A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Sunday, March 18, 2012

FAM tidak boleh dikritik


FAM sahkan panggil Annuar




Annuar Musa


SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berhubung kritikan beliau terhadap skuad kebangsaan, baru-baru ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, surat tersebut telah dihantar petang kelmarin.
“Surat tersebut menuntut beliau (Annuar) memberi maklum balas terhadap kritikannya terhadap skuad kebangsaan sebelum 23 Mac ini.
“Selepas itu Jawatankuasa Disiplin akan menilai maklum balas tersebut dan beliau akan dipanggil pada 29 Mac,” katanya ketika dihubungi semalam.
Annuar baru-baru ini didakwa telah menyatakan keraguan terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan.
...


Sila dapatkan berita lanjut di Utusan Mingguan






Komen pakcik:
FAM adalah antara badan yang tidak boleh dikritik langsung. Lihatlah pada beberapa orang jurulatih yang pernah digantung termasuk Wan Jamak. Juga beberapa pegawai atasan FAM dan terbaru ialah Tan Sri Annuar Musa. Sepatutnya kenyataan sebegitu diambil oleh FAM sebagai batu loncatan untuk terus membuktikan bahawa kritikan itu menjadi satu semangat memajukan lagi bolasepak Malaysia.

Jika dilihat pada pasukan Harimau Malaya, ada betulnya kenyataan Timbalan Presidennya. Prestasi pasukan negara ibarat YO-YO yang sekejap naik sekejap turun. Dan setiap kali kalah, jawapan yang sama pasti diterima iaitu baru berlatih bersama, kepenatan, padang tak sesuai, dan yang paling disukai oleh Rajagopal ialah mencuba pemain. Tidakkah beliau sepatutnya sudah ada barisan utama? Bukankah sepatutnya setiap perlawanan sama ada persahabatan atau tidak, barisan utama didahulukan dan barisan kemudian dimasukkan pada 20 minit terakhir sahaja bagi memberi peluang bermain. Alasan lapuk sudah tidak boleh diterima lagi.

Apa pun, rombakan FAM sepatutnya sudah lama dilakukan. Muka-muka yang telah memegang jawatan lama sepatutnya sudah lama digugurkan. Biarlah orang baru yang menduduki FAM terutamanya Presiden FAM. Lihat pada Tan Sri Vincent Tan dan Tony Fernandes dan pasukan negara lain yang semakin jauh meninggalkan Malaysia seperti Korea dan Jepun.

No comments: