A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, October 13, 2008

SRK dapat datuk... Melaka ni betul ke tak betul...

Sudah tidak ada lagikah orang melaka ataupun orang Malaysia yang layak diberi gelaran datuk? Jika tiada, jimatkanlah duit rakyat tu dari keluarkan duit untuk buat pingat serta bawa si SRK tu ke malaysia semata-mata nak bagi gelaran datuk yang tidak berguna pada dia dan juga rakyat malaysia.

Apakah sumbangannya pada malaysia? Tiada... Sekadar buat penggambaran di malaysia maka Chow Yun Fatt, Jackie Chan, dan beberapa orang artis luar pun layak diberi gelaran Datuk. Kalau setakat memperkenalkan nama malaysia, kumpulan nasyid terkenal, RAIHAN, lebih layak terima gelaran Datuk. Kalau nak kata perkenalkan Malaysia, bukankah producer yang patut dapat gelaran sebab pilih Malaysia.

Hairan .. hairan... Apalah yang difikirkan orang-orang melaka ni????

No comments: