Google

Monday, April 19, 2010

Apco Worldwide disumpah... Dunhill? Malboro? Salem? Nokia? DLL Apa cerita?

Kelakar bila lihat orang-orang yg berakal pendek, yang kononnya begitu kuat ISLAMnya, yg semuanya kononnya kaki Masjid dan Surau... Kelakar melihat mereka ini baling telur busuk dan kasut yang sedikit sebanyak membuatkan keadaan sekeliling rumah Allah berbau 'harum'. Kelakar melihatkan mereka melontarkan kemarahan mereka pada tulisan dan papan yang tidak memberi sebarang makna.
Dan kelakaran itu makin bertambah apabila melihat mereka yang begitu benci pada syarikat Apco yang dikatakan ada kaitan dengan yahudi tetapi kemudian mereka bersekongkol pula dengan rakan yahudi lain. Nun jauh disana, selepas penat melontar telur dan menjerit, mereka mula memberi sumbangan pada negara yang mereka benci. Dunhill, Malboro, Salem, dan seangkatan dinyalakan dan dihisap semahunya bagi melepaskan lelah menjerit. Ada sebahagian menelefon rakan-rakan memberi khabar gembira betapa mereka terlibat sama dalam perjuangan menentang yahudi, dan kelak tidak akan dipersoalkan oleh Allah. Namun mereka gunakan alat yang dikeluarkan oleh yahudi.. Nokia, dan sebangsanya.
Selepas itu, mereka berkumpul dan ada yg singgah di kedai makanan segera yg terang-terang ada hubungan dengan yahudi. Kemudian pulang kerumah dan masih gunakan peralatan dan barang rumah yang sememangnya dihasilkan oleh syarikat berpaksikan yahudi. Kemudian, mereka melayari internet atau TV dan menonton cerita yang bertunjangkan yahudi. Kelakarnya mereka itu. Selepas marahkan yahudi, mereka kembali pada yahudi. Yang bersongkok, serban, dan berkopiah... sama sahaja... Dunhill, Malboro, Salem, dan lain-lain terus didampingi....

Monday, April 12, 2010

jawatankuasa fatwa perak membantah kelulusan kabinet

jawatankuasa fatwa perak...

 saya sokong... Tiada paksaan dalam ISLAM... tp once you are MUSLIM, please follow the rules & regulation defined. And we don't fight with others... Others are very keen to confront with MUSLIM... if not this things won't happen.

Thursday, April 08, 2010

BN pilih MIC .. kata najib semalam

Apa yang boleh dilihat dari sini... BN masih gagal memahami inspirari rakyat... Surat khabar dah cakap... Melayu 55%, Cina 20%++, India 12% SAHAJA... tetapi BN tetap nak pilih MIC. Sungguh tak logik. Sudahlah ketua MIC cukup bangang... belum apa-apa sudah cakap bagi pihak BN. Begitu samseng perangai samy ni. Patutlah kalah.
Yang pasti, andai BN menang pun majoritinya akan sedikit kerana ramai yang tidak berpuas hati kerana pemilihan calon MIC. Palanivel sudah 4 penggal duduk situ... habuk pun tarak... yang dibantu ialah masyarakat india... padahal sana majoritinya ialah melayu... kenapa tidak dibantu? orang situ sudah muak dengan MIC. Punca BN boleh menang dan yakin ialah kini PKR sedang dalam krisis.
Tapi aku tetap berharap BN kalah. Bukan kerana aku penyokong Pakatan Rakyat... tetapi kerana aku rasa perlunya perubahan untuk membela nasib melayu yang selama ini tidak terbela dibawah jagaan MIC. Supaya ini menjadi pengajaran pada BN agar memilih orang yang disukai rakyat, bukan disukai oleh gang-gang dalam BN sahaja. Dan supaya MIC (terutamanya samy) tahu bahawa orang sudah benci dengan MIC terutamanya yang dah tua mcm samy dan palanivel yang selama ini gagal berfungsi bukan sahaja untuk orang melayu, malah pada kaum india sendiri.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com