10/01/2012 2:31pm
Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.
"Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.
Sumber berita: Utusan Online
Pakcik kata:
1. Ada penambah-baikan. Tapi bagaimana ujian dilaksanakan? Tahukah anda bahawa pemandu kereta transmisi auto berkemungkinan tinggi untuk menekan accelerator (pedal minyak) dalam keadaan terkejut atau ketika mencapai sesuatu diluar (tindakan refleksi). Jadi bagaimana ujian untuk memastikan mereka ini tidak melakukan tindakan tersebut?
3. JPJ sepatutnya juga memasukkan didalam sistem pembelajaran seperti di Eropah dimana pemandu diajar mengawal kereta ketika kecemasan. Berapa ramai pemandu tahu mengawal kereta apabila secara tiba-tiba tayar meletup, atau melalui kawasan air tanpa disedari, atau ada brek tidak cengkam, atau menggunakan hand-break utk kecemasan.... Ini semua tidak ada dalam sukatan pelajaran JPJ dan juga ujian walaupun boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem berkomputer.
2. Semua pengeluar kereta transmisi automatik sepatutnya mereka-cipta satu mekanisme dimana kereta tersebut akan secara automatik menghalang pergerakan mengejut kereta andai kata ada objek di hadapan seperti halangan, dinding, manusia (kanak-kanak) dan sebagainya. Maknanya kereta itu akan secara automatik menukar gearnya dari D kepada P apabila berada di traffic-light (jika berada di belakang kereta), atau ketika berada di plaza tol, etc dan akan menukar kembali secara automatik kepada D apabila halangan telah tiada.
No comments:
Post a Comment