Google

Saturday, March 31, 2012

Garis Masa Rasul S.A.W


* klik untuk besarkan gambar

Thursday, March 29, 2012

Guna kereta kebal untuk remukkan kereta - cara baru lepas geram


Perkhidmatan remuk kereta atasi tekanan orang awam



Kombinasi tiga gambar yang diambil pada 24 Februari lalu menunjukkan lelaki dari Vancouver, Michael Noal meremukkan sebuah kereta menggunakan kereta kebal Maximus seberat 52 tan di Christchurch, New Zealand. – AFP


CHRISTCHURCH 28 Mac – Sebuah syarikat di New Zealand menawarkan satu perkhidmatan yang memberi peluang kepada mereka yang tertekan untuk meremukkan sebuah kereta dengan menggunakan kereta kebal.
Syarikat Tanks for Everything di Christchurch memiliki lapan kereta kebal, kenderaan pengangkut berperisai dan Jeep.
“Saya rasa dengan meremukkan sebuah kenderaan dengan kereta kebal dapat meredakan tekanan seseorang.
“Jika anda berhadapan dengan hari yang buruk, perkhidmatan ini baik untuk anda bagi meredakan tekanan yang dialami,” kata pemilik syarikat itu, Jonathan Lahy-Neary.
...


Untuk lebih lanjut.. dapatkan utusan malaysia hari ini atau baca online selepas 6 petang di sini.






Pakcik kata:
Macam-macam orang buat sekarang untuk lepas geram... hmm kalau ada kat malaysia pakcik nak cuba la..

Tuesday, March 27, 2012

Menjadi Generasi Terbilang - Ust Ahmad Fauwaz Dato Fadhil Noor


Al-Muttaqin TV
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bagaimana menjadi generasi yang mendapat kemenangan?
Bersama Ust Ahmad Fauwaz Bin Dato' Fadhil Noor
Mengulas buku Imam Dr Al-Qaradawi

Saturday, March 24, 2012

Mahram bagi wanita - Satu perkongsian


* klik gambar utk paparan lebih jelas

Dikongsikan oleh Ustaz Zahazan Mohamed

American Chopper team bina 1Malaysia Chopper

Najib terima 1Malaysia Chopper

KUALA LUMPUR 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).
 
Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.
Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka.

Artikel penuh di Utusan Malaysia

Gambar menarik di blog Tokobakso dan NST

Komen Pakcik:
1. Alangkah bagusnya jika chopper tersebut dibina oleh orang Malaysia.
2. Agaknya siapa yang akan naik dan adakah ia akan digunakan di jalan-jalan di Malaysia atau sekadar menjadi pameran?
3. Tahniah pada PM dan Malaysia kerana bukang calang-calang orang yang akan masuk dalam rancangan kegemaran pakcik yang selalu bersiaran di NTV7 (hari ahad pukul 4.30 petang).. Terbaek!!
4. Bila pula Malaysia nak ada rancangan make-over sendiri seperti ini dan beberapa rancangan pengubahsuaian kenderaan?

Orang kaya tak reti ikut peraturan


Contoh kereta mewah tak ikut peraturan
WASHINGTON: Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, masyarakat kelas atasan lebih cenderung melanggar peraturan jalan raya ketika memandu, berbanding mereka yang miskin, dan menipu untuk mendapatkan keuntungan.

Kajian yang dibahagikan kepada tujuh, dibuat oleh pakar psikologi di Universiti California, Berkeley dan Universiti Toronto, menganalisis tingkah laku manusia melalui beberapa siri eksperimen.

Contohnya, pemandu kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan Toyota Prius hibrid, dilihat sering melanggar peraturan di simpang empat dan tidak membenarkan pejalan kaki melintas berbanding mereka yang memandu kereta murah seperti Camry atau Corolla. - AFP
lagi satu kereta mewah parking ikut suka
Dipetik terus dari Harian Metro


Komen pakcik:
1. Nasib baik pakcik orang sederhana aje... tak kaya dan tak miskin... jadi tak masuk mana-mana kategori
2. Memang perangai orang kaya (majoritinya tapi bukan semua) macam itu. Ramai yang pakcik kenal dan ada juga sedara terdekat yang memang perangainya macam itu.
3. Paling penting, jangan bawa kereta mewah walaupun anda mewah... nanti masuk golongan yang cenderung suka menipu... keh keh keh keh.

p/s: Peace brother

Tuesday, March 20, 2012

Gemuk sebab gen tamak - perspektif baru ni

'Gen tamak' punca gemuk

LONDON 19 Mac - Sedar atau tidak, rahsia untuk bertubuh langsing dan mengelakkan masalah berat badan berlebihan mungkin ada dalam gen manusia.
Ini kerana satu kajian saintis mendapati terdapat 'gen tamak' atau dikenali sebagai Bdnf dalam tubuh manusia yang boleh menyebabkan masalah obesiti berlaku.
Ketua penyelidik Pusat Perubatan Universiti Georgetown di Amerika Syarikat, Dr. Baoki Xu berkata, mutasi yang berlaku pada gen itu boleh menyebabkan komunikasi antara otak dan badan terganggu.
Ia sekali gus membuatkan individu tidak henti makan walaupun perut sudah kenyang dan meningkatkan berat badan dengan cepat.
Gen Bndf mempunyai versi 'pendek' dan 'panjang' yang menghantar isyarat kimia kepada otak untuk memberitahu perut sudah kenyang.
...
 
