A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, August 06, 2009

Naik .. Naik... dan Naik Lagi

Beberapa minggu lepas, kerajaan umumkan kenaikan tambang bas dan teksi serta perkhidmatan awam lain. Alasan kenaikan ialah tidak mahu pengusaha perkhidmatan kerugian kerana kenaikan kos dan untuk penambah-baikan perkhidmatan.

Alasan yang sama diulang pakai setiap kali kos dinaikkan. Yang tanggung pengguna juga. Gaji belum lagi naik. Masa minyak naik, ada yang dah naikkan tambang walaupun tak diumumkan. Malah siap buat surcharge lagi. AirAsia masih lagi kekalkan tambang sama, selepas mansuhkan surcharge dan tak de pulak nak naikkan tambang. Kenapa ye? Sebab strategi mereka betul. Murah tetapi masih lagi memberi untung. Perkhidmatan pun ok dibandingkan dengan harga.

TETAPI, bas-bas awam, teksi, dan bas ekspres sibuk nak naikkan juga. Yang paling heran tu, teksi yang guna LNG pun sibuk naikkan tambang juga, padahal harga gas tak berubah jika dibandingkan dengan minyak. Nak kata perkhidmatan bertambah baik... Hmm.. dari dulu hingga kini dan selamanya (slogan satu parti)... perkhidmatan awam tetap macam tu juga.

Lihat je kat pudu raya, kota raya, central market, dan sebagainya. Lihat sahaja perangai pemandu bas (terutama bas warna putih).. Lihat sahaja keadaan bas. Entah perkhidmatan apa yang bertambah baik, aku sendiri pun tak tau. Lihat lah kerajaan... bukan kami tak sokong dan tak mau sokong... tp korang sendiri tak mau sokong kami... pengguna ini yang menguasai majoriti... korang asyik nak sokong peniaga sahaja... maka kami yang tertekan ini mula terasa sakit hati...

Oleh itu kerajaan.... buat lah apa yang patut... kalau boleh, selalulah buat spot-check... spot-check sini bukan bermakna ada sekali wartawan, pastu ada ramai menteri dan puak-puak pengampu keliling... spot-check sini.. contohnya dalam perjalanan balik tu, cuba le mengejut singgah jap tanpa sebarang perancangan dan tengok.. kalau boleh tanya pengguna terus... jgn le bawa orang lak.. cukup la datang ngan pemandu je... lagi senang orang nak salurkan terus maklumat... baru tau...

No comments: