A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, October 13, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Ali Rustam bagi cadangan - Panjangkan rel kereta api pada semua bandar dan satu mekanisme pada bas agar had laju ditakat 90km/jam sahaja walau tekan habis.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Dalam hal ini, saya sudah lama berharap kerajaan akan lakukan sebegini. Kotak hitam dan mekanisme terdahulu yang diguna pakai (kamera had laju, kotak pemantau had laju, dll) sudah tidak berkesan. Jika guna kotak hitam, hanya perlu memintas sahaja dan dah boleh menipu had laju. Oleh itu, cadangan Ali Rustam mengenai sekatan had laju melalui pedal minyak dan kawalan terus pada kelajuan enjin pasti mampu menyekat kemampuan bas2 ini dibawa laju.

Yang keduanya, andai ini sukar dilakukan, saya menyarankan agar JPJ dan Polis sentiasa meletakkan pegawai mereka didalam bas. Untuk memastikan ini terus dipatuhi, pegawai tersebut mestilah berpakaian biasa dan aktiviti ini dilakukan secara 'random'; yakni bas yang dinaiki dan arah perjalanan adalah secara rawak dan pegawai yang bertugas juga adalah rawak. Pegawai ini perlu menghantar SMS pada detik bas bergerak dan menghantar SMS kedua pada tika dia tiba didestinasi. Ini pastinya memberi gambaran sebenar kelajuan bas yang dipandu.

Yang ketiga dan merupakan cara yang paling kurang kos serta tidak melibatkan pegawai polis atau JPJ (lantas mengurangkan rasuah) ialah dengan meletakkan satu transmisi GPS pada kenderaan (seperti yang dilaksanakan oleh kebanyakkan syarikat logistik antarabangsa). Alat GPS ini akan sentiasa menghantar data pada stesyen pemantauan JPJ, POLIS, dan Kementerian dan agensi berkaitan untuk menunjukkan kedudukan sebenar kenderaan pada waktu tersebut. Maka, dengan cara ini, pergerakan bas dapat dipantau (had laju, arah laluan, etc) dan juga membantu syarikat bas untuk memastikan disiplin pekerja dapat dipantau (kurangkan rungutan pengguna mengenai kelewatan bas dan bas terlampau banyak berhenti).

Apa jua tindakan, pemantauan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan diperlukan dan inilah yang merupakan kelemahan terbesar kerajaan setakat ini; iaitu PEMANTAUAN.

No comments: