Google

Friday, April 25, 2008

Krisis Makanan Dunia

KRISIS MAKANAN DUNIA
SN Keluaran 11 April 2008


[SN169] Dalam dua tiga bulan yang lepas, masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para pemerhati ekonomi dunia. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga makanan di pasaran global yang telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia. Di Mahalla El-Kobra, Mesir, ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang, tetapi tiada kenaikan gaji, telah membakar bangunan kerajaan, mencuri di kedai-kedai dan melontar batu ke arah polis di bandar industri tersebut baru-baru ini. Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta dokumen lain. Sekurang-kurangnya dua buah sekolah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan. Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau ke sekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk [BH 07/04/08]. Beberapa hari sebelum itu, akhbar melaporkan bahawa para petani di Argentina melancarkan mogok yang telah masuk hari ke-21 dan mengadakan lebih 300 sekatan jalan di seluruh negara kerana membantah dekri Presiden pada 11 Mac lalu yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan mengenakan duti baru ke atas eksport lain. Akhbar melaporkan bahawa ia adalah krisis makanan terburuk negara itu di mana Presiden Cristina Fernandez sendiri menyamakannya dengan protes tiga minggu pada 1976 sehingga mencetuskan kekacauan dan rampasan kuasa tentera [BH 03/04/07].

Sementara itu, di Filipina, kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan “sabotaj ekonomi” yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Setiausaha Kehakiman, Raul Gonzalez berkata, ejen-ejen kerajaan dengan bantuan polis sudah mula melancarkan serbuan terhadap peniaga beras haram di bandar Cebu, tengah negara ini [UM 04/04/08]. Di Thailand pula, walaupun ia merupakan antara negara pengeksport beras utama dunia, krisis kekurangan beras telah dilaporkan berlaku di penjara negara Gajah Putih itu. Harga beras yang semakin mahal dibimbangi boleh mencetuskan rusuhan di penjara berikutan kontraktor yang dilantik pihak berkuasa untuk membekalkan makanan kepada penghuni pusat tahanan dipercayai mengalami kerugian, kata ketua Jabatan Penjara, Wanchai Rujanawong. Akhbar The Bangkok Post melaporkan, pihak berkuasa penjara bimbang sekiranya pembekal menghentikan penghantaran beras ia boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan di penjara yang seterusnya akan mencetuskan rusuhan di kalangan banduan [BH 06/04/08]. Terbaru, PBB memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes, Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata makanan meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007, katanya. “Harga makanan dunia meningkat dengan ketara. Kesan krisis makanan ke atas keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan sudah meletus di beberapa negara”, tegasnya lagi [BH 09/04/08].

Sekilas Fakta

Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Sekiranya tahun lepas, rakyat Malaysia menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran, bayangkanlah bagaimana keadaannya kelak sekiranya anda dapati tiada lagi beras dan tepung di rak-rak kedai runcit dan juga pasar raya. Walaupun setakat ini Malaysia masih belum terkesan dengan fenomena ini, namun berdasarkan trend ekonomi dunia, hal ini langsung tidak mustahil melanda negara.

Masalah kekurangan makanan, yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya sinonim dengan negara-negara dunia ketiga, kini menjadi semakin kronik apabila harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkat dan mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah kepada negara-negara maju. Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin juga akan memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu. Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun ini [Sunday Herald 09/03/08].
Krisis ini telah memberikan kesan langsung yang menyengsarakan penduduk dunia di mana kita dapat saksikan ketidakpuasan hati terhadap apa yang sedang berlaku telah mula dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan. ‘Rusuhan Tortilla’ telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400%. ‘Mogok Tempe’ selama tiga hari oleh para peniaga pula telah berlaku di Indonesia pada awal Januari lalu apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu kacang soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun ini. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, telah mengatakan bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih 2 kali ke 3 kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini [BBC 11/03/08]. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun lepas akibat dari kemurungan yang berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan peningkatan hutang [India Today]. Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negara-negara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya. Jika kita soroti sepintas lalu statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup dalam kelaparan [‘State of Food Insecurity in the World 2006’, PBB]. Dari jumlah ini, hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan [‘Where and Why Are 10 Million Children Dying Every Year?’ The Lancet 361:2226-2234( 2003)].

Yang Dikatakan Menjadi Punca Krisis

Pakar ekonomi kapitalis tidak pernah kering dengan idea dan pandangan apabila berlaku permasalahan yang melibatkan ekonomi dunia. Begitu juga mereka tidak pernah lengang dengan seribu satu macam kaedah penyelesaian bagaimanakah caranya untuk mengatasi permasalahan yang timbul. Tetapi sebelum penyelesaian (yang tidak pernah menyelesaikan) di ambil, tabiat biasa Kapitalis adalah membincangkan ‘teori’ yang menjadi punca kepada krisis. Bagi Kapitalis, pada amnya, ada dua elemen asas yang menjadi perbahasan dalam isu krisis ini. Yang pertama adalah isu ‘jumlah bekalan makanan’ dan yang keduanya adalah isu ‘harga bahan makanan’. Kapitalis selalu menuding bahawa kerana kedua masalah inilah yang menyebabkan timbulnya kekangan bagi pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan. Kedua-dua elemen ini juga masing-masing mempunyai faktor penyebab tertentu dan juga faktor penyebab yang dikongsi bersama yang dikatakan menjadi punca mengapa krisis makanan global berlaku.

Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan ‘punca’ mengapa berlakunya kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand) yang memerlukannya. Contohnya (sebagaimana dilaporkan), tabiat makan penduduk China telah berubah di mana secara per kapita, penduduk Cina menghabiskan 50kg daging pada tahun 2007 berbanding hanya 20kg pada tahun 1985.

Keadaan yang ada dikatakan menjadi semakin rumit apabila faktor pengeluaran juga telah terjejas akibat bencana alam, pencemaran dan perubahan iklim dunia. Australia dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun lepas menyebabkan hasil gandum negaranya telah menyusut sebanyak 60%. Hasil tuaian dari China juga telah menyaksikan penyusutan sebanyak 10% sepanjang 7 tahun yang lalu. Faktor-faktor ini dikatakan menjadi sebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yang boleh diperolehi oleh penduduk dunia.

Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan lagi kesan yang berlaku. Ini kerana apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Secara langsung, kenaikan harga minyak telah memaksa kenaikan kos bagi mengeluar dan memasarkan makanan (kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, jentera, kos pengangkutan dan sebagainya). Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi penyebab kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga bahan makanan di pasaran.

Di samping itu, ‘kegilaan’ terhadap penghasilan bahanapi bio bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekali gus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan pemakanan. Pada tahun lepas sahaja, suku daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan etanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi bio) yang mana jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 60% pasaran jagung dunia.

Begitulah antara sebab-sebab popular yang sering diutarakan oleh pakar ekonomi Kapitalis. Namun sebelum kita terus membuat kesimpulan dan bertindak mencari penyelesaian, kita teliti dulu akan realiti ‘punca-punca’ yang dinyatakan, sama ada ia adalah punca yang hakiki atau hanya merupakan ‘justifikasi’ kerana mahu menuding kesalahan kepada yang lain, sekali gus dapat menutup kebobrokan ‘sistem Kapitalis’ itu sendiri.

Hakikatnya, ada faktor-faktor yang diperkatakan tadi adalah bertentangan dengan realiti yang ada. Hairan Bin Ajaib mengapakah boleh berlaku kekurangan bekalan makanan apabila tahap pengeluaran makanan dunia sebenarnya bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk. Jika dibandingkan antara jumlah penduduk pada tahun 1961 dan 2005, kita dapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Tetapi jika kita bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama, kita dapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda (berdasarkan data terkini dari World Resources Institute). Ini bermakna, jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah (semakin banyak) saban tahun. Oleh yang demikian, rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah satu pena’akulan yang meleset. Pada dasarnya, mereka yang memberikan alasan ini hanyalah meng‘kakak-tua’kan teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18 di mana beliau menulis sebuah buku bertajuk ‘An Essay on the Principle of Population as it Affects the Future Improvement of Society’ pada tahun 1798. Di dalamnya dikatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik. Jika teori ini betul, maka beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus, sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan. Perlu diperhatikan bahawa Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta penduduk dan pada kurun 21, populasi penduduk Britain telah bertambah sebanyak 59 juta. Namun begitu, tidak pula terdapat mana-mana kawasan di Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan atau pun kebuluran yang serius, walaupun Britain pada hakikatnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Justeru, pendapat Malthus hanyalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk dunia.

Untuk isu perubahan tabiat makan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan pula, realitinya harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita tanya, benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang sama sahaja? Secara logiknya, keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin berkurangan oleh kerana manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas, berbanding orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar manusia sekarang makan lebih banyak atau sebenarnya manusia zaman sekarang ‘membazir’ lebih banyak? Jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa makanan penduduk dunia, kenyataan kedua sebenarnya lebih tepat. Sebagai contoh, setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 bilion kilogram makanan telah disediakan di Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini, hampir 45 billion kilogram (termasuk sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Ironinya, secara purata, 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang melanda dunia sekarang. Jadi, logikkah tabiat pemakanan manusia dikatakan menjadi punca kepada krisis kekurangan makanan?

Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau, memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang kesan langsung yang akan berlaku. Namun bencana tersebut bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberi kesan jangka pendek, bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat. Bencana tidak pernah menjadi kesan berpanjangan sehingga surutnya jumlah makanan dunia, sebagaimana didakwa oleh Kapitalis. Tambahan pula, di kebanyakan negara, mereka biasanya sudah pun menyediakan stok makanan yang mencukupi untuk menghadapi kesan jangka pendek yang ditimbulkan dari bencana alam ini. Banyak bahagian di dunia ini yang dilanda bencana alam sejak ratusan tahun dahulu lagi, namun krisis kekurangan bekalan tidak pula timbul, logikkah ini dikatakan sebagai punca? Di Malaysia sendiri sebagai contoh, fenomena tengkujuh dan banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia (yang bersifat sementara) setiap tahun, tidak pernah menyebabkan Malaysia berada di dalam krisis makanan. Jika wujud pun masalah, ia adalah masalah pengagihan yang tidak betul yang dilakukan oleh kerajaan yang menyebabkan bekalan tidak sampai kepada mangsa. Jika berlaku sekalipun masalah kekurangan, ia sebenarnya bukanlah disebabkan oleh ‘kekurangan’ itu sendiri, tetapi kerana wujudnya aktiviti ‘penyorokan’ dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisien.

Begitu juga dengan permasalahan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahanapi bio. Ia sebenarnya lebih bersifat permasalahan pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah. Ini belum lagi mengira aktiviti spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan di pasaran hadapan (futures market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tidak realistik. Yang perlu difahami di sini adalah, masalah pengurusan bekalan yang diperkatakan adalah berhubung kait dengan ‘sistem’ yang diguna pakai untuk menguruskan ekonomi di dalam sesebuah negara. Ini kerana, perbezaan pandangan hidup (ideologi) pemerintah dan sistem ekonomi yang mereka anuti/terapkan akan membezakan tahap penilaian mereka (pemerintah) dalam membuat polisi untuk menentukan apakah yang perlu disimpan, apakah yang perlu dihasilkan, apakah yang perlu dibelanjakan dan sebagainya. Jika benak pemerintah didominasi pemikiran kapitalisme yang sememangnya rakus dalam mengambil hak rakyat, maka inilah yang sebenarnya menjadi punca kepada segala kerosakan dan menyebabkan berlakunya krisis. Ini adalah kerana, ‘aqidah manfaat’ yang begitu kuat, yang dianuti mereka, menyebabkan para pemerintah Kapitalis ini hanya berminat untuk ‘membuncitkan’ perut masing-masing sahaja, tanpa mempedulikan kesusahan dan penderitaan rakyat. Nafsu serakah mereka yang berkuasa, yang mengaut sebanyak mungkin kekayaan negara, dan perangai mereka yang hanya ‘memberi makan’ kepada anak bini dan kroni, inilah yang sesungguhnya membawa manusia kepada krisis yang sedang dihadapi sekarang. Dengan sistem pemerintahan dan hawa nafsu Kapitalis ini, ia bukan sahaja menjadi punca kepada kekurangan makanan, malah punca kepada segala keburukan yang ada.

Penyelesaian Dari Islam

Setelah menyedari akan pembohongan, kebobrokan dan kejelekan sistem ekonomi Kapitalis, ke manakah lagi akan kita tuju dalam menghadapi segala malapetaka yang menimpa ini? Sebahagian besar pemerintah dan juga umat Islam menolak sistem Sosialis atau sistem komunis untuk diterapkan di dalam kehidupan kerana ‘terasa’ akan kesesatan dan kekufuran yang dibawanya, namun dalam masa yang sama, mereka sebenarnya mengambil dan mengamalkan sistem yang lebih buruk – sistem Kapitalis, yang juga adalah sesat dan kufur. Malangnya mereka ‘tidak terasa’ akan kesesatan dan kekufuran yang dibawa oleh sistem Kapitalis kerana terpesona dengan ‘manfaat’ yang mereka nikmati di bawahnya.

Menurut Islam, makanan adalah salah satu keperluan asas yang perlu dijamin oleh negara bagi setiap warganegara Daulah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang Khalifah untuk memastikan bahawa bahan makanan dapat sampai ke setiap mulut manusia yang bernaung di bawah Khilafah. Daulah Khilafah, apabila tertegak nanti, akan menyusun strategi bagi memastikan bahawa permasalahan makanan tidak akan timbul. Strategi Daulah ini adalah berasaskan 4 kekuatan yang secara tabi’i terdapat di dalam dunia Islam. Empat kekuatan tersebut adalah; 1) tanah yang subur, 2) sumber air yang melimpah-limpah, 3) sumber manusia yang besar, 4) kekayaan dari sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam dunia Islam, politik pertanian Daulah akan difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan dua perkara - penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan pertanian melalui penerapan hukum syarak yang bersangkutan dengan hukum tanah pertanian. Ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru (ihya’ al-ardh) dan pemberian tanah secara percuma kepada mereka yang mampu mengerjakannya. Subsidi pertanian juga akan diberikan dengan meluas bagi menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibina agar pengedaran makanan menjadi lebih berkesan.

Dari aspek sumber air, Allah telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada kaum Muslimin. Di dunia Islam, terdapat lebih dari 150 billion meter padu air permukaan (sungai, tasik dll.) dan ini tidak termasuk sumber bawah tanah (7734 billion meter padu!) yang cukup untuk seluruh penduduk dunia! Apa yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak, masalah pertanian pasti tidak akan muncul. Daulah akan memastikan, melalui penerapan hukum syarak, bahawa sumber ini diuruskan dengan sempurna melalui pembinaan empangan dan saliran pertanian yang meluas.

Dari aspek sumber manusia, kini, terdapat lebih 48 juta kaum Muslimin yang menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam Khilafah mendapat keperluan asasnya, Daulah akan memberikan peluang dan galakan kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan tanah lahan secara percuma, subsidi dan segenap bantuan kepada mereka.

Kekuatan keempat, yakni kekayaan sumber alam semulajadi merupakan aspek yang paling menonjol di dalam dunia Islam. Untuk memberikan gambaran akan kekayaan yang ada di dunia Islam, Amerika, dalam kerakusannya, telah mendapat keuntungan minyak dari Arab Saudi sahaja sejumlah 86 trillion dolar!!! Bayangkan kekayaan yang ada di seluruh dunia Islam!! Sekiranya jumlah ini dibahagikan kepada seluruh kaum Muslimin, setiap seorang layak mendapat USD66,000! Bukan ini sahaja, dunia Islam ini dipenuhi dengan laluan-laluan strategi dan ini juga boleh dieksploitasi untuk mendapat keuntungan. Apa yang diperlukan hanyalah seorang Khalifah yang ikhlas yang akan menguruskan jumlah kekayaan yang besar ini secara efektif dan efisien bagi memastikan umat Islam dan bukan Islam yang tinggal di dalam Daulah hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Pada masa yang sama, hukum-hukum yang berkaitan untuk memastikan setiap individu mendapat sumber makanan seperti hukum nafkah, zakat dan sebagainya perlu ditegakkan secara menyeluruh agar tiada yang ketinggalan dalam hak mereka untuk mendapatkan makanan. Sekiranya berlaku bencana, Khalifah juga wajib memastikan halangan-halangan dapat diatasi dalam pengedaran makanan kepada yang memerlukan.

Para khalifah terdahulu telah memerintahkan agar kawasan-kawasan pertanian dibangunkan dan dimajukan dengan sistem pengairan dan sebagainya seperti yang dilakukan di wilayah Basra (Iraq) dan Sind (Pakistan). Dana yang berlebihan di dalam Baitul Mal juga telah dibelanjakan oleh Daulah pada pemerintahan Umar Abdul Aziz untuk tujuan pembangunan pertanian. Pada era pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab, Madinah telah dilanda kemarau dan mengalami kekurangan makanan. Pada waktu itu, Khalifah Umar telah memerintahkan agar bekalan makanan dibawa masuk ke Madinah dari wilayah-wilayah lain yang tidak terkesan seperti dari Mesir dan Syria. Pada masa yang sama, perbendaharaan negara dibelanjakan untuk membeli dan menyediakan makanan kepada penduduk Madinah. Pendekatan yang sama juga telah dibuat oleh Khalifah Umar Abdul Aziz sewaktu Jazirah Arab telah dilanda kemarau yang teruk. Usaha-usaha ini dilakukan atas dasar memenuhi tuntutan hukum syarak agar keperluan makanan bagi setiap manusia di dalam Daulah dapat dipenuhi setiap masa, dan bukannya kerana ingin mendapat keuntungan dari suatu aktiviti ekonomi.

Khatimah

Krisis makanan dunia adalah satu krisis kemanusiaan yang wajib diselesaikan menurut ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maha Suci Allah yang telah menurunkan agama Islam yang kita anuti ini untuk menyelesaikan segenap permasalahan manusia, sehingga tidak ada satu masalah pun yang tidak boleh diselesaikan oleh Islam. Bagi sesiapa yang mengi’tiqadkan bahawa sistem ekonomi Islam tidak mampu menyelesaikan masalah, maka sesungguhnya telah kufurlah mereka. Bagi sesiapa yang tidak mahu menerapkan sistem ekonomi Islam tetapi masih meyakini bahawa ia boleh menyelesaikan masalah, maka sesungguhnya telah zalim dan fasiklah mereka. Bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk menerapkan sistem ekonomi Islam untuk menggantikannya dengan sistem Kapitalis yang kufur ini, maka telah berdosalah mereka. Sesungguhnya Allah selaku Pencipta manusia, alam dan kehidupan, Dia Maha Mengetahui akan kelemahan manusia dan alam ciptaanNya dan Dia telah pun memberikan penyelesaianNya kepada kita semua. Rasulullah dan para Khalifah Allah yang terdahulu telah pun menerapkan hukum Allah dalam pemerintahan mereka dan hasilnya, mereka berjaya keluar dari segala masalah dengan rahmat Allah.

Sebagaimana telah dijelaskan, beginilah caranya Islam mengatur urusan manusia termasuklah dalam mengatur urusan makan dan minum. Bagaimanapun, mekanisma-mekanisma yang dinyatakan di atas menjadi rumit dan amat sulit sekali untuk dilaksanakan dengan adanya pemimpin sekular dalam konteks negara bangsa yang ada sekarang. Sebagai contoh, untuk mendapatkan bantuan makanan dari Mesir untuk umat Islam di Somalia atau Indonesia secara percuma, atau mendapat bantuan makanan dari Arab Saudi atau Malaysia kepada penduduk Islam Afrika secara percuma, semua ini hanyalah umpama mimpi di siang hari. Di sinilah kita sekali lagi dapat melihat bagaimana pemimpin sekular dan negara-bangsa yang ada pada masa sekarang telah menjadi penyekat, pelemah malah penghancur kepada kekuatan Islam dan pembawa malapetaka kepada umat Islam itu sendiri khususnya dan manusia amnya. Sesungguhnya hanya dengan adanya seorang Khalifah dan Daulah Islam yang satu untuk semua umat Islam, maka barulah mekanisma ini tampak kekuatannya dan akan terbukti keberkesanannya. Tanpanya, umat Islam di negara-negara bangsa yang ada kini terus merintih dan bergenang air mata darah menyaksikan kemelut yang melanda. Atas dasar inilah, Hizbut Tahrir berkali-kali mengingatkan umat Islam di seluruh dunia agar terus istiqamah dalam menjalankan usaha untuk mengembalikan Daulah Khilafah yang akan menyelesaikan segala permasalahan yang sedang kita hadapi, sama ada berupa masalah pemakanan, maruah, nyawa mahupun darah. Bersatulah dan bergeraklah wahai saudaraku agar Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah kembali ke pangkuan kita secepat mungkin. ALLAHU AKBAR!

[Disalin dengan kebenaran dari mykhilafah.com]

Monday, April 21, 2008

Why I restricted comments....

I likes comments.. especially when it throw out new ideas or giving good comments. I don't care it is negative or positive comments as long as it contains very good and strong points.

I like critics with solutions... not just critics with no values.

Since I actively write in this blogs, I receive a few comments and there are two comments that I think is comments with no value added. One was someone criticize me on my comments on wearing seat-belt. He suggest buying a bus or don't drive cars with two seat belt or don't drive a car with more than 4 people or buy bigger cars... Well this is good comments if majority of malaysian people are rich and only limit their family members to 4 (husband, wife, and 2 childs). But most malaysia can only afford to buy perodua or proton car and most of them have more than 2 childs. Then he suggest buy a bus.. If you can't even afford to buy bigger car, of course buying a bus is damn m***n ideas. I just hope government reconsider this before the rule being exercise start on June. Not all people can afford that although they gave us 3 years to implement, but most people live with salary just enough to pass through one month (without extra savings) and hope bonus to cater their childs needs. Beside that, I don't think wearing seat belt behind has any effect as most accident that took life was worst accident and so far the ambulans and police car drivers never wear seat belt and nothing happens. Transportation Minister should do a detail survey to see is the main course of death during accident is causes by not wearing seat belt? or it is human lack of morality and patients during driving that cause death?

I also receive critics saying that I voted for BN. Where in hell did this person know whom I cast vote for?

Another critics saying that I don't see the real indian people live at estet... Hmm I don't think that person read my writing carefully. I'm saying that malaysian indian are still lucky compare to indian in india and compare to malays, there are more indian richer than malays and more malays still in worst condition compare to indian. I'm not saying there are should not be treated, but what I'm saying is that the way the are using is wrong and causing troublesome to other none related people. They have MIC, IPF, PPP, DAP, PAS, PKR and other bodies or parties to channel their complaint, but why must used HINDRAF and road demonstrations and why must seek helps from outsider that does really know the details and don't have relationship with you all. Look to country that ask helps from outsider such as Afghanistan, Pakistan, Iraq, Somalia, etc... Have they become better or it getting worst? After all, we have so many channel. If you don't trust MIC due to may letters send, why don't you go to PKR or PAS or even DAP? That is the real question.

Since that, I restrict to only people that have valid account (register with google) can comments. At least I can know whom my commenter are? And see if they are really good commenter or just like what written in Berita Harian (by Sang Kelembai) which there are few categories of commenter and one of them is Ghost Commenter.

PM... jangan naikkan umur persaraan

Saya cadangkan umur persaraan tidak dinaikkan, sebaliknya merangka satu pelan yang menguntungkan semua pihak.

Hadkan umur persaraan kepada 55 sahaja. Andai kata perlukan seseorang itu kerana tiada pengganti yang setanding (perlu menjalani ujian atau tapisan untuk memastikan hanya yang mampu bekerja serta komited diambil), ambillah seseorang itu secara kontrak yang diperbaharui setiap tahun.

Bayangkan jika yang dikekalkan ialah yang bermasalah atau tidak komited pada tanggungjawap. Juga bayangkan perasaan orang bawahan yang tidak dinaikkan pangkat gara-gara orang lama masih bekerja. Bayangkan juga mengenai jumlah graduan yang mengganggur dan seterusnya menyebabkan pertambahan inflasi, gejala sosial, kos yang berkaitan dan lain-lain akibat dari ketidak-upayaan mereka ini diserapkan kerana tiada kekosongan jawatan.

PM... fikir-fikirkanlah... Jangan diikut sangat kehendak CUEPACS yang bersifat mengugut itu. Jangan diikut sangat kehendak orang yang pentingkan diri sendiri atau bermotif politik. Yang penting ialah jangka masa panjang terhadap rakyat malaysia yang lain dan generasi seterusnya, bukan hanya untuk masa kini.

Hari ni aku sokong Nik Aziz

Yup... MCA and DAP... tidak patut suarakan hak melayu... We have sacrifice a lot by sharing and giving and we hope that you do not question ours. Same goes to MIC, PPP, IPF, HINDRAF... etc..
Just compare you and with us... Tahap kemiskinan orang melayu jauh lebih tinggi dari India dan Cina... terutamanya di kota besar seperti JB dan Penang. Walaupun ramai india masih bekerja di estet, tapi jangan lupa orang melayu yang masih ramai di estet dan juga di pedalaman serta di persisiran pantai. Dan jangan lupa bahawa kebanyakkan estet sekarang menggunakan tenaga kerja dari luar.

Kalau tak puas hati lagi, just compare with orang india di negara India.. dan orang cina di a China. Kehidupan di Malaysia jauh lebih baik dari sana. Kalau tidak masakan mereka sanggup datang mencari kerja secara halal atau pun tidak halal.

Cuma sekarang apa yang perlu dilakukan ialah kerajaan kena menaik tarafkan semua penduduk tidak kira bangsa dan agama tanpa meminggirkan hak bumiputera.

Thursday, April 17, 2008

BPR - Siasat Badan Berkaitan Kerajaan

Saya harap BPR akan menjalankan siasatan keatas beberapa badan berkaitan kerajaan. Beberapa hari yang lalu saya terpandang sebuah 4WD kepunyaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semalam saya terpandang sebuah lagi milik sebuah agensi lain.

Peliknya ialah ia jenis Nissan X-Trail yang baru. Persoalan yang ditimbulkan disini ialah:
1. Kenapa dibazirkan duit membeli kereta kategori mewah tersebut sedangkan duit itu boleh digunakan untuk rakyat dengan lebih berkesan?

2. Adakah ia kehendak atau keperluan? Jika keperluan sekalipun, bukankah ada kenderaan lain yang jauh lagi murah dan lebih bagus penggunaanya (MPV) seperti Avanza. Kenapa tidak diguna Kembara? atau Naza yang lebih murah?

3. Jika untuk kegunaan orang tertentu, adakah tidakkah ia dikatakan penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan sendiri?

4. Adakah hanya 2 agensi yang terbabit? atau ada banyak lagi?

5. Adakah audit kewangan dilakukan keatas agensi tersebut?

Banyak lagi persoalan dan kemusykilan yang timbul kerana terpandangkan Nissan X-Trail yang dimiliki oleh 2 agensi tersebut.

Apa dah jadi BN - Datuk Shahrir Abdul Samad?

Apa cerita Shahrir? Baru sebulan lebih jadi menteri sudah tak mampu kawal kenaikan barang.
Dua benda naik mendadak dan kenaikkan tersebut agak melampaui batas penerimaan.

Tapi hairan juga kerana menteri yang sepatutnya bertanggungjawap mengawal selia perkara ini hanya berdiam diri sejak isu ini kedengaran.

Gaji yang naik 30% itulah yang dicanangkan sehingga kini, tapi adakah kajian diadakan mengenai keberkesanannya dalam membantu penduduk yang dikategorikan berpendapatan sederhana atau rendah?

Apakah janji PM untuk memastikan lebih mendengar keluhan hati rakyat dapat dilaksanakan?

Selepas ini apa lagi yang akan naik? Kami hanya mampu menanti dan tertanya-tanya bilakah ini akan dikawal.

Benar bahan yang naik hanya untuk jenis tertentu, tapi benarkah itu? Sudahkah pemantauan dan tinjauan dilaksanakan? Sudahkah risikan rahsia dilakukan untuk memastikannya?

Benar juga jika tidak berkemampuan, boleh guna atau beli yang lebih murah. TAPI bagaimana dengan KUALITI. Bagaimana pula dengan perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak jika yang diberi ialah bahan yang berkualiti rendah dan tidak mempunyai khasiat yang baik atau yang diperlukan?

