A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, November 05, 2010

Tahniah BN

Tahniah BN diatas kemenangan yang sudah diduga di Batu Sapi. Sesuatu yang merugikan bagi PKR dan SAPP kerana tidak mampu bekerjasama dan terpaksa memisahkan undi. Andai PKR dan SAPP bersama, pasti sukar juga untuk BN menawan Batu Sapi.

Apa yang saya pelajari dari pemerhatian saya yang masih lagi lemah didalam hal-ehwal politik ini, dapat disaksikan bahawa betapa ruginya SAPP dan PKR kerana masing-masing terlalu gilakan kuasa hingga menidakan kehendak rakyat Batu Sapi. Mungkin kerana Yong Teck Lee tidak berpuas hati kerana setelah bersusah payah keluar dari BN dan menimbulkan keraguan rakyat Sabah terhadap BN, dirinya tidak dipilih untuk bertanding maka hilanglah kesabaran atas janji yang ditawarkan lantas bersuara lantang ingin mengurangkan undi BN yang ternyata, keputusannya undi dirinya dan undi bekas rakan sekutunya yang berkurangan. Bukankah ini satu kerugian? Dalam hal ini ada dua kesimpulan. Yang pertama ialah tiada kesabaran dan yang kedua ialah tamak akan kuasa dan pentingkan diri.

Di Galas, sesuatu yang saya sendiri tidak duga. Bukan kerana BN tidak mampu menang, tetapi dengan pergolakkan dalaman serta betapa Ku Li sering tiada dalam kempen menyebabkan saya tidak yakin BN akan memperoleh kemenangan. Namun, hakikatnya, itulah keputusan yang diumumkan. Yang pasti, BN perlu selami sesuatu yang tersirat dalam hati Ku Li dan juga selidik akan kebenaran sebenar akan kemenangannya. Jangan terus lena diulit mimpi. Bagi pihak yang kalah pula, janganlah mula menunding jari, sebaliknya muhasabah diri kerana kemenangan lalu bukan dijurang yang besar dan kekalahan kini juga tidak besar jaraknya.

Apa yang diharapkan, rakyat yang mendapat untung dan bukan lagi rugi semata-mata...

No comments: