Google

Wednesday, July 11, 2012

Employment Trends as of June 2012


Industry Employment Trends

June 2012
Statistical approximations are used to compute these results.

Directly from Indeed



Monday, July 09, 2012

Sejarah - Dari perspektif Saudara Helmi Effendy



Jangan Cuba Putarbelitkan Sejarah Bangsa Melayu Wahai Cina Ultra-Kiasu!

by Helmi Effendy on Wednesday, June 6, 2012 at 2:11am ·
Oleh Helmi Effendy

Sangat-sangat menggelegak darah muda saya ketika sahabat saya Fakrullah Zulkifli yang mendedahkan saya dengan PENIPUAN CINA SI ULTRA KIASU mengenai sejarah nenek moyang kita yang tercinta, Hang Tuah. Ingat, cina ultra kiasu ini bukanlah semua rakan-rakan cina kita di Malaysia tetapi sebahagian daripada golongan yang mempunyai sikap ekteremis. 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=326717774071977&set=a.170624956347927.42491.170507696359653&type=1

Link sudah saya sertakan di atas untuk kalian melihat dulu bagaimana RACIST nya mereka. Bagaimana cukup liciknya mereka cuba menipu kawan-kawan cina kita yang rata-rata agak kosong dalam ILMU SEJARAH. Jadi, sudah menjadi tugas saya untuk membantu mencelikkan mata mereka. Kita mulakan pengembaraan kita mengupas penipuan demi penipuan mereka yang cuba bermain dengan perasaan orang Melayu di link di atas. 

AMARAN: Artikel kali ini agak keras bunyinya kerana ianya sebagai cubaan balas untuk menggoyahkan dan melawan PENIPUAN CINA YANG BERFAHAMAN ULTRA KIASU. Sekiranya ada bahasa yang agak kasar di pandangan mata anda, harap dimaafkan. 

1. Kita dapat melihat bagaimana golongan ultra-kiasu ini cuba bermain dengan dakwaan yang tidak mempunyai bukti Kononnya bahawa kerajaan Malaysia telah menemui lokasi kubur Hang Tuah dan rakan-rakannya dan ujian DNA telah dibuat untuk mengenal pasti bangsa Hang Tuah dan rakan-rakan. Sekejap... ujian DNA menentukan asal usul bangsa? Benarkah dakwaan ini?

2. Hehehe... nampak tak betapa BANGSAT-nya mereka ini? Biar saya beritahu anda satu fakta. Sehingga hari ini, tidak ada satu pun ujian DNA yang dapat membuktikan seseorang itu berasal daripada bangsa mana. Pakar Molekular Antropologi sendiri memperakuinya. Mereka hanya mampu mendakwa bahawa kita mungkin boleh menjejak lokasi mana yang diduduki oleh nenek moyang anda, tetapi bukannya BANGSA anda.Tak percaya... jangan melenting ya semua? Ohh jangan melenting yang kepada mereka yang menyokong golongan BANGSAT ini... nah ambil ni:---- >  

http://backintyme.com/essays/item/44

                                                                                       ^_^

3. Dakwaan mereka yang seterusnya mendakwa sudah menjumpai lokasi kubur Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu dan Kerajaan Malaysia cuba melindungi lokasi kubur Hang Tuah dan rakan-rakan kerana tidak mahu kita mengetahui bahawa hero BANGSA MELAYU ini ialah orang CINA? Hehehehe... tahu tak sehingga hari para cendekiawan masih belum memastikan lokasi kubur Hang Tuah? Ada yang kata di Palembang, ada yang kata di tanjung Kiling. Bagaimana mereka boleh mendakwa yang makam Hang Tuah sudah ditemui? Bahkan sudah diperiksa DNA mayatnya ? 

4. Tapi...tapi... ada satu benda yang BANGSAT ini kantoi. Tentang lokasi kubur rakan-rakan Hang Tuah, iaitu Hang Jebat dan Hang Kasturi. Mereka mengatakan bahawa makam-makam ini cuba disembunyikan oleh kerajaan Malaysia untuk menutup sejarah bahawa mereka ini bukan Melayu.  Tapi... bagaimana dengan Makam Hang Kasturi dan Makam Hang Jebat? Mari saya sertakan gambar ya? 



Tak cukup lagi, nah di bawah ialah gambar Makam Hang Jebat. 



Begitu juga makam Hang Lekir dan Lekiu yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau. Sekarnag ini saya mahu bertanya, di manakah KESAHIHAN dakwaan BANGSAT ULTRA KIASU yang cuba bermain dengan sejarah ORANG MELAYU yang mengatakan bahawa makam Hang Tuah dan rakan-rakan cuba diselindungi oleh kerajaan Malaysia dan masih belum ditemui? Jangan tunjukkan KEBANGSATAN anda. 

5. Selepas cuba menipu, mereka dengan beraninya mencaci BANGSA MELAYU. Tak percaya? Saya petik di bawah:

"They were CHINESE (Islamic) from China!!! and why were they here in Malacca? Because they were on a mission to protect the UNGRATEFUL MALAYS from the potential attack of SIAM (Thailand)!!"

6. Sudahlah menumpang, ada dikatakan kita pula tak bersyukur? Apa kata kalian semua? 

7. Sekali lagi, soal Batu Bersurat Terengganu yang ditemui pada 1992 yang berusia 700 tahun menjadi mainan mereka. Batu Bersurat ini dikatakan dibina pada tahun 22 Februari 1303. Apa yang si kiasu cina ini cuba perkatakan ialah bahawa sebenarnya ada kerajaan lain di Malaysia sebelum Melaka dan kerajaan Malaysia takut untuk mendedahkannya kononnya Malaysia sebelum Melaka diperintsah oleh orang cina muslim. Dalam kotak fikiran mereka ialah bahawa sebelum Melaka, tiada kerajaan MELAYU di tanah Melayu.  

8. Hello BANGSAT, nak bagitahu anda. Tiada masalah apa-apa pun dengan Batu Bersurat Terrenganu mengenai kedatangan Islam di tanah Melayu. Batu Bersurat itu tak membuktikan apa-apa yang mengatakan kalian ialah bangsa asal di Tanah Melayu. Sebelum Melaka, kami ORANG MELAYU pernah membina ratusan kerajaan daripada Indochina hingga ke penghujung Pulau Papua. Nak saya senaraikan?

A. Kerajaan Champa (Indochina)
B. Kerajaan Funan (Indochina)
C. Kerajaan Sri Dharmaraja (Segenting Kra)
D. Empayar Srivijaya (Hampir Seluruh Asia Tenggara dan Sri Lanka)
E. Kerajaan Chih Tu di Kelantan 
F. Kerajaan Langkasuka di Utara Semenanjung Malaysia 

Nampak tak semua tu? Jangan sempitkan fikiran kamu dengan kenyataan bahawa kerajaan pertama orang Melayu di Malaysia ini ialah Melaka aje? Okey kawan-kawan yang membaca, mari saya bawa semua mengembara lagi, menghayati kehebatan sejarah bangsa di samping kita mengetahui PEMBOHONGAN PALING BANGSAT di dunia. 

9. Saya rasa kalau si BANGSAT KIASU yang menulis artikel PEMBOHONG di atas membaca surat Maharaja Empayar Melayu Sriwijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah Muawiyah mengenai keinginan mereka belajar ISLAM, pasti mereka tak akan bangkitkan isu Batu Bersurat Terengganu kan? Ehh, nak TAHU kandungan surat tu? Okey, saya bagi di bawah ni ya? 

Kitab Al-Hayawan, oleh Al- Jahiz:

… ini surat dari Raja Al Hind, yang didalam kandangnya ada beribu-ribu gajah dan istananya dibina dari emas dan perak yang berkilauan, yang dilayan oleh beribu anak perempuan Raja-raja, yang menguasasi dua Sungai yang mengairi tanah-tanah subur, kepada Muawwiyah…

Lagi? Bawah ialah surat daripada Maharaja Srivijaya untuk Khalifah Umar Abdul Aziz. Sumber daripada Al-Iqd al Farid oleh Ibnu Rabbih sekitar 860-940 Masih yang mengatakani bahawa sumbernya diperolehi daripada Nuaim Bin Hammad. Di bawah ialah isi kandungan surat itu:

Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari seribu raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah dan kawasan taklukannya adalah dua sungai yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya…kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang satu. Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan dan beta harap agar anda menghantar seseorang yang dapat mengajarkan ajaran Islam serta menunjukkan undang-undangnya.

Nampak tak wahai Kiasu Bangsat? Tak hairanlah dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu mengenai kedatangan Islam! Maharaja hebat kami dah minta orang arab mengajar Islam kepada bangsa Melayu sejak sekian lama dahulu. 

10. Saya tertarik dengan cemuhan Ultra-Kiasu ini kepada Parameswara:

 ...the useless and ungrateful Parameswara (from INDONESIA) who landed in Malacca and claimed the land!

Siapa yang ungrateful  sekarang ini? Salahkah Parameswara mahu menuntut tanah yang pernah dimiliki oleh ayahandanya dahulu? Bukankah dahulu seluruh semenanjung di bawah pemerintahan Empayar Melayu Sriwijaya? Siapa sekarang ini yang tak bersyukur? 

11. Ada lagi KENYATAAN KELAKAR mereka:  

"Having first landed in Malacca doesn't mean Malays were the origins of Malaysia because during that time, the road was too long for them to see the other side of the coast!!! where the Chinese had landed far more earlier." 

Saya makin angin dengan mereka ini yang sewenang-wenangnya mendakwa bahawa mereka sampai dulu di Kelantan daripada orang Melayu kita. Wahai Melayu Kelantan, Melayu Terengganu dan Pahang, apa yang kalian tunggu lagi? Lihat ada bangsat cuba mencuri tanah kalian! 

Untuk pengetahuan kalian semua, terdapat banyak kerajaan yang lahir di sekitar Kelantan dan negeri-negeri pantai timur yang dibina oleh orang Melayu. Kerajaan Pan Pan, Kerajaan Patani, Kerajaan Chih Tu, dan kerajaan hebat kita, KERAJAAN LANGKASUKA. 

Dan yang paling mengecewakan, si KIASU ini hanya mengenali Melaka sebagai kerajaan orang Melayu, cuba mendabik dada dalam bidang SEJARAH. Bangsat bukan mereka ini? Orang Melayu dah banyak bina KERAJAAN mereka di semenanjung dan seluruh Asia Tenggara. 

Bacalah BUKU SULATUS SALATTINHIKAYAT HANG TUAH dan buku-buku SEJARAH LAIN DI MALAYSIA! 

P.S: Harap semua yang membaca artikel ini klik butang SHARE dan sebarkan pada semua rakan MELAYU, CINA DAN INDIA di Malaysia demi mempertahankan sejarah kita daripada DICURI oleh golongan ULTRA KIASU ini. 

Anak Kecil Main Api



Lirik Asal Anak kecil main api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara


Lirik Moden Anak kecil main api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Melayu dan Tun Mahathir


Dilema Melayu hari ini


DR. MAHATHIR Mohamad meluangkan masa diwawancara wartawan Mingguan Malaysia di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, dalam kesibukan beliau meneliti teks ceramah dan syarahan serta menulis untuk blognya.
TUN Dr. Mahathir Mohamad memang cukup dikenali dengan sifat punctual iaitu menepati masanya.
Sesiapa yang pernah berurusan apatah lagi bekerja dengannya termasuk wakil media cukup arif dengan disiplin beliau itu.
Mungkin sebab itu, apabila menyedari temujanjinya dengan kami daripada Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD, MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID bersama jurugambar SAIFUL BAHARI ASHAARI pada Rabu lalu sudah terlewat beberapa minit, Dr. Mahathir pantas mendaki tangga curam Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, sebaik sahaja selesai komitmen sebelumnya.
Mencecah usia 87 tahun pada 10 Julai ini, stamina dan kecergasan Dr. Mahathir cukup dikagumi.
Jika beliau tidak melakukan aktiviti menunggang kuda yang menjadi kegemarannya, bukan sebab faktor usia atau kesihatan tetapi kerana kesibukannya walaupun tidak lagi bergelar Perdana Menteri.
“Saya sekarang bekerja tujuh hari seminggu," katanya. Namun beliau bukan mengeluh. Hakikatnya beliau tidak jemu menyumbang jasa, pandangan dan idea. Sebab itu jugalah banyak pihak termasuk media tidak jemu-jemu mendekati beliau bagi berkongsi pandangan kritisnya. Ketajaman fikiran serta kepekaannya terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara, tidak perlu dinafikan sama sekali.
Dalam ribuan buku pelbagai genre yang dibacanya, beliau mengakui masih membaca novel antaranya oleh Ken Follett dan Wilbur Smith yang menjadi amalan sejak remaja.
Dalam wawancara kali ini, Dr. Mahathir seperti yang cukup kita kenali, tidak takut bercakap soal Melayu, selamba menegur pihak yang membuat tuntutan keterlaluan dan tanpa berselindung menyentuh tentang campur tangan kuasa asing dalam menentukan regime change. Beliau juga secara panjang lebar menjelaskan dalam bahasa mudah tentang krisis ekonomi Eropah.
MINGGUAN: Tun telah selesai mengeluarkan memoir, tetapi apakah Tun berpandangan buku tulisan Tun, Dilema Melayu perlu ditulis semula atau dilakukan pembaharuan?

TUN DR. MAHATHIR: Kita sekarang sudah sampai ke satu tahap di mana nak sebut Melayu pun sudah menjadi kesalahan. Kalau kita sebut Melayu akan ada pihak mengatakan kita perkauman. Jadi kita tidak boleh pertahan diri kita. Inilah dilema yang paling besar dihadapi oleh orang Melayu ketika ini.

Kalau dahulu kita boleh bercakap mengenai masalah orang Melayu dan bagaimana nak mengatasinya dan saya boleh tulis mengenai perkara ini. Orang pun tidak akan kata saya rasis. Tetapi sekarang ini jika saya cakap Melayu sahaja orang akan kata saya rasis. Sebaliknya jika mereka bercakap mengenai kaum mereka, itu tidak pula dianggap perkauman. Saya berpendapat bahawa kita sudah kaku dan tidak boleh menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan. Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima. Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adalah kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sebuah negara maka mereka akan berkuasa. Namun kini sebaliknya mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah. Kini berpecah lebih daripada tiga kelompok dan dengan itu untuk menang maka mereka memerlukan sokongan kaum lain.
Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah maka apa yang orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi. Parti lawan juga ikut sama berjanji macam-macam. Maka semua orang berlumba-lumba nak berjanji. Sebenarnya mereka (pembangkang) nak bagi negara ini dan akhirnya akan menjadi seperti Singapura. Kalau di Singapura tak apalah sebab orang Melayu adalah minoriti tetapi di negara ini orang Melayu adalah majoriti tetapi berpecah belah kerana apa? Sebabnya ada orang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah tabiat orang Melayu lama yang mana bila ada orang tawar duit, dia akan jual negerinya seperti di Pulau Pinang, Singapura dan beberapa lagi. Maka jadilah apa yang dikata orang ‘sejarah berulang dengan sendirinya’. Orang Melayu bukan tidak tahu sejarah ini dan tahu perkara ini salah tetapi kerana tamak nak jadi Perdana Menteri, maka dia sanggup membiarkan orang Melayu lingkup malah menghapuskan orang Melayu pun tidak mengapa. Asalkan dia dapat menjadi Perdana Menteri. Kita tengok sendiri Anwar bagaimana dia mahu menghapuskan DEB dan sebagainya. Ini dilakukan kerana nak dapatkan undi orang Cina.

Saya bukan menentang orang Cina tetapi kita perlu adil berdasarkan negara ini. Dalam perlembagaan kita ada disebut dua perkara iaitu pertama Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Islam pula adalah agama rasmi negara tetapi agama-agama lain bolehlah diamalkan. Selain itu, kedudukan orang Melayu istimewa dan dilindungi oleh Perlembagaan dan orang bukan Melayu juga dilindung dalam Perlembagaan. Maka mereka boleh menggunakan bahasa, sekolah dan budaya mereka dan dengan ini mereka juga tidak perlu menguasai bahasa kita pun. Tetapi jika kita pergi ke AS, bahasa kebangsaan adalah bahasa Inggeris tetapi di negara ini kita pula kena cakap beberapa patah bahasa ibunda kaum lain dalam ceramah dan perjumpaan. Jadi di mana kedudukan bahasa kebangsaan kita?

Bila saya bercakap mengenai perkara ini mereka kata saya rasis, tetapi kenyataannya inilah yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan. Jika mereka nak lebih, mereka perlu juga bagi lebih kepada kita, jadi barulah ia seimbang. Katalah jika mereka hendak hapuskan hak keistimewaan orang Melayu maka mereka juga perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan. Malangnya orang Melayu sekarang ini tidak boleh bercakap mengenai hal ini dan kalau dihentam orang Melayu hanya sekadar pertahan. Bila kita pertahan maka orang lain akan nampak segala ‘bintik-bintik hitam’ yang ada di muka kita.

Semasa Tun menjadi Perdana Menteri kedudukan UMNO dan BN adalah kuat dan Tun juga pernah menyatakan kita perlukan pembangkang. Bagaimana Tun melihat situasi ini sekarang?

DR. MAHATHIR: Saya katakan kita perlu kepada pembangkang sebagai satu cermin supaya kita nampak muka kita. Jika tidak ada pembangkang, kita akan ingat muka kita ini sentiasa cantik, tapi sebenarnya hodoh. Pembangkang ini umpama cermin kerana mereka nampak segala yang hodoh dan bintik-bintik pada wajah kita. Kita tidak nampak bintik-bintik di muka kita dan kita perasan cantik sangatlah. Maka dengan adanya pembangkang ada baiknya tetapi jika tidak ada maka rosaklah negara ini.

Kita akan jadi seperti Singapura yang tidak ada pembangkang malah sampai ke tahap dia buat pembangkangnya sendiri. Kita memang ada pembangkang sejak dahulu lagi dan dalam Parlimen tidak pernah tidak ada. Malah mereka bebas mengkritik dan menyuarakan apa sahaja di Parlimen dan tidak menyalahi undang-undang. Jadi apa lagi kebebasan yang mereka mahukan namun malangnya apa yang mereka mahukan adalah sudahlah mereka kalah tetapi mereka mahu juga menang, tak bolehlah macam tu. Ini cara demokrasi dan parti yang memerintah adalah pilihan rakyat.

Apakah mungkin kita boleh tetapkan satu tarikh khas untuk melangsungkan pilihan raya tidak seperti sekarang?

DR. MAHATHIR: Boleh juga, dan ia sama seperti pilihan raya yang berlaku di AS yang mana ia tetap. Malah hari pertabalan presidennya juga tetap pada satu tarikh walaupun hujan, salji ke ia akan tetap berlangsung pada hari yang sama dan ia dibuat di tengah padang. Namun sistem kita mengikut British, iaitu first past the post. Namun kadang-kadang ia bukan majoriti pun hanyalah minoriti dan kalau ada tiga buah parti mungkin tidak ada sesiapa yang mendapat majoriti. Namun kalau salah satu parti mendapat undi yang lebih maka parti itu yang akan menjadi kerajaan. Kita terima sistem British dan sehingga kini ia telah berjaya mendirikan kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat.

Kalau nak kata nasib rakyat teruk di bawah BN maka tunjukkan bukti jika benar. Dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengatakan terdapat rakyat yang mati kebuluran namun hakikatnya ia adalah satu pembohongan dan ia tidak berlaku. Hakikatnya anak orang kampung yang bekerja sebagai penoreh getah, nelayan dan sebagainya kini telah menjadi doktor, peguam dan sebagainya. Dahulu kita tak pernah beranggapan orang Melayu mampu menjadi eksekutif di sebuah syarikat asing namun kini ramai orang Melayu yang berjaya. Ini kerana kita bagi ilmu dan peluang kepada mereka. Sila tunjukkan di mana kerajaan tidak membantu atau berlaku zalim kepada rakyat?

Sebelum ini desas-desus mengatakan pilihan raya akan berlangsung pada awal tahun ini, namun sekarang sudah pun bulan Julai. Apakah pilihan raya ini ditangguhkan kerana kerajaan memilih mengikut pandangan Tun supaya pilihan raya diadakan lebih lewat lagi?

DR. MAHATHIR: Saya ada menyatakan supaya pilihan raya diadakan selepas hari raya. Ini kerana masa sudah suntuk dan kebanyakan orang Islam mahu berpuasa dan beribadah dan sudah tentu ia tidak sesuai. Tapi saya tidak tahulah berapa bulan pula selepas raya atau sebaik sahaja habis raya, baru pilihan raya. Jadi saya lihat Perdana Menteri pun masih tidak mahu pilihan raya diadakan sebelum raya.

Tapi mungkinkah pembangkang yang berkuasa di beberapa negeri ini akan melakukan pilihan raya berasingan?

DR. MAHATHIR: Itu ada kemungkinan kerana mereka hendak tumpu segala tenaga untuk berlawan dengan BN. Namun pada masa sama, kita juga tidak perlu berkempen di kawasan yang tidak berlangsung pilihan raya dan kita juga boleh gunakan segala tenaga parti untuk melawan mereka. Kalau mereka tidak mahu pilihan raya sama dengan Pusat tidak mengapalah kerana kita juga ada kelebihan. Esok bila mereka nak pergi berkempen di kawasan yang BN menang, tidak ada pilihan raya di kawasan yang BN kalah. Jadi tempat yang mana BN menang kemungkinan besar akan dimenangi oleh BN semula. Jadi mereka jangan fikir bahawa mereka sahaja yang ada kelebihan jika pilihan raya diadakan berasingan kerana BN juga ada kelebihan.

Tun percaya adakah pihak luar yang mengambil berat tentang perjalanan pilihan raya negara ini?

DR. MAHATHIR: Saya berpendapat bahawa AS memang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Ini mereka kata secara terang-terangan. Jadi walaupun mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan AS berbanding saya namun ia tidak bermakna AS tidak menyokong Anwar. Sistem AS juga mempunyai satu dana yang diberikan kepada NGO mereka dan NGO-NGO inilah yang memainkan peranan. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Blum (William Blum), dia menceritakan bagaimana AS mencampuri kesemua pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Walaupun negara kita ini kecil sahaja tetapi ia dilakukan supaya yang menjadi kerajaan adalah mereka yang memihak kepada AS. Mereka mahu satu dunia memihak kepada mereka. AS akan mengumumkan supaya di negara-negara yang bermasalah diadakan regime change, tetapi kenapa tidak lakukan di negaranya sendiri. Mereka akan campur tangan malah memberi duit supaya pihak yang menyokong AS diangkat menjadi pemimpin.

Apa kepentingan Malaysia bagi AS kerana negara ini bukanlah besar atau mempunyai kepentingan strategik untuknya?

DR. MAHATHIR: Malaysia bukanlah negara yang menyokong AS sangat memandangkan kita menyokong Palestin, mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan China. Mereka nak kita menentang China dan Iran. Kita tidak pernah menyertai gerakan ketenteraan mereka. Walaupun Presiden AS bertukar ganti namun dasarnya tetap sama. Pekerja yang utama tidak bertukar dan yang menentukan dasar-dasar ini bukanlah Presiden tetapi kakitangannya. Walaupun Presiden Barack Obama kata nak tutup Penjara Guantanamo namun kakitangannya menasihatkan jangan tutup. Walaupun Obama telah berjanji mengenai perkara ini pada pilihan raya lepas namun kerana nasihat kakitangannya beliau tetap tidak boleh lakukan. Perkara ini umpama pihak pembangkanglah janji macam-macam tapi tak boleh nak tunai.

Apa yang kita boleh pelajari daripada krisis ekonomi Eropah dan kaitannya dengan agenda Barat dalam menguasai dunia?

DR. MAHATHIR: Pelajaran yang kita boleh dapat adalah yang biasa kita lakukan, jangan berbelanja lebih daripada kemampuan kita. Kemampuan bermakna kita boleh pinjam tetapi kita pinjam setakat yang mampu sahaja kerana jika terlalu banyak akan jadi masalah kemudiannya. Ini yang berlaku di negara Greece yang mana mereka meminjam di luar kemampuan dan kemudian berbelanja. Kita boleh meminjam kalau melabur untuk mendapat pinjaman dan kemudian kita belanja. Namun Greece meminjam kemudian belanja, kemudian pinjam lagi dan belanja. Kalau berbuat begitu sudah tentu akan rugi dan itu yang kita pelajari.
Masalah yang berlaku di negara Barat ini, mereka bukan lagi berniaga dalam erti kata sebenar. Maksudnya kita buat barang kemudian dan dapat keuntungan atau kita memberi khidmat dan kemudian dibayar untuk khidmat itu. Namun mereka kini hanya bermain dengan duit, contohnya kita beli saham. Kita beli dan kemudian naik berkali ganda, contohnya saham yang dibeli pada awalnya berharga seringgit kemudian naik RM2.

Namun sebenarnya ia bukan hasil perniagaan kerana saham tersebut yang dimiliki syarikat tertentu yang mungkin membuat untung sedikit sahaja, mungkin dalam 10 peratus tetapi kerana kita beli saham kita mungkin untung dalam 100 peratus. Namun saham itu tidak berguna kerana kalau kita nak tunggu keuntungan daripada saham itu, kita tidak dapat banyak. Nilainya rendah namun dalam perniagaan sebenar, syarikat buat barangan dan jual baru untung. Keuntungan tersebut adalah hak pemegang saham. Namun sebenarnya ia bukan dilihat untung atau rugi, ia dikira melalui pembelian saham dan kemudian naik. Bila ramai yang beli harga saham pun naik dan bila naik tinggi mereka jual dan kemudian untunglah kononnya.
Namun apabila saham tersebut jatuh semua rugi. Katakanlah syarikat bankrap dan kemudian tutup maka saham mereka tidak ada nilai. Ini bukan realiti berniaga sebenar tetapi main saham. Macam itu juga urusniaga duit (forex), mereka beli pada harga murah dan apabila naik mereka jual. Ini bukan perniagaan, hanyalah naik turun akibat daripada terdapat mereka yang membeli dan menjual. Kalau banyak yang menjual maka akan jatuh nilai dan begitu juga sebaliknya. Kalau ada banyak permintaan untuk dolar Amerika, nilainya akan naik. Ia naik dan turun bukan kerana ada nilai intrinsik tetapi kerana ia dengan sendiri tidak ada nilai tetapi hanya akibat daripada terdapat permintaan. Hanya wujud permintaan dan penawaran. Mereka hanya bermain sekitar itu sahaja dan bukannya melibatkan perniagaan pun. Bila nilai itu jatuh maka ia rugi. Lagi satu perkara adalah sistem pinjaman wang. Kalau kita nak pinjam duit daripada bank, mereka tidak akan beri kalau tidak ada deposit. Bila ada deposit baru mereka bagi pinjam.

Paling banyak mereka boleh beri adalah berdasarkan kemampuan kita membayar balik. Kalau ada peniagaan yang baik boleh pinjam jika tidak sukarlah.

Namun Barat ada sistem yang dipanggil hedge fund (dana lindung nilai). Kalau kita melabur satu juta dalam sistem ini mereka boleh pula pinjam daripada bank 30 kali ganda. Kalau kita melabur satu juta bank bagi pinjam kepada hedge fund ini 30 juta. Kalau mereka melabur wang 30 juta sudah tentu keuntungan adalah 30 kali ganda. Jadi sudah tentu hedge fund ini boleh bayar untung yang tinggi.

Namun apabila mereka ini rugi, ia akan rugi berkali ganda juga akhirnya mengakibatkan bank pun bankrap serta pelabur juga bankrap. Mereka ini bukan berniaga tetapi bermain dengan naik turun harga. Mereka membuat keuntungan dengan membuat pelaburan melalui duit yang mereka pinjam yang diperoleh 30 kali ganda. Inilah masalah yang dihadapi mereka kerana ia berpunca daripada sistem yang diamalkan.

Sama juga dalam krisis pinjaman sub prima. Ia berlaku kerana kita memberi pinjaman kepada orang yang kurang mampu atau tidak mampu membayar balik. Contohnya bank beri pinjaman kepada mereka yang nak buat rumah. Katalah mereka dapat duit tetapi tidak buat rumah atau rumah tidak siap. Esok apabila tidak mampu bayar bank nak tarik rumah tetapi rumah pun tidak ada. Kalau sebuah rumah mungkin tidak memberi kesan tetapi ini melibatkan berjuta-juta rumah sudah tentu bank akan rugi teruk. Namun bank nak elak daripada rugi mereka gadai pinjaman tersebut kepada pihak syarikat gadaian dan insurans. Kononnya bila jadi sesuatu ia tidaklah merugikan mereka. Namun apabila melibatkan banyak rumah, syarikat insurans dan gadaian pun jatuh bankrap. Ia bukan melibatkan soal satu atau dua juta tetapi berbilion malah trilion dolar. Mana nak cari duit hendak bayar.

Bagi saya perniagaan yang berbentuk begini bukanlah satu perniagaan tetapi perjudian. Mereka berjudi dengan harapan harga saham akan naik tinggi berbanding perniagaan yang tidak mendapat keuntungan yang begitu tinggi. Sebab itu apabila krisis sub prima berlaku ia mengheret bank, syarikat insurans dan syarikat gadaian serta hedge fund dalam krisis kewangan. Inilah punca sebenar yang berlaku dalam krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Apabila sudah runtuh sistem mereka dan kini cuba untuk kembali kepada model perniagaan sebenar, mereka tidak boleh lakukan. Malah kebolehan pun mereka tidak ada lagi. Ini kerana mereka kalah kepada orang Jepun, Korea dan China. Kita tidak lagi beli barangan elektrik dari negara AS dan Eropah.
Mereka sudah ketinggalan jauh dalam hal teknologi berbanding negara itu selain kos yang sangat tinggi. Ini kerana mereka membayar gaji yang sangat tinggi tetapi tahap produktiviti sangat rendah. Kalau mereka mahu kembali kepada model perniagaan sebenar yang melibatkan pengeluaran produk syarikat terpaksa membayar gaji tinggi manakala untuk menghasilkan produk pula sangat mahal, ia akan tetap rugi kerana ketidakmampuan untuk bersaing dengan negara-negara seperti Jepun dan Korea. Oleh itu untuk kembali kepada perniagaan sebenar pun sudah tidak mungkin.

Dalam contoh Greece, apabila mereka menyertai Kesatuan Eropah, ia adalah negara yang miskin tetapi berkawan dengan negara-negara kaya dan kemudian berlagak seperti negara kaya. Apabila duit tidak ada, dia pinjam dan bayar gaji serta faedah lain dengan tinggi. Apabila hendak bayar hutang duit tidak ada jadi akhirnya negara itu pun bankraplah.

Sistem sebenarnya betul kalau kita ikut peraturan namun mereka longgarkan peraturan. Ini kerana pada zaman Presiden Ronald Reagan, beliau longgarkan peraturan kerana mahu membiarkan pasaran yang tentukan dan kerajaan perlu kurangkan campur tangan dalam pasaran. Namun hakikatnya pasaran mencari keuntungan dan jika nampak peluang buat duit dia peduli apa, kalau boleh jalan pintas mereka akan gunakan. Malaysia bernasib baik kerana kerajaan tidak membenarkan pasaran yang mengawal dan masih dikawal. Malah harga barang pun kita kawal. Namun di Barat mereka bebas dan hanya pasaran yang akan mengawal (regulate) dengan sendirinya.

Bagaimana Tun melihat keadaan politik di Syria dan Turki?

DR. MAHATHIR: Saya sedar mungkin ada yang tidak bersetuju dengan Presiden Bashar Al Assad. Mereka boleh bertindak tetapi apabila orang asing campur tangan terutama AS dan NATO yang memang bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan Bashar sebagai satu regime change. Ini kerana Syria tidak mengikut telunjuk Barat dan Barat mengambil kesempatan dengan membekal senjata kepada pihak pemberontak. Inilah yang mengakibatkan peperangan di sana dan keadaan sudah menjadi semakin tidak jelas. Apakah betul ia dilakukan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan Bashar. Sepatutnya kedua-dua pihak melarang penggunaan senjata dan paksa mereka berunding. Jika tidak ada penyelesaian maka adakan satu pilihan raya yang diselenggara oleh mereka yang neutral.

Mereka ini pula apabila sudah geram akan bertindak membunuh Bashar seperti yang berlaku terhadap Muammar Gaddafi. Pihak Barat mempunyai kepentingan sendiri tetapi bagi pihak kita kasihan kerana rakyat Syria saling berbunuhan sesama sendiri namun pihak yang untung adalah Barat. Lainlah di Mesir kerana bekas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan tentera tidak memihak kepada Mubarak. Namun keadaan berbeza di Syria yang mana ramai lagi pihak yang menyokong Bashar dan ada juga yang menentang. Yang sengsara adalah rakyat tetapi kita sendiri pun tidak tahu siapa sebenarnya yang menembak dan melakukan serangan. Satu pihak kata kerajaan dan satu pihak lagi kata pemberontak.

Bagaimana Tun melihat pihak yang mengaitkan kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir dengan suasana politik tanah air?

DR. MAHATHIR: Mesir sebelum ini tidak pernah terlibat dalam demokrasi. Pemerintahannya sebelum ini adalah sama ada monarki atau diktator. Kini tiba-tiba menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk pilih kerajaan. Rakyat bukanlah terdiri daripada satu suara tetapi banyak suara. Sewaktu nak menjatuhkan Mubarak dahulu semua orang setuju, tetapi bila memilih pengganti beliau sudah jadi cerita lain. Masa saya berada di Mesir saya nyatakan kepada mereka bahawa kamu kena terima kalau andai kata kamu kalah. Namun bila kalah masing-masing tidak mahu terima dan kata macam-macam. Demokrasi sebenarnya bukanlah satu bentuk kerajaan yang mudah dan sebenarnya ia adalah satu bentuk kerajaan yang sangat susah yang memerlukan kedewasaan rakyat yang mengundi.

