A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, June 10, 2009

Along halal dan along haram...

Along... kalau ikut orang melayu... along ialah panggilan ringkas pada abang long yang menggambarkan seorang anak sulung dalam keluarga dan memainkan peranan utama sebagai ketua keluarga andai ketiadaan bapa.
Malangnya, penggunaan along telah disalah gunakan. Along yang dulu jadi tempat adik-adik bergantung kini diaplikasikan pada perniagaan yang menjadi tempat ramai orang yang tidak berkemampuan bergantung padanya.
Along halal.. yakni Bank... Perniagaan yang berteraskan pada prinsip awal along iaitu meminjam duit tetapi dihalalkan atas dasar perniagaan dan sistem kewangan kapitalis. Untuk menjadikan along halal hanyalah memerlukan kelulusan dan lesen dari kerajaan. Namun prinsipnya tetap sama. Nilai faedah yang adakalanya agak tinggi serta beberapa bayaran lain yang mesti dibayar ketika memohon atau selepas permohonan. Tapi, oleh kerana ada perjanjian, serta lesen, maka ia dihalalkan.
Along haram juga sama prosesnya. Cuma membezakan mereka ini ialah tiadanya lesen dan juga kadar bunga atas pinjaman yang tidak tetap dan mengikut suka pemberi wang tersebut.
Tapi, kenapa mereka yang haram jadi pilihan? Sebabnya ialah along halal ni susah dan menyusahkan. Senang pada pemimpin dan orang kaya untuk memohon, tetapi sukar bagi golongan sederhana dan miskin. Bayangkan untuk memulakan perniagaan, seseorang itu kena ada duit dulu baru boleh pohon. Kalau lepasan universiti atau dibuang kerja bagaimana? Bagaimana pula yang baru kehilangan tempat bergantung. Tidak payah cakap mengenai mereka ini. Saya yang bekerja tetap dan stabil pun minta buat pinjaman dari Bank tak lepas tanpa alasan munasabah. Yang peliknya, bank itu ialah BANK ISLAM. Dan pada promosi yang diwar-warkan diberitahu mudah dan senang. Sebab itulah orang cari ALONG... bukan tak nak pinjam bank... tapi bank yang tak bagi pinjam... Bila menteri bising dia orang cakap ada bagi dan buka peluang orang buat pinjaman... tapi bila nak meminjam, pelbagai syarat ketat dan alasan tidak logik diguna pakai untuk menggagalkan usaha si peminjam.
Hmm... bagi saya, ALONG ke Bank ke sama je... 2 -2 tu along jugak... 2 - 2 tu pun haram... Tapi kita tidak boleh lari dari along haram ini kerana yang berkaitan ISLAM seperti baitulmal dan zakat juga tidak membantu atau menghulurkan bantuan atau memayahkan kita untuk meminjam. Mereka bagi ceramah mengenai riba dan faedah yang haram bagi umat ISLAM tetapi dalam masa yang sama tidak menyediakan alternatif pada peminjam mengikut lunas ISLAM. Kalau ada yang kononnya berlandaskan ISLAM seperti mudharabah le apa le.. itu pun sama juga... malah lebih teruk dari bank konvensional kerana kadar faedah @ bunga yang dikenakan lebih tinggi dan membebankan... bayangkan untuk pinjaman perumahan kadar faedah bank yang berteraskan ISLAM ialah 9% sedangkan bank konvensional cuma mengenakan 5% - 7% sahaja. Jadi siapa lebih ISLAM? Kenapa tinggi sangat? Alasan yang diberi oleh bank juga tidak logik.. malah dimana unsur keislamannya jika ia membebankan serta tidak wajar? Sebab itu orang cari ALONG...

No comments: