A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, June 10, 2008

Sekurang-kurangnya PM serius dari Shahrir

Bila dengar PM kata pengurangan belanjawan serta pemotongan elaun menteri, serta mengehadkan pemergian menteri, ia merupakan langkah bijak dan memberi contoh terbaik pada rakyat dalam usaha menangani inflasi dan kenaikan harga barang.

Cuma terkilan dengan kenyataan shahrir terdahulu bahawa kerajaan tidak akan mengurangkan elaun menteri kerana penjimatannya tidak signifikasi kerana jumlah RM2b padanya bukan satu jumlah yang besar serta tidak memberi impak yang besar.

Tapi dia lupa, rakyat tengok pemimpin. Rakyat ikut pemimpin. Kalau perkara itu pemimpin tidak boleh lakukan, jangan harap rakyat akan menurut. Dan Shahrir lupa bahawa yang kecil dan impak kecil itulah boleh menjadi satu kesan atau titik permulaan pada yang lebih besar.

Moga-moga kerajaan pimpinan Pak Lah lebih berdaya saing serta efisien dalam menguruskan aset negara dan kepentingan rakyat bersama.

No comments: