A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, October 13, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

MCA sepatutnya menumpukan usaha bagaimana untuk mengurangkan perbezaan antara kaum sepertimana yang dilakukan oleh rakan seperjuangannya yang lain. MCA sepatutnya cuba menjadi juara untuk kaum lain juga kerana yang mengundi mereka bukan 100% cina, malah ada melayu dan india serta kaum lain.

Mengenai permintaan mereka untuk semakan kuota 30% bumiputera, sepatutnya mereka ini bercakap berlandaskan fakta terlebih dahulu. Andai mereka kata ini perlu, maka kaum india lebih memerlukan kerana lebih ramai kaum india yang miskin berbanding kaum cina. Dan jika dilihat pada pangkalan data kemiskinan, lebih dari 50% bumiputera (MCA dan MIC perlu ingat, bila cakap bumiputera, bukan melayu sahaja, malah kaum cina sarawak dan cina sabah, iban, bidayuh, dll juga tergolong dalam golongan ini) berada dalam kategori mudah miskin dan kebawah. Sedangkan jika dibuat perbandingan kekayaan ketika ini, boleh dikatakan 50% kekayaan negara didominasi oleh kaum cina, diikuti kaum india, dan bumiputera yang hanya menghampiri 20%. Jika MCA hayati semangat 1 Malaysia, dominasi tidak wujud di negara ini. Keadilan yakni kesamarataan wujud dalam semua keadaan; malah dalam hal kekayaan juga; yakni setiap kaum (cina, india, dan bumiputera) akan berkongsi sama rata iaitu 33.33% kekayaan dan dominasi. Ini baru adil dan inilah yang MCA, MIC, dan UMNO perlu perjuangkan dan bukan hanya untuk kaum tertentu sahaja.

Tak perlu semak kuota 30% bumiputera

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kuota ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus tidak perlu disemak dan dipersoalkan sebaliknya tumpuan harus diberikan ke arah mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum.

Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akhbar Ali berkata, ini menepati saranan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57, Ahad lalu.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat Cina tidak sepatutnya terus mempersoalkan sasaran penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu kerana ia merupakan hak orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Orang Melayu tidak ganggu ekonomi masyarakat Cina. Orang Melayu tidak sekat hak orang Cina yang mahukan sekolah jenis kebangsaan Cina diwujudkan tetapi mengapa ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu terus dipersoalkan.

"Kita seharusnya menjaga hak kaum masing-masing dan berhenti mempertikaikan hak kaum lain. Sekiranya usaha mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada semua kaum dapat dilaksanakan, saya percaya pertikaian mengenai ekuiti bumiputera itu tidak akan wujud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Soi Lek mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Sementara itu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus mahu MCA supaya tidak terikut-ikut dengan budaya politik DAP dengan membuat cadangan yang menyentuh hak bumiputera.

Beliau berkata, budaya politik sedemikian tidak harus diamalkan kerana MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan pelbagai kaum, bukan kepentingan orang Cina semata-mata.

Oleh itu katanya, gesaan Soi Lek supaya kerajaan mengkaji semula penguasaan 30 peratus ekuiti bumiputera itu pastinya menyinggung perasan orang Melayu yang selama ini turut memberikan sokongan kepada parti itu.

"Apakah MCA mahu menjadi seperti DAP yang terang-terangan mengamalkan sikap cauvinis. Jika mereka (MCA) mahu menarik sokongan pengundi Cina, apakah dengan cadangan seperti itu boleh merealisasikan matlamat sedemikian.

"MCA perlu sedar bahawa hari ini wujudnya jurang yang begitu besar dari segi kemampuan ekonomi kaum Cina berbanding bumiputera. Ini hakikat yang perlu diterima jika parti itu benar-benar adil,'' tegasnya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments: