Google

Tuesday, December 11, 2012

7 perkara jangan dilakukan selepas makan

Ada beberapa perkara yang sering kita lakukan selepas makan. Ada yang baik, dan ada yang tidak digalakan kerana mendatangkan lebih mudarat pada sistem penghadaman badan. Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) telah berkongsi akan 7 perkara yang tidak digalakkan selepas makan. Perkara tersebut ialah:

  1. Makan buah - Sering kali buah dijadikan pencuci mulut, namun ia merupakan cara yang salah dan akan sebabkan perut menjadi kembung kerana banyaknya air. Adalah disyorkan buah dinikmati sebelum juadah utama atau sejam selepas makan juadah utama.
  2. Minum Teh - Minum teh selepas makan akan menyebabkan makanan yang dimakan sukar dicerna.
  3. Mandi - Mandi akan menyebabkan aliran darah meningkat di bahagian tangan dan kaki dan mengurangkan aliran darah di perut. Ini akan menyukarkan sistem penghadaman badan.
  4. Banyak berjalan - Berjalan adalah baik tetapi tidak digalakan berjalan dengan banyak selepas makan kerana ia akan mengganggu sistem pencernaan dalam menyerap zat makanan kerana terpaksa bekerja dalam masa yang sama untuk proses berjalan.
  5. Tidur - Tidur selepas makan akan merosakan sistem percernaan. Oleh itu, jarakkan masa tidur dan makan.
  6. Merokok - Merokok sebatang rokok selepas makan akan menyebabkan kesan yang sama jika menghisap 10 batang rokok pada waktu yang lain. Paling baik, tak perlu merokok langsung.
  7. Bersenam - Seperti berjalan, bersenam selepas makan juga akan mengganggu sistem pencernaan badan.


(dipetik dari BH, Sabtu, 10 November 2012)

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com