Google

Tuesday, November 30, 2010

PKR mencemar ISLAM

Beberapa hari lepas, didalam berita dipaparkan seorang bukan ISLAM, ketika dikonvensen PKR, bercakap dengan nada tegas dan perlahan-lahan mengenai beberapa perkara yang sama sahaja sepanjang tahun ini. Namun ada 2 perkara yang menarik perhatian saya dan salah satunya diungkapkan oleh bukan ISLAM itu, dimana dia memetik sebuah hadis (kurang jelas) dan juga mengatakan bahawa konsep ketuanan tidak ada dalam ISLAM. Katanya lagi mana ada Rasul S.A.W memperkenalkan ketuanan Arab dan oleh itu konsep ketuanan melayu perlulah dihapuskan.

Satu perkara lagi ialah mengenai TPM ialah Lim Kit Siang andai Pakatan memenangi pilihanraya nanti.

Apa kata saya:
1.      Dalam ISLAM dan ketika zaman Rasullullah S.A.W hingga zaman sahabat terus ke zaman khalifah hatta khalifah Umar Abd Aziz sekalipun tidak pernah ada ketuanan arab. MENGAPA? 
a.       Kerana disana ada satu bangsa sahaja, yakni bangsa Arab dan yang ada ialah pemerintahan ISLAM dan undang-undang ISLAM. Saya tidak kisah andai ini yang ingin diterapkan oleh PKR, yakni satu bangsa iaitu bangsa MALAYSIA, satu sekolah (tiada SRJK), dan satu corak perundangan iaitu undang-undang ISLAM (yang sentiasa diperjuangkan PAS kononya). Namun, bukan ini yang PKR mahukan kerana ini akan berlawanan dengan keinginan sekutu mereka (DAP)
 
b.      Ketika Zaman yang diperkatakan oleh bukan ISLAM tersebut, yang ada ialah pemerintahan ISLAM berlandaskan musyawarah @ majlis penasihat dan tidak wujud parti-parti politik ini hatta Parti ISLAM sekalipun. Yang ada ialah pemerintahan dan politik ISLAM tetapi tiada parti politik ISLAM. Adakah ini yang PKR mahukan atau sekadar omong kosong bagi menarik sokongan bukan melayu?

c.       Konsep ketuanan melayu telah disalah fahami, disalah tafsir, disalah terjemah oleh PKR kerana konsep tersebut bukan bermaksud melayu adalah tuan segalanya dan bangsa lain tiada hak melainkan apa yang termaktub. Inilah tafsiran yang sering diperdengarkan, sedangkan jika kita fahami maksud sebenar berdasarkan cerita sebenar (jangan ambil sebahagian sahaja) seperti tok-tok guru pakatan selalu kata ketika ceramah (bacalah keseluruhan ayat dan faham kenapa ayat itu ada disitu bukan ambil sebahagian dan buat terjemahan sendiri), maka kita akan faham bahawa ketuanan melayu disini bermaksud memberikan pada yang hak, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan berlaku adil pada semua serta tidak meminggirkan kaum bumiputera didalam segala hal agar setiap insan beroleh kekayaan sama rata dan tiada sifat penindasan. Sepanjang-panjang konsep itu wujud, tidak pernah didalam Negara ini wujud hamba, tidak pernah kaum bukan bumiputera ditindas, tidak pernah kaum bukan bumiputera dihalang dari menjadi kaya atau menjawat jawatan penting dalam kerajaan (tidak seperti beberapa Negara jiran dimana kaum bumiputera pula yang teruk ditindas dan ada pula Negara jiran yang kaum lain tidak mendapat hak sekata). Ini yang telah salah tafsir oleh PKR terutamanya berucap ketika itu.

2.      TPM ialah Lim Kit Siang atau wakil DAP? Andai benar, kesian pada Hadi Awang dan rakan-rakan PAS lain yang bagaikan melukut ditepian gantang. Sudahlah di Pulau Pinang diberi jawatan yang tidak mampu membantu orang ISLAM (jawatan yang sinonim dengan orang PAS iaitu bahagian hal-ehwal orang ISLAM) sedangkan yang mampu menaikkan ekonomi sekali gus memastikan orang ISLAM tidak tertinggal dalam bidang lain semuanya diberi pada bukan ISLAM. Kini, andai PR memenangi PRU-13, PAS nanti yang boleh dibayangi saya ialah jawatan Menteri Kebudayaan, Menteri di JPM bahagian Agama, dan Menteri Pertanian. Sedih saya melihat PAS didalam PR yang bagaikan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sudahlah konvensyen PKR pun tidak kelihatan orang kuat PAS bagi ucapan, dalam perancangan PKR pun PAS tiada juga. Sedih sedih… Bagaimana ingin memartabatkan ISLAM sedangkan diri sendiri pun hanya berpaut pada hujung tali yang nipis, ibarat kemudi satu kapal bersama, PKR di bahagian stereng, DAP dibahagian utama lain, PAS dibahagian enjin serta bahagian cucian (tempat yang orang lain tidak inginkan), begitulah nasib PAS.

Patik Sokong Tuanku Sultan....

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Sultan Selangor kurang senang


Sultan Sharafuddin Idris Shah


SHAH ALAM 29 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.

Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' hendaklah dihapuskan.

"Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa sedih dengan generasi Melayu sekarang yang malu untuk mengakui diri sebagai seorang Melayu.

Justeru baginda melontarkan persoalan adakah mereka tidak mempunyai perasaan bangga dan megah sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan 'Melayu' untuk dikorbankan sehingga lenyap dari dunia ini.

"Cuba kita baca sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris yang mana ada tertulis 'Tanah Melayu', 'Negeri-negeri Melayu Bersekutu' dan juga ada menyebut 'Raja-raja Melayu'.

"Ini menunjukkan penulis-penulis Barat ini mengiktiraf akan adanya Melayu yang memulakan sejarah di negara ini," titah baginda.

Mengulas lanjut, baginda menjelaskan titahnya itu bukanlah bertujuan menyalakan api perkauman tetapi untuk menyatakan bahawa semua rakyat Selangor mesti berbangga dengan komposisi penduduk pelbagai keturunan di negeri itu.

Baginda turut menyeru rakyat Selangor supaya memahami sejarah negeri dan negara supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

"Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tumpah darah kita dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," tegas baginda.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bangga dan sukacita kerana kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah namun pada masa sama menegur rakyat Selangor yang dianggapnya kurang membaca buku berkaitannya.

"Beta dapati rakyat beta kurang minat untuk membaca buku sejarah, dalam erti kata lain, rakyat Selangor ini ramai yang buta sejarah.

"Beta berharap rakyat Selangor dapat mengubah sikap untuk membaca lebih banyak buku sejarah berkenaan negara kita dan jangan membuang masa membaca buku-buku atau majalah-majalah yang hanya mengandungi gosip yang tidak memberi manfaat kepada kita," katanya.


Apa kata saya:
1. Kita hanya mengejar matlamat dan cita-cita tanpa mengira halal haram serta integriti sebagai seorang pemimpin kepada pelbagai cabang masyarakat hingga tergamak menyakiti sesuatu bangsa itu demi memastikan matlamat dan cita-cita tercapai.

2. Kita tidak faham masuk tanah melayu, raja-raja melayu, kaum bumiputera, dan sebagainya hingga kita lupa pada perjanjian asal dan menyempitkan pemikiran kita pada satu aliran yang menolak pemikiran terbuka yang lain.

3. Kita pertikaikan perkataan "ketuanan melayu" sedangkan terjemahan kita sendiri pada konsep ketuanan itu belum tentu diatas landasan yang tepat. Sedangkan konsep ketuanan melayu itu andai diperhalusi bukan bererti melayu itu tuan dan yang lain ialah hamba. Andai itu terjemahannya, maka kita akan lihat satu peradaban yang dipenuhi dengan hamba sahaya. Tetapi bukan itu terjemahannya. Maksud ketuanan melayu yang sebenar ialah bahawasanya tanah dan keseluruhan tanah melayu termasuk sabah dan sarawak itu asalnya bertuankan orang melayu/bumiputera, tetapi kini atas semangat muhibbah dan kerjasama, maka kemakmuran itu dikongsi bersama dan dimana sesiapa sahaja boleh menjadi tuan pada tanah yang dimilikinya dengan syarat dia tidak mempertikaikan apa jua yang telah dipersetujui dan dimeterai didalam perlembagaan negara bagi menjamin kesaksamaan dan keadilan yang sebenar.

Adat Perkahwinan yang tidak patut ada

Sebentar tadi (~7:50am), melalui corong radio Sinar.fm, terdengar cerita menarik hujung minggu yang dikongsi bersama antara pendengar setia Sinar.fm (kerana gembira dengan celoteh KE & SY), pencerita yang menelefon konti Sinar.fm, dan penyampai radio tersebut. Menurut pencerita, itu merupakan pengalamannya yang pertama ketika terbabit dalam perkahwinan keluarganya. Ia merupakan kisah penghantaran pengantin (kurang pasti lelaki atau perempuan) dari Perak ke Batu Pahat, Johor.

Apa yang menariknya ialah mengenai adat perkahwinan di Johor (andai masih ada), yakni pembayaran tol sebelum pengantin tersebut boleh berada diatas pelamin bersama pasangannya.

Menurut pencerita, mereka telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai adat tersebut, lalu sipengantin pun menyediakan wang dalam jumlah RM5 setiap sampul (tidak pasti berapa sampul yang disediakan). Ketika hari tersebut, setibanya mereka di rumah pengantin, telah sedia menanti barisan lelaki menghalang pengantin dari memasuki kawasan rumah sebelum dibayar tol. Lalu mereka pun diberikan setiap sampul seorang. Menarik lagi kata pencerita, sampul dibuka ketika itu juga lalu bisinglah mereka mengatakan tidak cukup jumlah yang dimasukkan. Lalu kelam-kabut keluarganya menambah. Selangkah masuk kerumah pengantin, wanita pula menghalang laluan kearah pelamin meminta tol. Apa lagi, bertambah pening mereka menyediakannya. Dan ketika kaki menjejak pelamin, pasangan dihalang dari menaiki pelamin oleh mak andam yang juga meminta tol. Si pengantin tersebut pun mengeluarkan dompetnya dan memberi apa yang ada. Namun mak andam masih tidak benarkan kerana jumlahnya tidak mencukupi lalu digertak untuk tidak benarkan mereka menduduki pelamin. Kerana tidak berpuas hati, lalu keluarga pengiring pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ingin pulang kerana itu sudah tidak logik dan akad nikah sudah pun dilangsungkan. Lalu ketika itu terdengar kata pencerita bahawa pihak disana kata tak boleh masuk bilik kerana akan dikunci melainkan menjelaskan bayaran tol terbabit.

Itulah cerita yang saya dengar tadi.

Pendapat Saya:
1. Perkahwinan didalam ISLAM itu mudah dan wajar dipermudahkan agar pasangan diberkati Allah dan tidak dibebani hutang. Adat tersebut bukan sahaja bercanggah dengan prinsip perkahwinan ISLAM malah boleh mendekatkan pasangan pada hutang yang tidak sepatutnya ada.

2. Andai mahu diteruskan juga adat tersebut, jumlahnya patutlah berpada-pada, yakni pada kemampuan penganting. Sudahlah tiba dari jauh yang terpaksa membayar tol sedia ada dalam perjalanan beserta minyak, ditambah pula tol yang diada-adakan kerana adat.

3. Apabila kita menghalang pasangan yang sah kerana alasan yang tidak ada dalam hukum syarak mahupun syariat ISLAM, tidakkah kita terfikir kita dikira menghalang sesuatu yang baik pada ISLAM dan boleh menjurus pada dosa yang sepatutnya tiada?

Saturday, November 27, 2010

Lagu rojak... It is Okay

A song that remind me our daily lives... it is mix language (Dato Seri Utama Rais Yatim will not like this)... but it truly related to our daily lifes... listen to this



Thursday, November 25, 2010

Hanya sebagai gurauan

myMetro | Kakak bongkar rahsia 2 beradik

myMetro | Kakak bongkar rahsia 2 beradik

Kalau aku jadi bapa budak ni, dah lama aku hampuk kepala ke dinding... tak akan sesekali mengaku anak..
Apa nak jadi ntah????

myMetro | Tetak bapa kekasih

myMetro | Tetak bapa kekasih

Kepada gadis tersebut, dan juga gadis2 yang lain... janganlah cari suami atau teman mcm ni.. kalau sekarang dah kenal, cinta mcm mana pun, lupakan lah... kelak akan menyesal seumur hidup.. masa itu tidak berguna lagi sesal dan menangis keluar air mata darah sekali pun.

Kerap kali terbaca akhbar dipukul kekasih, dipukul suami, dan macam-macam deraan seksual, batin, dan zahir tetapi tetap setia atas nama cinta atau kerana berpegang pada kata syurga itu terletak dikaki suami... Kalau ia pun, tengoklah suami yang bagaimana.. kalau suami pemalas, penagih dadah, perompak, pemukul, dan pelbagai perangai setan, bukan syurga dikakinya.. neraka yang menanti sebenarnya...

Oleh itu, nasihat saya pada kaum wanita (ibu, isteri, anak gadis remaja, janda, etc)... sebelum rapat dengan lelaki, sebelum cinta sepenuh hati, siasat sehabisnya lelaki itu dari asal-usulnya, pekerjaannya, rakan-rakannya, dan paling penting, rujuk (solat istikharah) pada Allah S.W.T memohon petunjuk.

dari seorang lelaki juga..

Keluarga lindungi peragut

Bomba selamatkan dua peragut

Seremban 24 Nov. – Gara-gara takut diberkas polis yang datang ke rumahnya, dua suspek kes ragut bertindak memanjat bumbung rumah jiran mereka sebelum menyorok di sebalik tangki air.
Namun usaha kedua-duanya sia-sia apabila mereka gagal pula untuk turun sehingga polis terpaksa memanggil pasukan bomba dan penyelamat.
Itulah berlaku terhadap dua suspek yang juga merupakan adik-beradik di Taman Bukit Kepayang, di sini kira-kira pukul 2 pagi ini.
Kedua-dua mereka ditahan polis sebaik sahaja operasi menyelamatkan mereka selesai dilakukan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, kedua-dua suspek berusia 20-an, sebelum itu dipercayai melakukan jenayah ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam, pukul 6.15 petang.
“Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek menyamar sebagai pemungut hutang sebelum melarikan beg pinggang mangsa. Suspek-suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Ford Laser,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, bertindak hasil daripada maklumat, pihaknya berjaya mengesan rumah kedua-dua suspek di taman perumahan berkenaan, beberapa jam kemudian.
Katanya, namun ahli keluarga suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama sebelum anggota terbabit menyedari kedua-dua mereka menyusup di atas bumbung rumah dua tingkat itu.
“Bagaimanapun mereka tidak boleh turun dari bumbung berkenaan sehingga kita terpaksa memanggil bomba bagi menurunkan suspek.
“Pihak bomba mengambil masa beberapa jam untuk menurunkan kedua-dua suspek sebelum mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk disoal siasat,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Pendapat Saya:
Bagaimana kita ingin selesaikan masalah ragut, pecah rumah, dan lain-lain andai keluarga mereka ini sendiri tidak memberikan kerjasama. Atas nama sayang ke ini? Teringat aku pada kisah remaja yang masih di dalam perbicaraan.... Aku cadangkan pihak polis bukan setakat menangkap dan dakwa mereka itu, malah keluarga mereka yang melindungi dan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Wednesday, November 24, 2010

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Kesan jual kepentingan JCorp

PENGGANTUNGAN aktiviti urus niaga saham-saham syarikat tersenarai yang ada kaitan dengan JCorp, iaitu Kulim Berhad serta QSR Brands dan KFC Holdings pada minggu lepas amat menarik untuk diperhatikan dan diperhalusi. Ini berikutan ura-ura pemiliknya, JCorp untuk melepaskan penguasaan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia tersebut.

Implikasi penjualan dan penguasaan syarikat terbabit pasti akan memberi kesan jangka panjang. Ia secara langsung menghakis penguasaan bisnes bumiputera, sekali gus melenyapkan platform bagi membuka ruang eksekutif profesional Melayu membuktikan kemampuan mereka bersaing dalam sektor korporat dan bisnes bertaraf syarikat multinasional (MNC).

Perlu dimaklumi bahawa selain menguasai QSR dan KFC, Kulim juga mempunyai kepentingan utama dalam sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham London yang memberi ruang pendedahan bisnes antarabangsa di salah sebuah negara yang menjadi peneraju ekonomi dunia....................


Moga JCorp tidak dijual atau dimiliki oleh bukan bumiputera. Itu sahaja yang mampu saya pinta.

Monday, November 22, 2010

Facebook | "SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'

Paparan dibawah diambil dari Facebook | "SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...' untuk tatapan kita semua

"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'

by Ber"couple" itu Haram. on Friday, November 19, 2010 at 10:34am

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*****************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

masyaallah~

harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....

urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....


Ya Allah... moga kau terima taubat ku ini ....

myMetro | Derita batin sampai murtad

myMetro | Derita batin sampai murtad

Sebagai orang ISLAM yang masih lagi kekurangan ilmunya, saya agak terkilan dan terkejut dengan paparan ini. Apa yang saya mampu fikirkan ketika ini ialah:

1. Institusi berteraskan ISLAM (JAKIM, Mahkamah Syariah, etc) sepatutnya memainkan peranan utama dalam membantu menyelesaikan masalah mereka ini.
Terlalu banyak ISU berkaitan dengan orang ISLAM yang sekali imbas laksana akan kegagalan institusi tersebut melaksanakan tugas yang diberi. Berapa ramai insan yang mengeluh ketika berurusan dengan institusi terbabit? Berapa banyak kes tertangguh diatas kelemahan institusi terbabit dalam menegakkan syiar ISLAM dinegara ini? Lihat sahaja kes MURTAD, kes orang ISLAM yang meninggal tetapi dituntut untuk pengebumian mengikut cara bukan ISLAM, kes perceraian, kes permohonan poligami yang banyak songehnya, dan pelbagai lagi. Ini hanya memperlihatkan kelemahan institusi terbabit dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan umat ISLAM di Malaysia.
Saya sendiri pernah terlibat dalam kes perceraian saudara saya. Penat turun-naik mahkamah dan pergi pejabat agama berulang kali. Macam-macam cerita dari kerjasama pihak suami/isteri yang tidak ada, ketiadaan pegawai bertugas, borang tak lengkap, dan pelbagai hal lagi yang sepatutnya boleh dikurangkan atau dipermudahkan atau diatasi dengan menjadikan ia satu proses yang efisien dan sempurna. Hampir 3 bulan lebih barulah kes perceraian saudara saya selesai. Itupun belum masuk nafkah pada anak2 lagi. Keseluruhannya, ia selesai setelah hampir setahun. Mengapa begitu lama? Bukankah andai tiada kerjasama salah satu pihak, kita boleh keluarkan waran untuk memanggil mereka? Adakah kita terlalu berlembut sehingga undang-undang syariah boleh dipermainkan dan diputar-belitkan? Sendiri fikir.

2. Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat mesti lebih prihatin
Saya harap KPWM akan terus membantu mereka ini yang memerlukan sama ada dari segi kaunseling mahupun bantuan kewangan untuk memulakan perjalanan baru andai perceraian berlaku atau seperti kes ini, digantung tidak bertali.

3. Dalam ISLAM, kalau si isteri faham maksud taklik yang dibaca suami, tentu faham bahawa situasi ini boleh diatasi dengan memfailkan perceraian atas sebab suami tidak melaksanakan tanggungjawab seperti didalam taklik yang dibacanya.
Didalam ucapan taklik tersebut ada perenggan yang dinyatakan bahawa "Andai saya meninggalkan isteri saya selama 3 bulan berturut-turut tanpa memberi sebarang nafkah atau mengabaikan tanggungjawap saya atau mencederakan isteri saya, maka isteri saya berhak mengadu pada jabatan agama ISLAM dengan membayar sebanyak RM1..." (lebih kurang lah). Agak2nya ramai tak si isteri yang faham akan hak dia yang ini? Setelah diadu dan dibayar Rm1, apa tindakan dan berapa lama proses ini berjalan? Tidakkah mereka yang terbabit sepatutnya meletakkan satu jangka masa terhad untuk selesaikan masalah ini sebelum menjadi lebih buruk? Bilakah si isteri boleh bebas dari seksaan batin ini?

Terlalu banyak persoalan yang timbul yang akhirnya saya hanya memandang pada pihak yang sepatutnya bertanggungjawap dalam memastikan kebajikan umat ISLAM terpelihara sahaja yang jelas pada mata saya.

Tuesday, November 16, 2010

myMetro | Zaid sah tinggalkan PKR

myMetro | Zaid sah tinggalkan PKR

Kepada Zaid... sudah-sudahlah... tak payah nak tubuhkan parti baru.. cukuplah melayu kini terbahagi kepada 3 parti... sudahlah berlainan parti, hal melayu dan ISLAM pun tak sehaluan... apatah lagi kalau ada 4 parti yang ditunjangi orang Melayu... mahukah kita lihat kaum melayu dan warga MUSLIM di malaysia ini bercakaran? Siapa yang akan rugi dan siapa yang untung atas masalah ini? sendiri fikirlah.

Kepada PKR, terutamanya anwar dan azmin,... tak kan nak tunggu sampai semua orang kuat berundur baru nak nampak? Wan Azizah, cukuplah... berundur sahaja. Hand over to anwar.. ini tidak, jadi presiden tapi kuasa ditangan ketua umum yang bukan presiden. Paling kelakar, satu kapal ada dua nakhoda walaupun kedua-dua nakhoda dari keluarga yang sama, lantas menjadikan satu cerita jenaka kerana wan azizah ibarat presiden boneka (seperti mana kata mereka pada PM).

Kepada PAS... ingatlah... serban mungkin sama hijau, tapi hati didalam kita tak tahu. Duri dalam daging lebih bahaya dari singa didepan mata. Musuh dalam selimut ibarat gunting dalam lipatan, alpa seketika, luka kita kerananya. Jangan kerana mengejar matlamat, kita lupa pada halal haram dan budi bicara seorang MUSLIM.

Kepada orang MELAYU dan ISLAM... cukuplah kita bersengketa.. ayuh bersatu untuk warga MELAYU dan ISLAM khususnya.

Thursday, November 11, 2010

Hujah penolakkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh bukan ISLAM

HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH
‘ALLAH’ OLEH KRISTIAN
Mohd Aizam bin Mas’od
Cawangan Aqidah
Bahagian Penyelidikan

Abstrak
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini
seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami
maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua
pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu
sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar
tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam
mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Pendahuluan
Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi
Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)
telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan
kalimah 'Allah'. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan
penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal. Pada 3 Januari 2008, kabinet
mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan
kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet
telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1
November 2006. Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di
Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan
penggunaan kalimah ‘Allah’. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian
Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan
permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)
terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan
Herald-The Catholic Weekly. Oleh itu, artikel ini digarap dalam rangka
menyediakan hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.
Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’
Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk
‘Church leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang
dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan
penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang
dikemukakan ialah seperti berikut:
a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu
menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.
b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya
telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah
‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para
penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk
kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan
dan Asia Barat.
c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan
bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.
d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia
diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang
wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.
e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam
urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik
Alasan pertama: Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa
Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

Hujah-hujah Menolak:
a) Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab.
Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain.
Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’
adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita
tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa
asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superior
daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan
mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang
layak disembah 2 . Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali
menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan
lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’.

b) Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah
adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamuskamus
serta eksiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:
i. Kamus Oxford - Allah : Name of God among Muslims3.
ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in
the religion of Islam4.
iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an
Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language,
as the name of God5.
c) Dalam konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada
bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan.
Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna
yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz
(terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana
definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat:
Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg
Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg
Maha Tinggi6.
Kamus Pelajar pula mendefinisikan kalimah ‘Allah’ seperti berikut:
Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha
Sempurna dan Yang mencipta alam ini7.
Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan
dalam bahasa Melayu atau ‘god’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah
lafaz bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam
yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya
oleh bukan Islam di negara ini.
d) Perbuatan pihak Gereja Katolik menterjemahkan perkataan ‘god’ kepada
‘Allah’ juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di
negara ini. Perkataan ‘god’ menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu ialah:
n 1. male deity, dewa, tuhan; (archaic) betara: the Greek ~s, dewadewa
Yunani; 2. idol, berhala, patung; 3. so., st. deified, tuhan: money
3 A.S Hornby(1985), Oxford Advanced Learner’s Dictionary Of Current English, Oxford
University Press, Great Britain, p. 23.
4 http://www.britannica.com/eb/article-9005770/Allah. Dilayari pada 8 Jun 2008.
5 http://www.newadvent.org/cathen/01316a.htm. Dilayari pada 8 Jun 2008.
6 http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. Dilayari pada 8 Jun
2008.
7 Ibid.
4
has become his ~, wang telah menjadi tuhan baginya; make a ~ of /so.,
st/, bertuhankan /sso, sst/; 4. G~, Tuhan; (in Islam) Allah8.
Takrifan ini dibuat oleh Kamus Dewan berdasarkan budaya yang menjadi
amalan masyarakat di negara ini. Ini bermakna ‘god’ bagi selain Islam
diterjemahkan sebagai dewa dan tuhan. Manakala ‘God’ (huruf ‘g’ besar) ia
digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada ‘Allah’ dan bukan
terjemahan bagi kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Inggeris (seperti pada takrif
no. 4 di atas). Ia seperti juga umat Islam menggunakan huruf besar untuk
setiap huruf pertama bagi kata-kata ganti nama yang lain apabila merujuk
kepada ‘Allah’ seperti Aku, Kami, Dia dan Engkau.
e) Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan
kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti
penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti
perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang
terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya
adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula,
faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang
menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh
itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu
adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible
tersebut boleh dipertikai.
Alasan kedua: mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik
di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan
‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut
Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan
dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
Hujah-hujah Menolak
a) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh
Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara
misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk
mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.
Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah
menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk
menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh
masyarakat setempat.
Sebagai contoh, terjemahan Bible oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun
1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan
digunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung
Tanah Melayu dan Indonesia9. Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus
8 http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. Dilayari pada 8 Jun
2008.
9 Neill,S(1956). Colonialism and Christian Missions. London: Lutterworth Press, hal. 77.
5
meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas
menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795.
Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara
langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi
kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible.
Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit
dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga
merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari
Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat
percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi. Selain
mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan
majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu
pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan
pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai
majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta
Melayu10.
Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah
disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili
Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America
Board of Commisioners of Foreign Missions)11.
Kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak
membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di
dalam Bible bahasa Melayu. Ini kerana terjemahan tersebut tidak
melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa
hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.
b) Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang
menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’ juga tertolak. Ini
kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu
mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini latar
belakang bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir
daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu
sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan
kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu
berbeza dengan latar belakang bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia
dan Singapura.
c) Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Asia
Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukan Islam
sememangnya telah lama menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor
teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini
dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih
10 Ibid, hal. 180-181.
11 Ibid.
6
dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah ‘Allah’ yang
digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada
Yahudi dan Nasrani.
d) Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk
merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh. Mereka
tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab dengan
Kristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak
Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam)
atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew) kepada bahasa Arab. Perlu
diketahui bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa
yang sama iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak
untuk berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinan berasal daripada
nama asal tuhan mereka dalam bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula
rasional pihak gereja Kristian untuk menterjemahkan ‘god’ dalam Bible
bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu? Bukankah
kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi
etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan
bahasa-bahasa itu?
Alasan ketiga: Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telah menunjukkan
bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.
Hujah-hujah menolak:
a) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak gereja Katholik ialah surah al-
‘Ankabut ayat 61:
ولَئن سأَلْت  هم من خلَق السماوات والْأَرض  وس  خر الشمس والْقَمر لَيُقولُ  ن اللَّه فَأَنى
ÇËÎÈ ي  ؤَف ُ كون
Maksudnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan
bumi dan memperjalankan matahari dan bulan?” Sudah tentu mereka akan
menjawab: “Allah”. Maka mengapa mereka terpedaya?.
Begitu juga surah al-Ma’idah ayat 73:
bÎ)ur 4 Ó‰Ïnºur ×m»s9Î) HwÎ) >m»s9Î) ô‘ÏB $tBur ¢ 7psW»n=rO ß]Ï9$rO ©!$# žcÎ) (#þqä9$s% tûïÏ%©!$# t�xÿŸ2 ô‰s)©9
ÇÐÌÈ íOŠÏ9r& ëU#x‹tã óOßg÷YÏB (#rã�xÿx. šúïÏ%©!$# £‘¡yJu‹s9 šcqä9qà)tƒ $£Jtã (#qßgtG^tƒ óO©9
7
Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan”. Padahal tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orangorang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.
Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan
bukan Islam untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia berdasarkan alasanalasan
berikut:
i. Dalam surah al-‘Ankabut ayat 61, al-Qur’an hanya merakamkan
sejauhmana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan
kalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan
penggunaan tersebut. Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana
kalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakat Arab sebelum Islam.
Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, al-Qur’an menjelaskan orang
Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai (1) pencipta langit dan
bumi; (2) yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; (3) yang
menurunkan air dari langit; dan (4) tempat menggantungkan harapan.
Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yang sebenar
iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan12.
ii. Manakala surah al-Ma’idah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan
kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ini
kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan Zat-
Nya itu satu oknum daripada tiga oknum (triniti). Malah mereka
dianggap kafir13. Ini bermakna sebutan ‘Allah’ yang keluar dari lidah
golongan Kristian itu adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah kerana
ia tidak merujuk kepada kalimah ‘Allah’ yang sebenar. Sebagaimana
maklum, kalimah ‘Allah’ merujuk kepada zat (esensi) yang
dinamakan. Sebagai perumpamaan mudah, perkataan ‘kereta’ adalah
merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu, tiada makna bagi orang
yang menggunakan perkataan ‘kereta’ untuk merujuk kepada alat
menjahit pakaian. Sekiranya ia masih menggunakan perkataan ‘kereta’
tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan
perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.
b) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan
bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satu alasan bagi
Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan kegagalan
Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka.
Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci
yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti
bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling
12 Tafsir Ibn Kathir, j. 6, hal. 403.
13 Tafsir al-Tabari, j. 10, hal. 482.
8
dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhan berbanding berhujah
berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa. Oleh yang demikian,
fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yang dibentangkan oleh al-Quran
juga hendaklah diterima.
Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di
dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka
berbahasa Ibrani? Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada
hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an
mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya
Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi
makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat
Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia
berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki
sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan
pinjaman daripada bahasa lain.
Alasan keempat: Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam Bahasa
Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa
yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.
Hujah-hujah Menolak:
a) Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang
kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga
tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal
daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu
diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah “Malaysia” belum
wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu
merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat
Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi
syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak
sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan
agama yang lain.
b) Memaksakan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik
yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya
sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama
Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yang
didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang
terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut
Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang
sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian
berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti
‘Tuhan’ sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin
9
kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan
kekeliruan.
Alasan kelima: Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan
di dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a)
Perlembagaan Persekutuan.
Hujah-hujah menolak:
a) Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi
hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama
antara orang-orang yang menganuti ugama Islam). Di bawah peruntukan ini
kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah
menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agamaagama
bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan
dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980,
Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada
menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau
kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep manamana
agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi,
Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil
dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan
kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘god’ di dalam Bible
adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini.
Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.
Hujah-hujah Tambahan
Sebagai tambahan kepada hujah-hujah tadi, empat persoalan dikemukakan
terhadap Gereja Katolik berhubung tuntutan mereka yang memerlukan jawapan
bagi umat Islam di Malaysia iaitu:
a) Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan
sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa
nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama
khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si
penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani
ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?
b) Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang
gelaran kepada tuhan? Pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di
Belanda, Tiny Muskens, telah membuat seruan supaya penganut Kristian
menggunakan kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun seruan tersebut telah
mendapat bantahan daripada penganut Kristian sama ada dalam kalangan
Protestan mahupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan
Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya, “Bishop
Martinus Tiny Muskens can pray to “Allah” all he wants, but only
10
addlepated Catholics will follow his lead. It is not a good sign when
members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with
Muslims, or those of any other religion”14. Manakala Pengerusi General
Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak
cadangan Muskens supaya penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’,
beliau berkata, “I applaud every attempt to encourage dialogue with
Muslims, but I doubt the sense of this maneuver”15.
Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews,
seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan
agama Kristian dan Yahudi’. Beliau mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’
hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada
tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun
Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim16. Kenyataan-kenyataan di
atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama
Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian.
Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan
penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan
oleh Kristian di peringkat dunia?
c) Sebagaimana hujah yang telah dikemukakan sebelum ini, penjajah Kristian
yang datang ke Tanah Melayu mempunyai dua matlamat utama. Antaranya
ialah untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Laporan
Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam
California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia antara
negara sasaran bagi satu gerakan Kristianisasi yang digelar “Window 10/40”.
Ini kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10
dan 40 di peta dunia17. Malah dalam satu laporan, Jabatan Agama Islam
Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas
250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku
tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal
Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya ia seperti taktik untuk cuba
menarik minat orang-orang Islam membaca buku-buku ini18. Oleh itu, apa
jaminan Gereja Katolik untuk mengatakan bahawa penggunaan kalimah
‘Allah’ hanya terbatas buat penganut Kristian dan bukan terhadap umat
Islam?
d) Adakah Gereja Katolik bersetuju sekiranya dikatakan bahawa fakta-fakta
tentang tuhan di dalam Bible itu tidak sejelas dan setepat al-Quran malah
bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh, terdapat ayat di dalam
Bible yang merujuk kepada ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian
Lama yang menyebut; Ingatlah wahai bangsa Israel! Tuhan satu-satunya
14 http://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html. Dilayari pada 8 Jun 2008.
15 http://www.news.com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html. Dilayari pada 8 Jun 2008.
16 http://www.coptichistory.org/new_page_197.htm
17 Berita Harian, 4 Februari 1997
18 Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997
11
ialah Allah kita.19Bagaimanapun di tempat yang lain banyak ayat yang
menyanggah ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Baru; Setelah
semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit
terbuka, dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu
terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang
Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu.”20Sedangkan fakta-fakta tentang
Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah.
Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar. Allah
SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan
tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.
Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku
pertembungan antara Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian),
menjadi tanggungjawab umat Islam menyeru mereka supaya menerima
konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut. Allah
SWT berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64:
¾ÏmÎ/ x8ÎŽô³èS Ÿwur ©!$# žwÎ) y‰ç7÷ètR žwr& ö/ä3uZ÷�t/ur $uZoY÷�t/ ¥ä!#uqy™ 7pyJÎ=Ÿ2 4’n<Î) (#öqs9$yès? É=»tGÅ3ø9$# Ÿ@÷dr’¯»tƒ ö@è%
$¯Rr’Î/ (#r߉ygô©$# (#qä9qà)sù (#öq©9uqs? bÎ*sù 4 «!$# Èbrߊ ‘iÏB $\/$t/ö‘r& $³Ò÷èt/ $uZàÒ÷èt/ x‹Ï‚­Gtƒ Ÿwur $\«ø‹x©
ÇÏÍÈ šcqßJÎ=ó¡ãB
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli
Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan merujuk
kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang
sekutu bagi-Nya?
19 Rujuk Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Lama Buku Ulangan bab 6 ayat 4
20 Rujuk Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Baru Lukas bab 3 ayat 21 dan 22
12
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan
bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam
sahaja.
Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam
Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah
tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang
Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang
tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-
Hadith21.
Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan
Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya
kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agamaagama
lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan
mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya22.
Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan
mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal
memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah
SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ianya seperti istilah ‘syahid’ yang
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah ‘riba’ yang ditukarkan
21 Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan
Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.
22 Fail Cawangan Aqidah JAKIM.
13
kepada ‘faedah bank’. Istilah ‘khamar’ yang ditukarkan kepada ‘minuman rohani’.
Istilah ‘liwat’ yang ditukarkan kepada istilah ‘hubungan sesama jenis’.
Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana
kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?23
Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang
penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan
kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif
buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.
S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang
bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November
2006.
Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam
sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan
istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
Rujukan

Wednesday, November 10, 2010

Inilah cakap dari kumpulan PR @ Penipu Rakyat

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Hanya bahasa Melayu bahasa rasmi - Nik Safiah

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini.
Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.
Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak pernah melarang penggunaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat malah menggalakkan mereka menguasai bahasa antarabangsa itu.
"Kita juga telah menjadikan bahasa Inggeris selaku bahasa pengantar kedua di sekolah-sekolah selepas bahasa Melayu.
"Adakah ini masih belum mencukupi sehingga bahasa itu (Inggeris) juga perlu dijadikan bahasa rasmi?," soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nik Safiah berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan wakil parti DAP dari Datuk Keramat, Pulau Pinang, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di negeri itu.
Menurut Jagdip, ia selaras dengan hasrat menjadikan negeri itu sebagai bandar antarabangsa pada masa depan.
Cadangan wakil DAP itu disuarakan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.
Dalam pada itu, Nik Safiah menambah, penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa kedua dilihat seakan-akan memberi persaingan terhadap bahasa kebangsaan itu.
"Justeru, saya sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa rasmi kedua walaupun di Pulau Pinang," tegasnya lagi


Apa kata saya:
1. PSSMI dulu ditentang oleh mereka dengan alasan tidak patriotik dan bermacam-macam lagi.... kini hendak jadikan bahasa rasmi kebangsaan pula... Penipu Rakyat sungguh.

Sesungguhnya kebenaran itu pahit untuk ditelan

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

'Sudah sampai masa akui kita ini lemah'

DATUK Zaid Ibrahim mengadakan sidang akhbar di rumahnya semalam bagi menjelaskan mengenai tindakannya menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan jawatannya dalam parti. Berikut adalah sedutan sidang akhbar itu:
ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya timbulkan ini sebelum saya nak bertanding.
Saya telah tulis surat dan minta penjelasan tertentu. Kita memerlukan pemilihan yang bersih kerana bukan hanya saya sahaja bertanding, ratusan calon yang bertanding.
Ini bukan agenda peribadi, jadi saya timbulkan ini sebelum buat keputusan. Kemudian timbulkan lagi semasa hari pertama pemilihan, pada masa itu saya mendahului.
Saya cakap jangan salah guna sistem, jangan buat penipuan. Tentang bukti, kalau dia tidak dapat bukti itu dalam tempoh dua bulan ini.
Semua orang tahu, dia sudah hilang sentuhan dengan parti, jadi saya rasa, kita telah banyak kemukakan bukti ini.
Undi lebih daripada ahli yang hadir. Orang tak hadir pun tandatangan dia ada. Ada kenyataan, yang datang mengundi bukan ahli tapi guna kad orang lain. Ada video orang tawarkan duit di Alor Gajah.
Saya mahu katakan begini, masalah yang kita hadapi sekarang dalam pemilihan PKR adalah manifestasi kelemahan Anwar itu sendiri.
Kita perlu terima hakikat dan ini bukan masa untuk nafi dan berdolak-dalik.
Jika anda nak membetulkan negara ini kita mesti jujur. Saya minta maaf, masalah ini saya terpaksa dedahkan kepada masyarakat.
Semua ini mendedahkan kita lemah, hakikatnya ialah cuma 6,000 ahli sahaja yang keluar mengundi, kita gagal. Saya mahu ubah kerana saya fikir PKR mampu bertindak lebih baik.
Kita tidak boleh ada pemimpin yang lemah yang hanya sentiasa menyalahkan pihak lain. 16 September, kita salahkan BN (Barisan Nasional)... hilang negeri Perak, kita salahkan BN... MP (ahli Parlimen) tinggalkan parti, kita salahkan BN.
Sudah sampai masa kita akui yang kita ini lemah, kerana kita membawa beban yang besar iaitu kepercayaan rakyat. Untuk PKR menjadi lebih baik, perlu ada kepimpinan baru, itu tidak semestinya saya. Ia akan memberi kekuatan baru, fokus baru. Sekurang-kurangnya siapa yang sanggup terima kelemahan ini dan mengatasinya.
Bukan kita tidak hargai sumbangan Anwar, kita hargai semua, tapi masa sudah berubah dan masalah sekarang juga berbeza.
Saya cadang jika PKR mahu terus maju, Anwar dan Azmin (Ali) mesti keluar kerana mereka adalah punca kepada segala masalah.
Saya mungkin tidak mendapat sokongan. Mungkin juga saya akan mendapat sokongan dan mungkin juga akan ada dakwaan saya buat semua ini untuk kepentingan diri sendiri.
Tapi kita tengoklah. Tetapi saya juga telah ke bawah dan ingin melihat kejayaan parti pembangkang yang kuat, nak tengok pakatan pembangkang yang kuat dan kerajaan akan jadi lebih bertanggungjawab.
Itu polisi saya, saya tak buat ini untuk menunjuk. Ada orang kata, jika saya tak dapat jawatan ini saya tarik diri. Bukan, saya ada visi untuk politik negara ini menjadi lebih baik.
Saya lakukan ini semua dengan nilai kebertanggungjawaban dan kejujuran. Saya tidak kritik parti kerana tidak dapat apa yang dikejar. PKR perlukan penyelesaian radikal bagi mengatasi segala masalah yang timbul hari ini. Harap apa yang saya katakan ini dapat difahami.
SOALAN: Kalau parti tangguhkan pemilihan, nak berpatah balik?
ZAID: Tidak. Masalah parti lebih dalam daripada semua itu. Jadi, Azmin patut disingkirkan. Anda tidak boleh, kerana kantoi di cabang ini, buat pemilihan sekali lagi. Kantoi di Kubang Pasu, buat lagi. Kantoi di Libaran, buat pemilihan semula.
Saya tidak nampak pendekatan itu berkesan. Sesiapa yang menyalahgunakan sistem mesti disingkirkan.
Adakah Anwar sudah tidak relevan dengan PKR dan politik tanah air?
ZAID: Saya fikir Anwar terlalu banyak isu peribadi. Selesaikanlah isu peribadi dulu. Azmin banyak masalah juga, jadi kedua-duanya perlu berundur dan biarkan PKR dipimpin dengan cara yang berbeza.
Sedia untuk berjumpa dengan Anwar?
ZAID: Boleh. Tapi saya akan cakap benda yang sama seperti yang saya kata hari ini.
Masalah bukti yang Anwar minta, boleh tunjukkan kepada media?
ZAID: Saya tunjuk dekat media, buat apa? Saya tunjuk dekat Bersih lah. Saya yakin Anwar tahu semuanya. Tak perlu tunjuk bukti, ahli pun tahu, semua orang tahu, calon pun tahu. Apa nak buktikan? Tapi kalau nak buktikan, saya akan buktikan kepada pihak yang bebas. Nak buktikan dekat dia buat apa?
Selain video, apa bukti lain yang Datuk ada?
ZAID: Laporan-laporan yang kita terima itulah bukti. Kita bukan polis nak pergi siasat, cuma yang kita ada laporan daripada ahli. Serah kepada mereka. Kalau tak mencukupi terserahlah kepada ahli. Tapi yang tak puas hati bukan saya seorang, semua calon. Yang puas hati cuma Azmin seorang sahaja.
Takkan kita semua reka bukti-bukti. Anwar perlu terimalah banyak masalah dalam parti. Beliau kena berdepan dengan masalah itu.
Kalau Azmin disingkirkan, apa tindakan Datuk?
ZAID: Kita bergantung kepada ahli. Tindakan saya macam ini, kita perlu melakukan pembersihan dalam parti. Kita perlu orang yang baik dalam parti. Kita perlukan dasar yang kukuh.
Sejauh mana kesetiaan Datuk pada parti?
ZAID: Kesetiaan saya pada parti sentiasa ada, tidak tergugat. Cuma, ada beberapa pemimpin lemah, itu yang tidak suka pada saya. Itu sahaja.
Datuk menyesal masuk PKR dengan segala penyelewengan, duit pun sudah habis banyak?
ZAID: Tidak. Kalau saya tak masuk, mana saya tahu semua ini?
Anwar kempen untuk Azmin, macam mana?
ZAID: Itulah salah satu puncanya masalah ini. Apabila Ketua Umum sudah memihak... kempen, beritahu ketua cabang... rosaklah. Tetapi Azmin dan Anwar ini baik, terpaksalah kempen.
Ada kemungkinan Datuk akan bersama dengan Mustaffa selepas ini?
ZAID: Tidak tahu apa tindakan beliau selepas ini. Dia pun berlapik tadi.
P.S Janapala (bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR) dakwa secara terbuka Anwar bertanggungjawab atas segala penyelewengan?
ZAID: Saya tidak tahulah siapa di sebalik penipuan tetapi saya tahu ada penipuan. Mungkin Janapala ada bukti, tapi peliklah orang datang 50 orang undi 150 undi.
Datuk percaya Anwar terlibat?
ZAID: Saya tidak tahu. Saya peguam, saya perlu lihat pada bukti.
Ada kemungkinan calon lain akan mengikut jejak Datuk?
ZAID: Saya rasa begini. Mereka juga kecewa, semua calon yang bukan 'line up' Azmin kecewa. Tetapi apa yang mereka akan lakukan, saya tidak mahu buat spekulasi.
Notis rasmi?
ZAID: Tak apa, saya akan hantar surat kalau itu mereka mahu.
Isu di Libaran dan Sandakan?
ZAID: Benda-benda ajaib berlaku. Tong pengiraan undi berpindah randah, banyak yang tidak betul.


Apa kata saya:
1. Tuduh BN ada pengundi hantu ... PKR sendiri penuh dengan hantu
2. Tuduh BN amal kronisme dan politik wang.... PKR sendiri mengamalkannya
3. Tuduh BN tidak telus dan adil... Agak-agaknya PKR telus dan adil?
4. Tuduh BN banyak masalah... Keseluruhan PKR bermasalah...

Sendiri fikir.... renung-renungkan dan congaklah apa yang patut.

Tuesday, November 09, 2010

Zaid Undur? ..

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Tarik diri, lepas jawatan


Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Datuk Zaid Ibrahim hari ini menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Beliau yang merupakan pencabar terkuat kepada Azmin Ali iaitu ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan itu turut melepaskan semua jawatannya dalam PKR walaupun baru satu pertiga cabang parti itu mengadakan pemilihan.
Bagaimanapun, Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik.
Dalam PKR, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan selain bertindak sebagai penyelaras bagi pakatan pembangkang.
“Saya menarik diri sebagai calon daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya juga melepaskan semua jawatan dalam parti kerana pucuk pimpinan secara aktif membenarkan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti berlaku.
Keputusan ini diambil kerana tiada usaha pucuk pimpinan parti untuk menangani manipulasi; amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan meskipun ia telah dibangkitkan berulang kali,” kata beliau dalam blog http://www.zaiduntukrakyat.com, hari ini.
Dakwaan penyelewengan dalam pemilihan PKR semakin bertiup kencang apabila beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan Zaid mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.
Kemudian, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, juga mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihan, Azmin kini jauh mendahului dengan majoriti 2,620 undi selepas mengumpul 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 undi manakala Mustaffa pula sekadar meraih 1,215 undi.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.
Saya menyertai PKR atas kepercayaan saya boleh mengembangkan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini, tetapi saya sebenarnya tersilap.
“Saya berharap peminat Anwar tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’ (pengacau) yang akan menghalang usaha mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Apa kata saya:
1. Zaid dulu di dalam BN tarik diri atas jalan cerita sama dan cakap tidak akan pergi mana-mana dan tetap aku berjuang untuk rakyat. Tidak sampai beberapa bulan, masuk PKR. Jadi, sendiri fikirlah...
2. PKR memang Parti KRoni ... oleh itu perkara yang dibangkitkan oleh Zaid, Mustafa, dan beberapa orang kuat PKR lain serta yang kini dah jadi Ahli BEBAS memang ada asasnya. Jadi lepas ini jangan melenting pula dengan Zaid bila dia buat keputusan mengejut (yang boleh diduga) lagi kerana PKR sendiri sudah lari dari landasan yang diperjuangkan dahulu.
3. ANWAR & AZMIN ... The 'A' Team ... Sendiri fikirlah sama ada boleh percaya atau tidak.

Monday, November 08, 2010

11 Suara Syaitan

  1. Al-Lahwi- menpromosikan  lagu-lagu dan berita yang tidak memberi faedah di Akhirat adalah termasuk suara syaitan yang sia-sia. Sila rujuk : Surah Luqman ayat 6 & 7.
  2. Az-Zur- mereka yang sanggup menjadi saksi palsu adalah mereka yang menjadi syaitan dan bersuara dengan suara yang tidak benar atau palsu.  Sila rujuk Surah Al-Furqan ayat 72.
  3. Al-Lahwi. Surah al-Qasas ayat 55 . Menerangkan kedudukan yang berbual kosong adalah suara syaitan yang menyeru kepada kelailan.
  4. Al-Batil- Nyanyian dan muzik adalah suara syaitan yang batil.
  5. Al-Muka’ dan Tasdiyah- suara syaitan yang bersiul sambil bertepuk tangan seperti yang dilakukan oleh arab jahiliah yang tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan telanjung, mulut mereka bersiul dan tangan mereka bertepuk.
  6. Ruqyatl Zina- semua pusat hiburan yang menghidangkan seks dan maksiat adalah merupakan suara syaitan yang menyeru kepada zina. semua yang memainkan peranan untuk menghidupkan suasana zina adalah dihukum suara syaitan zina bermula dari lagu-lagu yang didendangkan, artis, penari, muzik dan semua yang terlibat.
  7. Qur’anu syaitan- suara sihir, syair, perasaan hasad, dendam, menipu, bomoh, ilmu hitam,makanan yang tidak disebut nama Allah SWT, minuman yang memabukkan, pasar-pasar, seruling, perempuan, tandas dan yang paling besar dan utama adalah syirik kepada Allah SWT samada syirik secara zahir atau secara tidak disengajakan(khafi). semua yang telah disebut dianggap sebagai Quran syaitan.
  8. Soutul Ahmaq dan Sautl Fajir-suara mereka yang telah dirasuk dengan muzik atau  sanggup menjerit-jerit ketika menerima musibah sambil memukul dada dan mencakar muka.
  9. Soutul syaitan- muzik yang melalaikan adalah saranan yang paling baik ke arah perbuatan maksiat.
  10. Mazmurul syaitan- suara dua orang khadam yang pernah berkhidmat dengan Siti Aisyah yang menyanyi dengan disertakan tiupan seruling, maka Rasulullah SAW mengharamkan perbuatan tersebut.
  11. As-sumud- adalah suara yang dinyanyikan oleh penduduk arab  himyar apabila membenci orang mukmin membaca Al-Quran lalu mereka akan menyanyikan suara tersebut.
Surah Luqman . ayat 6 & 7 .
[6]
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
[7]
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
Surah Al-Furqan Ayat : 72.
[72]
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Surah Al-Qasas, ayat 55.
[55]
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil”.
Kitab Penawar Hati dan Penenang Jiwa. m/s : 388-411.

Diambil dari / Taken from
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/11/04/11-suara-syaitan/

1,500 pelajar di Jeli terima sumbangan Netbook 1Malaysia

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

"...Mustapa berkata, kerajaan memperuntukkan 10,000 netbook bernilai RM10 juta untuk diagih-agihkan di bawah fasa pertama program itu kepada para pelajar tidak berkemampuan di Kelantan yang dimulakan di daerah ini...."

Adakah ini berbaloi? Yang paling penting, apakah RM10 juta ini akhirnya tidak akan jadi satu pembaziran?

Mengapa saya kurang bersetuju dengan langkah ini dan menganggapnya satu pembaziran?
Sudah jelas, tujuan netbook itu diberikan adalah untuk merapatkan jurang digital dan semoga kerajaan tidak akan dituduh tidak serius melaksanakannya. Namun, hakikatnya, RM10 juta yang digunakan itu akan menjadi satu lagi projek pembaziran. Ini kerana:
1. Kawasan yang diberikan itu tidak mempunyai liputan internet ataupun 'signal' yang terlalu lemah. Lantas akhirnya netbook itu hanya akan jadi satu bahan pameran atau sebagai alat untuk disalah-gunakan dek kerana tiada pemantauan.

2. Kebanyakkan penerima itu ialah penduduk kampung yang serba kekurangan hatta elektrik pun terpaksa dicatu agar tidak melebihi had bulanan. Penambahan satu lagi alat elektrik hanya akan menambah beban pada kewangan keluarga lantas akan menjadi tukun didalam rumah akibat dari kekurangan ini.

3. Tujuan murni, yakni untuk merapatkan jurang digital hanyalah satu wadah murni andai tiada pemantauan atas penggunaannya. Kebanyakkan ibu-bapa pelajar yang mendapat netbook itu tergolong dalam golongan kurang berpengetahuan dari segi keselamatan digital dan juga WWW. Ini akhirnya menjadi satu tempat bagi anak-anak mereka menghabiskan masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah serta aktif bersosial yang akhirnya menjurus pada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala lain lagi. Lihat sahaja pada murid-murid di terengganu yang terlebih dahulu diberi komputer riba yang akhirnya didapati ada bahan lucah didalamnya. Apakah ini kita inginkan?

Akhirnya, RM10juta wang rakyat akan dibazirkan begitu sahaja.

Saya lebih sukar andai kerajaan serius dalam hal ini, menyediakan lokasi setempat yang dijaga dan dikawal serta diselia oleh orang yang bertauliah. Cara ini membolehkan pemantauan dilaksanakan dengan lebih telus dan cekap serta memastikan penggunaan komputer pada tahap optima dan untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Malaysia kini mempunyai lambakan pelajar dalam bidan IT hingga peluang kerja semakin tipis dek kerana tiada pengalaman kerja, maka dengan adanya tempat sebegini, maka mereka ini berpeluang bekerja dan juga berkhidmat pada masyarakat dan negara amnya.

Friday, November 05, 2010

Memohon Derma Untuk Perkembangan ISLAM di Baling, Kedah

SPM tetap diteruskan... GILO KE APO?

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Kementerian Pelajaran sudah hilang akal ke? SPM tetap akan diteruskan walaupun banjir teruk melanda 3 negeri.
Bayangkan pelajar yang akan mengambil SPM itu kini terlibat dalam pemindahan dan berada di pusat banjir.
Bayangkan situasi mereka itu yang dalam keadaan tidak selesa, serba tidak sempurna, malah bukan setaka fizikalnya,
mental mereka itu juga belum benar-benar sempurna dek berada didalam keadaan yang bukan sahaja tiada selesanya,
malah boleh dikategorikan sebagai kurang sempurna.

Keadaan itu sebenarnya memberi impak dari segi mental dan keyakinan mereka tatkala ketika ini sokongan dan persediaan
rapi amat diperlukan. Apalah salahnya SPM itu ditunda hingga keadaan terkawal atau banjir surut. Atau tempatkan calon-calon
SPM semuanya di asrama-asrama universiti atau sekolah berasrama penuh bagi memberi keselesaan serta memastikan semua
calon dapat mengambilnya dalam keadaan sempurna. Sekolah yang terlibat ini, berilah cuti pada pelajar ditingkatan 1 hingga 4.
Tempat mereka diasrama digantikan dengan pelajar sementara ini yang terlibat dalam banjir. Dengan itu, insyaAllah, mereka
ini bolehlah dikatakan dalam keadaan sempurna dan tiada alasan diberi andai gagal mencapai keputusan yang diinginkan.

Fikir-fikirkanlah...

Tahniah BN

Tahniah BN diatas kemenangan yang sudah diduga di Batu Sapi. Sesuatu yang merugikan bagi PKR dan SAPP kerana tidak mampu bekerjasama dan terpaksa memisahkan undi. Andai PKR dan SAPP bersama, pasti sukar juga untuk BN menawan Batu Sapi.

Apa yang saya pelajari dari pemerhatian saya yang masih lagi lemah didalam hal-ehwal politik ini, dapat disaksikan bahawa betapa ruginya SAPP dan PKR kerana masing-masing terlalu gilakan kuasa hingga menidakan kehendak rakyat Batu Sapi. Mungkin kerana Yong Teck Lee tidak berpuas hati kerana setelah bersusah payah keluar dari BN dan menimbulkan keraguan rakyat Sabah terhadap BN, dirinya tidak dipilih untuk bertanding maka hilanglah kesabaran atas janji yang ditawarkan lantas bersuara lantang ingin mengurangkan undi BN yang ternyata, keputusannya undi dirinya dan undi bekas rakan sekutunya yang berkurangan. Bukankah ini satu kerugian? Dalam hal ini ada dua kesimpulan. Yang pertama ialah tiada kesabaran dan yang kedua ialah tamak akan kuasa dan pentingkan diri.

Di Galas, sesuatu yang saya sendiri tidak duga. Bukan kerana BN tidak mampu menang, tetapi dengan pergolakkan dalaman serta betapa Ku Li sering tiada dalam kempen menyebabkan saya tidak yakin BN akan memperoleh kemenangan. Namun, hakikatnya, itulah keputusan yang diumumkan. Yang pasti, BN perlu selami sesuatu yang tersirat dalam hati Ku Li dan juga selidik akan kebenaran sebenar akan kemenangannya. Jangan terus lena diulit mimpi. Bagi pihak yang kalah pula, janganlah mula menunding jari, sebaliknya muhasabah diri kerana kemenangan lalu bukan dijurang yang besar dan kekalahan kini juga tidak besar jaraknya.

Apa yang diharapkan, rakyat yang mendapat untung dan bukan lagi rugi semata-mata...

Thursday, November 04, 2010

Sejarah bagaimana yang kita mahu?

Utusan Malaysia Online - Rencana

Sejarah bagaimana yang kita mahu?

Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti- parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan amat menghiris hati iaitu mahu kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.

Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah sebenar. Sejarah sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elak menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.

Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek lebih besar yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.

Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ia mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada penubuhan Malaysia.

Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah hari ini. Kumpulan-kumpulan ekstrem ini asyik bercakap soal sumbangan bukan Melayu dan soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-1945. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?

Berkali-kali saya telah nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan kemerdekaan, tetapi lebih kepada dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum ini. Sila rujuk sejarah Perang China-Jepun 1894-1895 dan 1937.

Jika benar orang bukan Melayu mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun, kenapa Malayan Union yang cuba diperkenalkan British pada 1946, tidak ditentang? Kenapa hanya orang Melayu yang bangun menentang? Ini menunjukkan perjuangan menentang kemerdekaan amat diragui sebelum detik 31 Ogos 1957.

Pada saya, kita serahkan semua sejarah kita kepada ahli sejarah. Janganlah doktor perubatan dan ahli ekonomi memandai-mandai bercakap banyak dalam isu ini. Walhal ilmu sejarah mereka amat cetek, hanya berasaskan kepada pandangan dan laporan ibu bapa murid yang tidak puas hati dengan silibus yang sedia ada.

Mereka yang bukan berlatarbelakangkan sejarah, duduk diam-diam, tidak perlu berkokok keterlaluan. Bagaimana kita menghormati profesion orang lain, begitu juga orang lain mesti menghormati profesion kita, barulah itu dinamakan profesional. Janganlah terlalu bertindak ekstrem dalam hal ini. Banyak masa terbuang dan tidak banyak membawa faedah.

Pada saya, sejarah sistem kenegaraan sesebuah negara mesti diajar. Sama seperti negara China dan India yang mempunyai sejarah sistem kenegaraan sendiri. Begitu juga dengan sistem kenegaraan Melayu, mesti ada sejarahnya sendiri. Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi asas. Negara Singapura sedang cuba dan telah pun memadamkan asas sebegini. Saya fikir MCA, DAP dan Gerakan, tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukannya. Orang politik, jaga saja kawasan dan kerusi masing-masing, serta tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Saya bukan bertujuan menjadi jaguh membela orang Melayu, sebab saya orang Cina. Tetapi saya suka berkata benar, sebab saya adalah seorang pengkaji.

Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil daripada cantuman tiga wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah Portugis dalam tahun 1511. Perkataan "Negeri-Negeri Melayu Bersekutu" dan "Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu" dan "Persekutuan Tanah Melayu" masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain- lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

Berdasarkan hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun 2009). Sejarah sistem kenegaraan Melayu adalah akar umbi kepada sejarah negara ini. Bermula dengan perkataan "Melayu" atau "Tanah Melayu" itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Nama-nama ini terkenal di kalangan negeri-negeri China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis) (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985: 85).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11, barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu dan Malaysia serta Malaya jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu (Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985).

Namun, kedatangan penjajah British telah merubah landskap politik Tanah Melayu. Tanah Melayu yang dahulunya dihuni oleh orang Melayu di Kepulauan Melayu telah menjadi sebuah negara berbilang bangsa.

Tunku Abdul Rahman pernah berkata pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku meletakkan syarat ini adalah untuk menarik kesedaran pihak MCA tentang taraf orang Melayu yang sebenar, sambil menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin MCA dalam perhubungannya dengan UMNO.

Akhirnya pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat itu serta bersetuju rundingan tersebut berjalan atas dasar yang telah ditetapkan (Mansor et al, 2006). Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh Chandra Muzaffar dengan menyatakan, sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada 1957 memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Ini sesuatu yang luar biasa.

Melalui proses kewarganegaraan yang dikatakan sebagai stroke of a pen ini, demografi negara berubah serta-merta. Hampir 40 peratus daripada warganegaranya ialah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu. Inilah sifat negara ini yang harus kita fahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu.

Perlu juga difahami bahawa Malaysia juga tidak sama dengan negara-negara lain yang menjadi berbilang kaum kerana tekanan kolonialisme. Ini kerana polity Melayu itu jauh lebih kukuh sebagai sistem kenegaraan. Kerajaan Melayu Melaka dan selepas itu Johor diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ciri-ciri polity itu diterima sebagai ciri-ciri sebuah negara dan sistem pemerintahan. Ini adalah sebahagian daripada ingatan kolektif masyarakat Melayu. Perkara ini tidak difahami bukan saja oleh ahli-ahli politik, malah sebahagian besar cendekiawan serta mereka yang boleh mempengaruhi pandangan umum termasuk media.

Itu sebabnya dari semasa ke semasa timbul isu-isu yang menjadi kontroversi menyentuh soal bahasa, agama dan sistem pendidikan. Ini kerana tidak ada kefahaman tentang latar belakang sejarah dan polity Melayu dan pengaruhnya terhadap sistem kenegaraan Melayu. Malangnya, tidak ada usaha di kalangan pemimpin masyarakat untuk memahami perkara ini, bahawa kita masyarakat berbilang kaum yang berakar umbi dalam polity Melayu.

Menurut Chandra lagi, Malaysia lebih mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam konteks masyarakat berbilang kaum sekiranya memahami sejarah ini. Jika ada yang menafikannya, sengaja tidak mahu memahami, sukar untuk menjalinkan hubungan kaum yang harmonis. Oleh kerana wujudnya polity Melayu dalam sejarah, maka bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan raja-raja menjadi ketua negeri dan negara. Sejarah sebegini perlu difahami.

Oleh kerana adanya polity Melayu dan sebahagian besar masyarakat Melayu dan pribumi begitu miskin dan mundur pada 1957, dan dalam keadaan begitu, kewarganegaraan dianugerahkan dengan begitu liberal, masyarakat Melayu dan pribumi itu memerlukan perlindungan. Itu adalah tuntutan yang sah dalam konteks pembentukan negara. Perlindungan yang dipersetujui itu adalah untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu dari segi sosioekonomi.

Semua pandangan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairanlah bagi mereka yang memahami sejarah akan menghormati bukti-bukti dan seterusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan lunak, berhikmah dan begitu bertoleransi.

Jika benar-benar kita ikhlas dalam memahamkan sejarah, jauhkan penglibatan orang politik, biarkan ilmuan dan ahli akademik yang berhujah dan menulis fakta. Keadaan hari ini menjadi kelam kabut kerana kita terlalu banyak berpolitik.

Setiap parti politik mahu menjadi jaguh bangsa, bukannya mahu berkata benar walaupun pahit.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Saya pasti ramai yang tidak setuju dengan ini, namun hakikatnya, kita sendiri buta sejarah. Berapa ramai orang kita hanya tahu menyebut 13 Mei tetapi tidak faham hal sebenar yang terjadi dan punca sebenar terjadinya kisah ini (rujuk ucapan Ahli Parlimen Zulkifli Noordin dalam perbahasan budget 2011). Selain itu, kita hanya melenting dan mendengar serta membaca sejarah dari mulut-mulut ahli politik yang kita semua tuduh tidak boleh dipercayai. Andai ayat Al-Quran pun boleh diterjemah pelbagai maksud oleh ahli-ahli politik, inikan pula sejarah. Sudah pula tu, ramai juga kaki pembelit @ peguam di pihak sana yang terkenal dengan kebolehan memutarkan ayat dari nyata jadi hilang, dari benar jadi palsu, dari palsu timbul keraguan...

Saya masih ingat beberapa tokoh politik, agama, dan lain-lain yang ketika berlaku reformasi hinggalah tahun 2009, berada dibelakang anwar dan konco-konconya dengan teguh. Namun penghujung 2009, makin ramai yang meninggalkan kelab tersebut. Keyakinan menurut mereka sudah hilang. Malah Dr Asri juga pernah dikutuk ketika dia menjadi mufti perlis dahulu dan masih lagi dikutuk apabila kenyataannya bercanggah dengan mereka itu. Semua yang meninggalkan kelab anwar akan dikutuk walaupun apa yang diungkapkan itu benar pada hakikatnya. Saya sendiri baru-baru ini berjumpa teman lama yang dulu pernah berdiri menjadi benteng dirumah anwar saat dia akan ditangkap kerana tuduhan ***** ketika zaman Tun Mahathir sebagai PM. Banyak yang kami sembangkan kerana saya bukan berpihak kepada sesiapa, maka banyak juga dikongsinya sehinggalah saya tertarik pada satu ayat... "Mamat tu memang *******... dulu aku tak percaya... tapi lepas beberapa kali orang sendiri cakap... aku dah malas nak ambik tahu dan tak nafikan perangai buruk dia tu (pandai juga orang tua tu sembunyi ye).. paling penting sekarang, aku sokong jika berkaitan bumiputera dan islam... yang pasal dia n the kelab.. aku tak ambik pusing..."

Bagi aku, kini aku lebih suka membaca dari pelbagai sumber untuk memastikan aku dapat hal yang sebenarnya... Kalau ahli politik yang bersuara, aku hanya akan mendengar dan tidak akan percaya hingga dari sumber lain yang tidak ada kepentingan bersuara.


Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com