A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, March 20, 2012

Gemuk sebab gen tamak - perspektif baru ni

'Gen tamak' punca gemuk

LONDON 19 Mac - Sedar atau tidak, rahsia untuk bertubuh langsing dan mengelakkan masalah berat badan berlebihan mungkin ada dalam gen manusia.
Ini kerana satu kajian saintis mendapati terdapat 'gen tamak' atau dikenali sebagai Bdnf dalam tubuh manusia yang boleh menyebabkan masalah obesiti berlaku.
Ketua penyelidik Pusat Perubatan Universiti Georgetown di Amerika Syarikat, Dr. Baoki Xu berkata, mutasi yang berlaku pada gen itu boleh menyebabkan komunikasi antara otak dan badan terganggu.
Ia sekali gus membuatkan individu tidak henti makan walaupun perut sudah kenyang dan meningkatkan berat badan dengan cepat.
Gen Bndf mempunyai versi 'pendek' dan 'panjang' yang menghantar isyarat kimia kepada otak untuk memberitahu perut sudah kenyang.
...
 
Artikel penuh di Utusan Malaysia

 

Terasa betul pakcik... Hmm tapi tak pe.. tamak nak makan je... kui kui kui kui...

Pada yang terasa, jangan marah pakcik.. marah kat orang yang buat research tu.

Yang penting, kembalilah pada kesederhanaan yang diterapkan ISLAM... Hakikatnya, gemuk atau kurus tidak beerti tidak sihat dan punya sikap tamak. Yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan dan tidak membazir makanan. :)

No comments: