A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, October 08, 2008

HINDRAF... nama pun pertubuhan haram...

Sudah nama pun haram... maka segala perangai dan tingkah laku pun ikut cara haram juga la...
Yang heran... PAS pun sokong benda haram ni... hai PAS... mana ISLAM mu? Dulu kata matlamat tidak boleh menghalalkan cara... kenapa sekarang halalkan pula yang haram ini?

Tidak adakah waktu lain untuk memberi memorandum dan terpekik terlolong seperti orang yang tidak beradat, beradap, malah tidak bertamadun? Bukankah sudah ada si Anwar yang kononnya membela nasib rakyat di Parlimen. Kenapa tidak disalurkan sahaja permasalahan anda pada si anwar and the gang? Kenapa nak guna cara yang provokasi begitu? Adakah Anwar juga tidak boleh dipercayai? Bagaimana pula dengan PAS? Bukankah agenda PAS adalah membela nasib rakyat dan mencontohi kepimpinan khalifah? Mungkin juga PAS pun orang india tak percaya. Bagaimana pula dengan DAP? hmmm... MIC? PPP?

Heran... tapi setelah difikirkan kembali, yang mempelopori Hindraf ni adalah terdiri dari professional juga, yakni ada peguam, peniaga, dan lain-lain. Maka tidak hairan lah jika Hindraf ini masih diujudkan walaupun ada pelbagai cabang parti lain yang boleh digunakan untuk salurkan permasalahan mereka. Setelah diteliti betul, yang kuat bersuara dalam Hindraf ni kebanyakkannya ialah yang berkepentingan sendiri... Ada motif yang terselindung disebalik angkara mereka ini. Harapnya masyarakat india sedar yang mereka diperolokkan oleh beberapa orang ini yang berselindung disebalik pertubuhan haram ini, HINDRAF.

Kepada kaum india, andai ada masalah, gunakanlah saluran yang betul... MIC, PPP, DAP, PAS, PKR, malah pelbagai NGO yang ditubuhkan sedia membantu. Jangan digunakan cara haram ini. Jangan mulakan provokasi yang akan hancurkan perhubungan erat antara kaum selama ini. Bertoleransi buka demi kita sendiri, tetapi demi sebuah negara dan demi anak cucu kita. Kita sudah nikmati kedamaian selama ini. Pastikan ia terus wujud didalam kamus minda anak cucu cicit kita.

No comments: