Google

Saturday, December 29, 2007

RTM - After 50 years still looking young

Looking at the topic, people might think that RTM is energetic and full of excitement. Yes, when we talk about young, that is what people see. Unless you are in a jungle or place like afghanistan, iraq, somalia, and others place similar to this. But in Malaysia, you'll get to see young people with full of joy with nothing to afraid or border.

But, I'm talking about RTM, Radio Television Malaysia, which exist earlier than TV3, NTV7, TV8, TV9, and ASTRO. At my young age, i get to see only RTM. As times goes by, the channel was added with TV3. RTM got new competitor. And yet we still see the so called young television with nothing to change or NO improvement. They don't bother about TV3 or even trying to challenge the first ever malaysian free private eletronic media.

This year, we celebrate 50 years of Malaysian independent from British (England). Actually, I don't agree this either. Why should we celebrate that. We never been conquer by England, or they never came here and build their empire. They gain by lying and play unhealthy politics with the help of stupid people that only look for temporary wealthy and at the same time let others suffer. Well, this I'll cover later (if I still remember).

The point that I would like to stress here was, RTM is BORING. After 50 years, with many competitor, RTM was still the same. Either they are lack of leaders like TV3 or ASTRO have, or they afraid of change. Some people do afraid of changing. They afraid of stepping out from their comfort zone. They afraid of taking risk. Hey, life is risk. To live is to face risk. Every single second, every single step, there is risk. Is the step you take safe?

I bring up this issue as today, I suddenly change my tv channel to RTM1. There was Qiraati Quran (A program for MUSLIM, whereby an Ustaz is teaching the audience with the help of his student the rule; tajwid; of reading Quran). I don't really recognize the Surah (not a hafiz yet) but they (ustaz and the students) has gone from Ayat 1 to 3 and starting to conclude on Ayat 4. The problem here was the changing of display to Ayat 3 never happen and Ayat 4 was delay. I'm not good in reading Quran (proper way), and this is the best way to learn. But how can we learn if we did not see what was happening and what ever they talk was not reflected on the screen properly. Just look at TV9, a program with Ustaz Zamri everyday at 6.30pm. It was very good and educating. Not just me could learn it (it was easy to adapt and much more better sequence), but my 2 years old daughter also like to see it. Come on RTM... You need to change.

Beside that, if you look carefully, you will see that a lot of RTM programs, either the transition from one display or look n feel to another is damn slow. Just look at the News or even when they do life telecast for sports or any event. Just look how slow the proces, the sound system, and the quality of the visual. It has been 50 years of so call MERDEKA and yet RTM was still at 50 years behind.

For the coming year of 2008, I wish RTM will throw away all old staff that still using old fashion of conducting the channel. Choose new, young and more energetic person. Take new leaders. Hire staff like TV3 did. Don't take their 'not good' ways. TV3 is too open. Learn their management ways.

......

Wednesday, December 26, 2007

Masalah Sosial.. Salah Siapa?

Merempit, Lepak, Hisap Dadah @ seangkatan, Minum arak, Rogol, Merompak, Seks bebas, Pembunuhan dan lain-lain pekerjaan tiada faedah yang diwarisi atau dilaksanakan oleh generasi Malaysia umumnya, dan remaja melayu khususnya. Untuk disenaraikan segala macam gejala tidak sihat yang dikuasai@dirajai oleh masyarakat melayu (beragama islam terutamanya) tidak mungkin dapat dipenuhi dalam coretan ringkas ini. Sebut sahaja apa jua perkara buruk, lihat pada majoriti pelakunya, dan pastinya juara tetap sama, MELAYU.

Kalau dilihat pada sejarah, MELAYU merupakan salah satu bangsa yang punya kekuatan dan jati diri yang cukup tinggi. Seperti bangsa cina yang berada di segala ceruk dunia, begitu juga bangsa melayu. Kalau cina ada china-town dimana-mana, begitu juga orang melayu yang punya perkampungan melayu hatta di negara barat juga. Tapi entah kenapa dan apa silapnya, MELAYU generasi kini (generasi abad ke-20) semakin layu dan alpa dek dibuai kekayaan sementara, keseronokkan sekelip mata. Nafsu menjadi tonggak, hati sentiasa ingin memberontak, kepentingan diri diutamakan, maruah sudah jadi mainan.
Didalam hal ini, saya tidak menyalahkan pihak pemerintah semata-mata, jauh sekali guru-guru atau pihak berkuasa. Saya lebih suka melihat pada akar permasalahan ini; yakni IBU BAPA.


Saya dibesarkan dalam suasana disiplin yang ketat. Dan kalau kita lihat berdasarkan pengalaman ibu-bapa kita serta orang yang usianya dalam lingkungan 30 keatas, mereka ini majoritinya dibesarkan dalam suasana disiplin yang ketat serta kuasa diktator seorang bapa. Jika hitam kata abah, hitam la. Andai kata buku laporan ada merah, rotan akan naik ke badan. Jika cikgu telefon cakap anak nakal atau ada masalah disiplin, satu cikgu rotan, satu juga abah akan rotan. Saya yakin ramai yang tak berani cakap pada mak ayah andai dirotan atau didenda guru. Apatahlah kalau buku laporan banyak yang merah. Selain itu, setiap perbelanjaan dikawal selia si ibu bagi memastikan duit digunakan dengan sebaiknya. Makanan dibawa dari rumah. Lepas sekolah ada aktiviti sukan atau kelas mengaji. Setiap yang diingini perlu diusaha. Tiada yang percuma hatta ingin membeli baju baru pun kerana ibu-bapa dahulu sentiasa beringat.


Namun bila saya lihat fenomena sekarang, anak-anak yang memerintah, bukan ibu-bapa. Anak-anak diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja hatta mengawal perbelanjaan sendiri. Jika tak cukup, ibu-bapa akan memberi lagi demi memastikan anak-anak tidak merasa seperti mana mereka rasa (serba kekurangan). Andai dimarahi guru, guru akan diserang. Andai tok guru ngaji rotan, jika tidak ditukar kelas, guru itu juga dimarahi. Serba serbi mewah. Siap disediakan moto, kereta, dan paling kurang 'handphone'. Semuanya atas nama kasih-sayang. Ibu-bapa hanya melihat serta memantau dari jauh sahaja (kerana kesibukan mengejar kekayaan).
Cuba bandingkan hasil janaan generasi ini dengan generasi terdahulu. Mana lebih baik. Dulu bukan tidak ada jenayah, tetapi itu semua jarang-jarang didengari, malah kawasan kejiranan sentiasa mengambil berat hal jiran tetangga. Sekarang ada jiran sebelah rumah tak pernah kenal memandangkan sibuk mencari kemewahan dunia.
Kalau saya nak kupas lebih lanjut, tak sempat serta tak mampu dengan kekurangan yang ada. Tetapi persoalan yang harap dapat difikirkan bersama ialah, Kenapa Maruah dan Tingkah laku generasi sekarang makin teruk? Dimana peranan ibu-bapa? Kenapa kita hanya nak tunding jari pada orang lain? Bukankan ada hadith yang mengatakan Anak itu bagaikan kain putih yang tiada cacat celanya dan yang menentukan sama ada anak itu menjadi berguna atau tidak adalah ibu-bapanya. Lupakah kita pada hadith ini?

.... ... nanti saya sambung ye...

Monday, December 24, 2007

Solat.. dalam mencari keredhaan kita lupa

Can't think of good title... hehehe..
Tadi solat zohor kat surau Menara Standard Chartered. Realize two things, we muslim always ignore or we don't know or we never care about.
1. Bau hapak kat surau. Bukan situ je, tapi kat semua surau tertutup di bangunan-bangunan yang ada penghawa dingin dan tempat ambik air sembahyang @ wuduk di dalam. Depa ni ada akai ke tak? Tempat tu sentiasa basah. Pas tu masuk ngan kaki basah pijak kapek. Kalau pengaliran udara tak sempurna, bau hapak la. Udara pun tak bersih. Buka la tingkap tu dan pintu bagi udara mengalir elok. apa ra...

2. Orang lain sembahyang gak, tapi tak le sampai menganggu orang lain. Saya perasan la ada beberapa orang manusia ni solat gak, tapi cara dia orang solat tu tak seperti mana orang lain. Ye lah mungkin dengan cara tu dia kusyuk, tapi orang lain terganggu. Baik solat sorang-sorang or kat tempat yang tak de orang. Antara gangguan tersebut ialah, membaca kuat (waktu solat zohor dan asar), bukan sahaja surah Al-fatihah, malah semua bacaan dalam solat macam tu gak dan semua rakaat pun sama. Ada satu kes, dia punya baca surah, punya lah nak tekan huruf dan bunyi tu sampai kepala goyang-goyang dan badan bergetar macam kesejukkan. Apa lah dia orang ni. Bukan nak kata aku ni bagus bab ni, tapi cuba tengok orang lain (majoriti) dan solat dari tanah arab (selalu ada masa bulan posa), ada ka orang macama ni?

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com