A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, January 13, 2012

5 jenis tabiat makanan yang perlu dikurangkan

 1. Pengambilan kopi yang terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kulit kekeringan. Selang selikan dengan minuman air kosong jika perlu ambil kopi.

2. Penggunaan garam yang berlebihan mampu menyebabkan air didalam badan tersejat. Kalau kena makan masin, pastikan minum air yang banyak

3. Piza atau burger keju, jika berlebihan akan menyebabkan badan menyimpan lemak tepu sekali gus membawa kepada obesiti. Jika suka, pastikan anda minum air limau nipis atau makan makanan yang akan menyerap lemak tersebut.

4. Pengambilan makanan berasaskan gandum/bijiran (roti/nasi/etc) berlebihan akan menyebabkan radang pada kulit. Tapi kalau terpaksa, pastikan dimulai dengan buah-buahan.

5. Daging sejuk beku (Frozen) mempunyai lebih banyak lemak dan garam. Jika terpaksa, kurangkan garam dalam masakan atau nyah beku terlebih dahulu.








Sumber: Berita Harian (Isnin, 12 Disember 2011)

No comments: