Google

Monday, August 29, 2011

Mulakan dengan diri anda

Sebentar tadi, ketika menanti azan subuh berkumandang, menonton siri Lau Kana Bainana di TV Al-Hijrah.. ada petikan yang menarik yang ingin pakcik kongsi bersama. "Untuk ubah masyarakat, kita perlu mulakan dengan diri kita dan yang terdekat dengan kita."

Di dalam menerangkan akan petikan tersebut, penyampai telah membawa beberapa hadith:
1. Ketika selesai umrah (ketika berlakunya perjanjian hudaibiyah), Rasul S.A.W telah memerintahkan para sahabat bangun dan menyembelihkan haiwan ternakan serta mencukur rambut, namun tiada seorang pun sahabat nabi melakukannya. Diulanginya sebanyak 3 kali dan hasilnya tetap serupa. Lantas Rasul S.A.W kembali dengan perasaan kecewa dan berbicara dengan isterinya Ummul Salamah. Ummul Salamah telah menasihatkan Rasul S.A.W untuk keluar dan melakukannya (sembelih haiwan dan bercukur) dahulu tanpa berbicara dengan sesiapa. Lantas Rasul S.A.W  melakukan sepertimana disarankan oleh isterinya. Selepas itu, maka para sahabat pun turut melakukannya.
2. Ketika seseorang bertemu dengan Rasul S.A.W mengenai hukum hudud (potong tangan kerana mencuri) dan memohon diringankan, maka Rasul S.A.W berkata "Demi Allah, jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan ku potong tangannya." - riwayat Aishah r.a.

Pengajaran:
1. Rasul S.A.W, walaupun seorang Rasul, pemimpin, dan ketua tetap menerima nasihat dan pandangan hatta dari isteri baginda S.A.W sendiri. Apatah lagi kita yang merupakan insan yang banyak kekurangannya.
2. Untuk melihat perubahan pada masyarakat, kita perlulah mulakan dari diri kita sendiri. Namun begitu, kita lihat dikeliling kita masih ramai yang berkehendak pada perubahan masyarakat terutamanya kerajaan, tetapi tiada perubahan dilaksanakan pada diri dan keluarga terlebih dahulu. Dalam hal ini, pakcik ingin membawa beberapa perkara berkaitan:
 - BERSIH - umum tahu apa jua tuntutan oleh NGO yang bersuara didalam BERSIH ini. Namun dalam masa yang sama, kita dapat perhatikan beberapa orang yang bersuara akan keBERSIHan ini juga tidak bersih. Contoh terdekat ialah PEROKOK. Apakah keBERSIHan yang diinginkan jika mereka ini saban hari mengotorkan udara, kawasan sekeliling dan tubuh badan diri dan masyarakat? Ini merupakan satu contoh ketara. Bagaimana pula dengan hati dan perasaan yang sentiasa kotor dengan hasad dengki, amarah, berprasangka buruk?
- Pembaziran - Kita sedih melihat masyakat dunia kebuluran dan serba kekurangan, namun dalam masa yang sama pakcik lihat ramai yang masih lagi mengamalkan pembaziran. Makanan berlebihan, MERCUN dibeli tanpa rasa sedih akan kebakaran duit sekelip mata dan beraya sakan tanpa melihat kemampuan diri hingga sanggup berhutang.
- Pendidikan - Apakah didikan yang ingin kita lihat jika diri sendiri gagal mendidik anak-anak kita. Teguran jiran/cikgu pada anak kita dianggap satu kesalahan sedangkan kita lupa pada hakikatnya bahawa anak-anak kita tidak semestinya benar. Malah kita didik akan kebersihan atau sikap yang baik pada anak-anak tetapi dalam masa yang sama kita memotong 'Q', bawa kereta macam syaitan, buang sampah dari kereta, memaki hamun orang yang menegur anak kita dan pelbagai sikap buruk yang kita tonjolkan tanpa segan silu sekaligus berlawanan dengan ajaran yang kita berikan pada anak-anak.

Ada banyak lagi yang ingin pakcik tuliskan mengenai sikap kita yang ingin pada kebaikan tetapi dalam masa yang sama terlupa memulakkannya dari diri kita sendiri sedangkan itulah contoh yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W.

Pakcik ingin mengambil kesempatan ini untuk sarankan pada sahabat dan saudara semua serta pada diri pakcik sendiri untuk memulakkannya dengan diri sendiri sebelum kita menyarankan pada masyarakat sekeliling.

Yang masih belajar...

Saturday, August 20, 2011

Sistem Agihan Baitulmal

Tahukah Anda?
Baitulmal melalui sistem agihannya menawarkan kepada mereka yang layak untuk menerima beberapa skim bantuan seperti berikut:

1. Skim Bantuan Kewangan Bulanan
2. Skim Bantuan Ramadhan
3. Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang
4. Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah/Sewa Rumah Bulanan
5. Skim Bantuan Membina Rumah/Membaiki Rumah/Deposit
6. Membeli Rumah Kos Rendah
7. Skim Bantuan Perubatan
8. Skim Bantuan Motosikal Roda Tiga OKU
9. Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
10. Skim Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah
11. Skim Bantuan Perniagaan
12. Skim Bantuan Perkahwinan
13. Skim Bantuan Guaman Syarie
14. Skim Bantuan Kecemasan
15. Skim Bantuan Ibnu Sabil
16. Skim Bantuan Musibah
17. Skim Bantuan Am Pelajaran IPT
18. Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
19. Skim Bantuan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang
20. Skim Bantuan Persedian IPT
21. Skim Bantuan Pelajaran Institut Profesional Baitulmal
22. Skim Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
23. Skim Bantuan Dermasiswa Baitulmal
24. Skim Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Prasekolahan
25. Skim Bantuan Tuisyen
26. Skim Bantuan Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan
27. Skim Bantuan Ar-Riqab

Waktu Urusan
Kaunter Agihan dibuka setiap hari bekerja
Isnin - Jumaat: 8.30pagi - 5.00petang

Untuk Keterangan Lanjut
Kunjungi Baitulmal di alamat seperti di bawah:
1. Bahagian Baitulmal
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Banguna Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,
Off Jalan Raja Muda 53000, Kuala Lumpur
Tel:03-26175222
Faks: 03-26926661/26175242

2. Pusat Agihan Zakat (PAZA) - (Cawangan Baitulmal)
Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan (03-92811500)
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (03-22836584)
JAWI Putrajaya (03-88842627)

Pakcik kata: Kalau diikutkan dengan senarai skim yang ada pada baitulmal ini, adalah mustahil akan ujud di negara ini begitu ramai rakyat yang didalam kedaifan. Malah adalah mustahil untuk kita lihat wajah-wajah insan yang memerlukan memohon sumbangan dari orang ramai untuk merawat sakit diri mahupun keluarga. Namun itulah yang menjadi persoalan. Kenapa masih wujud keadaan sedemikian. Apakah terlalu banyak birokrasi? Apakah terlalu ketat dan terlalu susah untuk membuat permohonan? Dimanakah tanggungjawab Baitulmal dalam melakukan agihan? Tidakkah mereka sepatutnya mencari dan bukan sekadar berada dikerusi empuk disulami angin sejuk dari 'air-cond'? Dan mengapa setiap kali proses audit dilaksanakan kita lihat, belanja pengurusan melebihi belanja agihan? Tidakkan mereka sepatutnya melebihkan agihan berbanding pengurusan? hmmm... renung2 kan lah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Salam Aidilfitri

Sudah agak lama pakcik tak menulis dan berbicara. Kadang tu teringin juga berbicara terutama dengan beberapa isu semasa yang mengundang keinginan pakcik untuk turut sama melahirkan pendapat. Namun, kerana kekangan masa dan juga kekangan capaian internet, maka segalanya terpaksa pakcik pendamkan dulu. Mungkin apabila tiba masanya, pasti pakcik akan kembali berkongsi pendapat dan pandangan.

Dan memandangkan kini kita di sepuluh malam terakhir ramadhan, pakcik ingin ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar pembaca semua beroleh keberkatan dan dapat ketemui satu malam yang paling baik dan penuh barakah. Malam sebelumnya juga ada keberkatan, tetapi malam ini merupakan malam yang telah disebut dalam Al-quran menandakan betapa istimewanya dalam kalendar umat ISLAM. Dan moga2 puasa kita akan diterima Allah S.W.T dan kita akhir ramadhan dengan mendapat keampunan dan hidayah dari Allah S.W.T.

Tak lupa juga, pakcik ingin ucapkan Salam Aidilfitri... Sehingga berjumpa lagi.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com