatal. Tangan teman suka memanjat. Kehormatan diri tak dijaga.
  9. Tudung dipakai, semua dijaga. Tapi lupa lak, pergaulan tak jaga. Sudah la tu, pakai minyak wangi serta make-up sehingga kalah anak dara. Alasan untuk suami. Tapi suami jumpa dirumah sahaja. Dirumah pula pakai ala kadar dengan alasan hanya suami je yang ada.


Habis tu macam-mana? Semuanya tak guna. Semua tak boleh. Macam mana nak bersosial? Macam mana nak kerja? Macam mana nak pergi belajar? Macam mana nak bantu keluarga?

Lupa ke? Syariat ISLAM kena ikut? Ikut bukan sekadar lepas batuk ditangga. Pakai tudung biar sempurna. Pergaulan biar selaras. Nak bantu ke nak belajar ke nak bersosial ke, dalam ISLAM dah ada cara yang betul dan selamat. Terpulang nak ikut atau tidak. Tepuk dada tanya selera.

Lelaki tak salah 100% kerana sedia maklum akal lelaki dimana. Pokok tak goyang kalau tak de angin yang bertiup. Bukan senang nak hidup cara ISLAM, tapi lagi senang dapat bahana jika tak ikut. Cara ISLAM sukar pada orang yang banyak kerenah serta alasan, tapi mudah kalau dibuat dengan ikhlas dan kesungguhan.

No comments: