Google

Wednesday, February 10, 2010

Kenderaan di lorong kecemasan kena saman... apa punya bangang la pemikiran pemimpin kita

Jangan le cepat sangat nak keluarkan saman ... asal duit mudah... cepat je.. tak fikir banyak lak tu.
Pertama-tamanya kena lihat dulu.. Kenapa mangkuk ayun ni semua nak bawa kereta di lorong kecemasan... laju lak tu.. kalau pelan sure boleh brek or elak... dah la lalu lorong kecemasan... bawa laju lak tu apehal? sebab apa? sebab dia biasa masa sesak lalu lorong kecemasan laju gak.. kira nak cepat je... kalau saya, saya salahkan orang yang pandu kereta kat lorong kecemasan... sepatutnya lorong kecemasan adalah tempat kita berhenti bila ada kecemasan (kalau tempat hentian masih jauh) atau tempat bomba/polis/ambulan lalu bila ada kecemasan... bukan laluan untuk kenderaan lalui bila-bila masa.
Yand keduanya pulak... jika dah berhenti atas sebab kecemasan sebab tak mahu sesakkan lorong utama, adakah kita letak kon keselamatan pada jarak kurang-kurang 50 meter? atau letak daun kering je atau tak de pape pun letak atau letak kon tapi cuma 2 - 3 meter je dari belakang kenderaan? Lagi satu, kenapa lampu kecemasan tidak dinyalakan? bukankah ini yang patut kita lakukan untuk elak kemalangan tersebut, dan bukannya macam idea bangang dari ketua polis trafik untuk saman kenderaan yang berhenti kat tepi jalan walaupun ada sebab munasabah...
Cadangan (sebab ramai yang tak leh fikir):
Saman jika:
1. berhenti dilorong kecemasan tanpa sebab munasabah.
2. berhenti dan lampu kecemasan tidak dinyalakan atau tiada kon keselamatan diletakkan pada jarak minimum 50 meter
3. kereta yang lalu lorong kecemasan tanpa sebab

ini baru betul...

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com