Google

Tuesday, September 27, 2011

Kopi boleh membantu elakkan kemurungan

Satu kajian di US menyatakan bahawa kopi boleh membantu wanita mengelak dari mengalami kemurungan.
Untuk lebih lanjut, sila baca artikel di sini.

Pakcik rasa:
1. Pakcik memang suka kopi tapi kajian tu untuk perempuan.
2. Kopi memang bagus kalau minum ikut kadar tapi kalau terlebih dos, tak elok juga

Tuesday, September 20, 2011

Tanah Melayu tak pernah jadi koloni

Tanah Melayu tak pernah jadi koloni

Berikutan sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) melalui Kluster Sejarah Warisan dan Sosio-budaya di Kementerian Pengajian Tinggi pada 9 September 2010, pelbagai reaksi telah muncul daripada ucapan saya yang disiarkan oleh TV sebagai petikan berita.
Dalam petikan itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511. Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun.
Ucapan itu dituturkan sebagai membentang 'kenyataan akhbar' yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media, baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.
Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada "kenyataan akhbar' MPN yang memilih untuk mengulas dua 'persoalan sejarah' yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) di Tasik Gelugor pada 21 Ogos 2011. Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah 'penjajahan' dan 'perjuangan'.
Berkaitan isu penjajahan itu, yang dikutip ialah kenyataan berikut: "Tanah Melayu adalah negara naungan (protectorate) yang diiktiraf kedaulatan dalamannya. Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR)… Negeri-negeri Melayu (Bersekutu - FMS - atau Tidak Bersekutu - UFMS) tidak pernah menjadi colony atau tanah jajahan British". (petikan asal)
Yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni (colony) atau tanah jajahan. Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai 'negeri-negeri naungan' atau protectorate. Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah, kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (Chandra Muzaffar, New Straits Times (NST), 15.11.2011), Tun Dr. Mahathir Mohamad menambah, 'The Advisor became the Ruler' (NST) dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am.
Malangnya apa yang tidak dikutip oleh pemberita daripada kenyataan akhbar itu ialah ayat yang menjelaskan kedudukan tanah jajahan di Tanah Melayu: "Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)… . Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai breach of trust (R. Braddell) atau indirect rule (R. Emerson). Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih (legitimate), walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara." (tulisan bold adalah daripada teks asal).
Dengan demikian, kenyataan akhbar itu mengakui berlakunya 'penjajahan' oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah protectorate. Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah: Roland S. J. Braddell, seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai 'pecah amanah' terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu; atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai 'pemerintahan tak langsung'.
Kenapa ditegaskan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai 'naungan' (protectorate) dan bukan 'tanah jajahan' (colony) walaupun berlaku penjajahan pada realitinya? Kenapa penilaian R. Braddell itu dan R. Emerson itu juga ditegaskan?
Pertama, adalah wajar penulisan sejarah dilakukan dengan lebih kritis berasaskan fakta dan tafsiran yang wajar. Para sejarawan Malaysia telah banyak melaksanakan penilaian kembali sejarah nasional Malaysia terutama di dalam teks sekolah dengan melihat para penentang penjajahan British sebagai 'pejuang' dan menerima perjuangan awal golongan kiri sebagai perjuangan dan penentangan. Sejak persoalan historiografi Asia Tenggara hebat didebatkan terutama oleh sejarawan Belanda, J.C. van Leur, sebagaimana ditulis oleh para sejarawan Eropah, "from the deck of the ship, the ramparts of the fortress, the high gallery of the trading house," maka perubahan penilaian itu berlaku terus menerus sebagai proses pensejarahan yang biasa.
Kedua, gagasan kritis yang melihat penjajahan British sebagai 'pecah amanah' seperti saranan Braddell adalah amat bermakna kerana sikap sejarah seperti itu dapat membenarkan tuduhan bahawa meskipun Tanah Melayu seharus sebuah negara naungan tetapi segala perbuatan, tindakan dan kesan daripada pentadbiran British telah menyebabkan psikologi masyarakat Melayu menjadi 'involusi' (involuted), kemiskinan dan keterpinggiran dalam ekonomi, penindasan dalam pendidikan setakat darjah tiga dan kemudian ditambah kepada darjah enam rendah sahaja, ketiadaan sekolah menengah, kehancuran sistem perundangan Islam dan lebih utama lagi pewarisan masalah perkauman yang amat hebat.
Ketiga, penilaian sejarah sedemikian akan membolehkan kita untuk memahami dengan betul kenapa tindakan para pejuang kemerdekaan Tanah Melayu memilih 'perjuangan aman' dan tidak 'perjuangan bersenjata'. Para pejuang masyarakat Melayu yang menentang pentadbiran British memang mempunyai dua pilihan: penentangan dengan kekerasan dan dengan keamanan.
Golongan kiri atau radical dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ingin menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah terpengaruh dan terikut dengan gerakan anti-penjajahan Indonesia terutama oleh Sukarno dan Hatta. Kedua-dua pejuang Indonesia itu perlu tindakan menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah juga golongan radikal, sosialis dan kiri, suatu fahaman yang amat berpengaruh pada zaman itu. Lebih penting lagi ialah Indonesia itu adalah 'tanah jajahan' (colony) Belanda sejak kurun ke-17. Maka perjuangan kemerdekaan adalah penentangan dengan kekerasan. Bilangan mereka juga amatlah ramai, dan cendekiawan Indonesia amat terdidik tinggi di Eropah.
Golongan komunis bangun menentang dengan senjata, yang juga dibekalkan oleh British di zaman pemerintahan Jepun, untuk membina republik Komunis di Tanah Melayu.
Dengan menggembleng sebahagian tenaga ketenteraan daripada empayarnya, Britain dan Tanah Melayu mengalahkan perjuangan militan komunis itu. Pasukan tentera dan Polis Tanah Melayu menyambung penyerangan itu hingga menang sepenuhnya pada tahun 1989.
Keempat, kerana kedudukan Tanah Melayu dan raja-raja Melayu adalah di bawah naungan British melalui perjanjian sejak 1874 maka seluruh rakyat Melayu menentang usaha British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai 'koloni' melalui rancangan 'Malayan Union'. Serentak dengan itu pada 1948, berlaku penentangan bersenjata Komunis yang dilawan dengan kekuatan senjata yang lebih besar oleh British.
Daripada pengalaman menentang 'Malayan Union' dan 'Darurat' itu pejuang seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman memahami kekuatan dan kewajaran penentangan secara aman melalui perundingan terhadap British, seperti di India, dan bukan melawan secara bersenjata seperti di Zulu, Afrika. Tanggapan terhadap 'penjajahan' British itu sebagai naungan melalui perjanjian, menyebabkan berlaku 'perundingan' untuk membincang kembali penjanjian baru dengan British supaya dapat mencapai self-government (pemerintahan sendiri). Ini yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman apakala menuntut 'kemerdekaan'.
Kelima, bahawa negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu itu merupakan protectorate menyebabkan sistem kerajaan Melayu terpelihara dan kekal hingga kini. British sebagai kuasa kolonial boleh dengan mudah menghapuskan kedaulatan kerajaan Melayu seperti berlaku di Singapura pada 1824 terhadap Sultan Husin Syah. Kerana kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu adalah naungan maka British terpaksa menghapuskan fakta 'kedaulatan raja Melayu' itu ketika menubuhkan Malayan Union.
Meskipun kedaulatan (sovereignty) itu dikatakan hanya legal fiction tetapi di hati orang Melayu hal itu adalah benar. Penghapusannya menyebabkan seluruh bangsa Melayu menentang Malayan Union dan British tunduk kepada tuntutan aman itu.
Keenam, rundingan kemerdekaan telah memulangkan kembali kedaulatan itu kepada raja Melayu di samping rakyat Tanah Melayu. Rundingan Perlembagaan telah melibatkan wakil Raja-Raja Melayu. Hal itu bermakna, kedaulatan raja Melayu itu dihormati meskipun ia telah dipinggir dan diketepikan pada praktiknya di zaman pentadbiran British. Demikianlah juga semua peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang keistimewaan Melayu adalah natijah daripada kewujudan kedaulatan Melayu yang diwakili oleh raja-rajanya.
Semua orang Melayu, terutama parti politiknya, dan rakyat Malaysia mesti memahami persoalan sejarah itu dengan lebih baik dan benar untuk dapat menilai dengan patut, betul dan bermakna.

Diambil dari laman Utusan pada 20hb September 2011.

Friday, September 16, 2011

Pentauliahan: Perlu atau Tidak?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Laporan berita diatas bukan sahaja memalukan orang selangor, malahan, keseluruhan umat ISLAM di malaysia. Tempat ibadah sepatutnya menjadi kawasan suci dimana penganut agama (dalam hal ini ialah ISLAM), bersama-sama beribadah kepada Allah tanpa mengira apa jua idealogi politik. Ia juga sepatutnya tempat untuk kita menimba ilmu, bermasyarakat, dan melakukan apa jua aktiviti dalam mencari keredhaan Illahi. Malangnya, kini, ia lebih kepada tempat untuk mengutuk, memaki hamun, serta menabur fitnah, mengumpat (hatta yang diperkatakan itu adalah benar kerana dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diumpat).

Namun, itu bukan persoalan utama. Persoalan sekarang ialah perlu atau tidak pentauliahan dari pihak tertentu untuk membolehkan seseorang itu memberi tazkirah. Ada satu hadith Nabi S.A.W yang bermaksud "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" (Riwayat Ahmad, Bukhari, dan Tarmidzi). Maka, berpegang kepada itu, maka kebanyakkan kita mengakui akan kebenaran beberapa orang ustaz yang menyakinkan kita akan keperluan untuk dia memberi tazkirah. Baru-baru ini seseorang menteri memberi teguran berkaitan perkara ini. Katanya "Jika seseorang itu tahu memandu lori, tapi tidak mempunyai lesen, adakah kita akan benarkan dia memandu lori". Maka dikaitkan dengan kebenaran tazkirah ini. Maka ramailah yg membantah dan mengatakan akan kekarutan menteri tersebut.

Saya dalam hal ini berpegang pada hadith nabi dan juga dalam masa yang sama hormati pandangan menteri tersebut. Dalam hal penyebaran ISLAM, saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz yang mengatakan bahawa penyampaian ilmu tidak memerlukan pentauliahan kerana itu merupakan kewajipan setiap umat ISLAM. Walau bagaimana pun, saya juga tidak menolak pandangan menteri tersebut kerana ada benarnya. Saya tidak akan jelaskan disini mengenai hadith nabi kerana itu bukan ilmu saya dan masih jauh lagi perjalanan dalam menjadi orang yang mahir mengenai hadith ini. Namun pandangan saya adalah berdasarkan kenyataan menteri tersebut.

Mengapa perlu pentauliahan:
1. Masih ingatkah kita pada Ayah Pin, Kahar, dan beberapa orang lagi yang menyebarkan ajaran sesat hingga ramai golongan professional juga terpengaruh. Maka pentauliahan amat diperlukan untuk memastikan perkara ini dapat dihapuskan atau dikawal.
2. Andaikata yang tiba itu ialah pelajar yang baru tamat dari maahad tahfiz atau al-azhar, apakah jaminan bahawa mereka itu akan menyampaikan sesuatu yang tidak melanggari syariat dan syarak? Apakah jaminan bahawa tidak akan ada penyebaran fahaman wahabi atau syiah atau qadiani atau fahaman lain yang telah difatwakan haram? Tidak ada cara lain melainkan dengan pentauliahan.
3. Bagaimana caranya untuk memastikan tenaga pengajar @ ustaz itu mahir dan berpengetahuan serta sekurang-kurangnya berilmu dalam bidang yang akan diajarnya? Jika seseorang itu ingin jadi guru, maka dia perlu jalani latihan perguruan. Jika seseorang itu ingin jadi Pensyarah, maka Sarjana dan Phd menjadi aras tanda, malah sebelum dilantik, mereka itu perlu menjalani beberapa sesi temuduga dan juga demonstrasi kemahiran. Bagaimana pula dengan ustaz? Oleh itu, pentauliahan itu perlu untuk memastikan yang jadi tenaga pengajar itu berilmu serta berkemampuan.
4. Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 1952 melalui peruntukan Seksyen 166 yang menyebut dengan jelas mengenai keperluan mendapatkan kebenaran bertulis dari kadhi jika mengajar agama Islam di Selangor (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm)

Hakikatnya, kita memerlukan satu mekanisme dalam memastikan yang layak berupaya mendidik yang perlu. Dalam masa yang sama, pihak berkaitan juga perlu mengkaji sistem pentauliahan ini kerana adakalanya sistem ini lebih banyak mendatangkan bebanan dari kebaikan. Andai perlu, laksanakan latihan persijilan atau sekurang-kurangnya lantik yang berilmu seperti Hassan Ali, Harun Taib, Jamil Khir, Harun Din, Hassan Din, Harussani, dll untuk menjalankan sesi temuduga serta bimbingan ke arah melahirkan ustaz yang bertauliah, berilmu, dan berkemampuan.

Sekadar pandangan peribadi.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com