A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, June 13, 2008

Bayar gaji 2 kali... Bagus?

Kalau ditanya saya, tidak bagus jawapannya. Mengapa?
1. Kita dah biasa merencana perbelanjaan serta pembayaran dihujung bulan. Pembayaran 2 kali menyebabkan kita terpaksa strukturkan semula perbelanjaan dan akan akibatkan kita sukar menentukan kewajaran untuk sesuatu pembayaran itu.

2. Pembayaran 2 kali (satu dipertengahan dan satu dihujung) menyebabkan ada pihak yang akan boros kerana tidak boleh susun atur perbelanjaan dengan betul.

3. Kebanyakkan bil-bil serta pembayaran pinjaman ialah di hujung bulan. Keadaan ini akan menyebabkan ada bayaran tertunggak kerana sebahagian gaji sudah diguna pakai untuk perkara lain yang mungkin tidak disedari memberi impak dikemudian.

No comments: