Google

Friday, April 22, 2011

Email 1Malaysia - Berbaloi?

http://www.myemail.my/http://www.malaysiakini.com/news/162081Beberapa hari ini kecoh dengan kenyataan dari PM yang merungkai beberapa ETP baru yang akan dilaksanakan, diambil dari peti cadangan PEMANDU yang dipimpin oleh Idris Jala. Email percuma yang akan diberi pada rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas dan berminat itu serta mempunyai kapasiti percuma 25Gb itu dikendalikan oleh Tricubes Berhad.

Secara ringkasnya, Tricubes Berhad merupakan sebuah syarikat dalam keselamatan maklumat yang kini dalam pemerhatian pihak Bursa Malaysia (laporan MalaysiaKini) yang juga mengupas mengenai kebolehupayaan syarikat ini melaksanakan projek tersebut di laporan seterusnya. Pakcik tak nak cakap pasal syarikat ini.
Selain dari email percuma, apa lagi yang disediakan didalam laman tersebut? Semuanya boleh disaksikan di sini.

Sebelum pakcik cakap pasal tahap kebagusan, jom kita tengok akan apa yang ditawarkan.
1. Email Percuma - Rakyat Malaysia, majoriti (bukan setakat 18 tahun je, 5 tahun pun) sudah punyai akaun email sendiri yang ditawarkan melalui gmail, yahoo, dsb. Oleh itu, adakah ini satu keperluan lagi?
2. 25Gb ruang percuma - Malangnya sudah ada begitu banyak ruang simpanan maya yang ditawarkan. Malah ada yang mencecah 100Gb dan ada yang 'unlimited'. Sebagai contoh, yahoo dan gmail yang merupakan 2 penyedia email terbesar tidak mengehadkan pada saiz tertentu.
3. Pembayaran bil - Majoriti pembayar bil di Malaysia sudah pun mempunyai tempat pembayaran bil sendiri. Sebagai contoh, pengguna CIMB boleh melakukan pelbagai transaksi pembayaran bil secara dalam talian dan caj yang dikenakan minimum sedangkan pihak Tricubes belum tentu tidak mengenakan bayaran.
4. Portal - Kita sudah ada Blog 1Malaysia dan juga twitter, FB, etc dari PM dan juga yang lain. Malah ada yg menggunakan RSS untuk menambah penyampaian selain dari media elektronik dan media cetak. Apa keistimewaan Portal tersebut sedangkan apa yang ditawarkan sudah ada.

Sekarang, kita tengok kebaikan dan keburukannya pula.
1. Email percuma - Kita tidak memerlukan email percuma lagi kerana dengan penambahan satu lagi email tidak akan memberi satu impak yang besar pada seseorang sebaliknya menambahkan kesusahan kerana terpaksa 'maintain' beberapa akaun email. Namun begitu, dari segi kebaikannya ialah, data maklumat akan hanya berada diMalaysia, berbanding dengan data/maklumat/profil yang kita isi didalam akaun gmail dan yahoo. Cuba kita fikir sejenak mengapa Blackberry diminta menyimpan data pengguna di Indonesia dan Arab Saudi di negara tersebut dan tidak seperti lazimnya yakni di 'Data-Center' mereka yang terletak di US dan Canada? Ini kerana maklumat @ privacy yang dikhuatiri akan di capai oleh pihak US dan Yahudi yang boleh diguna pakai dalam mencapai impian mereka. Dalam masa yang sama, kita juga khuatir akan niat tersembunyi yang ada dalam Tricubes apabila melaksanakan projek ini. Kita tidak pasti sejauh mana selamatnya data kita dipihak Tricubes dan apakah tahap keselamatan yang mereka guna-pakai.
2. Pembayaran Bil setempat - Kebaikannya tiada kerana kita sudah punya pelbagai cara untuk membayar bil secara dalam talian. Keburukannya ialah kita terpaksa membayar harga caj yang belum dikenal-pasti serta data-data maklumat bil yang pastinya akan memberi satu gambaran mengenai profil kita pada Tricubes.
3. Penyampaian Maklumat - Mulai hari ini, kita akan mendapat maklumat secara lansung dari kerajaan yang pastinya berguna pada kita dalam menilai prestasi kerajaan itu. Segala tindakan, cadangan boleh juga disampaikan secara lansung tanpa perlu kita buka laman web atau blog. Cukup dengan melakukan mail-push teknologi, kita akan mendapat maklumat terkini. Dan ini merupakan sesuatu yang tidak digemari oleh pihak pembangkang kerana pastinya ramai rakyat akan mendapat berita berlawanan dengan berita dari mereka. Keburukannya pula ialah kita akan kembali pada zaman 50an dimana sumber maklumat semua dikuasai oleh kerajaan lantas menjadikan minda kita tertutup pada satu aliran pemikiran sahaja.

Oleh itu, renungkan kan kebaikan dan keburukannya dan timbang-tara akan yang mana lebih banyak implikasinya. Yang pastinya apa jua cadangan dari PEMANDU banyak keburukannya pada rakyat majoriti sedangkan rakyat berpendapatan tinggi langsung tidak terjejas.

Tuesday, April 19, 2011

Aduan pada Kementerian Pendidikan (MOE)

Aduan terhadap Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor yang diadukan pada Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)

Saya telah mendaftar anak saya untuk memulakan pendidikan darjah satu di SK Bandar Tasik Puteri (SKBTP), Rawang bermula dari tahun 2012 melalui laman web kementerian pendidikan (www.moe.gov.my). Melalui laman tersebut, telah dinyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk diserahkan pada pihak SKBTP.

Pada hari ini, isteri saya telah membawa semua dokumen diperlukan untuk diserahkan pada pihak SKBTP. Isteri saya telah dilayan oleh seorang kerani yang boleh dikatakan tidak bijak dari segi pemikiran dan percakapan. Isteri saya telah menyerahkan 'original copy' bil elektrik dan bil air memandangkan ia adalah bil yg telah pun dijelaskan serta tidak diperlukan lagi. Malangnya, atas ketidak-bijakan kerani tersebut, dia memintan isteri saya menyerahkan salinan bil tersebut sedangkan dia dimaklumkan bahawa bil tersebut sudah tidak berguna dalam simpanan dan boleh disimpan oleh pihak SKBTP. Terletak berhampiran merupakan mesin 'photocopy' yang membolehkan kerani itu melakukan imbasan dan salinan tetapi malangnya sekali lagi, kerani tersebut enggan dek kerana ketidak-upayaan dia berfikir. Kerana tidak mahu panjang lebar, isteri saya telah pergi untuk membuat salinan dan ketika ia kembali untuk serahkan, sekali lagi, kerani tersebut lebih mementingkan diri apabila memaklumkan bahawa dia hanya memberi layanan hingga pukul 12tgh dan isteri saya perlu datang semula pada pukul 2 ptg. Dengan rasa marah, isteri saya kembali semula pada waktu yang dikatakan. Sekali lagi kerani tersebut melakukan perkara yang cukup memalukan. Dia memaklumkan bahawa isteri saya perlu membawa sampul surat bersetem untuk pihak sekolah menghantar keputusan/atau maklum balas selepas pendaftaran. Apa yang saya tidak puas hati ialah:
1. Kenapa perlu dibuat salinan sedangkan bil yang original boleh diserahkan dan lebih baik dari salinan serta telah dinyatakan bahawa bil tersebut sudah tidak diperlukan. Adakah kerani ini bodoh atau sistem yang tidak bijak kerana membazir dari segi kertas dan masa.
2. Mesin photocopy ada berhampiran. Kenapa dia tidak boleh melakukan salinan jika benar memerlukan? Susah ke sedangkan isteri saya sanggup membayar dari membuang masa mencari kedai photocopy untuk membuat salinan dan kembali?
3. Tidak bolehkah kerani tersebut melayan sebentar pada pukul 12tgh sedangkan waktu rehat kerajaan ialah dari pukul 1.00 tgh - 2ptg. Kenapa perlu tutup 12tgh? Kalau ia pun perlu tutup, tak kan nak layan seorang ketika dia sudah bersusah payah memenuhi tuntutan pertama yang cukup bangang dan menyusahkan pun tidak boleh? Besar dan hebatkah kerani tersebut?
4. Sikap kerani tersebut yang menyusahkan apabila tidak memaklumkan lebih awal akan senarai dokumen dan barang yang perlu dibawa adalah cukup menyakitkan. Adakah dia bodoh atau tidak tahu berfikir atau pentingkan goyang kaki dan malas nak buat kerja?

Selain itu, tingkah laku serta sikap guru-guru di SKBTP juga boleh dipertikaikan. Ada yang tidak layak bergelar guru dengan sikap kurang ajar, merokok dikawasan berhampiran, serta tidak ada sifat prihatin pada ibu-bapa yang datang.Bagaimana kementerian boleh mencapai NKRA / KPI  yang telah ditetapkan serta menambah-baikan pendidikan malaysia jika beginilah perangai kakitangan dan sikap guru-guru yang teruk. Tidak dinafikan ada yang bagus tetapi dek kerana sebilangan yang teruk ini telah menyebabkan anak-anak murid mempelajari sifat yang keji dan buruk lantas tidak membantu dari segi akhlak dan ilmiah.
Oleh itu, saya harap pihak berkaitan akan melakukan tindakan tegas terhadap kerani tersebut dan juga pentadbiran SKBTP yang lansung tidak mesra.

Sekian.

Yang tidak berpuas hati.


(Ticket No: 06345)

Analisis Kemenangan BN di Sawarak - Dari kaca mata Pak Cik

Dua hari lepas, berita yang terpampang di setiap akhbar pro-kerajaan ialah berita yang menyakinkan bahawa BN masih mendapat tempat di hati majoriti rakyat sarawak. TAHNIAH BN.

Di dada akhbar pro-pembangkang pula mengatakan tsunami politik di bumi kenyalang telah berlaku kerana penambahan kerusi dikalangan parti pembangkang walaupun beberapa parti mereka hanya memenangi kemenangan moral dan tidak pada undi.

Pak cik lihat ada beberapa perkara penting yang dapat pak cik analisa kan berdasarkan kertas undi, cerita-cerita dari mereka serta media, dan dari fokus-fokus selepas 2 - 3 hari tamatnya pelaburan demi pelaburan dan janji demi janji ditaburkan.


Analisa pakcik:
1. BN masih lagi dihati majoriti rakyat sarawak terutamanya dikawasan pedalaman dan kawasan yang dikuasai oleh Melayu/Melanau yakni dipegang oleh parti politik pimpinan KM Sarawak. Ia ibarat UMNO di negeri Johor yang terus kukuh walaupun diserang dengan ribut taufan dari pelbagai arah. Namun, hakikatnya, terdapat beberapa kawasan yang mengalami penurunan majoriti undi dimana ia merupakan satu petanda bahawa rakyat kini semakin bijak berfikir dan sudah mampu membuat keputusan yang diluar dugaan. Malah jika mereka ini tidak dijaga serta dibimbing dengan baik seperti mana kawasan yang ditandingi oleh parti pimpinan George Chang, tidak mustahil mereka akan beralih angin mengubah selera. Oleh itu, hati-hatilah kerana seperti kata PAS, 5 tahun lagi merupakan saat mereka menikmati buah yang masak ranum dan manis tidak mustahil jadi kenyataan. Dan perlu diingat akan pesan orang tua dahulu "Jangan kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan" dan "Jangan sampai dikejar tak dapat, dikendong berciciran". Perlu diingat betapa majoriti BN telah dikurangkan dan kemenangan kali ini ibarat kemenangan BN pada PRU-12 dimana UMNO menjadi penyumbang utama dan rakannya yang lain tewas teruk dengan diketuai oleh PPP, GERAKAN, dan MIC yang menyaksikan ketua mereka dilanyak oleh pihak lawan dengan teruknya. Sedarlah BN sebelum terlambat.

2. Dek dihentam teruk serta kenyataan terbuka RPK mengenai rakan sepermainannya dalam permainan politik, aura anwar sudah malap dan taringnya perlu diasah kembali atau disimpan sahaja didalam muzium buat kenangan sebagai pemidato hebat negara. PKR boleh dikatakan teruk ditolak oleh masyarakat sarawak. Bayangkan dari 49 kerusi ditanding, hanya 3 dimenangi. Kurang dari 10% keyakinan serta sokongan. Walaupun menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi, tetapi harus diingat, jika diambil nisbah kepada kerusi yang ditandingi dengan jumlah kemenangan, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, boleh disimpulkan betapa PKR sudah jatuh ditimpa tangga dan sudah agak kegersangan dari segi undi. 

3. Pakcik salute pada DAP yang kononya parti yang tidak rasis tetapi bijak bermain dengan api serta strategi dalam meraih undi hingga berjaya menambah kerusi dari 6 kepada sekali ganda dan peratus kemenangannya juga cukup tinggi yakni 4/5. Kekalahannya di 3 tempat bukan bermakna tiada sokongan, tetapi kerana seimbangnya etnik dikawasan itu. Pastinya parti berasaskan kaum seperti MCA, GERAKAN, dan sekufu dengannya perlu segera menafsir dan memperbaiki kelemahan. Tidak mustahil mereka perlu berguru dengan sifu-sifu dari DAP dalam mencari titik kemenangan agar mereka kembali relevan pada rakyat sarawak umumnya dan malaysia khasnya. Jika dilihat, DAP banyak meraih undi dikawasan yang majoritinya sebangsa dengannya. Ia satu petanda jelas bahawa bukan pelaburan dan janji perlu ditabur, tetapi pemahaman akan taktik menyentuh sensitiviti dan hati mereka agar kepercayaan kembali pada yang memerlukan perlu dititik beratkan.

4. PAS pula ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong... Namun begitu, semangat yang mereka tunjukkan cukup pakcik hormati walaupun mereka sudah gaharu cendana pula. Cuma pakcik simpati kerana usaha penat lelah mereka hingga meragut nyawa seorang petugas dari semenanjung tidak membuahkan hasil pada kali ini. Mungkin InsyaAllah, jika mereka dilandasan benar dan tidak berat sebelah dalam menafsirkan Al-Quran dan hadith, pastinya tanaman merekan akan berhasil satu ketika nanti. Tahniah pada PAS diatas usaha gigih mereka serta pelaburan yang masih belum berhasil. Teruskan dan jangan putus asa. Buktikan PAS lebih baik dari DAP dan PKR dalam menjaga setiap bangsa dan agama.

p/s: Sarawak dah menang (tapi majoriti dah kurang)... Pakcik rasa PRU-13, BN mungkin fikir berpuluh kali untuk buat awal kut...

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com