Sumber: Al-Muttaqin
Pendapat pakcik:
1. So tak yah takut lah dengan DAP, PKR, MCA, Gerakan, MIC, etc... Sebab boleh laksanakan satu malaysia la kan. Jadi kenapa nak kecoh kalau setakat nak laksanakan satu tempat je? Nampak sangat takut pada rakan sekutu dari Allah.
2. Bukan ISLAM tak perlu takut... Dalam hukum ISLAM, InsyaAllah akan ada keadilan dan bukan ISLAM boleh menerima hukuman ISLAM atau tidak ..
3. Pakcik kurang setuju bila cakap pasal hukum, cuma hudud yang ustaz & ulama sebut tetapi ditinggalkan hukum ISLAM yang lain seperti Qisas dan Takzir.
4. Masalah utama ialah terlalu nak laksanakan hukum ISLAM dan disebut serta disuruh patuh tanpa memberi penerangan. Penerangan yang dimaksudkan disini ialah bagaimana ia akan dilaksanakan dan bukannya penerangan mengenai hukum hudud itu kerana masyarakat sudah pun sedia maklum dengan hukum atau tahu serba sedikit mengenainya. Apa yang dimaksudkan dengan pelaksanaan ialah seperti keadaan mangsa rogol yang hanya ada perogol dan mangsa. Bagaimanakah mangsa ingin kemukakan saksi untuk membuat pertuduhan? Bagaimanakah siasatan akan dilaksanakan? Adakah penggunaan DNA dan bukti forensik boleh diterima? Jika tidak, bagaimanakah ia akan dilaksanakan? .. Penerangan seperti inilah yang perlu diberikan pada masyarakat dalam menyakinkan akan keadilan ISLAM yang pada pendapat pakcik masih tidak ada lagi yang memberikan penerangan sebegitu rupa :)
Sekadar pandangan peribadi...
No comments:
Post a Comment