Memang benar juga jika tiada berkemampuan, belilah alternatif. Senang sungguh bila bercakap, tapi bagaimana kalau alternatifnya tiada. Contoh jika mee naik makan mee hoon pula. Tapi tidakkah itu akan menjadikan mee hoon sebagai bahan yang paling dikehendaki bagi menggantikan mee dan sekali gus akan menaikkan harganya juga (konsep kapitalis iaitu harga bergantung pada permintaan dan pengeluaran). Jadi apa lagi cadangan yang ada?

Wahai kerajaan BN yang baru, turun padang dan bertemulah rakyat selalu sepertimana yang dilakukan pembangkang @ pakatan rakyat (walaupun tidak semua rakyat yang menyokong dan tak layak dipanggil pakatan rakyat ... kena panggil pakatan separa-rakyat). Dengarlah pandangan dan pendapat kami. Bukan melalui surat atau laman web. Mesralah bersama kami bukan pada masa tertentu sahaja. Sekali sekala buatlah lawatan mengejut ke pasar, pasar malam, kedai kopi, dan rumah ke rumah... Lihatlah dengan mata sendiri bukan dari laporan pihak yang hanya ingin mengampu dan pentingkan diri.

Binatang Paling Popular

Kalau manusia ada binatang paling popular... di kalangan haiwan juga tidak kurangnya...
Babi @ Khinzir @ Tonyok (nama yang dipopularkan oleh majalah ujang dan lebih sopan disebut).. bolehlah dikatakan haiwan paling popular...

Popularitinya naik mendadak sejak kes JE dan kes di Melaka (babi lagi beruntung dari penduduk melaka)... dan kini popularitinya kembali setelah hampir setahun senyap. Semua kerana isu kerajaan selangor yang begitu ghairah untuk menggunakan kuasa dan begitu ghairah untuk mencari kesalahan kerajaan terdahulu.

Saya masih ingat kata-kata penghulu kerajaan selangor apabila dimahkotakan pangkat tersebut.. Beliau berjanji akan melaksanakan projek yang akan memberi keuntungan pada rakyat kerana kerajaan beliau ialah kerajaan mesra rakyat dan juga berjanji akan mengkaji mana-mana projek yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu dan meneruskan jika ada manafaat pada rakyat...

Hmm.. Nampaknya kerajaan ini juga seperti kerajaan dahulu... janji tinggal janji.. Setelah diprotes baru nak kaji balik... Betul lah cakap orang politik ni... hanya mampu tabur janji.. namun untuk kotakan sukar sekali... yang jadi mangsa ialah rakyat yang membuta-tuli...

Tapi apa nak buat... nasi sudah jadi bubur.. yang boleh ialah buatkan bubur tu jadi sedap dan menarik je... semuanya angkara si babi...

lepas ni angkara si air dan si apa pula...

Friday, April 04, 2008

DO NOT BUY THIS PRODUCT... BOYCOTT HOLLAND

DO NOT BUY... LETS DO OUR PART AS THEY DO THEIR PART. THEY ARE THE TERRORIST.....

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -
30. -
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

Tuesday, April 01, 2008

Super hero of Asia

Western are proud of their super heroes .. Batman, Superman, Ironman, Spiderman.... mostly are heroes from US (looks like their superheroes is not that heroic... if not world will be at peace)...

And so the Asia also come out with the list of our own super heroes.
1. Batman bin Suparman - Last located was at Indonesia going to school. Not related to US Batman or even have relation with Superman.

2. Suparman - Great-great-great super heroes as it is real than superman. Doing all sorts of things to leave. Last located was at Bali.

3. Suratman - Good at delivering letters... Better than postman

4. Super Inggo - Newly created heroes based on fake story in one of country in Asia. Just for the sake of makin children happy.

5. Pak Man Telo - Famous super heroes related to money collection and being richer.

6. Man Kidal - Malaysian super heroes that very good at playing guitar. Create a phenomenon in malaysian music.

7. Man Laksa - Another super heroes generated in Malaysia. Helping hungry people by providing delicious Laksa.

8. Cicakman - New hero that follows lizard behaviors. An enemy of US Spiderman.

9. Toman - Very good fish from malaysian river

10. Tioman - Very good island in Malaysia.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com