A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, January 26, 2012

Sumbangan yang tidak bermakna

1,412 penuntut terima sumbangan RM353,000


TANAH MERAH 25 Jan. - UMNO Tanah Merah terus mendekati rakyat apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM353,000 kepada 1,412 penuntut pusat pengajian tinggi yang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada satu majlis di sini, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan duit poket dan cenderamata khas itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusoff dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain.
Ikmal Hisham berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas.
Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
"Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan kejayaan, selain menjadi pembakar semangat kepada anak-anak Tanah Merah untuk maju dalam bidang pelajaran," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Beliau yang juga penaung Permata memberitahu, program tersebut merupakan acara tahunan persatuan berkenaan sejak ia ditubuhkan dua tahun lalu.

"Permata ditubuhkan dengan hasrat untuk mengumpulkan anak-anak Tanah Merah yang berada di menara gading. Ia juga bagi merapatkan hubungan silaturahim serta membantu membela nasib anak-anak Tanah Merah yang belajar di dalam mahupun luar Kelantan.

"Setakat ini, kita sudah mempunyai keahlian seramai 4,000 orang dan usaha ini akan diteruskan untuk mengumpulkan seramai mungkin anak-anak Tanah Merah," ujarnya.

Jelas Ikmal Hisham, selain membela nasib mahasiswa dari jajahan ini, Pertama turut mengadakan program-program berbentuk kemasyarakatan seperti motivasi, 'Jom Masuk Universiti' dan banyak lagi untuk memastikan anak-anak Tanah Merah berjaya dalam bidang akademik, seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.





Pakcik kata:
1. Nak kata bodoh tahu pula kira duit. Tak fikir dulu ke CD player tu perlu tidak. Adakah patut dibazirkan duit untuk beri CD Player dan Beg Galas yang sudah semestinya tidak perlu langsung. Beg galas tu mungkin perlu tapi tidak lah perlu sangat. Yang pasti CD player tu tidak diperlukan oleh pelajar PhD, MSc, BSc.

2. RM250 = RM50 + CD Player + Beg Galas ... arghhh berjenama ke? Jenama apa ye? Beg Galas pakcik pun dah RM150 (yang tahan lasak dan kalau hujan buku tak basah). Tinggal RM100.. Kalau RM50 duit poket tinggallah RM50 untuk CD Player. CD player harga RM50 ... hehehe jenama 1Malaysia kut... yang pasti kalau Sony, pastinya dalam RM100 ...MP3 Player terbaik pun paling kurang RM60 (itu pun 2GB je saiznyer). Akhirnya membazirlah duit itu.

3. Ha kan dah kena kutuk. Hajat dihati nak tunjuk kononnya membantu, tapi akhirnya nampak pembaziran je.

p/s: apa pun terima je lah.. rezeki... hehehe rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari... tp undi nanti lu fikirlah sendiri... kat tempat lu sapa yang mampu... :)

No comments: