Google

Thursday, April 09, 2009

Aku tak paham

DAP boleh baca Al-Quran tetapi Herald tidak dibenarkan menggunakan perkataan Allah didalam artikel terbitannya. Adakah pihak PR ini berat sebelah atau hanya demi kepentingan politik? Bukankah sepatutnya bukan ISLAM tidak boleh menggunakan Al-Quran untuk kepentingan tertentu?

Ada org ckp dulu sahabat baca Al-Quran ketika kafir sebelum memeluk ISLAm kerana terpesona dengan membaca Al-Quran. Yusof Islam @ Cat Steven dulu pun mengkaji Al-Quran dulu sebelum memeluk ISLAM. Maka perbandingan ini dibuat untuk menghalalkan penggunaan ayat Al-Quran oleh pihak PR...

Malah jika dilihat pada sejarah, orang Yahudi membaca Al-Quran untuk mencari kelemahan umat ISLAM. Orang Eropah di zaman gelap mempelajari Al-Quran untuk memahami pemikiran orang Arab yang lebih bertamadun ketika itu.
Maka kenapa kita persoalkan pengunaan perkataan Allah dan Al-Quran ini oleh bangsa lain. Lalu diperjelaskan oleh mereka ini bahawa itu merupakan petanda baik bahawa ISLAM sudah dapat diterima malah difahami oleh bangsa dan agama lain.

Hmmm... ikut pemikiran masyarakat yang berpelajaran, logik juga apa yang dibentangkan oleh ustaz-ustaz dan penyokong-penyokong kuat PR ini...

Tapi malang sekali aku bukan ustaz dan penyokong kuat PR... malah aku juga bukan penyokong BN. Aku sekadar insan biasa yang belajar dari tok-tok guru lama mengunakan kitab lama dan juga sekolah di sekolah kebangsaan serta memegang segulung ijazah didalam bidang teknologi maklumat. Maka berdasarkan itu, aku berfikir...

Persoalannya ialah, TIADA pun didalam sejarah yang diberikan oleh puak PR ini menyatakan yang mereka, yakni orang bukan ISLAM, itu mempelajari Al-Quran untuk kepentingan politik dan berceramah. TIDAK satupun mereka itu menerbitkan makalah yang menggunakan perkataan Allah untuk dibaca atau diedarkan pada orang ISLAM. Malah khalifah Umar ketika masih kafir, hanya membacanya sekali dan tanpa mencanangkan pada orang lain serta berceramah pada yang lain, terus berjumpa Nabi Muhammad S.A.W dan memeluk ISLAM dan terus mendalami ISLAM bersama baginda. Mereka tidak pula mencanangkannya atau berceramah pada umum hanya kerana baru mengenali satu-dua ayat. Nak kenali ISLAM bukan setakat kenal 1-2 ayat dan baca terjemahannya sahaja. Walaupun itu permulaan yang bagus, tapi apa guna permulaan yang baik yang terus digembar-gemburkan laksana riak yang sememangnya tidak disukai Allah S.W.T

Apa pun, aku masih tak paham... kalau benar ikhlas nak kenal ISLAM, next time orang cakap pasal hudud, si karpal jangan cepat melenting ye... cuba le tanya tok-tok guru PR dulu... kasik faham dulu... and kalau benar ikhlas, kena paham, rukun ISLAM dan rukun IMAN... and lepas ni kalau benar ikhlas, boleh le kita lihat di negeri yang diperintah PR ini akan berkuranganlah tempat judi, kilang khinzir, kilang arak, dan segala yang diharamkan ISLAM... Bukan takat baca je tau, kena amalkan apa yang dibaca tu ye DAP...

Monday, April 06, 2009

Aku tak puas hati

Hati... satu-satunya organ dalaman manusia yang banyak diperihalkan didalam Al-Quran dan Hadith. Baik hati, maka baiklah imannya.
Hati juga merupakan organ yang paling banyak dilafazkan dan dibicarakan didalam pantun seloka, perjanjian cinta, peribahasa dan juga lagu. "Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati".
Betapa pentingnya hati didalam hidup manusia. Penyakit hati juga pelbagai... ada yang boleh diubati, dan ada juga yang tidak boleh diubati. Sejauh mana keikhlasan hati, tiada seorang manusia yang dapat menilainya bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati didalam siapa yang tahu.
Maka dari hati jua maka terbit rasa benci dan amarah.
AKU TAK PUAS HATI... hati mana yang pernah puas andai kehendak kita saja ingin dipenuhi. Dalam hal ini, apa juga yang dilakukan oleh pihak satu lagi sentiasa sahaja disusuli dengan perasaan tidak puas hati dan penuh prasangka buruk. Andai tidak dilakukan, kutukan juga menghiasi laman pandangan mereka. Apa jua, baik atau buruk, hati pihak satu lagi tidak pernah tenteram dan puas hati. Yang baik diburukkan, apatah lagi kalau perkara buruk.

Andai dipihaknya dilakukan maka segalanya adalah baik dan halal belaka. Hatta berbogel didalam rumah juga boleh dan tiada salahnya andai dirumah sendiri. Malah melakukan seks bebas (kerana belum kawin) pun tidak mengapa kerana dilakukan dirumah sendiri dan bukan beragama ISLAM. Maka dipihaknya, baik sahaja serta tidak menyalahi hukum dan etika sebagai pemimpin yang dipilih. Tapi andai maksiat terjadi dikala pihak lagi satu berkuasa, maka dicanang seluruh dunia kesalahan pihak tersebut yang kononnya tidak menegakkan undang-undang. Apakah adil namanya itu sedangkan maksiat dipihak sendiri ditutupi serta dibenarkan tetapi dipihak lain disalahkan tanpa usul periksa dan timbang tara? Dimana nilai keadilan dan kesucian yang digembar gemburkan?

Jika anak sendiri diberi pemilikan atau syarikat keluarga diberi tugas, maka itu kerana mereka layak. Tetapi andai pihak satu lagi melakukan perkara sama, maka itu kronisme namanya. Cerita apa ini? Adil apa ini? Pernah sekali saya bertanya pada beberapa orang rakan yang menyebelahi pihak yang suka membangkang ini, kenapa korang buat benda tu? Maka jawapnya tanpa rasa bersalah, "Ala dia orang pun buat. Dia org lagi banyak, lagi lama makan" dan pelbagai alasan penyedap hati walaupun hakikatnya adalah salah. Hendak sahaja saya beritahu mereka andai mereka itu makan tahi, korang pun nak makan tahi ke walau sedikit? Andai mereka itu masuk neraka, korang nak masuk juga ke walau sekejap? Kelakar juga lihat badut-badut ini bertindak tanpa fikiran yang logik, wajar, serta pertimbangan yang adil dan saksama mengikut hadith dan Al-quran seperti yg mereka gembar gemburkan.

Entahlah... kalau ikut hati, memang tidak pernah puas.... tapi hati siapa yang puas?

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com