Google

Friday, October 29, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Apa yang saya harapkan ialah pemantauan dan ketulusan dalam pelaksanaan pemberian komputer 1Malaysia pada rakyat miskin dan juga dana yang berjumlah bilion ringgit. Ini kerana pemantauan dan ketulusan adalah merupakan kelemahan utama kerajaan. Malah pada minggu lepas (atau awal minggu ini), sebuah akhbar memaparkan akan kerugian kerajaan yang mencapai RM500 juta kerana ketiadaan pemantauan dalam pelaksanaan, pemantauan yang lemah, dan pelbagai lagi sebab.

Pada saya, komputer riba ini tidak perlu diberi. Apa yang penting ialah infrastruktur pendidikan itu sendiri perlu dipertingkatkan. Bagaimana pelajar miskin ini ingin menggunakan komputer riba tersebut andai elektrik dirumah terpaksa dicatu, atau perbelanjaan harian dicatu, atau ketiadaan kabel internet atau internet tanpa wayar? Di Sungai Petani pun internet tanpa wayar tiada yang percuma, apatah lah di kampung dan di hulu dimana terdapatnya orang miskin. Bayangkan kos yang perlu untuk memastikan mereka ini dapat menggunakan komputer riba itu sepenuhnya.

Oleh itu, saya lebih gemar agar wang itu digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur sekolah, membina pusat komputer yang boleh menampung pelajar tersebut dan sekali gus dapat memastikan penggunaan komputer dengan selamat, dan sepenuhnya. Kos juga akan hanya berada pada pihak sekolah dan kementerian pendidikan dan bukan terpaksa ditanggung oleh pelajar miskin itu (untuk kos elektrik dan internet). Malah meletakkan penggunaan komputer hanya disekolah dan memastikan pemantauan dapat dilaksanakan dan pelajar menggunakannya untuk keperluan pembelajaran sahaja.

Maka, Tan Sri Muhyiddin Yassin, fikir-fikirkan semua itu terlebih dahulu.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Kesian orang MELAYU pulau pinang dan MELAYU lain yang menyokong Lim Guan Eng...
Kena tipu bulat-bulat... Aku pun nak letak buku pasal Khalifah Umar Abd Aziz and lepas tu cakap
aku juga mengikut corak pemerintahan khalifah tersebut... and lepas tu buat ikut suka...

Beginilah kita, yang kafir diagungkan sedangkan yang MUSLIM dihina. Kesian Ustaz Azizan di Kedah..
DAP seorang pun tak boleh nak kawal... PAS di pulau pinang pula hanya baca skrip lepas tu dok masjid tak
berani nak lawan macam DAP yang sorang tu di kedah.

Semua penipu... pelakon handal

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Aku dari dulu, kini, dan selamanya tidak mempercayai DAP.
PKR ... sama juga.... kerana ramai sangat orang muda yang suka ikut perasaan.
PAS ... Ok lah.... boleh diterima walaupun ada sesetengah ulama mereka itu cakap tidak serupa bikin.

zaharuddin.net: Panduan Ringkas Bacaan Doa Kesembuhan

zaharuddin.net: Panduan Ringkas Bacaan Doa Kesembuhan: "Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman. Doanya berwarna merah :"

Thursday, October 28, 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Di dalam hal ini, aku amat bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi
dan juga penulis buku Nasib Melayu di Bumi Melayu, Dr Ridhuan Tee.

Aku sendiri sedih melihat melayu yang hilang harga diri, jati diri, dan maruah @ harga diri hanya kerana
mengejar nikmat sementara. Malah ada yang hanya berdiam diri, bersabar, dan merelakan atas nama ihsan
tanpa menyedari nasib sendiri telah tergadai dek kerana terlalu bertolak ansur dan bersabar.

Lupakah mereka pada firman Allah "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan mereka
berusaha mengubahnya" (Ar-Rad:11). Sanggup menggadai maruah diri dan maruah bangsa sendiri dan maruah
ISLAM demi mencapai matlamat mereka yang rakus pada duniawi. Mereka marah pada golongan yang melakukan
kronisma, rasuah, ketidak-adilan, dan penipuan, tetapi mereka sendiri mengamalkannya tanpa sedari dan merelakan
semua itu demi kuasa sementara.

Melayu Mudah Lupa ... amanat mantan PM, Tun Dr Mahathir tidak patut kita lupa.

myMetro | Tragedi goyang Inul

myMetro | Tragedi goyang Inul

Hati jahat aku cakap "Padan Muka... pergi lagi buat dosa"
Hati lagi jahat aku cakap "Adakah ini yang kerajaan mahukan dengan mengadakan lebih banyak kelab hiburan untuk menarik pelancong? Nak jadi seperti thailand yang penuh dosa?"

Hati baik aku cakap "Moga ini menjadi teladan pada mereka agar berhiburlah cara ISLAM... atau berhibur @ berjogetlah di rumah sendiri (untuk bukan ISLAM). Lebih selamat, jimat, dan tenteram. Cumanya rumah tu binalah bilik serap bunyi agar jiran tak marah nanti."

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

...
Dalam pada itu, Perkeso turut memberitahu pihaknya sedang mengkaji untuk menggunakan kata laluan 12 aksara bagi menyekat pihak tidak bertanggungjawab daripada menceroboh sistem komputer dan pangkalan data maklumat pertubuhan itu.... Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri


You are talking about securing your systems and yet you are telling people you are looking at numbers of characters of password... really stupid

Special Plate Number On Non-special vehicles .. somethings not right

When you bought your cars, there will always charge around RM200 for plate number registration which sometimes can be eliminated as it was for booking and if you don't care what numbers you are getting. If you wish for 3 digit numbers or special block of numbers (1, 1234, 999, 2020, etc), then you need to book for it and the prices might ranging from RM500 - RM100K depending on the specialty and numbers of people booking. You will hardly sees any of those special numbers (unless it is very lucky which rarely happen) on vehicles such as lorry, bus, taxi, or motorcycles. However, today and yesterday, I found to lorry (big and old lorry.. around 40ft container size) having special plate number. AFV111 and JGB848. Weird ha... 111 and 848 .. and the lorry is damn worst looking lorry.. what make them so special? why it capture my eyes? First, they are using center lane on PLUS highway (saw them after Toll Rawang after Gutherie exit and another one at Duta) and secondly because they are travelling at the time whereby they are not suppose to use the highway.

Well.... when gone JPJ and PDRM? Don't they think this is weird?

BTW, if you would like to see more plate number published with their stupid driving skill, check it out here

Wednesday, October 27, 2010

Utusan Malaysia Online - Kota

Utusan Malaysia Online - Kota

Akses jalur lebar berkelajuan tinggi akhir 2012

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Lebih sejuta premis di negara ini akan mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang penghujung 2012.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, premis berkenaan termasuk rumah, pejabat, taman-taman industri, institusi pengajian tinggi (IPT) serta lapangan-lapangan terbang.

Katanya, pada masa ini, terdapat kira-kira 16 juta iaitu lebih daripada 55 peratus pengguna di negara ini menggunakan Internet secara harian... Utusan Malaysia Online - Kota



Betul ke? Yang pastinya bila ditanya pihak yang akan menyediakan perkhidmatan ini, jawapan yang diterima ialah tidak pasti kerana infrastruktur belum cukup mampu. Bayangkan di kawasan Rawang (Kawasan Emerald, Country Homes, Tasik Puteri) yang dihuni oleh rakyat berkemampuan pun sehingga penghujung tahun 2012 pun tidak berada didalam senarai pelaksanaan HSBB oleh TM. Mana mungkin sasaran yang di war-warkan boleh dicapai. Malah, kosnya juga lebih tinggi berbanding had kelajuan yang diberi jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain (jangan banding dengan negara seperti myanmar, kemboja, dan yang baru nak bangun). Fikir-fikirlah

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SEJAK kelmarin, Awang meneliti kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Ia terbuka, melaporkan banyak perkara berkaitan tanggung jawab pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuklah dalam melaksanakan urusan dengan sempurna serta yang perlu diperbetulkan.

Kekurangan dan kelemahan pengurusan ditonjolkan. Pelaksanaan projek tertentu yang melepasi tempoh diberikan dan kelemahan dalam proses penyaluran wang bantuan daripada dana tertentu kepada pelajar miskin sehinggalah peralatan sukan yang tidak digunakan langsung atau secara optimum turut didedahkan.

Dalam pada itu, kerja cekap oleh jabatan atau agensi tertentu dalam pengurusan kewangan, sebagai contoh, tidak lupa dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.

Namun, apa yang lebih menarik, laporan kali ini turut menyertakan jawapan lengkap kepada masalah yang dibangkitkan.

Syor dibuat bagi mengatasi apa juga kelemahan yang dikenal pasti seperti mencadangkan surcaj atau tindakan tatatertib diambil ke atas mereka yang gagal memungut hasil atau membuat bayaran secara tidak teratur.


Semalam saya baca juga kisah audit negara melalui akhbar The Sun... Lebih RM500 Juta duit rakya dibazirkan oleh beberapa kementerian dan agensi dibawahnya untuk projek yang dilaksanakan sama ada gagal, tidak menepati sasaran, dibawah kualiti ditetapkan, atau hilang tanpa khabar berita. Inilah yang membangkitkan kemarahan rakyat. RM500 juta itu, andai diberi terus pada setiap fakir miskin, pasti tidak perlu lagi siri Bersamamu TV3.

Antara paparan yang masih saya terbayang ialah pinjaman PTPTN yang diberi pada yang tidak meminta. Malah mereka ini mengambilnya dan akhirnya duit itu hilang begitu sahaja kerana tiada perjanjian bertulis yang membolehkan PTPTN mengambil kembali atau dibayar kembali. Bagaimana ini boleh terjadi? Bukankah semua itu memerlukan kelulusan dan permintaan? Siapa yang meluluskan? Kenapa tiada pemantauan dan pemeriksaan? Adakah ada kelemahan sistem? Yang pasti, PTPTN perlu disiasat.

Paparan lain ialah berkenaan beberapa agensi yang melakukan aktivit tidak perlu serta berbelanja melebihi had dan kemampuan. Saya mengakui akan kebenaran ini kerana dapat dilihat pada beberapa agensi dengan jelas betapa mereka ini rakus berbelanja disaat kerajaan perlu berjimat. Adakah perlu peruntukan hingga berjuta hanya kerana untuk lawatan dan promosi? Adakah perlu berjuta ringgit hanya untuk menghantar 2 - 3 orang ke luar negara untuk promosi dan lawatan? Adakah perlu diadakan pengubah-suai setiap beberapa bulan sekali?

Dan paling menarik, jika tinjau dari perbelanjaan agensi tersebut, kita dapat lihat betapa bezanya belian agensi dengan belian swasta atau orang biasa. Caj serta kos yang dikenakan adakalanya 2 - 3 kali ganda lebih mahal dari harga asal dan kualiti lebih rendah dari yang boleh didapati. Saya ingin mengambil contoh komputer. Jika di plaza lowyat ataupun melalui atas talian yang disediakan oleh Dell dan HP, harga sebuah komputer riba hanyalah 2 - 3 ribu sahaja. Tetapi apabila ia berada didalam tender kerajaan, pada spesifikasi yang sama, harganya antara 4 - 6 ribu ringgit. Adakah orang yang meluluskannya atau melakukan aktiviti tender in tidak memerhati dan memeriksa harga sebenar?

Inilah yang perlu kerajaan usaha perbaiki andai mahu terus berdiri di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Thursday, October 14, 2010

Cadangan buat JPA, POLIS, BOMBA, dan Ambulan, dll

Andai berlaku lagi, hantarlah unit motosikal terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya unit ini boleh tiba dan bantu mengurangkan derita serta boleh membantu menyuraikan traffik segera. Pihak PLUS pula, setelah dimaklumkan sebegitu sepatutnya terus menutup laluan masuk (tutup tol) dan buat lencongan terus dan segera. Paling penting, unit motosikal mesti ada dan tiba secepat mungkin yang boleh bagi menyelesaikan apa yang mampu ketika itu.
Pihak polis, diharap selepas ini akan menggunakan kuasa untuk mengarahkan penonton dan tukang ambil gambar tanpa lesen @ penyibuk segera berambus agar pihak berkenaan dapat melaksanakan tugas tanpa gangguan.

Lorong kecemasan disalah guna

Saban tahun kemalangan berlaku dan pelbagai usaha dijalankan oleh pihak yang berkaitan untuk menyedarkan pengguna tentang keselamatan di jalan raya, tetapi nampaknya ia masih lagi gagal dicapai.

Terdapat rasa tidak puas hati daripada pihak waris mangsa yang mendakwa bantuan lewat tiba pada masa kejadian. Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi? Sememangnya diakui dengan kesesakan lalu lintas semasa kejadian sepanjang hampir 15 km, bagaimana bantuan boleh sampai dengan segera?

Sudah menjadi tabiat semua pemandu di Malaysia yang suka menggunakan laluan lorong kecemasan semasa berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan inilah puncanya mengapa bantuan lewat sampai kepada mangsa kemalangan.

Bagaimana ambulans, pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam dapat sampai ke lokasi jika laluan kecemasan pun penuh dengan kenderaan?

Sepatutnya laluan kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati. Ramai pemandu menggunakan laluan kecemasan apabila menghadapi kesesakan di lebuh raya.

Sepatutnya lorong kecemasan adalah untuk dilalui oleh pasukan petugas dan penyelamat jika berlaku sesuatu kemalangan dan mengakibatkan kesesakan. Inilah gunanya laluan atau lorong kecemasan.

Sepatutnya pihak berkuasa lebih tegas dalam melihat hal ini. Mungkin ia dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tapi cuba bayangkan bagaimana jika berlaku kebakaran dalam bas dan ramai yang masih terperangkap di dalamnya dan bantuan bomba tidak dapat sampai ke lokasi kerana kesesakan lalu lintas dan lorong kecemasan digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh segelintir pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri?

Tindakan perlu dilakukan oleh pihak berwajib. Pemantauan yang berterusan dan saman yang maksimum perlu diberikan untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah di jalan raya.


Utusan Malaysia Online - Forum

Perkasa selar Soi Lek pertikai ekuiti bumiputera

Mengapa MCA sekarang lebih kurang DAP sahaja? Mengapa MIC juga sekarang ini sibuk mempertikaikan hak bumiputera?
Kajian olah Pakatan Rakyat mengatakan bahawa sokongan kaum india dan cina pada pakatan rakyat adalah ditahap tertinggi ketika ini terutamanya sokongan pada DAP dan PKR. MIC menang di hulu selangor baru-baru ini bukan kerana sokongan kaum india meningkat, tetapi kerana sokongan kaum melayu kembali pada UMNO (walaupun tidak banyak). MCA & MIC lupa bahawa bumiputera bukan MELAYU 100%, tetapi juga CINA SARAWAK, CINA SABAH, IBAN, BIDAYUH, KADAZAN, dll yang tidak tergolong dalam kaum cina dan india. Oleh itu perlembagaan itu juga adil pada mereka. Jadi kenapa tidak henti-henti meminta? Tiada sebab lain yang lebih bernas melainkan mereka sedar bahawasanya MCA & MIC sudah tidak mampu memenangi hati kaum cina dan india. Dan juga MCA & MIC perlu ingat, tiada tempat yang mereka wakili tidak dihuni oleh bumiputera, hatta sungai siput sekali pun tetap ada bumiputera.

Perkasa selar Soi Lek pertikai ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Per tubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terus menuntut supaya ekuiti bumiputera 30 peratus dikurangkan kerana ia amat bertentangan de ngan Perlembagaan.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, berdasarkan Perka ra 153 Perlembagaan Perse kutuan, setiap orang Melayu, penduduk pribumi termasuk pen duduk bumiputera Sabah dan Sa- rawak telah diberi hak istimewa me- ngikut peruntukan perundangan.

Justeru, beliau berkata, pendirian Soi Lek itu jelas membuktikan bahawa Presiden MCA tersebut mahu melakukan penentangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan berniat untuk memindanya.

"Apabila Soi Lek menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus da lam semua sektor ekonomi dikurang kan secara berperingkat-peringkat, ia menunjukkan beliau mahu menen tang Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan kata lain, Soi Lek mahu mencabul Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153, jika ini berlaku beliau sebenarnya cuba mencabul kedudukan raja-raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong kerana institusi ini yang menjaga semua kepentingan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Soi Lek selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ahad lalu te rus mengulangi gesaannya supaya ke rajaan mengkaji semula ekuiti bu- miputera sebanyak 30 peratus.

Soi Lek berkata, ia selaras dengan program transfor masi ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan kerajaan pada masa ini yang bermatlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Kenyataannya itu mengundang rasa kurang senang ke pada pemimpin pertubuhan Melayu antaranya UMNO dan Pertubuhan Kesejahteraan Um mah.

Mereka menegaskan, ekuiti bumi putera sebanyak 30 peratus tidak per lu disemak dan dipersoalkan, seba liknya tumpuan harus diberi ke arah mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum.

Abdul Rahman berkata, sejarah juga membuktikan sebarang pencabulan terhadap kontrak sosial seperti termaktub dalam Perlembagaan akan membawa ketidakstabilan kepada negara.

"Inilah punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Oleh itu, Perkasa mendesak kerajaan mengambil tinda kan tegas terhadap mereka yang cuba menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menentang Perlembagaan di kenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Dalam kenyataannya beliau turut menarik perhatian mengenai angka penguasaan ekuiti antara golongan bumiputera dengan bukan bumipu tera.

Beliau berkata, apa yang pasti ma salah ketidaksamaan sosioekonomi di negara ini masih berterusan dan berikut adalah kedudukannya:

* Bumiputera - pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 19.4 peratus, hak milik premis 15 peratus dan pendapatan purata RM3,158.

* Bumiputera Sabah dan Sarawak - pemilikan ekuiti dalam sektor ko rporat tiga peratus dan pendapatan purata RM2,063-RM2,858.

* India - pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 1.1 peratus, hak milik premis 3.8 peratus dan pendapatan purata RM3,799.

*Kaum Cina - pemilikan ekuiti da lam sektor korporat 42.4 peratus, hak milik premis 76.1 peratus dan pen dapatan purata RM4,853.

Berdasarkan kedudukan tersebut, Abdul Rahman berkata, kerajaan se patutnya memastikan keadilan sosial lebih terlaksana dengan mengagih kan kekayaan mengikut komposisi penduduk iaitu 67 peratus bagi bu miputera dan selebihnya bukan bu miputera.

Katanya, usaha itu selaras Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyebut sekiranya di dalam sesebuah negara masih wujud kumpulan majoriti ketinggalan ma ka kepentingan mereka perlu dija dikan agenda nasional.

Mengenai resolusi yang diputus kan dalam Kongres Ekonomi Cina baru-baru ini, beliau menegaskan, Barisan Nasional serta UMNO akan kehilangan sokongan orang Melayu jika kerajaan menerima salah satu daripada resolusi tersebut.

Wednesday, October 13, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

MCA sepatutnya menumpukan usaha bagaimana untuk mengurangkan perbezaan antara kaum sepertimana yang dilakukan oleh rakan seperjuangannya yang lain. MCA sepatutnya cuba menjadi juara untuk kaum lain juga kerana yang mengundi mereka bukan 100% cina, malah ada melayu dan india serta kaum lain.

Mengenai permintaan mereka untuk semakan kuota 30% bumiputera, sepatutnya mereka ini bercakap berlandaskan fakta terlebih dahulu. Andai mereka kata ini perlu, maka kaum india lebih memerlukan kerana lebih ramai kaum india yang miskin berbanding kaum cina. Dan jika dilihat pada pangkalan data kemiskinan, lebih dari 50% bumiputera (MCA dan MIC perlu ingat, bila cakap bumiputera, bukan melayu sahaja, malah kaum cina sarawak dan cina sabah, iban, bidayuh, dll juga tergolong dalam golongan ini) berada dalam kategori mudah miskin dan kebawah. Sedangkan jika dibuat perbandingan kekayaan ketika ini, boleh dikatakan 50% kekayaan negara didominasi oleh kaum cina, diikuti kaum india, dan bumiputera yang hanya menghampiri 20%. Jika MCA hayati semangat 1 Malaysia, dominasi tidak wujud di negara ini. Keadilan yakni kesamarataan wujud dalam semua keadaan; malah dalam hal kekayaan juga; yakni setiap kaum (cina, india, dan bumiputera) akan berkongsi sama rata iaitu 33.33% kekayaan dan dominasi. Ini baru adil dan inilah yang MCA, MIC, dan UMNO perlu perjuangkan dan bukan hanya untuk kaum tertentu sahaja.

Tak perlu semak kuota 30% bumiputera

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kuota ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus tidak perlu disemak dan dipersoalkan sebaliknya tumpuan harus diberikan ke arah mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum.

Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akhbar Ali berkata, ini menepati saranan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57, Ahad lalu.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat Cina tidak sepatutnya terus mempersoalkan sasaran penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu kerana ia merupakan hak orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Orang Melayu tidak ganggu ekonomi masyarakat Cina. Orang Melayu tidak sekat hak orang Cina yang mahukan sekolah jenis kebangsaan Cina diwujudkan tetapi mengapa ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu terus dipersoalkan.

"Kita seharusnya menjaga hak kaum masing-masing dan berhenti mempertikaikan hak kaum lain. Sekiranya usaha mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum dapat dilaksanakan, saya percaya pertikaian mengenai ekuiti bumiputera itu tidak akan wujud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Soi Lek mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Sementara itu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus mahu MCA supaya tidak terikut-ikut dengan budaya politik DAP dengan membuat cadangan yang menyentuh hak bumiputera.

Beliau berkata, budaya politik sedemikian tidak harus diamalkan kerana MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan pelbagai kaum, bukan kepentingan orang Cina semata-mata.

Oleh itu katanya, gesaan Soi Lek supaya kerajaan mengkaji semula penguasaan 30 peratus ekuiti bumiputera itu pastinya menyinggung perasan orang Melayu yang selama ini turut memberikan sokongan kepada parti itu.

"Apakah MCA mahu menjadi seperti DAP yang terang-terangan mengamalkan sikap cauvinis. Jika mereka (MCA) mahu menarik sokongan pengundi Cina, apakah dengan cadangan seperti itu boleh merealisasikan matlamat sedemikian.

"MCA perlu sedar bahawa hari ini wujudnya jurang yang begitu besar dari segi kemampuan ekonomi kaum Cina berbanding bumiputera. Ini hakikat yang perlu diterima jika parti itu benar-benar adil,'' tegasnya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Ali Rustam bagi cadangan - Panjangkan rel kereta api pada semua bandar dan satu mekanisme pada bas agar had laju ditakat 90km/jam sahaja walau tekan habis.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Dalam hal ini, saya sudah lama berharap kerajaan akan lakukan sebegini. Kotak hitam dan mekanisme terdahulu yang diguna pakai (kamera had laju, kotak pemantau had laju, dll) sudah tidak berkesan. Jika guna kotak hitam, hanya perlu memintas sahaja dan dah boleh menipu had laju. Oleh itu, cadangan Ali Rustam mengenai sekatan had laju melalui pedal minyak dan kawalan terus pada kelajuan enjin pasti mampu menyekat kemampuan bas2 ini dibawa laju.

Yang keduanya, andai ini sukar dilakukan, saya menyarankan agar JPJ dan Polis sentiasa meletakkan pegawai mereka didalam bas. Untuk memastikan ini terus dipatuhi, pegawai tersebut mestilah berpakaian biasa dan aktiviti ini dilakukan secara 'random'; yakni bas yang dinaiki dan arah perjalanan adalah secara rawak dan pegawai yang bertugas juga adalah rawak. Pegawai ini perlu menghantar SMS pada detik bas bergerak dan menghantar SMS kedua pada tika dia tiba didestinasi. Ini pastinya memberi gambaran sebenar kelajuan bas yang dipandu.

Yang ketiga dan merupakan cara yang paling kurang kos serta tidak melibatkan pegawai polis atau JPJ (lantas mengurangkan rasuah) ialah dengan meletakkan satu transmisi GPS pada kenderaan (seperti yang dilaksanakan oleh kebanyakkan syarikat logistik antarabangsa). Alat GPS ini akan sentiasa menghantar data pada stesyen pemantauan JPJ, POLIS, dan Kementerian dan agensi berkaitan untuk menunjukkan kedudukan sebenar kenderaan pada waktu tersebut. Maka, dengan cara ini, pergerakan bas dapat dipantau (had laju, arah laluan, etc) dan juga membantu syarikat bas untuk memastikan disiplin pekerja dapat dipantau (kurangkan rungutan pengguna mengenai kelewatan bas dan bas terlampau banyak berhenti).

Apa jua tindakan, pemantauan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan diperlukan dan inilah yang merupakan kelemahan terbesar kerajaan setakat ini; iaitu PEMANTAUAN.

Tuesday, October 12, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Jangan salahkan ambulan datang lambat... pernah tak tengok
betapa seksanya ambulan nak lepaskan diri dari kawasan sesak..
semuanya kerana sikap pemandu kita yang bangang tahap melampau
yang tidak mahu ketepi walaupun ambulan tu ada belakang dia...
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com