Google

Tuesday, August 26, 2008

Ramlang.... Ramlang... Jadi kuda kau ye...

15 Ogos katanya dikudakan beberapa orang untuk jadi saksi... Semalam dikudakan orang juga untuk tujuan politik. Apalah nasib kau Ramlang... Jadi imam... bukan sebarang imam... bukan imam surau atau imam kampung atau imam masjid biasa... tapi imam masjid negeri Wilayah Persekutuan... Tapi kenapalah lemah semangat seorang imam... hingga mudah diperkudakan orang.

Persoalan sini... jika dia tahu sumpah itu tidak betul dan tidak tepat, kenapa tidak diperbetulkan pada hari itu. Apakah dia lupa bahawa tujuan dia berada disitu ialah memastikan si saiful itu bersumpah mengikut cara yang betul. Selain itu dia katakan sumpah itu tidak betul kerana ditulis dalam rumi. Mungkin Ramlang lupa, bukan semua orang boleh baca jawi dengan betul atau baca Al-Quran dengan betul, tapi itu tak jadi masalah dalam mengerjakan solat, jadi mengapa bab sumpah jadi masalah? Andai itu jadi masalah utama, kenapa tidak dididik dulu si saiful itu untuk berucap dengan cara yang betul? Kenapa setelah 10 hari baru kau cakap tak betul? Kenapa tidak diperbetulkan pada hari itu juga?

Jika tidak yakin dan tidak ingin bersubahat, kenapa tidak ditolak permintaan 'kawan' itu? Siapa kawan yang meminta pertolongan itu? Jika inilah sebabnya, andai si kawan itu suruh saudara Ramlang ini melakukan dosa, adakah saudara sanggup atas kerana ingin membantu rakan? Dan kemudian baru buat solat taubat menyesali perbuatan itu? Andai saudara yang jadi imam tidak sempat bertaubat kerana membantu rakan hari itu, rasanya apa yang saudara akan alami di alam barzakh dan alam akhirat... Yang pastinya saudara lebih tahu kerana saudara Imam Masjid WP.

Fikirkanlah... Sebab itu ulama dahulu tidak terlibat lansung dalam politik. Mereka sekadar memberi peringatan dan panduan kearah mencapai kemenangan di akhirat... Jadi kalau Ramlang masih waras, maka, fikirkanlah akan arah panduan saudara dan tujuan saudara.

Thursday, August 21, 2008

Kenapa kita terkulai di Beijing?

Harapnya dilakukan post-mortem mengenai keputusan Sukan Olimpik. Dan harapnya kita melakukan perubahan hasil dari post-mortem tersebut dan bukan dijadikan pentas untuk mencari kesalahan, tapi dijadikan langkah kearah lebih baik.

Namun, persoalan ingin ditimbulkan:
1. Adakah keputusan meminggirkan pasangan muda, Tazari & Zakry, satu langkah tepat dikala prestasi mereka meningkat naik sedangkan 2 lagi pasangan hanya memberi harapan palsu (malah prestasi mereka juga lebih teruk sebelum ke olimpik)?

2. Adakah atlit kita layak bertanding? atau kita hanya menghabiskan duit rakyat pada atlit yang tidak janjikan apa-apa sedangkan bukan sedikit wang ringgit dihabiskan untuk mereka.

3. Apakah alasan yang sama diberikan, yakni sudah cuba sedaya upaya, sedangkan hakikatnya kita boleh lihat betapa kurangnya semangat juang atlit kita.

4. Kenapa kita hantar atlit yang hanya berhasrat menghapuskan rekod sendiri atau kebangsaan tetapi tidak meletakkan harapan sebarang pingat?

5. Adakah berbaloi kita hantar kontijen yang besar (lebih pegawai dari atlit) sedangkan hanya pulang dengan 1 pingat? Lebih baik kita hantar Misbun dan Chong Wei saja dari hantar berpuluh-puluh pegawai yang menghabiskan masa di tempat beli-belah.

6. Adakah kita tidak berikan terbaik pada atlit? Atau kita yang terlebih manjakan atlit?

7. Adakah kita tersalah latihan, jurulatih, atau salah pilih atlit, atau salah sukan?

hmmm....

Jangan lupa jasa tok guru...

Chong Wei dapat Datuk... RM300,000 ... dan juga Rm3000 pencen seumur hidup. Tok gurunya bagaimana pula... Tak kan kemana anak murid tanpa didikan dan bimbingan yang betul. Tapi tak berguna juga andai ada tok guru yang bagus tapi anak murid tidak mahu dengar kata @ malas belajar. Apa pun, biarlah kita beri pada kedua-duanya andai kejayaan dibawa. Janganlah dilupa pada pengorbanan tok guru, Misbun, kerana dia banyak berkorban demi membimbing Chong Wei hingga ke status sekarang.

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah

Pepatah itu diguna-pakai oleh semua orang sejak kecil lagi. Ibu bapa, tok guru, cikgu, dan orang tua-tua selalu berpesan, jika kita takut katakan yang benar atau takut apabila disoal, tentu ada kesalahan yang kita lakukan. Tapi jika kita berani berkata dan tidak gelisah bila ditanya, InsyaAllah kita di jalan yang benar.. di pihak yang benar.

Namun begitu, sukar tentukan kebenaran sekarang kerana sudah ramai pakar pemutar belit fakta, serta penyeleweng. Gerak geri mereka sukar ditafsirkan sama ada bercakap benar atau hanya berdusta demi memfitnah semata-mata. Lagaknya seperti benar, tetapi hati didalam tiada siapa yang tahu. Malah dalam keadaan sekarang, seperti beberapa kes kebelakangan ini dimana ia sukar untuk membuktikan kesalahan, malah untuk menghadirkan saksi juga sukar kerana perbuatan-perbuatan ini dilakukan ketika berdua-duaan, yang saksinya hanyalah syaitan, malaikat yang mencatatkan perlakukan, dan Allah S.W.T yang sentiasa melihat hamba-hambanya. Jadi bagaimana hendak buktikan sesuatu itu benar pada mata manusia yang jahil serta serba kekurangan ini kerana tiada saksi yang nyata yang boleh dibawa bersama? Maka bersumpahlah (atau apa jua nama yg digunakan) menjadi jalan terakhir membuktikan dia bercakap benar dan apa yang dikatakannya benar.

Dalam hal ini, jika yang menuduh sudah bersumpah dia berkata benar dan rela dilaknat Allah, maka yang dituduh juga bagi saya harus bersumpah membuktikan bahawa dia yang benar dan tidak melakukan apa juga perbuatan seperti yang diwar-warkan oleh penuduh itu. Kenapa tidak berani lakukan? Bukankah berani kerana benar, takut (dan berikan beribu dalih dan alasan) kerana salah? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... pepatah melayu yang cukup sinonim dengan masyarakat melayu.

Walau apa pun, bagi saya, 2 pepatah melayu itu saya pegang, apatah lagi jika insan itu ialah khalifah (khalifah keluarga atau masyarakat) atau bakal khalifah. Jika Lim Guan Eng dikatakan mengikut kepimpinan khalifah umar al-khattab (kata ustaz-ustaz PR la kan... nak ikut kena ikut semua, bukan sekadar kecil-kecil busut dan dicanang bagai besar bukit), maka sepatutnya orang ISLAM yang kononnya akan jadi pemimpin lebih lagi dari itu, yakni mengikut kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Apa jua keputusan, harapnya... Keutuhan Ummah ISLAM dan kesatuan orang ISLAM dan Melayu kukuh, dan menjamin perpaduan rakyat malaysia dan kesejahteraan malaysia.

Wednesday, August 13, 2008

Blur....

I'm a bit blur last few days... including today... last week I attend CISSP training.. nothing much I could learn as the instructor are talking in British slang... Hard to capture what he said...
As time goes through, a lot of new issues coming out last week and early this week... I haven't had time to put my thought yet, but will do that soon...

Monday, August 04, 2008

Permatang Pauh.... Memikirkan yang tak terfikir

60 hari lagi dari tarikh Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh demi membolehkan suami tercinta meneruskan cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya mengembirakan sekutu rapat dan penyokongnya.
Tapi, bagi saya, seorang penduduk yang tidak ada kena mengena dengan Permatang Pauh secara direct, ini hanyalah suatu permainan politik oleh seseorang yang arif dalam arenanya. Tetapi, secara in-direct pula, saya rasa ini akan menjadi satu gelombang 'tsunami' yang sama ada akan melupuskan terus PKR atau melenyapkan keinginan Najib untuk menapak sebagai PM ke-6.
Ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan dan harap dapatlah difikirkan bersama oleh setiap insan.
1. Kenapa Permatang Pauh? Tidakkah ada beberapa kawasan yang dimana beberapa petisyen sedang diadakan. Kalau tidak silap, ada satu di Perlis yang mesti diadakan satu pilihanraya semula kerana kemenangan BN dibatalkan. Kenapa berada di tempat selamat? Bukankah tempat yang selamat ialah tempat dimana musuh fikir tidak selamat? Adakah Anwar takut tersalah pilih dan kalah dan seterusnya melenyapkan cita-citanya serta mengoyahkan perikatannya?
2. Kenapa bekas ahli MCA yang selama ini berada di KL, secara tiba-tiba boleh menyerahkan borang keahlian di Pulau Pinang?
3. Kenapa hendak diadakan pilihanraya yang kemenangan mutlak dimiliki oleh Wan Azizah, sedangkan ada beberapa tempat lain yang mesti diadakan pilihanraya semula kerana dibatalkan?
4. Kenapa PKR hendak bazirkan wang rakyat untuk diadakan pilihanraya semula sedangkan pada masa yang sama menekankan penjimatan?
5. Kenapa PKR hendak menyusahkan rakyat untuk kembali mengundi tetapi dalam masa yang sama menekankan ia adalah pakatan berjiwa rakyat?
6. Adakah Anwar tertekan kerana usahanya untuk memastikan PR naik takhta kerajaan seperti diwar-warkan, maka mengambil tindakan drastik ini? Atau kerana dikala ini dia berupaya memperolehi momentum simpati dari pengundi dengan nasib yang menimpa dirinya?
7. Anwar cakap dia akan tetap bertanding walau terpaksa berada didalam penjara serta tidak boleh berkempen. Adakah apa yang dilakukan sekarang bukan dikira berkempen?
8. Kenapa BN seperti sibuk melakukan kerja lain ketika rakyat mula tertanya-tanya serta dipengaruhi oleh sentimen-sentimen yang tidak menyebelahinya?
9. Adakah BN akan terus meletakkan Pirdaus Ismail yang ternyata tidak mampu memenangi hati pengundi dan juga bukan berasal dari sana? Atau memilih anak jati PP yang pastinya tiada yang mampu menandingi keperibadian Anwar.

hmmm... banyak persoalan... tetapi yang pastinya PP akan jadi satu medan pertaruhan.. pertaruhan terbaik untuk kedua-dua pihak membuktikan kepimpinan mereka. Andai Anwar menang, BN akan terus merudum laksana pasaran ekonomi ketika ini. Andai BN menang, pastinya moral PR akan terjejas, malah penyokongnya juga akan terdesak.

Walau apa yang terjadi, apa yang rakyat malaysia harapkan ialah... kestabilan politik, hak melayu, hak rakyat malaysia, ekonomi kukuh...

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com