Google

Wednesday, October 26, 2011

Harga tiket final Piala Malaysia kekal RM50: FAM

Petikan dari Berita Harian Online pada 26/10/2011
.....
Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
.....

Pendapat pakcik:
1. FAM melakukan satu tindakan yang tidak wajar dikala bolasepak tempatan baru bangkit dari tidur dan sedang dalam proses penambah-baikan. Sokongan penyokong mereka merupakan satu rahmah dan juga mampu menjana permainan yang jitu dikalangan pemain lantas memacu industri bolasepak kearah setanding liga luar negara. Namun tindakan ini hanya membantut semangat penyokong bolasepak tempatan.


2. Dikala masyarakat kecoh dengan kenaikan harga barangan selepas Budget 2012 baru sahaja dibentangkan didalam parlimen, FAM dilihat sebagai tidak selari dengan tindakan kerajaan didalam pembentangan budget dimana 'Rakyat Didahulukan' dalam memastikan perbelanjaan rakyat tidak terbeban.

3. Walaupun kerajaan negeri bersetuju memberi subsidi, namun begitu, ia dilihat lebih kepada pembaziran sedangkan duit subsidi itu boleh digunakan untuk menguatkan cabaran pasukan dimasa akan datang.

4. FAM kena fikir bahawa yang datang semua bukan dari lembah klang, maka sudah tentu perbelanjaan tinggi diperlukan untuk membolehkan mereka berada di stadium itu.

5. Alasan yang dikemukakan oleh FAM adalah tidak wajar memandangkan FAM sudah sepatutnya membentangkan peruntukan untuk perlawanan akhir lebih awal, maka harga sepatutnya sudah ditetapkan lebih awal. Oleh itu tidak sepatutnya alasan tersebut diberikan.

Saranan pakcik - Boikot ke stadium. Kalau pergi juga, duduk diluar stadium. Mesti ada dipaparkan juga melalui kain pemidang. Tak pun lepak di kedai mamak (sekitar stadium shah alam sahaja ada sekurang-kurangnya 5 restoran mamak) dan tengok di situ. Bukan sahaja murah, malah bersantai (tidak panas atau basah), dan boleh duduk sambil minum dan makan lagi.



Sekadar pandangan peribadi..

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com