Google

Saturday, December 31, 2011

Penyalahgunaan Teknologi - Kreativiti tak kena tempat



Ombak Rindu, karya Fauziah Ashari (yang beberapa selepas tayangan menjadi tajuk 'hot' dek kerana terasa ditipu tetapi dengar kata dah selesai.. cuma mungkin tidak sehebat JK Rowling) dan diadaptasikan ke filem oleh Osman Ali telah meletup dipawagam dan hampir-hampir menewaskan filem anak yusof haslam pasal bangsa melayu yang jadi gangster dan pada aku lebih banyak kesan buruk (ramai budak belajar jadi gangster lepas tengok filem macam tu)...

Dan beberapa hari lepas, telah tersebar akan salinan tidak sah (pirate copy) cerita Ombak Rindu di laman youtube (rujuk berita). Jika dilihat dari jumlah yang lihat dan juga ada yang telah download dan ada yang lihat dari sebuah rangkaian TV berbayar, tidak mustahil bahawa Ombak Rindu sebenarnya sudah mencipta satu sejarah baru sebagai cerita paling laris di Malaysia abad ini. Dan andai kata di tayangkan di Indonesia, pastinya akan bertambahlah kutipannya.


Apa yang ingin dibicarakan disini bukan pasal Ombak Rindu kerana pakcik sendiri tidak berminat melihat cerita sebegitu. Kerana pakcik rasa agak muak dengan ciri-ciri ISLAM yang cuba ditonjolkan tetapi tidak kena dengan cara dan olahan filem. Setakat ini, filem bercirikan ISLAM yang menarik, kalau dari Malaysia ialah Syukur 21.. tapi kalau dari negara seberang laut, memang banyak dengan terbaru dan akan ditayangkan ialah mengenai kisah seorang budak perempuan yang tabah menghadapi dugaan selepas dilanda badai tsunami.

Kembali pada hal Ombak Rindu dan versi cetak rompaknya. Ini bukan kali pertama.. malah seingat pakcik, pakcik pernah melihat beberapa filem lain dalam versi HD yang juga dicetak rompak dengan cara serupa. Pakcik dah agak, apabila pihak TV berbayar tersebut melakukan aktiviti tayangan secara berbayar di salurannya, pastinya pihak 'Pirate' ni akan melakukan salinan dan menjualnya. Berulang kali juga pakcik lihat di pasar malam sekitar lembah klang yang menjual filem tersebut dan penjualnya cakap versi HD seperti ditayang di saluran tersebut... hmm... Walaupun mereka cakap ada dilengkapi dengan sistem 'security' untuk menghalang dari sebarang penyalinan dilakukan, tetapi mereka lupa bahawa dalam dunia IT ini, tidak ada satu sistem sekuriti yang boleh cakap mereka terbaik dan boleh halang. Lupakah mereka itu bahawa kini ada TV yang canggih yang dapat menghenti dan memainkan semula sesuatu siaran itu menggunakan setting tertentu. Ada juga TV yang boleh merakam dan menyimpan dalam storan yang disambung terus pada TV menggunakan USB. Paling teruk, ia boleh dipancarkan pada layar dan rakaman boleh dilakukan keatas layar walaupun kualitinya tidak mungkin hebat tetapi memadai dengan bayaran serendah RM5.

Mungkin mereka itu terlupa, tapi pakcik rasa, stesyen itu kena hentikan kaedah itu atau mereka mungkin terus menjadi mangsa pada kerakusan 'pirate' diluar dan sekaligus merugikan mereka dan juga pengiat seni yang lain. Atau cari cara lain...

pakcik ada idea... tapi malas nak cakap.. hehehehe.


p/s: pakcik tak kisah sangat sebab pakcik kurang berminat ..... lepas ni pakcik nak cerita pula kelemahan MyKad terbaru yang dikatakan terbaik dari segi keselamatannya sebab awal-awal lagi nampak riak orang yang perkenalkan MyKad baru ni dan tunjuk ciri keselamatannya yang pada pakcik merupakan kesilapan kerana sudah kelihatan akan kelemahan ketara ketika diperlihatkan pada media semalam.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com