A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, January 28, 2020

Hadith & Doa berkaitan Wabak Penyakit

Akhir zaman ini, kita dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit yang baru dan ganjil. Malahan, muktahir ini, virus-virus sudah semakin berkembang dan berevolusi sekaligus menyebabkan pelbagai anti-virus dan ubatan sudah tidak mampu membendung penularan penyakit era baru ini.

Image result for wabak menular
Gambar virus melalui mikroskop (sekadar hiasan)
Bermula dengan HIV, Ebola, H1N1, H5N1 dan yang terbaru pada tahun 2020, seisi dunia dikejutkan dengan penularan virus selsema baru yang dikenali dengan nama Novel Coronavirus. Bermula di daerah Wuhan, China, virus ini semakin berkembang dan menular seluruh pelusuk dunia.

Dari perspektif Islam pula, perkara ini bukan lah baru kerana sudah terdapat pelbagai peringatan dari Rasul S.A.W melalui hadith dan ayat Al-Quran. Antaranya:
عن ‏ ‏عبد الله بن عباس
‏ ‏أن ‏ ‏عمر بن الخطاب ‏ ‏خرج إلى ‏ ‏الشام ‏ ‏حتى إذا كان ‏ ‏بسرغ ‏ ‏لقيه أهل الأجناد ‏ ‏أبو عبيدة بن الجراح ‏ ‏وأصحابه فأخبروه أن الوباء قد وقع ‏ ‏بالشام

‏ ‏قال ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏فقال ‏ ‏عمر ‏ ‏ادع لي ‏ ‏المهاجرين ‏ ‏الأولين فدعوتهم فاستشارهم وأخبرهم أن الوباء قد وقع ‏ ‏بالشام ‏ ‏فاختلفوا فقال بعضهم قد خرجت لأمر ولا نرى أن ترجع عنه

وقال بعضهم معك بقية الناس ‏ ‏وأصحاب رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ولا نرى أن تقدمهم على هذا الوباء فقال ‏ ‏ارتفعوا ‏ ‏عني

ثم قال ادع لي ‏ ‏الأنصار ‏ ‏فدعوتهم له فاستشارهم فسلكوا سبيل ‏ ‏المهاجرين ‏ ‏واختلفوا كاختلافهم فقال ‏ ‏ارتفعوا ‏ ‏عني ثم قال ادع لي من كان هاهنا من مشيخة ‏ ‏قريش ‏ ‏من مهاجرة الفتح فدعوتهم فلم يختلف عليه رجلان فقالوا نرى أن ترجع بالناس ولا تقدمهم على هذا الوباء فنادى ‏ ‏عمر ‏ ‏في الناس إني مصبح على ‏ ‏ظهر ‏ ‏فأصبحوا عليه

فقال ‏ ‏أبو عبيدة بن الجراح ‏ ‏أفرارا من قدر الله فقال ‏ ‏عمر ‏ ‏لو غيرك قالها يا ‏ ‏أبا عبيدة ‏ ‏وكان ‏ ‏عمر ‏ ‏يكره خلافه نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله أرأيت لو كانت لك إبل فهبطت واديا له ‏ ‏عدوتان ‏ ‏إحداهما خصبة والأخرى ‏ ‏جدبة ‏ ‏أليس إن رعيت الخصبة رعيتها بقدر الله وإن رعيت ‏ ‏الجدبة ‏ ‏رعيتها بقدر الله ‏

‏قال فجاء ‏ ‏عبد الرحمن بن عوف ‏ ‏وكان متغيبا في بعض حاجته فقال إن عندي من هذا علما سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول:

” ‏ ‏إذا سمعتم به بأرض فلا تقدموا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه”

قال ‏ ‏عمر بن الخطاب فحمد الله ‏ ‏ثم انصرف ‏

Hadis Abdullah bin Abbas r.a:

Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya.

Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam.

Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang. Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini.

Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin.

Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini.

Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah?

Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.

Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini.

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya."

Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu ((Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ** Rujuk: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)


Apa yang dilakukan oleh Umar AL-Khattab itu selari dengan perintah Allah.

Firman Allah (bermaksud):
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Firman-Nya juga (bermaksud):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Image result for wabak menular
Persekitaran yang selamat dan diri yang terhindar dari jangkitan (gambar sekadar hiasan)




Sebagai seorang Islam, kita disarankan kembali kepada NYA dan amalkan apa yang telah Rasul S.A.W ajarkan, dan berpeganglah kepada AL-Quran dan Sunnah Baginda Rasul S.A.W dan yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Firman Allah dalam Surah AI-Isra' ayat 82:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'

Hadis Rasulullah s.a.w. 
Dari Jabir R.A.:
'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

Dari Usamah bin Syarik:
'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'
Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)




Langkah berjaga-jaga bagi mencegah sebarang jangkitan virus yang merangkumi:
  1. Cuci tangan, terutamanya selepas sentuhan langsung dengan orang sakit dan persekitarannya,
  2. Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin,
  3. Memasak daging dan telur dengan teliti dan bersih, dan
  4. Menghindari hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit pernafasan seperti batuk dan bersin.

Selain dari kebersihan diri, pemakanan yang halal dan bersih, serta menghindari dari tempat jangkitan, masyarakat yang beragama Islam juga disarankan berdoa. Antara doa yang dikongsi oleh para alim-ulama bersandarkan kepada hadith ialah:

1. Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:



مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]

2. Daripada Abu Hurairah RA berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]

3. Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ، حِينَ يُمْسِي، وَحِينَ يُصْبِحُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”. [Riwayat Abu Daud (5074)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]

4. Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

Selain dari berdoa, ada beberapa selawat juga dianjurkan. Antaranya:
Selawat Syifa


Selawat Tafrijiyyah



** Nota: Ada sebilangan ulama menafsirkan dua selawat di atas sebagai bidaah kerana berpaksikan pada manusia. Namun, saya berpegang pada bahawa ia usaha dan selawat ke atas baginda Rasul S.A.W memang dianjurkan. Bergantung kepada niat dan percayalah bahaya kuasa itu ditangan Allah sahaja dan tiada pada makhluk yang lain.




No comments: