A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, January 02, 2012

Kemalangan maut - salah siapa?

Ketika warga malaysia dan seluruh dunia bergembira menyambut tahun baru dengan pelbagai cara (berkonsep kerohanian atau menjurus pada kemaksiatan), beberapa insan lain mengalami nasib berbeza. Dan paling menyedihkan apabila 7 sekawan dijemput maut dengan cara yang cukup mengerikan. Sila baca di sini - Utusan Malaysia Online - Berita Utama.

Namun apa yang pakcik ingin berbicara disini bukan mengenai kemalangan tersebut, sebaliknya respon dari menteri terbabit yang pada pakcik lebih menonjolkan akan kebijaksanaannya yang tidak seberapa. Mengikut menteri tersebut, kajian akan dilaksanakan mengenai keselamatan dan kesesuaian gerai buah yang terletak berhampiran jalan tersebut hingga menyebabkan kemalangan kerana kenderaan akan memperlahankan kereta untuk melihat atau berhenti.

Sesuatu yang mengejutkan apabila menteri mula bersuara. Ternyata mereka ini tidak ramai yang mampu berfikir dengan penuh hemah. Jika dilihat pada lakaran grafik serta petikan dari kata-kata saksi, sudah jelas menyatakan bahawa kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong dari sebelah kiri. 2 kesalahan telah dilakukan. Malah, laluan kiri yang dilaluinya itu ternyata merbahaya kerana tidak diturap lantas berkemungkinan adanya pasir atau sesuatu yang membahayakan (melicinkan pergerakan tayar). Malah jumlah penumpang juga jelas menunjukkan kesalahan, yakni 10 orang dalam sebuah kereta yang hanya boleh memuatkan atau sesuai dinaiki 8 orang (dengan 2 daripadanya ialah kanak-kanak).

Hakikat umur pemandu juga boleh ditafsirkan sebagai kurang matang dalam memandu sebuah MPV bersama dengan remaja yang ternyata akan membuahkan unsur keseronokan melampau hingga mengakibatkan pemanduan yang agresif dan tidak matang. Tidakkah mereka berfikir betapa laluan kiri itu cukup membahayakan dan menyalahi undang-undang? Tetapi ini bukan persoalan utama dan pakcik rasa kita biarkan mereka itu pergi dengan aman. Yang penting disini ialah reflek seorang menteri yang pada pandangan pakcik adalah satu pemikiran yang sempit dan bodoh.

Kesimpulannya ialah gerai buah-buahan itu tidak bersalah, tetapi corak pemanduan pemandu kereta itu dan juga kebanyakkan pesalah jalan raya perlu diberi perhatian utama oleh pihak berkaitan. Paling penting, silibus pembelajaran JPJ mesti merangkumi aspek pemanduan menggunakan kereta auto dan pengawalan kereta dikala kecemasan. Dalam hal ini, satu proses pembelajaran JPJ perlu menggunakan teknologi seperti pilot kapal terbang kerana ini pastinya menjimatkan kos, lebih selamat, dan lebih tepat dalam menguji kecekapan pemandu memandu dalam pelbagai cuaca.

p/s: pakcik nak bantu, tapi menteri tu dan JPJ nak dengarkan idea pakcik ni?

No comments: