Google

Monday, August 24, 2009

akill hay jadi akil hoy la..

8 tahun dulu, saya hadir ke satu ceramah agama di Bangi. Ustaz yang mengajar tu cukup muda. Orang panggil dia ustaz rock kerana pernah jadi penyanyi kumpulan rock. Suaranya cukup best. Ceramahnya cukup bagus. Dialun dengan ayat suci Al-Quran dengan nada yang cukup 'power'.
Saya respect. Bukan selalu dapat dengar ceramah agama dan saya celik sampai ke habis. Biasanya ustaz bagi ceramah, separuh jalan, saya dah khusyuk sebab nada penceramah sama je.
Tapi, sejak ustaz ni jadi artis, terutama artis satu siaran berbayar tu, terus hancus. Dia cakap dia bukan ustaz. Ok lah.. kita panggil penceramah bebas. Tetapi, inikah perangai seorang penceramah agama? Inikah kelakuan penceramah agama? Inikah budaya seorang penceramah yang tajuk ceramahnya semua berkisar pada agama ISLAM?
Sudah lah cakap berputar belit, sekejap kata tak de pape, pastu tak sampai sebulan berpisah, terus kawin. Nak kawin tu kena ada perancangan bro, bukan main hentam je. Nak tempah baju la, tempah tok kadi la, kursus kawin, bla bla bla.. bukan kerja sehari.. malah berbulan tu.
Lepas tu, masa tengok kamera dok ikut dia masa kat mahkamah, perangai macam budak-budak, terkinja-kinja mcm haiwan yang dok kat pokok tu.. Apa rah? ko bagi ceramah agama tapi perangai tak senonoh.
Mamat ni, samalah mcm sorang lagi penyanyi keluaran syarikat yang sama... yang 'world' tu. Di 'baik' kan oleh media, tapi perangai penipu, dok ada gak. cakap tak serupa bikin pun dok ada gak. Apa punya contoh yang korang bawak pun tak tau la.
So pada kengkawan sume, kalau orang keluaran syarikat ni, korang tak yah leh jadikan idola... kalau katanya berpendirian bagus ala-ala alim... lupakan lah.. tu semua wayang kulit je..

Kuil kat tempat majoriti ISLAM ... kenapa?

Sepatutnya jika benar nak berlaku adil, kerajaan Selangor patut invite sekali wakil penduduk ditempat yang nak dibina kuil itu, bukan main ikut sedap jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bukan ISLAM tu.
Sedar atau tidak, penduduk beragama hindu hanya 10% dari keseluruhan penduduk Malaysia, tetapi jumlah kuil yang dibina melebihi dari keperluan. Kalau Khalid dan rakan-rakan berjalan-jalan dari putrajaya ke kajang, tentu nampak tidak kurang dari 5 kuil hindhu berada di tepi jalan dan kalau ditinjau sekitar situ, penduduk hindhu hanyalah beberapa buah rumah sahaja dan lebih pelik, jarak antara kuil tersebut antara satu sama lain tidak sampai 5 kilometer pun (malah kurang lagi).
Lepas round situ, apa kata jalan lak dari pekan rawang ke arah kuala selangor melalui batu arang. Cuba bilang berapa kuil berada disitu dan berapa ramai rumah penduduk beragama hindu.
Lihat pula jumlah orang ISLAM dan berapa banyak masjid yang dibina?
Bukan menidakkan keperluan agama lain, tetapi rasionalnya membina sesuatu rumah ibadat tu ditempat yang penduduk yang beragama tersebut hanya beberapa kerat sahaja. Alasan yang khalid beri? tak de alasan pun, cuma suruh bertimbang rasa je.. sekarang, cuba en khalid bertimbang rasa pula.. cuba fikir kewajaran lak.. cuba timbang keperihatinan lak.
Bukan nak timbulkan isu racist atau extremist, tapi ingin mengajak rakan-rakan (tidak kira agama dan bangsa), berfikir secara logiknya. Tempat saya dulu hampir tiada masjid sedangkan orang ISLAMnya adalah 90% (Bandar Tasik Puteri). Alasan yang diberi ialah tapak itu ialah tapak yang dikhaskan untuk pembinaan rumah ibadat lain. Tapi setelah berpenat lelah persatuan penduduk disitu memohon, barulah dibina masjid disitu. Logik ke nak buat rumah ibadat agama lain jika penduduk yang beragama lain itu hanya 10%. Dalam kawasan saya cuma ada 3 keluarga (itu pun sorang tu kristian) yang berbangsa india dan hanya ada 3 rumah orang berbangsa lain. 6 rumah dari 400 buah rumah. Lebih dari 95% adalah bangsa melayu beragama ISLAM. Itu pun nak buat surau punyalah seksa. la ni terbalik pulak...
Cuba lah en khalid jadi orang waras sikit k...

Thursday, August 13, 2009

H1N1... Where is MOH website???

I tried more than 10 times today before I put some notes here.. Trying to access MOH website for H1N1 info.... it point out to http://h1n1.moh.gov.my. After few times of click.. I got fed-up. It keep on connecting and than display error message. Hey minister... this is very important for us. How can your website are damn difficult to access? Are you putting very low end server? Is this the way you provide information?

pesta gay??... korang tak sedar lagi ke

Dah le sekarang ada selsema babi... itu pun korang tak insaf lagi... dalm metro hari ni ada cerita pasal pesta gay pra-merdeka kat bukit bintang... ada lak dalam tu cite pasal bebudak melayu attend dan tanpa malu tunggang kencing syaitan... hmmm... bala yang ada ni tak cukup mengerunkan korang ke? Apa nak jadi lah kat korang ni...

Kampung Buah Pala... apa isunyer?

Simple je... itu tanah penduduk yang ada hak milik serta dokumen sah? atau tanah tu milik kerajaan tapi diduduki secara HARAM? Kalau tak silap, tanah tu milik kerajaan sebelum dijual pada pemilik sekarang... jadi maknanya penduduk situ mempertahankan sesuatu yang haram...
Nak pertahankan apa benda haram tu... lihat saja kat KL dan tempat lain di pulau pinang... berapa banyak tanah diambil kerajaan atas nama pembangunan, sedangkan orang melayu situ mempunyai hak keatas tanah tersebut. Tapi tak dak pun kecoh mcm org buah pala ni.
So ... apa motif nyer? apa kecoh sgt? org melayu berapa ramai kena pindah, tak de bising pun. Dapat pun rumah flat murah je.. ini dah le duduk tanah secara haram... org nak bagi rumah teres pun ditolak... kiranya melampau la ni... Aku pun tak paham...

Wednesday, August 12, 2009

Jual Arak di tempat majorit ISLAM

Jual Arak... Judi... Kelab Malam... Karaoke... Babi... dan segala macam benda haram ni sepatutnya tidak boleh wujud di tempat yang majoritinya beragama ISLAM... tapi dalam masa yang sama, kita kena juga bertimbang rasa kepada penduduk yang bukan beragama ISLAM ini.

Jadi, macam mana nak buat... untuk BABI.. tak de cara lain... pembiakan dan sembelihan kena buat kat tempat yang bukan ISLAM seperti dikawasan KL atau di damansara atau di subang... nak jual tempat ramai ISLAM, babi babi perlu disembelih ditempat lain dulu dan dibungkus dalam bungkusan yang kedap udara (air tak leh keluar punya)... dan diletakkan ditempat jauh dari bahan makanan lain.

Yang lain pula macam mana.. karaoke.. kelab malam.. (org ckp tak haram sebab nak duduk je... abih dalam tu bercampur laki pompuan dan ada arak.. apa cite??)... Judi dan arak pulak? macam mana nak kawal.. ha... lupa ke... kita kan ada mykad... dalam cip mykad tu ada data mengenai agama... sebelum sesuatu tempat tu nak jual kepada pembeli, scan dulu mykad tu dan masukkan data dalam akaun jualan... jadi kita boleh monitor arak dan judi tu jual kat sapa... walaupun ada lubang... orang boleh suruh orang bukan islam yg beli... tp kena pakai logik sikit.. kalau dalam sehari yang bukan islam tu beli sampai berbotol-botol, kena la siasat...

Selepas tu, kat 7-11, kedai mart, dan bermacam kedai runcit lagi tu... kalau pekerja dia ISLAM... tolong lah diharamkan arak, judi dan rokok tu... unless ada pekerja bukan ISLAM... sebab kalau tak silap, si pembawa arak, si penjual, si penuang arak... sehinggalah pada yang minum arak... dah kira bersubahat dengan benda haram... maka tetap sama je dosanyer... Macam kat Shah Alam.. rasanya boleh dikatakan 70% ialah ISLAM... maka 7-11 kat situ tak leh jual arak melainkan ada pekerja bukan ISLAM yang bekerja dari part susun barang, hinggalah ke cashier... kalau tak... khalid dan konco-konconya tanggung lah ye... sebab dulu masa BN memimpin, dia org kutuk.. sekarang kena batang hidung sendiri... sendiri mau ingat lah... rasanya hassan ali dah remind...

Petanda betapa kita sudah terlalu alpa

Semalam ada siri gemba bumi... di taiwan dan china dilanda taufan, tanah runtuh, dan banjir besar... tengok kat tv, nampak rumah dibawa arus deras...

hmm... di negara lain pula tidak sepi dengan bom ... afghanistan, iraq, malah jiran dekat.. indonesia...

seluruh dunia sedang bertarung dengan selsema babi yang cukup mengerikan... lebih dahsyat dari HIV @ AIDS...

Apakah kita masih tidak insaf? Apakah kita masih sibuk nak berkuasa? Apakah kita masih sibuk mencari kesalahan orang lain? Apakah kita masih sibuk menunding jari?

Fikir-fikirkan lah...

Friday, August 07, 2009

ISA .. hapuskan?

Sesiapa nak mengundi mengenai ISA... boleh la vote kat www.ikdn.gov.my...

ISA... banyak dah kisah ni... memang org suruh buang... cuma saya nak tanya org yang suruh mansuhkan itu beberapa soalan...
1. Bagaimana kita nak handle org yang bocorkan maklumat rahsia (nama pun rahsia), rahsia kerajaan, rahsia negara, pada negara luar hingga boleh mengambil kesempatan pada negara kita atau mendatangkan bahaya? Bawa ke muka pengadilan? kelakar betul jawapan ni. Sedangkan kes anwar dan saiful bahari pun dah berapa lama tak settle lagi kat mahkamah. Nampaknya musuh dalam selimut akan terlepas begitu sahaja sebab by the time nak panggil masuk mahkamah, rahsia kerajaan dah smp ke tangan jiran tetangga yg tgh tunggu nak mengodam negara kita. Tak pun dibebaskan bukan sebab tak cukup bukti, tapi kebolehan lawyer memutar belitkan kenyataan.

2. Bagaimana kita nak ensure negara kita selamat dari org yg suka sangat buat kecoh hingga ganggu orang lain? Ye demonstrasi tak salah... demo je lah satu tempat... tak yah nak berarak.. demo kat depan masjid ke depan rumah ke depan bangunan ke... buat le.. tak yah nak berarak.. aku tersangkut kat jalan sebab hangpa nak berjalan. Aku bukan sokong kerajaan pun tapi aku ada hal... Bayangkan kalau masa tu ada lah hamba allah sorang tgh sakit tenat .. kena lak kat tempat korang berarak.. dah .. mati dulu lah mamat tu... La ni anwar dah jadi ketua pembangkang dan ada kat parlimen... apesal tak bising kat parlimen tu... yang dok bising selalu si kapal dan sapa ntah...

3. Macam mana hangpa nak handle org yg suka curi maklumat dan sebarkan pada rakyat. Kononnya atas dasar perihatin dan nak buat yang betul. Tapi hangpa tau dak kenapa sesetengah maklumat diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan? atau rahsia PR? atau rahsia? sebab apa benda tu rahsia? Tidak kah korang terfikir kesan jangka panjang yang lebih buruk dari kebaikan yang singkat yang korang nak tunjuk tu lebih penting untuk dijaga? Baik sekejap tapi lepas tu kesal tak sudah...

Yup, ISA nampak kejam ... tp yang kena tahan ISA tak de la pulak mampus or tak cukup makan. Malah tahanan ISA lebih baik dari duduk penjara. Anwar duduk ISA pun boleh jumpa doktor best punya... Ye kejam sebab tak dapat jumpa keluarga. Tapi, pernahkah tahanan ISA tak jumpa keluarga selama-lamanya?

Walaubagaimana pun, pada pandangan aku, may be ISA sekarang kurang sesuai kerana peredaran zaman. Dan betul juga kalau dilakukan cara ISLAM (cuma nak tengok kelantan buat hukum ISLAM dulu kalau boleh... sebab sana masa solat ramai dok lepak kat luar, pastu pakai tudung nampak rambut, kaki rempit berlambak gak, kaki ganja pun ada... mungkin pok nik tak smpt tgk kut sebab dok sibuk bagi ceramah je... ) ...
Apa pun... bagi aku, ISA tu kena review balik... mana yang baik kita amik... mana yang buruk kita perbaiki kalau boleh... kalau tak. kita tukar baru je... senang sikit...

Petikan Wasiat Raja Melayu di Utusan Online

7 wasiat raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Thursday, August 06, 2009

Ronnie Liu... DAP gak ni

HALLLOOOOOOOO PAKATAN RAKYAT..... HALLLOOOOOOO RAKYAT MALAYSIA...

Hangpa semua dah nampak ke belum perangai geng ala-ala musang berbulu ayam ni? Baguih dok cerita dulu ikut stail pemerintahan UMAR ... pastu bagi ceramah baca ayat al-quran... tapi la ni dok kecoh perangai 2 mangkuk hayun ni... Mr Ronnie n Mr Jeff... dulu pasal Ms Eli ngan Ms Teresa...

hahahaha... semuanya DAP... semuanya gang PR.. kawan baik mr Anwar... la ni .. mcm mana? mana ketelusan dan kerakyatan korang... tapi tak kisah le... sebab ada gak pemimpin dalam PR dan PAS yang sedar... ada yg masukkan dlm blog dia org.. aku baca blog Zulkifli Nordin tadi...
hmm... bagus lah... tp skerang berani atau tidak je ... sama ada betul kerana ISLAM atau.....

LU PIKIRLAH SENDIRI...

Jeff Ooi .. sekarang korang nampak tak lagi???

Sandiwara DAP ... wayang yang dimainkan mereka cukup hebat hingga rakyat terkeliru... bukan sahaja rakyat, malah PAS pun tertipu... Nak buat macam mana... dia org dah boleh terjemah al-quran mengikut kata ulama' PAS... so terkena lah balik...

La ni.. apa cerita pulak... Tak bising pulak PAS ni... ke terpaksa diam... kalau begitu.. nampak sangatlah korang ni lagi teruk dari UMNO... sebab korang ni kononnya perjuangkan ISLAM... tapi bab ni.. diam je... jgn lupa masukkan dalam ceramah korang sama ... bab ISLAM tak leh kira.. rakan seperjuangan pun patut korang hentam gak.. kecualilah korang penakut atau nak jaga hubungan agar leh berkuasa.. ala .. lebih kurang matlamat menghalalkan cara.. hahahahaha...

Apa pun... aku rasa 2 - 3 org PAS dah bangkitkan isu ni jugak.. Bagus lah... cuma sekarang korang boleh le nilaikan kembali.. DAP ni betul ke or hanya pakai topeng je.. harap korang dah boleh nampak wajah sebenar orang2 DAP ni...

Naik .. Naik... dan Naik Lagi

Beberapa minggu lepas, kerajaan umumkan kenaikan tambang bas dan teksi serta perkhidmatan awam lain. Alasan kenaikan ialah tidak mahu pengusaha perkhidmatan kerugian kerana kenaikan kos dan untuk penambah-baikan perkhidmatan.

Alasan yang sama diulang pakai setiap kali kos dinaikkan. Yang tanggung pengguna juga. Gaji belum lagi naik. Masa minyak naik, ada yang dah naikkan tambang walaupun tak diumumkan. Malah siap buat surcharge lagi. AirAsia masih lagi kekalkan tambang sama, selepas mansuhkan surcharge dan tak de pulak nak naikkan tambang. Kenapa ye? Sebab strategi mereka betul. Murah tetapi masih lagi memberi untung. Perkhidmatan pun ok dibandingkan dengan harga.

TETAPI, bas-bas awam, teksi, dan bas ekspres sibuk nak naikkan juga. Yang paling heran tu, teksi yang guna LNG pun sibuk naikkan tambang juga, padahal harga gas tak berubah jika dibandingkan dengan minyak. Nak kata perkhidmatan bertambah baik... Hmm.. dari dulu hingga kini dan selamanya (slogan satu parti)... perkhidmatan awam tetap macam tu juga.

Lihat je kat pudu raya, kota raya, central market, dan sebagainya. Lihat sahaja perangai pemandu bas (terutama bas warna putih).. Lihat sahaja keadaan bas. Entah perkhidmatan apa yang bertambah baik, aku sendiri pun tak tau. Lihat lah kerajaan... bukan kami tak sokong dan tak mau sokong... tp korang sendiri tak mau sokong kami... pengguna ini yang menguasai majoriti... korang asyik nak sokong peniaga sahaja... maka kami yang tertekan ini mula terasa sakit hati...

Oleh itu kerajaan.... buat lah apa yang patut... kalau boleh, selalulah buat spot-check... spot-check sini bukan bermakna ada sekali wartawan, pastu ada ramai menteri dan puak-puak pengampu keliling... spot-check sini.. contohnya dalam perjalanan balik tu, cuba le mengejut singgah jap tanpa sebarang perancangan dan tengok.. kalau boleh tanya pengguna terus... jgn le bawa orang lak.. cukup la datang ngan pemandu je... lagi senang orang nak salurkan terus maklumat... baru tau...

Wednesday, August 05, 2009

Hati ku sedih.... kita makin teruk

Hari ni baca berita... jumpa lagi kes yg merentap jiwa... satu mayat bayi yg belum sempurna sifatnya telah ditemui. Yang lebih menyayatkan hati ialah bayi tersebut hanya tinggal kepala dan bahagian atas badan. Bukan lagi sedih... tapi sudah sampai tahap remuk hati...

Apakah begini teruknya perangai manusia sekarang... apakah begini sifat dan nafsu manusia sekarang. Sudah tiadakan perikemanusiaan dan belas kasihan... Apalah dosa bayi yang tidak tahu apa itu?

"Ya Allah, ku pohon padamu agar mereka itu yang tidak kenal belas kasihan dan peri kemanusiaan... berilah hidayah pada mereka andai itu yang terbaik. Andai balasan seksamu yang pedih lebih baik, maka kupohon padamu berilah petunjuk pada mereka itu...."

Monday, August 03, 2009

Rebat Tol... untuk rakyat atau sandiwara

Rebat tol 20% yg diumumkan kerajaan bebaru ini sebagai menzahirkan semangat 1 malaysia sememangnya satu pengumuman yang baik terutama bagi rakyat yang kerap berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama.

Namun... gembira rakyat diakhiri dengan keluhan betapa ia hanya satu sandiwara sahaja. Manakan tidak, untuk mendapat rebat 20%, rakyat terpaksa menggunakan tol sebanyak 80 kali sebulan. Bagi rakyat sederhana, mereka hanya menggunakan tol paling maksimum ialah 60 kali (30 hari bekerja X 2 kali utk perjalanan pergi dan balik kerja). Maka, adakah ini sesuatu hadiah yang berguna pada rakyat?

Rebat yang diumumkan kerajaan ini samalah rebat yang plus sedang promote; jika pengguna menggunakan plusmiles, pengguna akan menikmati rebat 10% jika penggunaan melebihi RM200 sebulan. Lihat pada promosi, memang bagus. Tapi hakikat sebenar, berapa ramai sangat rakyat yang jumlah bayaran tolnya melebih RM200? Selain itu, bukan semua tol boleh pakai rebat plusmiles ni.

Maka, setelah diperhatikan sebenar-benarnya, rebat ini hanya untuk membantu golongan kaya agar lebih kaya (sebab boleh berjimat dengan rebat) dan rakyat biasa akan terus kekal merana sebab tak boleh nikmati rebat.

Kalau betul kerajaan serius nak membantu rakyat biasa dan berpendapatan sederhana, sepatutnya kerajaan bagi rebat mengikut kadar pendapatan dan jumlah tanggungan serta kekerapan menggunakan tol. Misalnya, jika rakyat itu tinggal di rawang dan bekerja di kuala lumpur, sudahlah jarak perjalannya agak jauh, maka amatlah wajar bayaran tolnya diringkankan sedikit. Dan kebanyakkan yang tinggal di rawang ialah rakyat yang berpendapatan sederhana.

Harap kerajaan akan mengkaji semula pemberian rebat ini agar boleh dinikmati oleh semua pihak

T4TBH???? Siapa punya ni

Hmmm.... kecoh satu dunia pasal kematian Beck Hong ni... mulalah orang politik memukul gendang kiri dan kanan... mulalah proses menunding jari... hingga objektif sebenar lari dari pemikiran orang lain.

Bermula dari artikel di blog t4tbh, hingga ke soal siasat SPRM, hingga le menghalalkan yang haram (ikut sama pegang lilin)... Dan yang memalukan ialah bangsa melayu sama melayu yang melampau kecohnya... kononnya mereka inilah yang jadi pengawal dan penjaga keselamatan bangsa lain hingga bangsa sendiri rela dipersalahkan dan digadaikan. Aku duduk termenung memikirkan bangsaku yang terus saling bercakaran tanpa sebab munasabah dan tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada cucu cicit mereka.

Dalam masa yang sama, aku juga terfikir seperti orang lain... siapakah pemilik blog t4tbh ini yang berjaya mencetuskan kekecohan yang merugikan ini? Lalu akal aku mula terjemahkan setiap butir abjad kepada Truth from (4) Teo Beck Hong ... mungkin juga si mati yang menulisnya dan menjadi mangsa hasil dari tulisannya itu.... satu kemungkinan yang tidak boleh diletak tepi...

Apa pun, moga pihak polis dan sprm terus melakukan siasatan yang telus dan neutral agar kekecohan ini reda dan dpt membuktikan perkara sebenar. Dan pada yang terbukti buat tindakan melulu serta tuduhan melulu tu, moga diberi hidayah dan pandai-pandai le nanti minta maaf ye.. jgn dok diam je

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com