A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, January 26, 2012

Boleh Baca Al-Quran baru boleh jadi Gabenor. Amacam Malaysia?

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran


Pasangan calon pilihan raya Gabenor Aceh (dari kiri) Muzakir Manaf, Zaini Abdullah, Fakhrulsyah Mega, Zulfinal, Yuli Zuardi dan Hendra Fadli ketika menjalani ujian bacaan Al-Quran di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, kelmarin. – AGENSI



JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.

Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.
Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN


Terbaik. Begitulah sebaiknya. Kalau ditambah lagi, yakni, setiap calon mesti mengangkat sumpah bahawa bersih dari sebarang isu serta tidak terlibat dengan masalah moral, lagi best. Baru kita boleh lihat sejauh mana mereka ini berani dan ikhlas demi Allah.

p/s: agak-agak kat Malaysia boleh buat macam tu tak? Jangan kan BN, PR pun pakcik rasa tak mampu. Nak bersumpah pun takut, apatah lagi nak baca Al-Quran. Setakat petik ayat-ayat tertentu, siapa pun boleh.

No comments: