Google

Thursday, June 18, 2009

SIS ... gila kuasa

gila kuasa... belajar agama tak betul terus nak tunjuk lagak.
perkara simple tak leh buat (pakai tudung) pun nak keluarkan fatwa la mende la.
nie la jika belajar agama dari barat ala yahudi... ntah pape je ckp

Idea Hampeh - Henti Merokok

Idea sapa ni? suruh orang berhenti merokok tetapi tak suruh pula henti jualan rokok. Malah tak suruh pula kilang rokok tu tutup. Dan tak suruh pula henti tanam tembakau. Tu kat kelantan tu, negeri yang kononya serambi mekah (kena panggil serambi rumah je baru betul).. merupakan antara pengeluar tembakau utama dimalaysia. Tu pun sama. Nik Aziz pun hampeh.. benda simple macam ni pun tak leh buat... itu pun dok merapu lagi... jadi guru mende ntah... haramkan dulu kat tempat engkau tu... maksiat pun berlambak...
balik pada isu sebenar... kalau serius kerajaan nak suruh warga malaysia henti rokok, kena buat ni:
1. Henti JUALAN rokok
2. TUTUP kilang rokok
3. TUKAR tanaman tembakau ke tanaman lain
4. HENTI IMPORT rokok
5. NAIKKAN DENDA kalau merokok gak.

ataupun buat satu tempat tertutup macam kat airport. jadi sesapa yang nak merokok hanya boleh merokok kat tempat itu sahaja. tempat lain haram. baru cepat sikit mampus perokok ni semua... hehehehe

Cuti sehari kat amah... ???

Pening tengok gelagat menteri dan pemikir pemikir kerajaan serta yang berkaitan sekarang ni. JPJ, MIROS, DBKL, dan terbaru ntah agensi apa ntah bagi cadangan cuti sehari kat amah. Nak kata dia orang ni bangang tapi duduk atas kerusi yang bagus. Tapi idea yang dilontarkan tidak menggambarkan kewarasan pemikiran mereka.

Cuti sehari? Tidakkah mereka tahu bawah amah-amah ini terutama dari indonesia setiasa curi tulang. Saya pernah buat spot-check masa mula-mula ambil dulu... terkejut tgk maid saya punya lah lepak tengok tv dan anak saya lak tengah nangis. Mcm tu punya lepak pun nak cuti lagi ke?

Tu tak campur lagi maid yang buat kunjungan rasmi kat rumah jiran tetangga yang ada maid juga. Ada yang siap menyembang lagi tu. Ada maid yang bawak anak2 g taman permainan semata mata nak jumpa gang dia dan menyembang. Macam tu nak cuti lagi?

Ada sesetengah maid tu, kalau majikan bercuti, dia pun ikut cuti. Majikan balik kampung, dia pun ikut sama. Macam tu nak cuti sehari lagi? Ada juga maid yang kerjanya hanya kemas rumah dan mencuci pakaian je. Itu pun nak kasik cuti sehari lagi?

Apa punya bangang le idea korang ni. tak lojik dan tak leh masuk akal langsung.

Wednesday, June 10, 2009

English... kena lulus... pendapat aku ialah

Memang wajib lulus bukan setakat lulus je... sekurang kurangnya kredit baru boleh masuk universiti kerana kebanyakkan buku rujukan ialah dalam bahasa Inggeris. Nak guna komputer pun semuanya dalam bahasa inggeris, apatah lagi nak masuk 'U' dan seterusnya buat pembentangan pada orang dari pelbagai pelusuk dunia.
Dalam utusan ke harian metro hari ini, dari exco kelantan, katanya dari wajib luluskan BI, lebih baik wajibkan pendidikan agama. Nak kata bangang jadi exco, nak kata bijak, mungkin exco ni duduk kelantan je kut. BI diambil oleh semua orang sedangkan pendidikan agama hanya diambil oleh orang ISLAM sahaja (selain pendidikan moral yang diambil oleh pelajar beragama selain agama islam). Alasan lain yang diberi ialah akan memberi tekanan berat pada pelajar diluar bandar dan sekali gus menyukarkan mereka memasuki 'U' dan dalam erti kata lain mengurangkan orang melayu ke 'U'. Halloooooo exco, apa guna masuk 'U' jika BI budak tu teruk. Nanti menyusahkan diri je sebab tak boleh 'compete' dengan orang lain serta kena 'extend' pengajian atau jadi pelajar yang menghafal tetapi tidak faham apa yang diajar kerana tidak memahami BI dengan baik. Saya bekas pelajar 'U' dan saya lihat ramai orang kita yang cemerlang di peringkat sekolah tetapi gagal apabila menjejakkan kaki di 'U'. Ada yang gagal terus, dan ada yang ambil masa lama untuk habiskan pengajian, dan ada yg tukar kursus. Semuanya gara-gara BI mereka teruk.
Bukan mengagungkan BI, tetapi BI merupakan bahasa universal ketika ini dan kebanyakkan sumber ilmu adalah dalam BI. Dahulu, ketika kegemilangan ISLAM, bahasa ilmu ialah bahasa arab dan setiap yang ingin belajar dan mencari ilmu kena belajar bahasa arab. Jadi, apalah salahnya kita pertingkatkan BI kita agar kita boleh kejar ilmu sekarang dan seterusnya menaikkan kembali kegemilangan orang ISLAM dan seterusnya mengembalikan bahasa ilmu itu pada bahasa arab atau bahasa melayu.

Dalam pada itu, saya juga kurang bersetuju andai BI diwajibkan lulus untuk semua pelajar. Sepatutnya kita serahkan pada minat dan keinginan pelajar tersebut. Andai kata dia ingin mengambil bidang kedoktoran atau IT atau apa jua yang memerlukan penggunaan BI yang tinggi dan buku rujukannya ialah dalam BI, maka pelajar itu bukan sahaja wajib lulus BI, malah keputusan BInya mestilah melepasi kredit. Bagi yang minat pada bidang falsafah, sejarah, atau pendidikan, maka cukuplah sekadar lulus. Dan bagi pelajar yang lebih menjurus pada bidang yang kurang atau tiada penggunaan BI, maka tidak perlulah diwajibkan lulus. Mudah... semua orang suka... :)

Along halal dan along haram...

Along... kalau ikut orang melayu... along ialah panggilan ringkas pada abang long yang menggambarkan seorang anak sulung dalam keluarga dan memainkan peranan utama sebagai ketua keluarga andai ketiadaan bapa.
Malangnya, penggunaan along telah disalah gunakan. Along yang dulu jadi tempat adik-adik bergantung kini diaplikasikan pada perniagaan yang menjadi tempat ramai orang yang tidak berkemampuan bergantung padanya.
Along halal.. yakni Bank... Perniagaan yang berteraskan pada prinsip awal along iaitu meminjam duit tetapi dihalalkan atas dasar perniagaan dan sistem kewangan kapitalis. Untuk menjadikan along halal hanyalah memerlukan kelulusan dan lesen dari kerajaan. Namun prinsipnya tetap sama. Nilai faedah yang adakalanya agak tinggi serta beberapa bayaran lain yang mesti dibayar ketika memohon atau selepas permohonan. Tapi, oleh kerana ada perjanjian, serta lesen, maka ia dihalalkan.
Along haram juga sama prosesnya. Cuma membezakan mereka ini ialah tiadanya lesen dan juga kadar bunga atas pinjaman yang tidak tetap dan mengikut suka pemberi wang tersebut.
Tapi, kenapa mereka yang haram jadi pilihan? Sebabnya ialah along halal ni susah dan menyusahkan. Senang pada pemimpin dan orang kaya untuk memohon, tetapi sukar bagi golongan sederhana dan miskin. Bayangkan untuk memulakan perniagaan, seseorang itu kena ada duit dulu baru boleh pohon. Kalau lepasan universiti atau dibuang kerja bagaimana? Bagaimana pula yang baru kehilangan tempat bergantung. Tidak payah cakap mengenai mereka ini. Saya yang bekerja tetap dan stabil pun minta buat pinjaman dari Bank tak lepas tanpa alasan munasabah. Yang peliknya, bank itu ialah BANK ISLAM. Dan pada promosi yang diwar-warkan diberitahu mudah dan senang. Sebab itulah orang cari ALONG... bukan tak nak pinjam bank... tapi bank yang tak bagi pinjam... Bila menteri bising dia orang cakap ada bagi dan buka peluang orang buat pinjaman... tapi bila nak meminjam, pelbagai syarat ketat dan alasan tidak logik diguna pakai untuk menggagalkan usaha si peminjam.
Hmm... bagi saya, ALONG ke Bank ke sama je... 2 -2 tu along jugak... 2 - 2 tu pun haram... Tapi kita tidak boleh lari dari along haram ini kerana yang berkaitan ISLAM seperti baitulmal dan zakat juga tidak membantu atau menghulurkan bantuan atau memayahkan kita untuk meminjam. Mereka bagi ceramah mengenai riba dan faedah yang haram bagi umat ISLAM tetapi dalam masa yang sama tidak menyediakan alternatif pada peminjam mengikut lunas ISLAM. Kalau ada yang kononnya berlandaskan ISLAM seperti mudharabah le apa le.. itu pun sama juga... malah lebih teruk dari bank konvensional kerana kadar faedah @ bunga yang dikenakan lebih tinggi dan membebankan... bayangkan untuk pinjaman perumahan kadar faedah bank yang berteraskan ISLAM ialah 9% sedangkan bank konvensional cuma mengenakan 5% - 7% sahaja. Jadi siapa lebih ISLAM? Kenapa tinggi sangat? Alasan yang diberi oleh bank juga tidak logik.. malah dimana unsur keislamannya jika ia membebankan serta tidak wajar? Sebab itu orang cari ALONG...

Kewajaran tuntutan kaum lain.... wajarkah mereka?

Dalam utusan hari ini, satu kumpulan meminta kerajaan keluarkan data analisis mengenai kewajaran sesuatu kaum itu dalam membuat tuntutan serta kesamaan. (utusan)

Harap kerajaan boleh keluarkan statistik itu. Bukan menunjukkan jumlah orang kerana yang pastinya jumlah orang tidak mencerminkan keadaan sebenar... tetapi berdasarkan peratus dari keseluruhan kaum itu. Misalnya berapa peratus dari kaum melayu yang miskin dari keseluruhan jumlah orang melayu. Dari situ kita boleh lihat betapa wajarnya bantuan dan tuntutan dibuat.

Thursday, June 04, 2009

Berita terkini... Sebab bumbung stadium sultan mizan roboh


Ini merupakan gambar yang berjaya diambil beberapa detik sebelum bumbung stadium tersebut runtuh.
MANA ULTRAMAN?????

Stadium Sultan Mizan runtuh... salah siapa?

Lepas dah runtuh baru keluar cerita yang tak dapat kelulusan NIOHS la, tiada sijil siap kerja dari JKR la, bermacam-macam sijil lagi la dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Macam tu lah... Bila jadi baru semua cerita terbongkar. Lepas tu mula kalut nak perati stadium kat melaka pulak.
Sudah la tu, stadium tu pulak katanya tak sempat diuji sebab lambat siap. Kat melaka pun dengar kata dah lewat. Katanya sempat lagi kejar dateline. Boleh pakai ke janji dia orang ni. Tak kan nak guna esok hari ni baru siap? bila nak uji nyer?
Nak kata tak de rasuah, macam ada rasuah je tu. Nak kata buat kerja, tengok macam tak laksanakan tugas memantau dan memeriksa dengan betul je. Nak kata maintenance bagus, kenapa slow sangat buat nya? Senang cite, siasat je dari si tukang cuci sampai ke orang atas... bawak ke muka pengadilan. Bayangkan kalau ada orang bawah tu masa dia runtuh....

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com