A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, November 22, 2010

myMetro | Derita batin sampai murtad

myMetro | Derita batin sampai murtad

Sebagai orang ISLAM yang masih lagi kekurangan ilmunya, saya agak terkilan dan terkejut dengan paparan ini. Apa yang saya mampu fikirkan ketika ini ialah:

1. Institusi berteraskan ISLAM (JAKIM, Mahkamah Syariah, etc) sepatutnya memainkan peranan utama dalam membantu menyelesaikan masalah mereka ini.
Terlalu banyak ISU berkaitan dengan orang ISLAM yang sekali imbas laksana akan kegagalan institusi tersebut melaksanakan tugas yang diberi. Berapa ramai insan yang mengeluh ketika berurusan dengan institusi terbabit? Berapa banyak kes tertangguh diatas kelemahan institusi terbabit dalam menegakkan syiar ISLAM dinegara ini? Lihat sahaja kes MURTAD, kes orang ISLAM yang meninggal tetapi dituntut untuk pengebumian mengikut cara bukan ISLAM, kes perceraian, kes permohonan poligami yang banyak songehnya, dan pelbagai lagi. Ini hanya memperlihatkan kelemahan institusi terbabit dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan umat ISLAM di Malaysia.
Saya sendiri pernah terlibat dalam kes perceraian saudara saya. Penat turun-naik mahkamah dan pergi pejabat agama berulang kali. Macam-macam cerita dari kerjasama pihak suami/isteri yang tidak ada, ketiadaan pegawai bertugas, borang tak lengkap, dan pelbagai hal lagi yang sepatutnya boleh dikurangkan atau dipermudahkan atau diatasi dengan menjadikan ia satu proses yang efisien dan sempurna. Hampir 3 bulan lebih barulah kes perceraian saudara saya selesai. Itupun belum masuk nafkah pada anak2 lagi. Keseluruhannya, ia selesai setelah hampir setahun. Mengapa begitu lama? Bukankah andai tiada kerjasama salah satu pihak, kita boleh keluarkan waran untuk memanggil mereka? Adakah kita terlalu berlembut sehingga undang-undang syariah boleh dipermainkan dan diputar-belitkan? Sendiri fikir.

2. Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat mesti lebih prihatin
Saya harap KPWM akan terus membantu mereka ini yang memerlukan sama ada dari segi kaunseling mahupun bantuan kewangan untuk memulakan perjalanan baru andai perceraian berlaku atau seperti kes ini, digantung tidak bertali.

3. Dalam ISLAM, kalau si isteri faham maksud taklik yang dibaca suami, tentu faham bahawa situasi ini boleh diatasi dengan memfailkan perceraian atas sebab suami tidak melaksanakan tanggungjawab seperti didalam taklik yang dibacanya.
Didalam ucapan taklik tersebut ada perenggan yang dinyatakan bahawa "Andai saya meninggalkan isteri saya selama 3 bulan berturut-turut tanpa memberi sebarang nafkah atau mengabaikan tanggungjawap saya atau mencederakan isteri saya, maka isteri saya berhak mengadu pada jabatan agama ISLAM dengan membayar sebanyak RM1..." (lebih kurang lah). Agak2nya ramai tak si isteri yang faham akan hak dia yang ini? Setelah diadu dan dibayar Rm1, apa tindakan dan berapa lama proses ini berjalan? Tidakkah mereka yang terbabit sepatutnya meletakkan satu jangka masa terhad untuk selesaikan masalah ini sebelum menjadi lebih buruk? Bilakah si isteri boleh bebas dari seksaan batin ini?

Terlalu banyak persoalan yang timbul yang akhirnya saya hanya memandang pada pihak yang sepatutnya bertanggungjawap dalam memastikan kebajikan umat ISLAM terpelihara sahaja yang jelas pada mata saya.

No comments: