A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, April 19, 2011

Analisis Kemenangan BN di Sawarak - Dari kaca mata Pak Cik

Dua hari lepas, berita yang terpampang di setiap akhbar pro-kerajaan ialah berita yang menyakinkan bahawa BN masih mendapat tempat di hati majoriti rakyat sarawak. TAHNIAH BN.

Di dada akhbar pro-pembangkang pula mengatakan tsunami politik di bumi kenyalang telah berlaku kerana penambahan kerusi dikalangan parti pembangkang walaupun beberapa parti mereka hanya memenangi kemenangan moral dan tidak pada undi.

Pak cik lihat ada beberapa perkara penting yang dapat pak cik analisa kan berdasarkan kertas undi, cerita-cerita dari mereka serta media, dan dari fokus-fokus selepas 2 - 3 hari tamatnya pelaburan demi pelaburan dan janji demi janji ditaburkan.


Analisa pakcik:
1. BN masih lagi dihati majoriti rakyat sarawak terutamanya dikawasan pedalaman dan kawasan yang dikuasai oleh Melayu/Melanau yakni dipegang oleh parti politik pimpinan KM Sarawak. Ia ibarat UMNO di negeri Johor yang terus kukuh walaupun diserang dengan ribut taufan dari pelbagai arah. Namun, hakikatnya, terdapat beberapa kawasan yang mengalami penurunan majoriti undi dimana ia merupakan satu petanda bahawa rakyat kini semakin bijak berfikir dan sudah mampu membuat keputusan yang diluar dugaan. Malah jika mereka ini tidak dijaga serta dibimbing dengan baik seperti mana kawasan yang ditandingi oleh parti pimpinan George Chang, tidak mustahil mereka akan beralih angin mengubah selera. Oleh itu, hati-hatilah kerana seperti kata PAS, 5 tahun lagi merupakan saat mereka menikmati buah yang masak ranum dan manis tidak mustahil jadi kenyataan. Dan perlu diingat akan pesan orang tua dahulu "Jangan kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan" dan "Jangan sampai dikejar tak dapat, dikendong berciciran". Perlu diingat betapa majoriti BN telah dikurangkan dan kemenangan kali ini ibarat kemenangan BN pada PRU-12 dimana UMNO menjadi penyumbang utama dan rakannya yang lain tewas teruk dengan diketuai oleh PPP, GERAKAN, dan MIC yang menyaksikan ketua mereka dilanyak oleh pihak lawan dengan teruknya. Sedarlah BN sebelum terlambat.

2. Dek dihentam teruk serta kenyataan terbuka RPK mengenai rakan sepermainannya dalam permainan politik, aura anwar sudah malap dan taringnya perlu diasah kembali atau disimpan sahaja didalam muzium buat kenangan sebagai pemidato hebat negara. PKR boleh dikatakan teruk ditolak oleh masyarakat sarawak. Bayangkan dari 49 kerusi ditanding, hanya 3 dimenangi. Kurang dari 10% keyakinan serta sokongan. Walaupun menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi, tetapi harus diingat, jika diambil nisbah kepada kerusi yang ditandingi dengan jumlah kemenangan, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, boleh disimpulkan betapa PKR sudah jatuh ditimpa tangga dan sudah agak kegersangan dari segi undi. 

3. Pakcik salute pada DAP yang kononya parti yang tidak rasis tetapi bijak bermain dengan api serta strategi dalam meraih undi hingga berjaya menambah kerusi dari 6 kepada sekali ganda dan peratus kemenangannya juga cukup tinggi yakni 4/5. Kekalahannya di 3 tempat bukan bermakna tiada sokongan, tetapi kerana seimbangnya etnik dikawasan itu. Pastinya parti berasaskan kaum seperti MCA, GERAKAN, dan sekufu dengannya perlu segera menafsir dan memperbaiki kelemahan. Tidak mustahil mereka perlu berguru dengan sifu-sifu dari DAP dalam mencari titik kemenangan agar mereka kembali relevan pada rakyat sarawak umumnya dan malaysia khasnya. Jika dilihat, DAP banyak meraih undi dikawasan yang majoritinya sebangsa dengannya. Ia satu petanda jelas bahawa bukan pelaburan dan janji perlu ditabur, tetapi pemahaman akan taktik menyentuh sensitiviti dan hati mereka agar kepercayaan kembali pada yang memerlukan perlu dititik beratkan.

4. PAS pula ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong... Namun begitu, semangat yang mereka tunjukkan cukup pakcik hormati walaupun mereka sudah gaharu cendana pula. Cuma pakcik simpati kerana usaha penat lelah mereka hingga meragut nyawa seorang petugas dari semenanjung tidak membuahkan hasil pada kali ini. Mungkin InsyaAllah, jika mereka dilandasan benar dan tidak berat sebelah dalam menafsirkan Al-Quran dan hadith, pastinya tanaman merekan akan berhasil satu ketika nanti. Tahniah pada PAS diatas usaha gigih mereka serta pelaburan yang masih belum berhasil. Teruskan dan jangan putus asa. Buktikan PAS lebih baik dari DAP dan PKR dalam menjaga setiap bangsa dan agama.

p/s: Sarawak dah menang (tapi majoriti dah kurang)... Pakcik rasa PRU-13, BN mungkin fikir berpuluh kali untuk buat awal kut...

No comments: