Google

Wednesday, October 15, 2008

Selamat Maju Jaya

Pada anak-anak dan adik-adik yang akan mengharungi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM... Moga berjaya dan dipermudahkan menjawab soalan.

Jangan terlalu stress atau tertekan untuk mengejar 'A' semata-mata. Yang penting pemahaman pada setiap mata pelajaran yang diambil. Apa guna kita dapat 21 'A', jika perkara asas disebalik mata pelajaran itu tidak kita fahami.

Saya lihat generasi kini lebih tertumpu pada 'A', dan bukannya intipati pelajaran itu. Maka, bila memasuki alam universiti, ramai yang sukses di kala sekolah menengah dengan himpunan 'A' nya, gugur di medan universiti kerana sistem pembelajaran serta kaedah berbeza serta terikut-ikut dengan kaedah disekolah yang lebih tekankan pada menjawap soalan dan hafalan tanpa memahami apa yang dijawap dan dihafal.

Rileks... 'A' bukan segalanya...

Inilah kegagalan Sistem Pembelajaran di Malaysia....

GERAKAN berat sebelah... Lian Hoe patut dihukum

oooo...apabila ketua umno bukit bendera suruh koh tsu koon dan ahli gerakan serta orang yang tersinggung dengan kata-katanya yang diputar-belitkan oleh akbar cina itu, semua menolak. Siap buat kenyataan dalam media cetak dan elektronik memberi penerangan mengenai kenyataan sebenarnya pun dia tetap dihukum. Malah kononya menjadi punca retaknya hubungan UMNO dan Gerakan di Pulau Pinang.

Tetapi, si Lian Hoe ini pula diberi peluang. Malah meminta orang yang tersinggung dengan kenyataannya yang tidak diputar-belitkan oleh akhbar dan ternyata menghina kaum bumiputera@melayu datang kepadanya meminta penjelasan.

Hmmm... ternyata Gerakan berat sebelah serta tidak adil. Mana janji Koh Tsu Koon untuk memperjuangkan parti yang tidak racist? Dasar penipu. Kenapa pihak lain berdiam diri? Tetapi bila yang terkena ialah UMNO, maka MIC dan Gerakan terus menerus mendesak dikenakan pelbagai tindakan dan mengugut tetapi bila ahli sendiri bercakap, semua berdiam diri. Adakah ini ADIL? Adakah ini baik untuk perhubungan 2 hala? Ini seperti perhubungan 1 hala... Patutlah Gerakan kalah teruk... malah Koh Tsu Koon pun kalah... sudah dasar penipu.. ditempat sendiri pun orang tak percaya...

Tuesday, October 14, 2008

50% untuk bumiputera.. Wajarkah?

Saya orang kedah. Keluarga juga orang kedah. Malah kaum kerabat semua berada di kedah. Bila dengar kenyataan ini, rasa gembira, bersyukur, dan 100% setuju dengan tindakan kerajaan negeri Kedah. Harapnya diwartakan.

Namun begitu, sebagai rakyat negeri kedah yang menetap di selangor, saya agak kurang setuju juga. Setelah difikirkan oleh akal yang waras bersama pertimbangan yang adil, saya kira, peruntukan itu hanya menguntungkan sebelah pihak dan merugikan pihak penjual yang pastinya ingin memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan (sistem kapitalis yang terbukti merosakkan ekonomi).

Bagi saya, satu kajian perlu dilaksanakan, dan peratusan untuk pemilikkan bumiputera didinamikkan. Bermakna, andai dikawasan perumahan itu ada 100% bumiputera yang menetap atau bekerja, maka perumahan itu perlu diberikan pada bumiputera 100%. Kenapa hendak dijual pada orang yang tidak tinggal atau bekerja disitu. Ini hanya menyebabkan bumiputera disitu tidak dapat memiliki rumah dan seterusnya hanya boleh menyewa. Ini akan menggagalkan hasrat kerajaan yang inginkan setiap rakyatnya mampu miliki rumah sendiri.

Peratusan itu juga tidak semestinya untuk bumiputera semata-mata. Kajian yang mengira jumlah komposisi setiap bangsa patut juga diadakan. Misalnya dikawasan itu ada 30% bumiputera, 20% cina, 25% india, dan seterusnya, maka pemilikan perumahan tersebut patut dikuotakan mengikut komposisi tersebut. Ini menjamin keadilan dan kesaksamaan. Kita tidak mahu penjual menjual rumah pada orang yang tidak menetap atau bekerja dikawasan itu. Paling penting, kerajaan kedah mengutamakan rakyat negeri kedah sendiri sepertimana selangor memastikan bahawa tanah dan rumah dikawasannya dimiliki oleh orang selangor (priority tertinggi) atau yang telah menetap di selangor melebihi waktu tertentu, atau telah bekerja di selangor.

Walau apa pun, jika kerajaan negeri ingin laksanakan juga, maka ia satu rahmah juga bagi rakyat negeri kedah. Moga kaum bumiputera disana mengambil kesempatan ini untuk memiliki harta sendiri. Janganlah menjadi insan tamak dengan menjual hanya kerana ingin untung cepat. Fikirkanlah generasi kita yang akan datang.

Zaid Ibrahim... Ahli politik dayus

Bila tidak berjaya, terus putus asa... Lepas tu duduk belakang tabir dok kutuk rakan serumah. Memang dasar pengecut. Kenapa nak bercakap dibelakang... di meja pena.. pada akhbar musuh. Bukankah sepatutnya lebih arif dalam soal undang-undang dan adab sopan kekeluargaan.

Walaupun mereka itu rakan baik, tapi, tidak semestinya segala rahsia dan segala kepincangan diperihalkan. Malah tidak sepatutnya memburukkan rakan serumah pada musuh yang hanya mencari kelemahan dan mempergunakan helah.

Zaid.. mungkin tidak sedar sudah menjadi musuh dalam selimut, duri dalam daging BN dan UMNO khususnya. Jika benar nak buat reformasi, mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Bukan sekadar menunding jari pada orang lain diatas kegagalan diri melaksanakan tugas diberi.

Sudahlah gagal laksanakan tugas, putus asa pula. Inikah rupanya pejuang bangsa, pejuang negara. Dimanakah maruah jika belum berperang sudah tewas di perjalanan? Buah Catur baru dimainkan, tapi bendera putih sudah didirikan. Sungguh memalukan. Sudahlah memalukan, cuba pula memalit sama lumpur pada rakan taulan. Hai... Hai... hai... keluh orang kampung...

Gerakan patut gantung Lian Hoe...

Kalau si Ahmad dari Bukit Bendera kena gantung dalam UMNO, maka Lian Hoe juga kena gantung sebab mengeluarkan kenyataan seperti si Ahmad tu.

Kalau Lian Hoe tidak meminta maaf, maka si Ahmad juga tidak perlu minta maaf. Malah penggantungannya juga perlu ditarik balik oleh UMNO.

Macam mana ni Koh Tsu Koon. Tak kan takut kut. Dulu beriya sampai ugut keluar BN. Tapi sekarang orang sendiri keluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menghina orang melayu. Sebagai orang melayu, saya merasa terhina dengan kenyataan Lian Hoe yang ternyata buta sejarah dan tidak baca sejarah dengan betul. Yang datang dari Nusantara tu ialah pedagang, parameswara, yang akhirnya menetap dikawasan ini dan berkahwin dengan orang tempatan. ORANG TEMPATAN. Maka Lian Hoe tidak layak keluarkan kenyataan begitu.

Biadap sungguh GERAKAN dan LIAN HOE sekarang ini. Koh Tsu Koon pula bagaikan pelakon opera cina yang hanya bermekap tebal tetapi tidak tahu memimpin dengan betul. Kalau Ahmad Bukit Bendera suruh minta maaf serta gesa kena tindakan sampai dah kena gantung keahlian, maka bila kok tsu koon nak ambil tindakan atas anak buah sendiri. Jangan cakap tak serupa bikin la...

Monday, October 13, 2008

Gerakan & PPP ... Cermin dulu baru bercakap...

Sebelum BN boleh jadi satu parti, kedua-dua parti ini perlu terlebih dahulu merealitikan apa yang dikatakan. Jangan sekadar bercakap mengenai penyatuan, tetapi diri sendiri tidak mampu lakukannya.

Jika berani, serta ingin merealisasikan agar BN jadi satu parti, Gerakan dan PPP perlulah dibubarkan dan menjadi satu parti atau bergabung dengan parti asal mereka, Gerakan kembali menyertai MCA, dan PPP kembali pada MIC... Tiadalah parti Gerakan dan PPP. Jika berani... seperti kata orang melayu.. WALK THE TALK...

Tapi, saya dapat rasakan bahawa Kayveas dan Koh Tsu Koon hanya bersandiwara sahaja. Mereka tentu sayangkan kuasa (Kuasa presiden parti) dan gilakan tempat diatas dan tidak berani lakukan apa yang mereka cakapkan. Biasalah tu.. Orang Politiklah katakan...

SRK dapat datuk... Melaka ni betul ke tak betul...

Sudah tidak ada lagikah orang melaka ataupun orang Malaysia yang layak diberi gelaran datuk? Jika tiada, jimatkanlah duit rakyat tu dari keluarkan duit untuk buat pingat serta bawa si SRK tu ke malaysia semata-mata nak bagi gelaran datuk yang tidak berguna pada dia dan juga rakyat malaysia.

Apakah sumbangannya pada malaysia? Tiada... Sekadar buat penggambaran di malaysia maka Chow Yun Fatt, Jackie Chan, dan beberapa orang artis luar pun layak diberi gelaran Datuk. Kalau setakat memperkenalkan nama malaysia, kumpulan nasyid terkenal, RAIHAN, lebih layak terima gelaran Datuk. Kalau nak kata perkenalkan Malaysia, bukankah producer yang patut dapat gelaran sebab pilih Malaysia.

Hairan .. hairan... Apalah yang difikirkan orang-orang melaka ni????

Nur Jazlan... siapa tu?

Kalau ikut kata Tun Mahathir... Pelawak professional... Mungkin... Atau kena tambah sikit.. Pelakon professional @ Pelawak hampeh....

Sudah lah tidak terkenal... Kalau nak dikatakan mewakili generasi muda, sudah pasti dikenali seperti mana orang mengenali Ahli Politik muda kini seperti Khairy, Mukhriz, Nazri Aziz dan beberapa orang lagi. Hendak dikatakan mewakili generasi lama... Kenapa generasi lama pun tak kenal kecuali orang kampung sendiri je. Hairan bin Ajaib... secara tiba-tiba menawarkan diri. Ataupun sekadar ingin mencari populariti murahan...

Apa pun, Nur Jazlan bagaikan pelawak yang bertaraf amatur.. silap haribulan amatur pun tak lepas.... tak pe la... jadi bahan lawak jenaka orang kampung kat kedai kopi... hehehehe

Thursday, October 09, 2008

Pak Lah akan berundur... Samy Vellu?

Samy Vellu... bila nak berundur? Sudah lama ... sehingga beberapa orang timbalan sudah disingkirkan apabila mencabar Mr Samy... Sudah 2 PM bertukar... Tidak terfikirkah Mr Samy yang anda dibenci oleh ramai orang termasuk kaum sendiri? Tidakkah anda terfikir sudah begitu lama sehingga tiada idea baru yang bagus? Tidakkah anda terfikir betapa meluatnya kami melihat kamu? Hai Samy Vellu... bilalah ko nak bersara...

Wednesday, October 08, 2008

PPP... Kavyeas... Do you think wisely?

Mr Kavyeas... Do you think wisely before you speak or you just said anything came out of your blank mind without having some thought first?

You mention that parties based on races is no longer reliable or efficient or what so ever. You request BN to be one party with all races and religion in that parties and all other parties should be disperse.

First of all, change won't start or happen by just saying it. Change starts from us. We ourselves change first before change other people or told them to change. If I'm not mistaken, PPP was form from MIC that was split due to unsatisfactory of few members lead by Mr Kavyeas himself. Correct me if I'm wrong as PPP majority members were indian. Why don't he disband PPP and rejoined MIC as the first step to make things/changes that he always 'dream' to happen?

Next, if the first step can't be taken due to some reason which all of us could think of, why don't PPP open to public, means anyone could join PPP and not belongs to one races. FYI, Mr Kavyeas, UMNO is not one races parties. UMNO members is 'bumiputera' of malaysia which can be malay, kadazan, dusun, asli, iban, etc. However, PPP is currently seem to be totally indian. So don't start asking something that you yourself does not act what you said. At least Gerakan, PAS, and PKR can be said as multi-racist parties although PAS only accept members that is MUSLIM (don't care either he/she is chinese, indian, malay, etc... as long as MUSLIM... I guest).

Well.... now let us throw the dice back to PPP to play the role. Lets us see his step. Don't said if you can not do what you said.

HINDRAF... nama pun pertubuhan haram...

Sudah nama pun haram... maka segala perangai dan tingkah laku pun ikut cara haram juga la...
Yang heran... PAS pun sokong benda haram ni... hai PAS... mana ISLAM mu? Dulu kata matlamat tidak boleh menghalalkan cara... kenapa sekarang halalkan pula yang haram ini?

Tidak adakah waktu lain untuk memberi memorandum dan terpekik terlolong seperti orang yang tidak beradat, beradap, malah tidak bertamadun? Bukankah sudah ada si Anwar yang kononnya membela nasib rakyat di Parlimen. Kenapa tidak disalurkan sahaja permasalahan anda pada si anwar and the gang? Kenapa nak guna cara yang provokasi begitu? Adakah Anwar juga tidak boleh dipercayai? Bagaimana pula dengan PAS? Bukankah agenda PAS adalah membela nasib rakyat dan mencontohi kepimpinan khalifah? Mungkin juga PAS pun orang india tak percaya. Bagaimana pula dengan DAP? hmmm... MIC? PPP?

Heran... tapi setelah difikirkan kembali, yang mempelopori Hindraf ni adalah terdiri dari professional juga, yakni ada peguam, peniaga, dan lain-lain. Maka tidak hairan lah jika Hindraf ini masih diujudkan walaupun ada pelbagai cabang parti lain yang boleh digunakan untuk salurkan permasalahan mereka. Setelah diteliti betul, yang kuat bersuara dalam Hindraf ni kebanyakkannya ialah yang berkepentingan sendiri... Ada motif yang terselindung disebalik angkara mereka ini. Harapnya masyarakat india sedar yang mereka diperolokkan oleh beberapa orang ini yang berselindung disebalik pertubuhan haram ini, HINDRAF.

Kepada kaum india, andai ada masalah, gunakanlah saluran yang betul... MIC, PPP, DAP, PAS, PKR, malah pelbagai NGO yang ditubuhkan sedia membantu. Jangan digunakan cara haram ini. Jangan mulakan provokasi yang akan hancurkan perhubungan erat antara kaum selama ini. Bertoleransi buka demi kita sendiri, tetapi demi sebuah negara dan demi anak cucu kita. Kita sudah nikmati kedamaian selama ini. Pastikan ia terus wujud didalam kamus minda anak cucu cicit kita.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com