A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, March 24, 2012

Orang kaya tak reti ikut peraturan


Contoh kereta mewah tak ikut peraturan
WASHINGTON: Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, masyarakat kelas atasan lebih cenderung melanggar peraturan jalan raya ketika memandu, berbanding mereka yang miskin, dan menipu untuk mendapatkan keuntungan.

Kajian yang dibahagikan kepada tujuh, dibuat oleh pakar psikologi di Universiti California, Berkeley dan Universiti Toronto, menganalisis tingkah laku manusia melalui beberapa siri eksperimen.

Contohnya, pemandu kereta mewah seperti Mercedes, BMW dan Toyota Prius hibrid, dilihat sering melanggar peraturan di simpang empat dan tidak membenarkan pejalan kaki melintas berbanding mereka yang memandu kereta murah seperti Camry atau Corolla. - AFP
lagi satu kereta mewah parking ikut suka
Dipetik terus dari Harian Metro


Komen pakcik:
1. Nasib baik pakcik orang sederhana aje... tak kaya dan tak miskin... jadi tak masuk mana-mana kategori
2. Memang perangai orang kaya (majoritinya tapi bukan semua) macam itu. Ramai yang pakcik kenal dan ada juga sedara terdekat yang memang perangainya macam itu.
3. Paling penting, jangan bawa kereta mewah walaupun anda mewah... nanti masuk golongan yang cenderung suka menipu... keh keh keh keh.

p/s: Peace brother

No comments: