Monday, July 02, 2018

Pengajaran Siri SICCIN (kisah sihir di turki)

Siapa belum tengok SICCIN (boleh cari kat youtube). Ia drama/movie dari turki yang mengisahkan kuasa hitam (black magic) yang menjadi amalan disana.

Saya dah tengok 2 siri (SICCIN 1 & SICCIN 2). Setakat ini pencari di youtube tunjuk ada 4 siri.
Sedikit perkongsian berkaitan siri tersebut.
  1. Agak mengerunkan untuk bahagian tertentu. Boleh rasa seram terutamanya masa penyediaan mantera.
  2. Pengamal mantera merupakan seorang ISLAM yang memulakan mantera dengan bacaan bismillah dan selawat serta memetik sebahagian ayat Al-Quran. Namun, selepas itu, disertakan dengan kalimah yang tidak diketahui. Malah, ada pengamal yang melaksanakan solat juga. Ini menunjukkan betapa individu yang menunaikan solat dan membaca Quran juga boleh terpesong dek kerana hasutan syaitan, apatah lagi mengamalkannya. Ini juga membuktikan betapa ISLAM itu tidak boleh dinilai semata dari solat dan baca Quran, namun pada keseluruhan hidup seseorang itu. Ada satu 'scene' menunjukkan seorang pengamal ini menyembelih khinzir sambil menyebut kalimah tauhid sekaligus menunjukkan betapa dia sudah sesat dari ajaran ISLAM yang sebenar.
  3. Berdasarkan siri tersebut, yang berniat jahat dan melakukan angkara jahat adalah yang terdekat dengan kita. Malah, dalam siri pertama, yang melakukan kejahatan ialah ibu saudara manakala dalam siri ke-2, yang melakukan sihir ialah ibu dan kakak kandung. Ia juga sinonim dalam kehidupan kita. Yang banyak melakukan kerosakan dan menyusahkan juga adalah dikalangan yang kita kenali rapat seperti kaum kerabat, keluarga, sahabat handai, etc. Malah, kejatuhan beberapa empayar termasuk kesultanan melaka juga adalah disebabkan orang dalam dan bukan dari luar. Yang luar hanya tiupkan api sahaja.. Begitu jua peranan iblis dan syaitan.
  4. Bukan mudah merungkai sihir. Dalam siri pertama, semuanya meninggal termasuk penyihir. Dalam siri kedua, yang terkena sihir terselamat. Itupun selepas beberapa bulan penyihir dan keluarganya meninggal dunia.
  5. Sesiapa sahaja ada potensi amalkan sihir ini jika hati sudah ada perasaan dengki dan khianat serta cemburu. Namun, ia adalah satu dosa yang besar serta tidak akan mendapat pengampunan Allah kerana menyekutukan Allah dengan Jin.
  6. Bahaya kuasa jahat (black magic @ sihir) - yang buat pun berpotensi kena sihir (lihat siri 1).
Apa pun, siri SICCIN ini patut ditonton sebagai pengajaran. Namun, jangan tengok jika tidak kuat iman dan penakut.

Google

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com