A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, January 13, 2012

20 jenis makanan untuk kesihatan


1. Yogurt
Pengambilan yogurt yang kaya dengan kalsium, Vitamin D, dan vitamin A bukan sahaja memberikan manfaat kepada kulit bahkan untuk kesihatan tubuh anda. Dapatkan yogurt yang rendah lemak dan rendah kandungan gula. Pengambilan boleh dipelbagaikan dengan membeli yogurt yang berperisa buah-buahan.

2. Keju
Kandungan selenium yang tinggi menjadikan kulit lebih sihat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin D.
3. Susu Kambing
Ia kaya dengan vitamin A, kalsium dan asid amino, yang bertindak untuk memberikan tidur yang nyenyak sekali gus menjadikan kulit sihat serta berseri.

4. Susu Soya
Bagi mereka yang mengalami masalah alahan laktosa, pengambilan susu soya adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan keperluan kandungan vitamin A, B1, dan B2 selain protein dan kalsium.

5. Strawberi
Ia kaya dengan kandungan yang mampu meningkatkan perlindungan struktur sel dalam badan dan menghalang kerosakan oksigen.

6. Blueberry
Kaya dengan agen antipenuaan.

7. Blackberry
Membekalkan magnesium dan serat untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan memberikan kesan kulit yang sihat.

8. Prun
Kaya dengan bahan aktioksida, yang membebaskan radikal dalam tubuh dan badan. Prun juga membantu resapan iron dan tinggi dengan kandungan vitamin C.

9. Avokado
Ia sememangnya terkenal untuk merawat kolestrol dan tekanan darah tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin K dan asid lemak bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.

10. Mangga
Kaya dengan viramin A untuk mata dan kulit.
11. Tomato
Mengandungi aktioksida dan vitamin A dan C yang bagus untuk kesihatan kulit.

12. Salmon
Merupakan salah satu makanan terbaik untuk kesihatan. Membantu mengekalkan keremajaan kulit.

13. Ayam Belanda
Kaya dengan protein, selenium, dan rendah lemak. Juga mengandungi ion, zink, dan vitamin B.

14. Biji Bunga Matahari
Mengandungi minyak yang baik untuk kulit serta kaya dengan vitamin E dan B1.

15. Badam
Kaya lemak Omega, vitamin E, magnesium, lemak, dan sedikit protein yang diperlukan tubuh.

16. Bayam
Mengandungi vitamin E dan B.
17. Lobak
Baik untuk mata dan kulit. Mengandungi vitamin A.

18. Air kosong (masak)
Membantu melembabkan kulit dan melancarkan peredaran darah.

19. Teh Hijau
Mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, digunakan sebagai penawar kepada beberapa jenis penyakit (termasuk kanser), dan melambatkan proses penuaan.

20. Jus Delima
Membantu kulit bermasalah untuk kembali sihat.


Tapi agak-agak tak mampu, makan je apa yang mampu asalkan halal, suci, dan mulakan dengan kalimah Basmallah. :)

Sumber: Berita Harian (Isnin, 12 Disember 2011)

No comments: