Google

Thursday, May 28, 2009

Bolasepak malaysia tak akan ke mana

Kenapa?
1. Media lebih siarkan bolasepak luar negara. Keputusan Liga Perdana Inggeris lebih banyak dipaparkan berbanding keputusan liga malaysia.
2. Kebergantungan pasukan liga malaysia geran FAM untuk bergerak. Tak ada ciri-ciri bisnes langsung macam pasukan dalam liga luar.
3. FAM bagi alasan bodoh dan halang kemasukkan pemain luar. Padahal lihat la indonesia, thailand, jepun, dan negara lain yang ada liga... Pemain luar tetap ada... tapi mutu pemain mereka tetap meningkat. Rasanya FAM tu yang tak ada idea. Maklumlah... kebanyakkannya lebih politik dan ramai sangat orang tua kat atas.
4. Pemain malaysia banyak 'lemak' dan tidak boleh dipuji sikit. Tengok lah pasukan pimpinan sathianatan dulu.. baru menang pesta bola merdeka ... pastu kena angkat sikit... tak sampai sebulan terkulai layu kat sukan sea. Hampeh.
5. Pemain malaysia tidak ramai yang mencuba nasib dan bermain diluar negara untuk tingkatkan competitiveness. Habis sangat hantar latihan 2 - 3 bulan.. Patutnya jadi macam sorang tu yg terus bermain di perancis walaupun setakat liga divisen je... at least pengalaman bersaing dengan orang luar di tempat orang mampu meningkatkan lagi mutunya.
6. Pemain kita bukan tak de skill tapi pemalas dan lembik. tak boleh berlari selama 90 minit dan banyak berjalan. mungkin makanan tak betul ke atau memang dasar pemalas. hanya nak jadi jaguh kampung je.
itu je setakat ni.... tgh fikir mcm mana nak buang semua orang atas FAM tu... dan amik orang baru... tak leh kondem sikit... pasti nak kenakan tindakan je... apa la..

Chin Peng... Apesal korang nak bawa balik?

ooo... atas dasar kemanusiaan korang sokong... tp dia masa ganas tu... tak de lak atas dasar kemanusiaan dok fikir...
si Pakatan rakyat bandingkan dengan british dan jepun... hmmm jepun orang luar yang datang serang malaya... british pun orang luar yang nak rampok negara kita... tp chin peng ni orang dalam... yang menyeksa orang malaysia... orang sendiri... lupa ke? buta sejarah ke?
nak bandingkan mandela... mandela sorang ngan kaum kerabat dia je kena... abih orang malaysia yang beribu kena tu... setakat kena penjara or bunuh biasa ... apelah sangat mandela tu kalau bandingkan kejam chin peng yang sampai terburai perut askar dan polis... nak bandingkan satu keluarga dengan beribu keluarga yang merana dan kehilangan tempat bergantung dan orang tersayang... cit... alo PR, nak buat perbandingan pun buat le apple to apple...
Nak cerita kisah nabi, yup, nabi memang menggalakkan kita bermaaf-maafan... tp lupa ke.. ustaz gak cakap... ini ustaz PAS yg bagi ceramah dok hentam kerajaan selalu cakap... hukuman hudud ke zihar aku pun tak ingat... kalau nyawa, nyawa balasnya, kalau potong jari potong jari balasnya.. walaupun memberi kemaafan tu lagi baik... tapi luka lama org yg kehilangan mak bapak ni angkara chin peng tak ingat ke.. bukan sorang... jadi kalau nak bawa balik setan tu... apa kata bawa dia ke mahkamah syariah dan hukum dia secara ISLAM... dia buraikan perut nenek moyang kita, kita rabekkan perut dia juga... dia takek takek badan keluarga kita, kita takek takek badan dia pulak... dia selar dan sembelih keluarga kita, kita sembelih sama... baru lah adil... amcm chin peng? ada berani balik? lu nak balik malaysia, lu kena jumpa satu malaysia punya orang dan minta maaf... bukan kat tv... pergi kubur-kubur pejuang yang mati tu minta maaf.. pada yang nak sokong sgt bawa chin peng ni... apa kata gi jumpa semua yg terlibat dan mintak izin dulu.. kalau dah 100% kasik baru bawa balik... kalau tak lupakan lah keinginan bangang korang tu...

PKR ... terkena mainan sendiri

Padan muka... dulu seronok sangat buka pekung dada orang dengan dedah sana sini... untuk meraih undi dan memenangi pilihanraya... sekarang orang dalaman sendiri yang tak puas hati dan masuk bertanding dedah keburukan dan kepincangan korang... baru tahu langit tinggi atau rendah... meludah ke langit terkena batang hidung sendiri...
Dedahkan sahaja aminah... jangan takut kalau anda dipihak benar... slogan yg mereka selalu kata.
Kelakar bila 2 orang barua PKR ni kata dia org kena frame sebab perbualan mereka utk offer pada aminah tu dirakam... abis tu si lingam pun boleh guna alasan sama la.. sebab si burne ni frame dia untuk kepentingan diri... lepas tak dpt dia dedahkan... yang tu ok pulak ye.. ye lah sebab kena pada musuh korang... kena pada diri sendiri terus menyalak kuat...
Kalau org tak tau fikir memang akan terus percaya kat korang... tp bagi org yg reti fikir... hmm baru nampak the dark side of PKR...
Mcm saya ni... semua ckp orang politik ni tidak boleh dipercayai seratus peratus... baik dari PKR ke, BN ke, UMNO ke, PAS ke... semua sama je... ada kepentingan sendiri. Ikut kata nabil.. lu pikirlah sendiri... amik yang boleh kerja utk korang dan ada org cakap... between the devils that you need to choose, choose the devils that you know a lot and better in and out that can work for you although he has his own agenda... Yang pasti... Kak Min jgn takut... biaq pi kat depa... biaq padan muka depa tu... kalau boleh masukkan perbualan yang dirakam tu dalam youtube ke apa ke... mcm depa buat selalu tu... pada depa-depa tu... jgn mara ye... korang dedah tak pe .. so kita org dedah la pulak... sesama dedah... baru leh fikir mana baik... setakat ni korang tak leh dedah apa keburukan Kak Min lagi... hahahahaha...

Tuesday, May 26, 2009

Ragut... cara mudah nak atasi

Kalau tengok kes ragut sekarang ni, kita boleh lihat modus operandi mereka. Yang diragut ialah yang jelas kelihatan dan mudah ditarik. Beg tangan besar, beg tangan yang disandang di bahu, rantai leher terjulur keluar atau yang jelas kelihatan, beg tangan yang dipegang, dan pelbagai lagi yang memudahkan mereka ini meragut.
Selain itu, cara berjalan, cara memegang, dan cara meletak juga memainkan peranan utama dalam menambahkan lagi jenayah ini.
Nak kata kesian, tapi bila fikir balik, kenapa kita begitu bodoh memberi peluang pada mereka ini?
Pakai rantai senang dilihat. Bawa beg tangan letak dalam bakul senang nak ambil. Pakai beg tangan sangkut je kat bahu...
Macam mana nak elak? Senang je.
1. Tidak perlu pakai aksesori tambahan pada badan melainkan kita pergi majlis formal dan berteman.
2. Kalau nak pakai gak, pastikan tidak jelas kelihatan. Paling senang, pakai le tudung atau skaf ke apa ke tutup sikit. Lepas berlagak depan kengkawan tu, sembunyikan balik dalam skaf atau tudung.
3. Setakat nak pergi shopping atau beli barang atau pergi makan, bawak duit ngan IC je. Buat pe lah nak bawa satu beg besar. Kenapa bersusah payah bawa alat mekap ke hulu ke hilir tapi pakai sekali sekala je. Saya ada member pompuan yang bawa beg duit lebih kurang macam wallet lelaki tetapi lebih kecik dan feminin. Dia simpan dalam poket seluar atau poket baju kurung dia. Bila tengok cara dia, ada yang perlekehkan dia sebab buat mcm tu, tp bagi saya, itu bijak namanya. Orang tak tau... jadi susah nak ragut, kecuali le kena tahan tepi lorong, pastu kena acu ngan senjata.
4. Kalau bawa moto, pasang le kotak barang kat belakang moto tu. Bukan sahaja leh simpan beg, malah boleh letak helmet dan baju hujan. Susah orang nak ragut ... sebab kena tarik sekali ngan moto. Kalau letak dalam raga depan moto je, memang le orang senang nak amik.