Kalau rakyat tidak faham kuasa undi mereka dan akhirnya bergaduh, maka susahlah keadaannya. Namun saya berharap keadaan akan menjadi lebih baik dan bagi mereka yang kalah perlulah menunggu giliran. Bila sampai masa pilihan raya nanti, mereka bolehlah bertanding dan jika mereka diterima rakyat adalah peluang mereka. Begitu juga bagi pihak Presiden Mohamad Mursi, jika mereka kalah dalam pilihan raya akan datang, mereka kena terima kenyataan. Itulah cara demokrasi yang sebenar dan kalau dah kalah kemudian nak memberontak itu tak bolehlah.

Kiranya keadaan yang berlaku di Mesir adalah jauh berbeza dengan di sini?

DR. MAHATHIR: Memang keadaan jauh berbeza. Keadaan di sana juga tidak sama dengan di negara ini. Di Malaysia kita ada pilihan raya yang telus dan setiap kali pilihan raya parti lawan memang boleh menang. Tidaklah seperti di Singapura yang mana parti lawan langsung tidak ada peluang. Tapi di Malaysia kita kalah di lima buah negeri, satu wilayah malah di peringkat Parlimen pun kita menang dengan majoriti yang kecil. Ini adalah pilihan rakyat dan kita kena terima. Namun masalah dengan parti lawan, selama ini mereka tidak pernah menang dan mereka kecewa dan mahu lakukan dengan perkara lain. Mereka anggap dalam setiap pilihan raya tetap berlaku penipuan. Kalau mereka kalah mereka kata ada penipuan tapi bila menang mereka kata tidak ada penipuan. Macam mereka menang di Kelantan, kita pecah kepala fikir bagaimana nak dapat balik.

Namun tetap tak boleh kerana itu adalah pilihan yang telah dibuat orang Kelantan dan kita tidak boleh buat apa. Kalau kita nak tipu, kita dah ambil balik Kelantan lama dah. Mereka tuduh pula kononnya sistem pilihan raya kita selama ini tidak betul, kalau begitu sudah tentu mereka langsung tidak boleh menang. Mungkinlah ada sedikit sebanyak kesilapan di sana sini tetapi saya berpendapat sistem pilihan raya kita memang lurus dan tidak ada penipuan. Kalau tidak pihak pembangkang ini langsung tidak berpeluang. Kita kalah di lima buah negeri dan pernah kalah di Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan. Mereka perlulah menerima hakikat bahawa sistem kita terbuka dan ia adalah pilihan rakyat. Saya lihat tujuan mereka menuduh kerajaan menipu jadi apabila mereka kalah pada pilihan raya akan datang mereka akan lakukan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan dengan mengatakan sistem kita tidak betul dan sebagainya.

Cara ini bukanlah demokrasi tetapi inilah cara mereka, tuduh kerajaan menipu dan apabila kalah nanti mereka akan kata kerajaan menipu dan sistem tidak betul dan kemudian buat demonstrasi jalanan. Cara mereka ini akan mengganggu kehidupan dan negara tidak stabil, ekonomi tidak boleh tumbuh dan kemudian mereka akan kata kerajaan tidak pandai mengurus dan sebagainya. Inilah cara mereka dan ia tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di Mesir. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan yang popular di sana tetapi di sini rakyat tidak menyokong Pas. Rakyat tidak menyokong mereka bukan kerana mereka tolak Islam tetapi kerana mereka ragu-ragu dengan pendirian Islam Pas yang boleh menyatakan undi Pas masuk syurga, dapat pahala dan ini adalah satu pembohongan. Pas bukanlah satu parti Islam tetapi parti yang menggunakan Islam untuk mendapat sokongan di dunia.

Dipetik terus dari Utusan Malaysia (Online)

Thursday, July 05, 2012

Kisah Ketua Paderi Kristian Masuk Islam


Posted on the June 28th, 2012 under Agama by admin


Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Saya Bertugasdi Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.
Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu ragukan?” Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya.” Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa.”
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”. Saya menyoalnya, “Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?” Beliau menjawab, “Dia Tuhan. “Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah).” Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, “Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?” Beliau menjawab, “Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, “Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian.”Saya katakan padanya, “Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?” Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci – air suci
v. Ekaristi Krisma – penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi. Ekaristi Imaman – menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup.
Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.
Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun ’78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari.” Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu Semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.
Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, “Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku”. Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.
Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?”Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.” Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian). “Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, “Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah.” Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam.” Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam.” Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, “Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?” Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam. Kekuatan Diri Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, “Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus.” Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam.” Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, “Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam.” Bapa saya berkata kepada saya, “Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!” Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu.
Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.
Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di anggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?” Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.
Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;”Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara.” Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.” Saya katakan kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran.” Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong itu?” Saya katakan,” Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?
Siapakah Sasaran Kristian?
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu”. Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa.
Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat ‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.’

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com