Artikel penuh di Utusan Malaysia

 

Terasa betul pakcik... Hmm tapi tak pe.. tamak nak makan je... kui kui kui kui...

Pada yang terasa, jangan marah pakcik.. marah kat orang yang buat research tu.

Yang penting, kembalilah pada kesederhanaan yang diterapkan ISLAM... Hakikatnya, gemuk atau kurus tidak beerti tidak sihat dan punya sikap tamak. Yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan dan tidak membazir makanan. :)

Sunday, March 18, 2012

Laju sangat sampai keluar api - Ferrari terbakar


Ferrari lebih RM1 juta hangus di Lebuhraya Lekas



KEADAAN sebuah kereta Ferrari yang terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Lekas, Mantin semalam.



NILAI - Seorang lelaki hanya mampu melihat kereta Ferrari F430 bernilai lebih RM1 juta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Mantin di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut memandu jentera mewahnya itu dalam satu konvoi kenderaan menghala ke Seremban.
Bagaimanapun, enjin kereta itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya yang berusia 50-an bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ia terbakar.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes itu kira-kira pukul 10.21 pagi.
"Apabila sampai di lokasi kejadian kereta itu sudah hangus sama sekali.
"Pemandu itu terselamat apabila sempat keluar dari kenderaannya sebelum kereta itu dijilat api," katanya di sini semalam.
Menurutnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.



Moral:
1. Jangan bawa kereta laju-laju sampai keluar api.. kan dah terbakar
2. Jangan beli kereta Ferrari.. laju sangat sampat keluar api...
p/s: moral di atas hanya sebagai jenaka sahaja...

Air kencing pun bernilai


Jual air kencing



SELAIN diusahakan secara komersial, baja organik campuran air kencing turut dihasilkan secara kecil-kecilan oleh para petani di Indonesia.



SEJAK dua tahun lalu, Casmali sudah menukar rutin paginya. Jika sebelum ini setiap kali bangun dari tidur, dia terus ke tandas untuk membuang air, tetapi kini dia sanggup menahan kencing jika tiada botol dalam tandas di rumahnya.
Berita penuh di Kosmo
Macam-macam ada... Lepas ni pakcik pun nak simpan air kencing la... hehehe dapat duit sampingan.

FAM tidak boleh dikritik


FAM sahkan panggil Annuar




Annuar Musa


SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berhubung kritikan beliau terhadap skuad kebangsaan, baru-baru ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, surat tersebut telah dihantar petang kelmarin.
“Surat tersebut menuntut beliau (Annuar) memberi maklum balas terhadap kritikannya terhadap skuad kebangsaan sebelum 23 Mac ini.
“Selepas itu Jawatankuasa Disiplin akan menilai maklum balas tersebut dan beliau akan dipanggil pada 29 Mac,” katanya ketika dihubungi semalam.
Annuar baru-baru ini didakwa telah menyatakan keraguan terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan.
...


Sila dapatkan berita lanjut di Utusan Mingguan






Komen pakcik:
FAM adalah antara badan yang tidak boleh dikritik langsung. Lihatlah pada beberapa orang jurulatih yang pernah digantung termasuk Wan Jamak. Juga beberapa pegawai atasan FAM dan terbaru ialah Tan Sri Annuar Musa. Sepatutnya kenyataan sebegitu diambil oleh FAM sebagai batu loncatan untuk terus membuktikan bahawa kritikan itu menjadi satu semangat memajukan lagi bolasepak Malaysia.

Jika dilihat pada pasukan Harimau Malaya, ada betulnya kenyataan Timbalan Presidennya. Prestasi pasukan negara ibarat YO-YO yang sekejap naik sekejap turun. Dan setiap kali kalah, jawapan yang sama pasti diterima iaitu baru berlatih bersama, kepenatan, padang tak sesuai, dan yang paling disukai oleh Rajagopal ialah mencuba pemain. Tidakkah beliau sepatutnya sudah ada barisan utama? Bukankah sepatutnya setiap perlawanan sama ada persahabatan atau tidak, barisan utama didahulukan dan barisan kemudian dimasukkan pada 20 minit terakhir sahaja bagi memberi peluang bermain. Alasan lapuk sudah tidak boleh diterima lagi.

Apa pun, rombakan FAM sepatutnya sudah lama dilakukan. Muka-muka yang telah memegang jawatan lama sepatutnya sudah lama digugurkan. Biarlah orang baru yang menduduki FAM terutamanya Presiden FAM. Lihat pada Tan Sri Vincent Tan dan Tony Fernandes dan pasukan negara lain yang semakin jauh meninggalkan Malaysia seperti Korea dan Jepun.

Friday, March 16, 2012

Mengesan Penipuan - Al-Quran mendahului teknologi



Kesan ujikaji ke atas otak


Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia


Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak


Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Dipetik terus dari http://www.harian-metro-online.com/al-quran-merungkai-cara-mengesan-penipuan

Wednesday, March 14, 2012

Bahaya minuman berkarbonat

MASSACHUSETTS 13 Mac - Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard.

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.
...


Artikel penuh di Utusan Malysia Online



Pakcik kata:
Pakcik memang sedia kurang berminat minum air berkarbonat ni kecuali 'ice-cream soda' ... itu pun sebab guna buat air bandung masa bulan posa...
Cuma la ni kena kurangkan minum air manis, air tin, dan banyakkan bersenam je sebab badan dah berat ni... hehehe.




chow cin cau..... adios...

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com