Aduan terhadap Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor yang diadukan pada Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)
Saya telah mendaftar anak saya untuk memulakan pendidikan darjah satu di SK Bandar Tasik Puteri (SKBTP), Rawang bermula dari tahun 2012 melalui laman web kementerian pendidikan (www.moe.gov.my). Melalui laman tersebut, telah dinyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk diserahkan pada pihak SKBTP.
Pada hari ini, isteri saya telah membawa semua dokumen diperlukan untuk diserahkan pada pihak SKBTP. Isteri saya telah dilayan oleh seorang kerani yang boleh dikatakan tidak bijak dari segi pemikiran dan percakapan. Isteri saya telah menyerahkan 'original copy' bil elektrik dan bil air memandangkan ia adalah bil yg telah pun dijelaskan serta tidak diperlukan lagi. Malangnya, atas ketidak-bijakan kerani tersebut, dia memintan isteri saya menyerahkan salinan bil tersebut sedangkan dia dimaklumkan bahawa bil tersebut sudah tidak berguna dalam simpanan dan boleh disimpan oleh pihak SKBTP. Terletak berhampiran merupakan mesin 'photocopy' yang membolehkan kerani itu melakukan imbasan dan salinan tetapi malangnya sekali lagi, kerani tersebut enggan dek kerana ketidak-upayaan dia berfikir. Kerana tidak mahu panjang lebar, isteri saya telah pergi untuk membuat salinan dan ketika ia kembali untuk serahkan, sekali lagi, kerani tersebut lebih mementingkan diri apabila memaklumkan bahawa dia hanya memberi layanan hingga pukul 12tgh dan isteri saya perlu datang semula pada pukul 2 ptg. Dengan rasa marah, isteri saya kembali semula pada waktu yang dikatakan. Sekali lagi kerani tersebut melakukan perkara yang cukup memalukan. Dia memaklumkan bahawa isteri saya perlu membawa sampul surat bersetem untuk pihak sekolah menghantar keputusan/atau maklum balas selepas pendaftaran. Apa yang saya tidak puas hati ialah:
1. Kenapa perlu dibuat salinan sedangkan bil yang original boleh diserahkan dan lebih baik dari salinan serta telah dinyatakan bahawa bil tersebut sudah tidak diperlukan. Adakah kerani ini bodoh atau sistem yang tidak bijak kerana membazir dari segi kertas dan masa.
2. Mesin photocopy ada berhampiran. Kenapa dia tidak boleh melakukan salinan jika benar memerlukan? Susah ke sedangkan isteri saya sanggup membayar dari membuang masa mencari kedai photocopy untuk membuat salinan dan kembali?
3. Tidak bolehkah kerani tersebut melayan sebentar pada pukul 12tgh sedangkan waktu rehat kerajaan ialah dari pukul 1.00 tgh - 2ptg. Kenapa perlu tutup 12tgh? Kalau ia pun perlu tutup, tak kan nak layan seorang ketika dia sudah bersusah payah memenuhi tuntutan pertama yang cukup bangang dan menyusahkan pun tidak boleh? Besar dan hebatkah kerani tersebut?
4. Sikap kerani tersebut yang menyusahkan apabila tidak memaklumkan lebih awal akan senarai dokumen dan barang yang perlu dibawa adalah cukup menyakitkan. Adakah dia bodoh atau tidak tahu berfikir atau pentingkan goyang kaki dan malas nak buat kerja?
Selain itu, tingkah laku serta sikap guru-guru di SKBTP juga boleh dipertikaikan. Ada yang tidak layak bergelar guru dengan sikap kurang ajar, merokok dikawasan berhampiran, serta tidak ada sifat prihatin pada ibu-bapa yang datang.Bagaimana kementerian boleh mencapai NKRA / KPI yang telah ditetapkan serta menambah-baikan pendidikan malaysia jika beginilah perangai kakitangan dan sikap guru-guru yang teruk. Tidak dinafikan ada yang bagus tetapi dek kerana sebilangan yang teruk ini telah menyebabkan anak-anak murid mempelajari sifat yang keji dan buruk lantas tidak membantu dari segi akhlak dan ilmiah.
Oleh itu, saya harap pihak berkaitan akan melakukan tindakan tegas terhadap kerani tersebut dan juga pentadbiran SKBTP yang lansung tidak mesra.
Sekian.
Yang tidak berpuas hati.
(Ticket No: 06345)

2 comments:
saya juga mempunyai masalah yang lebih kurang sama. tapi saya merupakan seorang guru sekolah yang dilayan teruk oleh kerani..saya nak tanya encik..ada tak kementerian ambial tindakan apa2 semenjak aduan encik..?
Terlalu banyak proses yang diperlukan mereka hingga berulang kali menanyakan perkara sama. Kementerian minta terlalu banyak perkara hingga saya rasa bosan dan memberi kata dua pada mereka yakni menyiasat sendiri atau saya laporkan pada BPA dan Menteri Pendidikan terus melalui akhbar. Selepas itu saya dapat surat mengatakan bahawa perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan pengetua sekolah. Kena ugut dulu baru dia org nak buat kerja
Post a Comment