A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Sunday, March 18, 2012

Laju sangat sampai keluar api - Ferrari terbakar


Ferrari lebih RM1 juta hangus di Lebuhraya Lekas



KEADAAN sebuah kereta Ferrari yang terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Lekas, Mantin semalam.



NILAI - Seorang lelaki hanya mampu melihat kereta Ferrari F430 bernilai lebih RM1 juta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Mantin di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut memandu jentera mewahnya itu dalam satu konvoi kenderaan menghala ke Seremban.
Bagaimanapun, enjin kereta itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya yang berusia 50-an bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ia terbakar.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes itu kira-kira pukul 10.21 pagi.
"Apabila sampai di lokasi kejadian kereta itu sudah hangus sama sekali.
"Pemandu itu terselamat apabila sempat keluar dari kenderaannya sebelum kereta itu dijilat api," katanya di sini semalam.
Menurutnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.



Moral:
1. Jangan bawa kereta laju-laju sampai keluar api.. kan dah terbakar
2. Jangan beli kereta Ferrari.. laju sangat sampat keluar api...
p/s: moral di atas hanya sebagai jenaka sahaja...

No comments: