Satu artikel dan perbincangan menarik telah disiarkan di halaman milik helen wong (sila baca di sini).
Pandangan pakcik:
Pakcik bersetuju dengan pandangan KJ berkaitan perpaduan bangsa di malaysia hanya boleh dilaksanakan andai masyarakat keseluruhannya mengguna-pakai sistem sekolah wawasan. Namun, konsep ini lebih banyak ditolak oleh bangsa lain kerana salahnya persepsi yang dikhabarkan.
Sebenarnya, apa yang akan diterap oleh sekolah wawasan atau sepatutnya diterapkan oleh sekolah wawasan ialah berasaskan perlembagaan dimana Bahasa Malaysia diguna pakai sebagai bahasa utama dan agama islam diletakkan sebagai asas sekolah tersebut. Namun begitu, sekolah wawasan juga perlu meletakkan satu bahagian khas atau satu segmen khas untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin/Kantonis dan Tamil. Sekmen ini terbuka pada semua bangsa dan ini akan memastikan setiap bangsa itu memahami dan memulihara bahasa unik dan juga memastikan kesinambungan dan kesatuan pelajar. Bagi hal agama pula, ketika mana pelajar islam mempelajari hal-ehwal serta pendidikan islam, maka, pelajar lain seperti kristian, buddha, dll juga mempunyai sekmen atau waktu yang sama. Bagi yang tidak termasuk atau tidak berminat (selain pelajar ISLAM), maka pendidikan moral sebagai gantinya.
Maka, dengan konsep ini, sudah pastinya perpaduan kaum dapat diterapkan serta dalam masa yang sama setiap kaum dan agama tetap mempunyai peruntukan untuk mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa melewati batas yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
Sekadar pandangan peribadi.

No comments:
Post a Comment