Kesimpulan dari video diatas:
1. Tiada provokasi atau 'police brutality' seperti didakwa. Yang ada ialah suara provokasi dari pelajar terbabit.
2. Polis dah berbincang dengan ketua kumpulan dan meminta secara baik agar mereka bersurai tetapi jenis tak paham bahasa ni payah juga ye.
3. Ada suara bangang suruh baring (satu tindakan provokasi) dan mencabar ditangkap.
4. Belum apa-apa dah kecoh... baru kena panggil untuk perbicaraan pun dah kecoh ke adam ooii.. Nampak sangat bersalah.. orang kata berani kerana benar.. takut kerana salah.. nampak macam takut je mamat tu.. kalau betul kenapa nak takut... habis sangat UPSI akan buang engkau je.. macam lah tak boleh belajar kat tempat lain.. aku rasa banyak ustaz PAS yang bukan graduate UPSI pun.. so apa nak heran.. kalau kau dijalan betul, banyak lagi tempat belajar.. swasta pun ada... inilah yang dikatakan otak kat lutut..
5. Polis kata "Sila beri kerjasama dan meminta mereka masuk ke trak" ... masih ingat pada BERSIH dulu.. perkara sama juga berlaku dimana peserta dibawa naik ke trak (bukan utk dipukul) ... dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan..siap diberi makan lagi tu... ini yang korang meracau macam orang gila talak..... kalau benar, kenapa takut... aku sendiri pernah diminta datang ke balai kerana satu isu dan diiringi oleh 4 orang polis... beri kerjasama dan InsyaAllah semuanya tidak ada masalah... Ada satu ulama ketika zaman pemerintahan khalifah (aku tidak ingat namanya) yang diminta datang mengadap dan pernah dipenjarakan kerana tidak mahu berkhidmat pada khalifah itu... tetapi tidak pula anka murid dan dia meronta atau melawan... sebaliknya dia percaya bahawa pada Allah dan menyerah serta rela dipenjara... dan ulama itu kemudian menjadi terkenal dengan ilmu dan pelbagai sumbangan...
6. Perkara mudah... suarakan pendapat... dalam pilihanraya kampus, masuk bertanding dan guna kuasa yang ada untuk mengubah .. follow the rules of 'Circle of Influence, Circle of Concern' ... you have your concern but your influence is small... increase it part by part and you shall increase the power to change anything you concern with, hence your circle of concern become smaller and smaller till you don't have anything to concern about (http://www.breakoutofthebox.com/circle.htm) ... so.. mulakan dengan diri.. kemudian, masuk politik kampus (sebab itu je dibenarkan .. dan sabarlah .. bukan lama 5 tahun belajar) ... jadi ahli politik dalam kampus... suarakan melalui cara yang berhemah... lepas tu dah graduate.. masuk parti kalau nak berpolitik atau kembangkan melalui cara yang sesuai... dengan cara itu, maka ISLAM lebih baik dan MELAYU lebih bijak dalam gerakan dan pemikiran... bukan ikut cara Arab yang terkenal dengan kekerasan dan kebiadapan seperti di Mesir, Libya, Afghan, Iraq, Yaman, Syria, dll yang hingga kini masih belum stabil dan aman.... tanya lah sesiapa sahaja termasuklah ustaz2 PAS yang belajar di negara asia barat.. semua pasti setuju bahawa bangsa arab majoritinya kasar dan biadap serta angkuh... maka itu cara kekerasan ditonjolkan seperti demonstrasi jalanan...
7. Paling senang, dapatkan tandatangan bantahan pelajar dan hantar pada pentadbiran UPSI dan cc pada pihak media (termasuk akhbar dari pembangkang) ... itu cara lebih bijak dan berhemah... lagi best, jika anda dipihak benar, dan kononnya PR dibelakang anda termasuklah rakan2 yang sanggup berjuang.. maka kumpul dana dan panggil karpal and the gang untuk membela anda... itu pun tak leh fikir kan.. inilah yang dinamakan 'Apabila otak diletakkan di kepala lutut' ... maka yang terfikir hanyalah cara semborono @ hentam keromo...
ulasan peribadi pakcik...
1 comment:
sokong sgt..ituler cara yg sepatutnya...
Post a Comment