Itu je caranya nak kurangkan jenayah ni. Jangan sekadar tunding jari pada pihak polis dan kerajaan. Lihat pada kita sendiri.. Apakah yang kita telah dan boleh buat bagi membantu kurangkan dan hapuskan jenayah ragut ini...

Remaja sekarang... terlampau manja dan bebas... salah siapa?

Ntah le... salah siapa ye? Mungkin pada ibu bapa... tetapi bila baca harian metro hari ini, rasanya yang salah bukan sahaja ibu bapa, malah masyarakat juga bersalah...
Ada ke patut bapa didenda kerana merotan anak. Alasan mahkamah bagi langsung tak logik akal. Hanya memalukan ibu-bapa dan memanjakan lagi anak-anak. Lihatlah akibatnya sekarang...

Pernahkah kita lihat seorang remaja yang berjaya dengan hanya mendapat nasihat dan teguran dari ibu bapa mereka? mungkin ada tapi cukup sikit. Kalau tanya pada saya, kengkawan yang berjaya, malah orang yang berjaya, mereka semua berjaya bukan sekadar mendapat nasihat dan teguran, malah ada yang mengalami pelbagai denda yang diberikan oleh ibu-bapa. Tidak kurang juga dari pendidik@guru. Tangan dan punggung kerap menikmati libasan rotan. Namun itu tidak merosakkan generasi terdahulu dan generasi saya. Malah itu merupakan satu cara mendidik yang paling baik. Kita boleh bandingkan generasi yg membesar dengan libasan rotan ibu-bapa dan guru dan generasi yg hanya diberi nasihat dan teguran. Lihatlah pada kualiti dan sifat kedua-dua generasi ini. Pastinya generasi yg mengenali rotan dan kesakitannya lebih matang, bijak, dan berdisiplin.

Lihatlah generasi sekarang yang dimanjakan... setan-setan terlampau banyak... berkeliaran dengan berlumba, seks bebas, hantu jalanan, merogol, membunuh, meragut dan pelbagai jenayah lain makin meningkat. Semuanya gara2 terlalu berlembut. Nak rotan tak boleh, nak denda tak boleh, tegur lebih lebih kena saman, kalau merotan kena denda pulak, nak denda nanti jadi kes mahkamah... Siapa punya hal? Nak ikut stail barat, inilah akibatnya.

yang paling bagus, ikutlah cara ISLAM mengajar anak. Malah dlm islam disuruh merotan anak itu seawal umur 10 tahun jika tidak melaksanakan solat sebagai mendidik mereka agar jadi lebih berdisiplin dan beriman. Namun begitu, ISLAM juga tekankan cara merotan itu. Bukan pulun sampai nyawa-nyawa ikan atau boleh timbulkan belang tahap melampau dan memalukan. Ada caranya untuk merotan anak ini. Cuma, masyarakat dan mahkamah dan pihak yang memperjuangkan hak asasi kena paham logiknya merotan sebagai cara didikan dan cara merotan yang betul. Kalau tak, alamatnya runtuh lah tiang negara dan hancurlah segala yang generasi terdahulu berusaha keras membinanya.

Friday, May 22, 2009

Mat Rempit rebranded... Samseng Jalanan... ok ke

Kalau tanya aku... tak ok... kalau aku la... aku namakan dia org ni MAT JAHANAM... atau MAT CELAKA ... atau MAT KHINZIR... atau MAT BABI... baru sesuai...

Samseng jalanan.. kalau bukan mat rempit pun ada yang samseng gak... cuma tak berlumba je...
apa la kaki pikir kat malaysia ni pikir... yg tu pun susah nak fikir ka... dah tak de idea bernas ke

PPSMS & KBSM..... poyo

UMNO gariskan formula 'PPSMS' dan 'KBSM' tawan Kedah (Utusan Malaysia 22/05/2009 2:40pm)

Apa la UMNO ni... ponin pokcik memikirkannya... tak yah tunggu resolusi ke formula ke apa ke benda... kalau ikhlas... turun je... kalau dah jadi DUN atau MP tu... selalu le lawat kampung dalam jajahan tu... buat le jadual... minggu ni solat jumaat kampung A, minggu depan g kampung B lak... bulan ni g beramah-mesra di kampung C... hari ni minum pagi bersama penduduk kampung F... malam nanti makan malam di gerai mak cik kampung G... macam tu pun kena tunggu formula atau resolusi ke....

Wednesday, May 20, 2009

PR .. 2 X 5 dengan BN

Tgh tengok berita... terbaca la kenyataan Speaker DUN Selangor dalam media yang memberi alasan penggantungan Khir Toyo. Salah satu alasan yang membuatkan saya menulis ialah mengenai kenyataan Khir Toyo yang berterusan mempertikaikan tindakan PR melalui media dan laman blognyer...
Konpius... terlalu konpius... kerana:
1. Dia org ni marahkan orang cerita pasal dia org kat blog dan media, tetapi dalam masa yang sama kita boleh lihat beberapa laman blog kepunyaan penyokong mereka memburukkan kerajaan. Bagi mereka, apa yang mereka buat tak apa... tapi apa yang membangkang mereka tak boleh.. Sama je ngan BN yang mereka tuduh macam macam.
2. Dia org marahkan kerajaan tak bagi kebebasan media. bila dah dapat depa salah gunakan... bila orang BN buat sama, dia org salahkan orang BN lak kerana salah gunakan juga. Apa lah.. 2 X 5 la korang..
3. Dia org marahkan BN dulu kerana bila BN berkuasa, mana2 yg tak sokong BN disingkirkan.. tapi tengok sekarang, bila dia org perintah Penang, Perak, dan Selangor, semua orang BN dia org singkirkan dgn alasan sama yg BN pernah bagi, tp bagi mereka alasan mereka ini valid dan alasan BN pula dikatakan kejam... ni la cakap orang yg kononnya demi rakyat... penipu belaka.. semua gila kuasa...

yang kesian sama... rakyat juga...

Wednesday, May 13, 2009

Mat Rempit - Cadangan buat kerajaan

Mat rempit, isu yang sentiasa sahaja panas bagaikan aksi panas mereka di jalan-raya tanpa mengenal erti takut dan bersalah. Isu yang berlanjutan sejak saya mengenali bangku sekolah hingga kini. Isu yang bermula dengan sekadar suka-suka di jalan-jalan lengang di kampung dan tepi bandar dan kini boleh disaksikan diseluruh pelusuk dunia. Isu yang hanya membabitkan malaysia memandangkan di negara lain, mereka merempit menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Isu yang dipopularkan lagi oleh pengarah-pengarah filem kita yang kononnya untuk memperlihatkan isu tak bermoral ini agar pihak berkaitan membuka mata dan dalam masa yang sama tidak sedari bahawa pihak berkaitan sudah lama buka mata dan filem tersebut hanya menambahkan lagi golongan mat rempit menaikkan semangat juang mereka untuk terus memperjuangkan institusi merempit.

Apakah punca masalah ini yang kini ditahap membimbangkan dan layak dikategorikan sebagai membahayakan negara dimasa akan datang. Apakah jalan penyelesaian terbaik pada masalah ini?

Punca:
1. Si perempit - Mereka ini kebanyakkannya datang dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan berkeluarga ramai. Lalu atas sebab bodoh ini, mengambil jalan mudah dengan melakukan aksi bangang untuk melupakan keributan dirumah dan bergembira sebelum ajal menimpa. Mereka ini diberi akal yang tidak digunakan dengan betul serta mempunyai semangat juang yang digunakan dengan cara salah.

2. Ibu-bapa - Memandangkan mereka ini merupakan golongan susah, maka bekerja lebih masa adalah pilihan utama berbanding membesarkan anak-anak. Malah mereka lupa mendidik anak mereka dan ada yang marahkan masyarakat yang menegur anak mereka. Ada yang terlebih manjakan anak-anak. Lihat sahaja di kawasan ramai melayu, kita boleh lihat anak-anak seusia 8-10 tahun sudah membawa motosikal ibu-bapanya. Di mana peranan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak agar memahami undang-undang serta bahaya? Pergilah dikawasan yang majoritinya melayu, situasi ini boleh dilihat dengan jelas setiap hari. Dimana peranan masyarakat dan pihak berwajib? Kenapa ibu-bapa ini tidak kisah? Adakah duit lebih penting? Andai duit menjadi persoalan kerana anak, kenapa mempunyai anak? Malah ada keluarga miskin (selalu dipaparkan dalam bersamamu tv3) yang sudah tahu tidak berkemampuan, tetapi mempunyai anak yang ramai. Kenapa tidak diikat rahim itu atau dikawal agar anak tidak ramai dan senang diuruskan mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu?

3. Masyarakat - Masyarakat sekarang juga seperti mengizinkan perkara ini berlaku. Ini tidak dinafikan memandangkan ibu-bapa akan bertindak balas menyalahi jiran yang menyibuk walaupun sebenarnya anak dia bersalah. Ada juga masyarakat yang tidak ambil peduli selagi mana ia tidak mendatangkan kesan pada diri dan keluarganya. Boleh juga diperhatikan dikawasan yang majoritinya orang melayu.

4. NGO - SUHAKAM... memperjuangkan hak asasi manusia sehinggakan hak asasi pesalah, perempit, dan penjahat juga diperjuangkan atas nama mereka ini juga manusia. Apabila ditangkap, mereka ini tidak akan berkongsi maklumat kerana mereka tahu mereka tidak boleh dipengapakan oleh pihak berwajib kerana dipantau oleh pihak hak asasi manusia ini. Maka, mereka ini kemudian dibebaskan untuk terus bermaharajalela kerana hak asasi mereka. NGO lain juga tidak bersatu dalam hal ini. Malah ada yang hanya tahu menunding jari sahaja.

5. Pihak Berwajib - Mungkin kerana halangan suhakam ataupun ibu bapa perempit maka pihak ini bagaikan digari dari melaksanakan tugas sebaik mungkin. Namun begitu, boleh juga kita perhatikan ada pihak berwajib lebih banyak menghabiskan masa di warung kopi dan restoran berbanding dengan menghabiskan masa membuat rondaan dikawasan sepatutnya. Ada juga yang terlalu muda dan ampuh untuk melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan disiplin yang tinggi.

6. Kerajaan - Kerajaan masih lagi tidak mengeluarkan akta mahupun meluluskan rang undang-undang untuk membendung gejala ini. Sudah banyak kajian dan cadangan diutarakan, namun sehingga kini, pelbagai alasan digunakan untuk menangguh pelaksaannya. Mungkin juga untuk melindungi peniaga motosikal dan aksesori motosikal kerana mat-mat rempit ini akan selalu modifikasi motosikal mereka atau membeli baru, maka selalu sahaja kerajaan tangguh apa jua cadangan. Malah ada kalangan menteri dan pihak berkaitan mengeluarkan idea-idea yang bagi saya hanya layak diutarakan oleh budak hingusan yang tidak berpandangan jauh.

Jadi, apakah penyelesaiannya?
Cadangan untuk pertimbangan:
1. Setiap pesalah mat-rempit ini hendaklah dibuang daerah (nak masuk penjara nanti rugi duit rakyat bagi makan orang tak kenang budi ini), contohnya orang utara dibuang keselatan atau ke sabah sarawak, orang selatan dibuang ke pantai timur atau utara. Setiap mereka akan ditanam satu cip yang perlu di'scan' di balai polis terdekat setiap hari bagi memastikan dia tidak lari pulang. Cip itu akan mengandungi GPS locator yang memberi isyarat pada polis kedudukan mat rempit. Mereka ini hanya dibenarkan pulang setelah selepas beberapa tahun, tidak menimbulkan masalah dikawasan yang dibuang itu.

2. Andai kata mereka ini dibawah umur 15 tahun, maka mereka akan dihantar ke pondok-pondok pesantren diluar kawasan (bagai membuang daerah juga) dan diperhatikan oleh guru-guru mengajar agar jiwa mereka dibersihkan. Menghantar mereka di sekolah jevenil tidak mampu membaiki jiwa mereka yang telah rosak. Selain itu, bagi yang dibawah umur juga, ibu-bapa juga perlu ditarbiah dan didenda kerana cuai (andai mereka katakan tidak tahu anak mengambil kunci motosikal) dalam penjagaan dan juga gagal dalam mendidik anak-anak kerana gilakan harta dunia. Bagi kesalahan pertama, penjara sehari memadai untuk mengingatkan mereka agar lebih prihatin dengan anak-anak. Andai diulang, maka ditukar menjadi seminggu, dan seterusnya. Mengapa saya pinta ibu-bapa juga dihukum? Saya pernah saksikan seorang ibu datang meminta polis melepaskan anaknya yang ditangkap kerana merempit dengan alasan budak itulah tempat dia berharap menjaga anaknya yang lain tika dikeluar bekerja. Budak itu dilepaskan bersyarat. Namun, dia ulangi aktiviti merempitnya malah lebih teruk apabila berani melanggar polis. Dan ibunya sekali lagi merayu dengan alasan yang sama. Sampai bila ini akan berakhir jika kita tidak berkeras melaksanakan tugas dan ibu itu tidak berjaya didik dan budak itu tidak pernah insaf kerana dia tahu dia akan dibela oleh ibunya?

3. Setiap mat rempit juga akan dihukum sebatan sekali dikhalayak umum. Mungkin dari segi hak asasi ia agak keterlaluan. Tapi jika mereka ini yang suka membantah ada idea yang lagi baik yang dapat menghapuskan gejala ini dipersilakan dan saya yakin hingga kini hanya kajian dan bangkangan sahaja yang ada tetapi belum ada idea yang mampu menghapuskan gejala ini. Apabila mereka ini disebat walau sekali dikhalayak umum, ia akan sekaligus memalukan mereka dan menginsafkan mereka. Siapa yang ingin dimalukan apatah lagi disebat didepan orang ramai? Tiada yang inginkan? Maka atas sebab ini, maka mereka ini tidak akan berani merempit lagi.

4. Apabila motosikal itu dirampas dan dibuktikan dimahkamah bahawasanya motosikal itu telah diubah suai atau digunakan untuk merempit maka motosikal itu sepatutnya di hancurkan. Malah lebih bagus disarankan agar si mat rempit yang menunggang motosikal itu menghancurkannya dikhalayak umum. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada mental si mat rempit dan yang menyaksikannya betapa mereka ini akan kerugian andai merempit lagi. Ada yang kata idea ini tidak praktikal kerana menggalakkan kes curi motosikal. Pada yang punya motosikal, sediakan kunci yang betul dan rantaikanlah motosikal anda. Andai mereka ini ditangkap ketika mencuri, maka hukuman yang lebih berat patut dikenakan melebihi hukuman sebelumnya.

5. Andai mat rempit itu tidak mempunyai lesen maka dia dikenakan denda sebanyak kos mengambil lesen dan berganda setiap kali dia ditangkap. Ini bukan sahaja menambah tabung kerajaan untuk membiaya anggota polis yang kemalangan ketika menjalankan tugas membendung gejala ini malah menggalakkan mereka itu mengambil lesen yang sah. Lesen L tidak dianggap lesen yang SAH.

6. Andai motosikal tersebut tidak mempunyai insuran dan road-tax, maka ia akan ditahan selama 3 bulan walaupun insuran dan road tax diperolehi kemudian sebagai pengajaran pada pemiliknya.

7. Andai mereka itu ditangkap ketika menyaksikan perlumbaan haram, maka mereka ini sepatutnya dikerahkan melakukan kerja-kerja amal (seperti mengutip sampah dijalan-raya dan dikawasan taman yang diselengara oleh pihak PBT) selama 100jam. Andai gagal, mereka akan dipenjarakan selama seminggu untuk setiap jam yang gagal dihadiri tanpa alasan yang munasabah dan bukti yang sahih. Dengan ini, tiada orang yang ingin saksikan perlumbaan haram ini sekali gus menamatkan riwayat mat rempit.

8. SUHAKAM sepatutnya tidak mempersoalkan bagaimana polis melayan mat rempit ini memandangkan mereka ini tidak pernah menghiraukan keselamatan orang ramai ketika merempit malah ada yang sanggup merempuh polis. Apakah orang ini mempunyai hak asasi andai hak asasi orang lain diabaikan? Jika diikut definisi barat maka sampai bila-bila pun tak akan selesai isu ini. Lihatlah negara barat yang memperjuangkan hak asasi. Mereka juga mengalami keruntuhan akhlak yang teruk. Apakah kita ingin masyarakat kita jadi begitu?

9. Melaksanakan perintah berkurung pada remaja yang berumur 17 tahun kebawah. Mereka ini tidak boleh keluar rumah lebih dari pukul 10malam kecuali bersama penjaga yang disahkan ataupun ibu-bapa mereka.

10. Penambahbaikan dalam sistem JPJ dalam memperolehi lesen. Setiap orang yang ingin memohon lesen B2 (jarang pemilik lesen B merempit) sepatutnya menjalani beberapa ujian tambahan seperti ujian air kencing bagi mengesan kehadiran dadah dan sebagainya serta menjalani ujian psikologi dan mental bagi memastikan dia tidak akan menyalahi penggunaan lesennya untuk merempit (ujian ini patut disertakan dengan ujian mengesan tipu)

11. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang secepat mungkin tanpa penangguhan lagi. Janganlah asyik buat kajian je tanpa 'outcome' yang berbaloi.

Demi rakyat perak... pendapat orang kampung

Masih belum settle lagi nampaknya krisis politik di perak ini... sampai bilakah rakyat perak akan dianiaya oleh mereka-mereka ini yang gilakan kuasa atas nama demi rakyat kononnya? Kalau dilihat dari keadaan, ianya akan terus berlanjutan kerana tiadanya sikap bertolak ansur dan mengalah dalam kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat perak. Andai ini berterusan, yang kerugian ialah rakyat perak sendiri kerana tiadanya satu pun agenda kerajaan dapat dilaksanakan serta tiada satu pun keperluan rakyat dapat dipenuhi disebabkan pertelagahan dikalangan pemimpin yang ingin berkuasa sehingga melupakan tanggungjawap mereka yang patutnya dilaksanakan sejak setahun yang lepas. Inilah akibatnya apabila sesuatu team itu tidak mendapat sokongan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti dan orang yang dipilih oleh rakyat pula ialah yang tiada kesetiaan serta keikhlasan dalam diri untuk benar-benar mewakili rakyat.

Cuba bandingkan perak dengan kelantan, kedah, penang, dan selangor... Apa yg dapat disaksikan? Semua negeri kecuali perak dimenangi PR dengan majoriti melebih 60% dan wakil rakyatnya agak setia dan ikhlas. Maka, rakyat dinegeri tersebut menikmati apa yang sepatutnya mereka nikmati.

Sampai bila hendak begini. Sekarang Zambry failkan rayuan. Kalau dia menang, nizar lak akan failkan rayuan, pastu berulang lagi. Ataupun zambry kalah dalam rayuan, makan nizar jadi KM tanpa majoriti. Lepas tu speaker lak asyik ikut marah dia dan disebabkan dia dilantik oleh PR, maka segala tindakannya lebih memihak pada PR, walaupun pada pandangan saya, jika seseorang speaker itu adil dan saksama, maka dia perlulah bertindak wajar dan telus dalam tindakannya... tetapi tidak pada sivakumar yang sejak krisis politik dilihat lebih pada berat sebelah serta bertindak dalam bayangan ketakutan dan tidak telus walaupun dia mempunyai hak-hak termaktub. Tetapi sebagai speaker yang sepatutnya adil, segala tindakannya tidaklah dilihat sebagai menyebelahi sebelah pihak sahaja. Patutnya kita lantik je seorang yang berdiri atas pagar dan tidak sebelahi mana-mana pihak sebagai speaker dengan seorang penasihat undang-undang agar speaker itu mendapat nasihat sebelum buat keputusan dan bukannya melantik seseorang dari kalangan PR atau BN untuk jadi speaker. Berbalik pada kisah tadi, kalau nizar jadi KM, kemudian dia minta bubarkan DUN atas alasan kembalikan pada rakyat untuk pilih atas alasan demi rakyat walaupun terpaksa HABISKAN DUIT RAKYAT demi untuk berkuasa kembali dan sultan izinkan. Apakah dia yakin ini akan selesaikan krisis? Jika keputusannya sama yakni majoriti hanyalah lebih satu, adakah dia yakin krisis boleh selesai sedangkan berpuluh juta duit dihabiskan untuk buat PRK lagi? Bukankah sepatutnya dia fikir jika duit berpuluh juta itu digunakan untuk pembangunan rakyat lebih berkat dari digunakan untuk mendapat kuasa dengan alasan kononnya demi rakyat? Andai dia menang, apakah dia yakin bahawa dia mampu bawa perubahan yang ketara sedangkan tempoh dia berkuasa hanya tinggal kurang 3 tahun sahaja? Andai sultan tidak izinkan, apakah dia nak memberontak atau dia nak memerintah padahal tiada sokongan majoriti? Tidak rasa malukah? Tiada perasaan dihinakah memerintah tapi tidak mampu buat apa-apa andai setiap kali persidangan DUN dan usul di cadangkan maka ditolak oleh pihak pembangkang dan akhirnya yang rugi ialah rakyat juga? Andaikata dimahkamah berlarutan, maka tidakkan PR dan BN terasa mereka menghina dan mempermainkan rakyat perak dan masa dan duit rakyat dihabiskan di meja mahkamah dengan rayuan berganti rayuan, saman berganti saman, dan seterusnya. Dimanakan slogan meraka DEMI RAKYAT dan 1 MALAYSIA yang mengutamakan rakyat jika kehendak mereka untuk berkuasa didahulukan?

Andai mereka ini benar ingin berkhidmat serta memegang slogan yang selalu dilaungkan (dah naik muak aku dengar) yakni demi rakyat, maka tidak salah untuk tempoh ini, diadakan kerajaan campuran dan tiada pembangkang mahupun penyokong didalam DUN. Semua sama rata sahaja. Biarlah dilantik semula KM dan speaker dengan kehadiran semua ahli DUN dan KM dan speaker yg mendapat sokongan majoriti dan perkenan sultan patut dijadikan KM dan speaker kerajaan campuran tersebut. Selain itu, untuk tempoh 3 tahun akan datang ini, biarlah di perak tiada perkataan pembangkang dan juga biarlah pertama kalinya exco dilantik dari kedua-dua pihak. Dan andai mereka ini bersungguh demi rakyat, buang yang keruh ambil yang jernih, bersatulah walaupun untuk tempoh 3 tahun ini demi rakyat perak. Jangan nak buang masa dan duit rakyat di meja mahkamah mahupun ke peti undi yang menjanjikan tiada penyudahnya. Ini barulah dinamakan DEMI RAKYAT, 1 MALAYSIA

Wednesday, May 06, 2009

Rempit + Bohsia = Keruntuhan Negara

Sejak dua menjak nie kisah dua puak yang ala-ala perangai haiwan semakin mendapat tempat di dalam media sama ada elektronik mahupun cetak. Malah, perangai mereka juga semakin menjadi-jadi terutamanya kerana mendapat sokongan para penerbit filem yang sekaligus mengiktirafkan sumbangan mereka dalam menaikkan jualan tiket pawagam.

Mangkuk hayun ni dah lama wujud, tetapi dulu sekadar berlumba di kawasan terpinggir dan sekadar amalkan seks bebas dikalangan group mereka sendiri... murahnya harga diri perempuan sekarang.... Tetapi, sejak akhir-akhir ini, bukan setakat berlumba, namakan apa jua aktiviti-aktiviti yang tidak sihat, semua mereka lakukan. Dari mencuri, merompak, merogol, minum arak, hingga ke tahap membunuh mereka sanggup lakukan. Dan apa yang lebih teruk ialah mereka ini 99% ialah MELAYU dan beragama ISLAM (pada kad pengenalan lah).

Dimana silapnya? Kenapa begini? Adakah silap kerajaan? Adakah silap pihak penguatkuasaan? Adakah silap pendidik? Adakah silap ibu bapa? Atau silap mereka sendiri yang mencari jalan mudah ke neraka?

InsyaAllah, akan saya huraikan berdasarkan pada pengamatan dan pemikiran saya yang biasa ini dan bagaimana kita boleh selesaikan isu ini. Cukup mudah, cuma antara hendak atau tidak sahaja.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com