Google

Tuesday, September 28, 2010

myMetro | JKR, polis digesa sedia mekanisme perlindungan

myMetro | JKR, polis digesa sedia mekanisme perlindungan

Dah lama dah berharap pihak berkenaan mengkaji laluan motosikal yang kononya selamat tetapi jauh panggang dari api. Yang bercakap (MIROS, JPJ, PDRM) tak pernah guna pun laluan motosikal. Cuba lah guna dan lihat laluan motosikal di Putrajaya, Lebuhraya persekutuan, lebuh raya KESAS dan lebuhraya guthrie. Dengan selekoh yang tajam, jalan yang sempit, serta laluan yang jauh dari jalanraya. Longkang pun tidak diselenggara. Malah ketika hujan, ada air bertakung, pasir bertaburan, dan paku-paku yang sengaja diletakkan. Sudah lama, tetapi orang-orang berkenaan dok suruh juga pakai jalan yang tak selamat.

Kalau kat highway pula, pemandu-pemandu malaysia bukan reti bagi signal. Malah kerap bertukar lorong secara mengejut lantas membahayakan penunggang motosikal.

myMetro | Peguam terjerat

myMetro | Peguam terjerat

Thursday, September 23, 2010

Paparan kebodohan orang melayu... oleh orang melayu juga (sambungan)

Pada beberapa minggu lepas, aku paparkan akan aksi kebodohan orang melayu.
Pada ruangan ini, aku paparkan cerita mengenai orang melayu yang bodoh juga... kiranya kesinambungan dalam memaparkan betapa orang melayu kita ramai yang semakin bodoh kerana tiada lagi jati diri melayu didalam mereka. Mungkin ada yang akan marah. Namun sebagai orang melayu yang tidak mahu lihat bangsaku terus tenggelam punca, maka, wajarlah aku paparkan kebodohan mereka agar menjadi teladan pada semua.

Kali ini aku ceritakan kebodohan seorang wanita melayu...

Kebodohan melayu yang kedua...
Wanita ini pernah berkahwin. Kemudian bercerai kerana suaminya ditangkap menagih dadah. Selepas itu, dia berkenalan pula dengan seorang lelaki yang memandu teksi. Juga seorang yang bermasalah. Dalam hati aku dan isteriku, terlintas akan kebodohan wanita ini. Tidak serik-serik. Sepatutnya kita mencari lelaki yang mampu memberi tunjuk ajar atau teladan yang baik. Ini tidak.. lelaki bermasalah juga dicarinya. Akibat dari tindakan bodohnya itu, anak dia yang begitu comel, mati dibunuh oleh lelaki bangang tersebut. Sungguh memalukan. Sudah pula itu, wanita melayu ini terus menampakkan kebodohannya apabila mengatakan tetap menyayangi teman lelakinya itu (belum bernikah rupanya) walaupun terbukti akan kegilaan lelaki itu. Apa punya bodohlah wanita ini. Tidak waraskah dia? atau memang tiada pedoman?
Sila baca ungkapan wanita ini di sini.

Larangan Kenderaan Berat Melalui Lebuhraya - Berkesan?

Larangan Kenderaan Berat Melalui Lebuhraya - Sejauh manakah keberkesanannya?

Larangan tersebut telah dikuatkuasakan sejak 2hb Ogos yang lalu (Berita Harian). Kenderaan yang melebihi berat tertentu tidak dibenarkan melalui 3 lebuhraya utama untuk memasuki Kuala Lumpur atau ke Klang. Dalam erti kata lain ialah tidak dibenarkan melalui lebuhraya kendalian PLUS (NKVE, NSE, FHR2) selama 3 jam bermula dari pukul 6.30pagi kecuali sabtu, ahad, dan cuti umum.

Apakah motif disebalik larangan ini? Pihak Plus didalam beberapa akhbar mengatakan bahawa tujuan ia dilaksanakan ialah bagi mengurangkan kesesakan ketika waktu puncak kerana pergerakan lori yang perlahan dan jika berlaku kerosakan atau kemalangan membabitkan kenderaan tersebut, masa diambil untuk menyuraikan trafik menjadi lebih lamat.

Signifikasinya pada masyarakat? Pada yang selalu menggunakan lebuhraya PLUS, larangan ini tidak langsung membantu dan berkesan. Kesesakan tetap berlaku. Terutamanya selepas sahaja pemilik kenderaan membayar tol. Melepasi sahaja kaunter atau plaza tol, kesesakan telah disediakan untuk dilalui. Malah, ketika waktu puncak, kesesakan berlaku sebelum plaza tol lagi. Dan ketika melalui laluan selepas tol, kelihatan kenderaan berat yang bergerak perlahan melaluinya juga. Ada juga kenderaan yang perlahan seperti jentolak melalui jalanraya tersebut. Maka, manfaat apakah yang diberikan melalui larangan tersebut? Malah, jalan lain menjadi bertambah bahaya dan tidak selamat. Lori-lori besar ini melalui Lebuhraya Guthrie atau melalui jalan dalam untuk menuju ke destinasi masing-masing. Lantas ini menyebabkan laluan yang sebelum ini selamat, telah bertukar menjadi bahaya akibat dari larangan tersebut.

Maka, dengan ini saya ingin sarankan bahawa larangan ini dimansuhkan. Sebaliknya, larangan tersebut ditukar kepada larangan kenderaan berat atau bergerak perlahan (tidak kira lori atau jentolak) tidak dibenarkan langsung memasuki Kota Kuala Lumpur diwaktu puncak (6.30pg - 9.30pg dan 4.30ptg - 7mlm). Dengan larangan ini, maka barulah kesesakan teruk dapat dikurangkan.

Jangan dibandingkan dengan Pulau Pinang yang melarang kenderaan berat melalui Jambatan ketika waktu puncak. Ini kerana untuk keluar dan masuk pulau pinang, kenderaan berat hanya boleh melalui jambatan pulau pinang sahaja. Maka larangan ini amat berkesan. Dibandingkan dengan kuala lumpur yang mempunyai pelbagai laluan masuk, maka cara ini tiada memberi impak langsung.

Oleh itu, saya harap, pihak berkenaan akan mengkaji kembali akan larangan ini dan menjadikannya lebih berkesan.

Wednesday, September 15, 2010

Cinta Sayang Resort (SP, Kedah)... 4 Star but worst than no star hotel/resort

I booked 3 days and one night stay at Cinta Sayang Resort Sungai Petani, Kedah from 11 September to September 2010 and shall check-out on 13 September. I have not been in this resort yet since I choose to stay in hotel after married and had kids every time I went back to my home town to visit my parent.

I normally stays in either Swiss-In, Park Avenue, Northen Lodge, El-Zahraa Inn (first time there too), or Regency Hotel (Alor Setar) etc. So this time, I tought of staying in this 4 star resort. Beside, it is near to the waterpark (carnival) and I would like to bring my kids there.


The first time I step into my room, I already amazed on how worst this resort are. The TV is damn 5 years back old fashion TV. Small and nothing impressive. The the bathroom. I believe there is not much change being done since its operate. The bath-tub is kind of improper and not a very nice to see. What is worst than that? There is NO TOWEL at all. Not even a face towel. I had to request 3 times and had to wait almost an hour to get a towel. Yet the towel is like towel provided at 'Rumah Tumpangan'. And still no face or hand towel. The reason given to me was there was not enough towel and there are having laundry problem (laundry too slow). Hey man, this is not Rumah Tumpangan... this is a 4 star resort. I don't care about your problem. Go and solve it out. I'm not paying just to get frustrated and tension.

Next day, breakfast time. I've been thinking... a 4 star resort should have a variety of food and should be delicious. I've been from 1 star hotel to 5 star hotel and even 6 star at cyberjaya. I can says all of the places I've been, they have variety and also good food. It not all the food, at least 50% is tasteful. At Cinta Sayang Resort, the food is too little, not much choices (don't even have ketchup for your half-boiled egg) and even worse is the taste. It is like eating in a hospital.

Then we go for a swim in the pool. It is very disappointed that a resort in Malaysia prohibit MUSLIM people from swimming in the pool. Why? because they did not wear proper attire? Why we need to follow such rules? We are MUSLIM and this is MUSLIM's country. My wife should be allowed to swim with her 'tudong' as it is mandatory to MUSLIM women. And yet in this MUSLIM countries, that is prohibited in the resort or hotel.

We take a rest in our room. I thought, staying in a resort will ease my mind as there will be no noise or tension. I shall be relaxed and rest as I wanted to do. It only last for 1 hour. Then come some moron people making noise like hell and as they are they only group of people in the resort and staying at that area. I call the resort people and request them to told this moron people to be quite as they are not alone here. Guess what, they can do anything. And to make thing worsen, they said that the moron people is celebrating wedding. What the f**k? It does not give them a ticket to make such noises and it does not give them opportunity to disturb other people privacy. I'm paying too and not staying there for free.

After 1 hours of tension at feel that this will not get better, I've decided to check-out after staying one terrible night at Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. What I heard from local people especially whom when there to play golf was that, if you are foreigner, especially Japanese or Korean, you will be treated with flying colors. But if you are local, they will assist you like shit.

From that day onwards, I've decided, I will not recommend this worst 4-star resort to anyone and will give bad impression if anyone asking about this resort.

Melayu bersatu? Islam Bersatu? Benarkah... sambungan

Minggu lepas saya pertikaikan akan kebenarannya mengenai melayu bersatu atau ISLAM bersatu dan tonjolkan 3 sebab yang saya katakan bahawa melayu atau ISLAM di Malaysia tidak bersatu. Sekarang, saya nak tambah satu lagi sebab yang saya ketemui ketika dalam perjalanan ketempat kerja...

Satu banting @ banner ucapan selamat hari raya dari PAS di Bandar Tasik Puteri. Bantingnyer hanya satu, tapi yang menariknya ialah pada bahagian dari mana ucapan diucapkan. Ada 4 cawangan PAS didalam senarai itu. Dan paling menghairankan ialah semua cawangan itu berada berdekatan antara satu sama lain. Dan semuanya berada dalam lingkungan bandar tasik puteri. Persoalannya, kenapa sampai 4 cawangan? Besar sangat ke tasik puteri tu? Kalau besar pun, kenapa perlu ada empat? kenapa tidak disatukan? kenapa nak pisahkan pada 4 pasukan?

hmm... sendiri fikirlah.

Mengapa makin banyak jenayah kejam?

Pelbagai kisah bunuh dipaparkan dan pelbagai cara bunuh dipaparkan setiap hari dilaman akhbar sama ada yang dikatakan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang... Tapi yang pastinya ada pelbagai huraian dan andaian dilakukan oleh setiap penulis.

Persoalannya ketika ini ialah, mengapa apabila indeks jenayah kita menurun, jenayah kejam makin banyak dipaparkan? Adakah indeks jenayah yang diumumkan hanyalah wayang semata-mata untuk mengelabui mata masyarakat malaysia? Atau indeks itu adalah hasil dari pengolahan oleh beberapa pihak agar ia kelihatan berlakunya kejayaan dalam penambah-baikan yang dilakukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenarnya?

Mengenai kes popular ketika ini, penglibatan seorang yang sememangnya didalam jurusan undang-undang agak mengejutkan. Apakah selepas ini ada lagi wakil pihak itu yang akan didedahkan penglibatannya? Adakah mereka ini yang sepatutnya menjaga undang-undang sudah bijak bermain dengan undang-undang? Lihat sahaja pada filem Bollywood dan tamil dari negara India.. ia menggambarkan betapa sebenarnya pihak yang sepatutnya menjaga dan memelihara keadilan (peguam dan hakim) juga tidak lari dari mengkhianati profesen mereka sendiri. Siapakah yang sepatutnya mengadili mereka ini? Patutkah mereka dikenakan hukuman yang lebih berat kerana mereka ini telah menggadai maruah dan menghina profesen mereka?

Bagaimana pula dengan kes bunuh yang amat kejam yang lain? Sudahkah kita hilang pertimbangan? Dimanakah nilai-nilai agama didalam diri kita? Mengapa kita tergamak melakukannya? Pulau Jerejak patut dihidupkan kembali... agar menjadi tempat yang mampu menginsafkan mereka ini. Dan pada masyarakat, bukalah mata dan minda... perhatikan jiran anda ... tidak salah menjaga tepi kain orang andai itu mampu menjamin keselamatan semua pihak... tp jangan terlebih jaga.

Thursday, September 09, 2010

Isu bukan masuk ISLAM masuk masjid

Dua minggu yang lepas, ada seorang ustaz dari PKR datang memberi tazkirah di sebuah pejabat. Tajuk tazkirah yang dibawah berkaitan dengan buku yang dibawanya, yakni.. "Apa Ertinya Aku Menganut Islam". Ustaz muda... maklumlah... kebanyakkan ustaz dlm PKR semuanya muda-muda belaka... belum mampu kawal api lagi. Lalu melentinglah dia bila sentuh satu topik dan dikait-maitkan dengan isu masuk masjid oleh YB DAP di Kajang.
Ustaz ni menjawab persoalan dan jawapn yang diberikan oleh pihak JAIS mahupun UMNO (katanya).
Pihak yang dia benci cakap ... orang bukan muslim tidak boleh berada didalam dewan solat kerana:
1. Najis
2. Tidak menutup aurat
3. Bukan Islam lalu menghina ISLAM kerana berada didewan solat
4. Tidak mandi hadas
dan ada lagi dua yang saya tak berapa ingat.

Jawapan ustaz muda ni:
1. Orang hampeh tu amik cuma sebahagian ayat je dari keseluruhan surah. Dan katanya mereka itu tidak faham erti dan sebab kenapa dikatakan najis.
2. Orang ini tak faham. Aurat hanya diwajibkan untuk orang ISLAM. Kemudian dia kaitkan dengan kisah seorang menteri yang tutup rambut ala kadar berucap didalam masjid dengan orang berpakaian ketat dan juga tidak tutup aurat.
3. Hey.. zaman rasul s.a.w, orang bukan islam dibenarkan datang dan masuk masjid untuk mengenal ISLAM. Lalu dia kaitkan beberapa kisah dan salah satunya mengenai seorang bukan Islam yang diikat pada salah satu tiang didalam dewan solat.
4. Dia cakap, antara syarat sah mandi hadas ialah ISLAM. Minah tu bukan ISLAM... nak mandi hadas mendenya...


Lalu saya terfikir... benar juga katanya... hmmm....
saya masih lagi nak persoalkan kerana ingin tahu lebih lanjut..
kepada ustaz PKR... ini jawapan saya pula..
1. Ini saya tidak boleh jawap kerana tidak berilmu dalam memahami Ayat Al-Quran yang cukup dalam maknanya.
2. Aurat.. Kalau menteri tu menari dalam masjid, korang pun nak buat juga ke? Kalau menteri tu tak berapa betul imannya korang nak bandingkan juga ke? Apa lah ustaz ni. Kalau dia kencing berdiri, korang nak kencing berlari ke? Kalau dia org buat dosa.. korang pun nak buat juga ke. Pasal aurat. Saya ingat lagi cakap seorang ustaz dia org juga yang terasa pahala berkurangan kerana zina mata sebab nampak orang tak tutup aurat ketika dalam perjalanan ke tempat nak bagi tazkirah. Kalau dalam perjalanan nampak orang tak tutup aurat pun kita rasa pahala kita berkurangan... apatahlah duduk depan mata dalam masjid berzina mata didalam masjid secara terang-terangan.. walaupun dia berbaju kebaya, tetapi kebayanya masih lagi menampakkan susuk badan dan rambutnya. Ya, dia bukan ISLAM maka tidak layak dia memakai tudung.. tp kita yang jemput dan tengok tu.. apa cerita? kita tak dosa ke? Dan tidak boleh ke kita berikan hijab padanya.. bukan sahaja mampu tarbiahkan dia, malah paling tidak sebagai cenderamata, dan kita pun selamat dari fitnah (ini yang kita nak jaga) dan dosa percuma kerana memandang bukan muhrim berulang-kali ditempat suci. Kita boleh kata kita ok, tidak bernafsu... tapi yakinkah kita yang lain juga tidak berfikiran sebegitu? Mana lebih baik?
3. Ustaz ini cakap berdasarkan fakta... betul juga.. tp macam dalam ayat Al-Quran.. kenapa kita perlu fahami keseluruhan ayat dan surah untuk tahu maksud tersirat? begitu jua dengan perihal membenarkan orang bukan ISLAM datang dan masuk ke masjid. Kenapa? Untuk belajar dan kenal ISLAM. Tidak salah kita ajak mereka datang dan duduk dalam masjid dan dengar tazkirah dan lihat kita solah. Tapi YB ni datang nak dengar tazkirah atau bagi ucapan, sumbangan, kemudian itu je? Kalau nak belajar, tak perlu berdiri depan. Kalau nak mengajar dia mengenal ISLAM, tidak perlu kedepan. Lagipun tidak ada pun ustaz ini cakap bagaimana ketika zaman rasul s.a.w mereka itu masuk ke masjid. Adakah dengan berpakaian sebegitu? Adakah mereka berada didepan dan memberi ucapan?
4. Kalau dah syarat dia ialah ISLAM, maka mandi hadasnya tidak sah... benar juga ustaz. Kalau dah tahu tak sah, pastinya dia sentiasa dalam keadaan kotor. Kalau sudah sentiasa kotor, wajarkah kita benarkan dia berada dalam solat? kalau benar nak bagi ucapan dan sumbangan, kenapa tidak sahaja kita lakukan di bahagian tepi masjid? kenapa tidak hanya kaum wanita yang hadir sebagai ganti? kenapa tidak dilakukan dibahagian belakang sekali.. kenapa perlu berada didepan?

ntah le... sendiri fikirlah...

Wednesday, September 08, 2010

Paparan kebodohan orang melayu... oleh orang melayu juga

Dalam ruang ini, aku ingin sekali memaparkan gelagat orang melayu yang bodoh tahap melampau. Aku bukan menghina orang melayu kerana aku sendiri orang melayu. Malangnya bangsaku ini begitu ramai yang bodoh, ego, angkuh, dan sombong. Tidak dinafikan ramai lagi bangsaku yang sopan, bijak, dan beradab. Tetapi yang mangkuk hayun inilah yang selalu mencurah nila pada susu. Saksikanlah cerita-ceritanya

Kisah melayu bodoh yang pertama.
Aku pergi ke carrefour wangsamaju. Pulang dari situ ada satu mamat melayu ni bawa kereta myvi. Sudahlah berada dilorong salah, kemudian terus masuk tak bagi signal. Aku bunyikan hon. Tahu apa dia buat.. Dengan bangangnya, dia perlahankan kereta didepan aku. Lepas tu jalan macam kura-kura nak tunjuk samseng. Kemudian bila aku masuk ke laluan lain, dia hon aku. Aku marah punya pasal, aku tunjuk tunjuk isyarat tak de signal kat mangkuk hayun ni. Kerana tidak berpuas hati, dia ikut aku ke laluan lain, lalu sebelah aku, buka tingkap dan maki hamun. Lepas tu masuk macam celaka ke laluan aku dan buat 'u' turn sambil menunjukkan perangai samsengnya. Dalam hati aku, inilah perangai melayu.. kurang ajar tidak bertempat.. samseng.. dan paling teruk.. BODOH TAHAP MELAMPAU. Ini gambar mamat melayu yang bangang ini.

Ni selepas dia maki hamun... sanggup buat satu pusingan semata-mata nak kejar aku dan maki hamun... bodohnya... dibawah ni... bila dia sedar aku amik gambar... terus jalan laju...
















nanti akan aku paparkan lagi gelagat orang melayu yang memualkan... aku paparkan kerana aku mahu bangsaku ini lihat betapa mereka ini berada didalam kerugian kerana memperbodohkan diri sendiri.

Monday, September 06, 2010

TV3 tarik balik iklan raya tahun ini.

Alhamdulillah.. TV3 menarik balik iklan rayanya setelah mendapat kritikan dari orang ISLAM semua. Tahniah kerana berani mengambil tindakan sewajarnya. Namun begitu, iklan tersebut masih lagi berada di YouTube dan sebagainya. Nyata ini akan meninggalkan kesan yang tidak terfikir di masa hadapan.

Kepada TV3, seandainya ingin terbitkan iklan yang berkaitan dengan orang ISLAM, pastikan pengarahnya adalah orang ISLAM, dan bukannya bukan ISLAM. Atau sekurang-kurangnya ada pengarah bersama dan mendapat kelulusan JAKIM. Sudahlah pengarahnya adalah bukan ISLAM yang tidak memahami erti AidilFitri, malah memberi alasan kreativiti dan pembaharuan untuk menggambarkan melayu millenium. Kalau ia pun ingin gambarkan melayu millenium, pengarah yang tidak berakal ini sepatutnya tahu bahawa AidilFitri bukan disambut oleh orang melayu, tetapi oleh orang ISLAM. Dan seharusnya pengarah cetek akal ini mendapatkan maklumbalas dari pihak berkaitan ISLAM dahulu sebelum melepaskannya untuk tontonan.

Moga ini menjadi pengajaran pada orang lain yang ingin terbitkan sesuatu berkenaan ISLAM.

ISLAM di Malaysia bersatu? Benarkah?

Ada yang cakap demi ISLAM kita perlu bersatu. Ada yang kata, kerana ISLAM kami bersatu. Malah ada yang menuduh orang lain bersatu kerana Melayu dan bukan kerana ISLAM dan ada yang memperlekehkan permintaan orang yang tidak sejiwa untuk bersatu kerana berlainan landasan dan ada pula yang mengatakan bahawa dia bersatu walaupun berlainan panji. Benarkah kita bersatu atas nama ISLAM? Benarkah kita tidak bersatu kerana berasaskan bangsa dan bukan agama seperti kata pihak lagi satu? Yang mana satu betul?

Pada saya, kedua-duanya tidak betul... Kenapa?

1. Kita ada 3 parti yang majoritinya orang melayu dan umat ISLAM. Kalau benar kita bersatu, kita tidak perlu parti atau tidak perlu berpecah 3 walaupun dua itu dari pakatan yang sama. Hakikatnya, dari pakatan sama pun senantiasa bergaduh walau tidak jelas, apatah lagi berlainan pakatan.
2. Didalam satu kawasan, kita ada masjid dan surau. Kenapa perlu sehingga 2 tempat solah? Ada yang bagi alasan bahawa Masjid sudah penuh, jadi perlu di buat surau untuk tampung jemaah. Soalan saya, kenapa tidak diperbesarkan sahaja Masjid itu?
3. Didalam dewan solah, imam selalu berpesan sebelum solah.. "Rapatkan dan luruskan sof kerana sesungguhnya sof yang sempurna itu melahirkan solah yang sempurna"... Cuba perhatikan.. di sof depan pun masih ada rongga-ronga yang jelas dan susunan yang tidak teratur.

Jadi, adakah kita bersatu?

Thursday, September 02, 2010

Peguam wanita bukan Islam - Apa signifikasinya permintaan ini dan impak pada Malaysia?

MAIWP kemukakan bantahan awal

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan seorang peguam wanita bukan Islam yang mahu mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam dibenarkan berkhidmat di Mahkamah Syariah di sini....[baca selanjutnya]

Semasa mendengar berita ini pertama kali, terdetik didalam hati untuk mengkaji mengenai perkara ini secara logikanya dan mencari yang tersirat disebalik permintaan ini. Yang pastinya, jika ini dijadikan agenda politik, pastinya PR akan menyokong permintaan peguam ini dan ulama-ulama didalamnya akan keluarkan kenyataan berkaitan kebaikan yang kononya dapat mendedahkan bukan ISLAM pada ISLAM dan mengaitkannya akan kejadian di Zaman Rasul S.A.W dan para sahabat. Ironinya, pernahkah kita berfikir secara mendalam akan akibatnya dari sesuatu yang kita tidak jangkakan. Rambut sama hitam, hati tetap lain-lain.

Melihat pada namanya, Victoria Jayaseele Martin, sudah pasti kita akan sedia maklum akan agamanya. Bila melihat pada itu, terdetik saya untuk merenung sejarah di zaman kegemilangan ISLAM dan juga ketika Melaka teguh pemerintahannya dibawah panji ISLAM. Apakah yang menjatuhkan mereka ini? Kenapa yahudi yang dulu tenggelam, kini merupakan kuasa utama dunia sehinggakan tiada ada satu negara pun didunia ketika ini sanggup berdepan dengan mereka. Mengapa eropah yang pernah mengalami zaman kegelapan, kini jauh meninggalkan ISLAM?

Satu persoalan yang amat mudah kita ungkapkan, tetapi realitinya, kita masih tidak berupaya mengubati barah yang semakin kuat menular. Yahudi mengkaji Al-Quran dan mencari kekuatan umat ISLAM kerana dimana terletaknya kekuatan ISLAM, disitu juga merupakan titik kelemahan umat ISLAM. Begitu juga dengan penganut agama lain yang mengenal ISLAM ketika zaman kegemilangannya bukan sekadar untuk menimba ilmu, tetapi juga seperti bangsa yahudi, yakni mencari kelemahan umat ISLAM semua. Dan kerana itu, kita dapat lihat, umat ISLAM semakin lama semakin mundur, lemah, dan tidak berupaya. Seperti mana berpuluh negara ISLAM yang mengelilingi palestin, tetapi tidak mampu menewaskan yahudi yang dikelilinginya. Anak muda diumpan dengan jaringan sosial, hak asasi, hiburan tanpa had agar mereka jauh meninggalkan kekuatan mereka, yakni Al-Quran dan Sunnah.

Jadi, apa kaitannya dengan permintaan peguam tersebut untuk menjadi peguam di mahkamah syariah. Untuk perkara ini, harus kita senaraikan akan kejadian-kejadian yang mampu kita fikirkan akan signifikasinya permintaan beliau itu. Kejadian tersebut ialah:
1. Kisah kematian beberapa umat ISLAM dimana perginya mereka ini tanpa sempat memaklumkan pada kaum keluarga mereka mengenai agama yang telah ditukar dan dianuti.
2. Kisah beberapa orang golongan berfikiran cetek sehingga sanggup membuat permohonan untuk murtad.
3. Kisah umat ISLAM yang lalai menjalankan kewajipannya dan rela melakukan maksiat seperti zina, minum arak, dan lain-lain
4. Kisah permintaan penggunaan kalimah Allah
Dan pelbagai lagi kisah dan kejadian yang tidak dapat saya fikirkan ketika ini. Semua ini menjadi satu peluang untuk peguam bukan ISLAM berbakti andai kata mereka ini dibenarkan mencampuri urusan Mahkamah Syariah. Bayangkan, jika ada kes permohonan murtad, sudah pasti yang akan membela mereka ialah peguam yang bukan ISLAM. Apa impaknya, makin ramai yang tanpa segan silu membuat permohonan kerana tahu mereka akan dibela. Bagaimana pula kes kematian? Maka, akan berlarutanlah perbalahan ini kerana sudah ada pihak yang akan mempertahankan pendapat mereka. Malah ia akan menjadi sukar kerana pihak ini sentiasa akan mencari kesilapan pihak berkaitan untuk memastikan lebih ramai yang dimasukkan ke neraka. Bagaimana pula yang melakukan perkara mungkar. Pastinya mereka seronok kerana ada peguam bela yang akan membela nasib mereka dari dikenakan hukum huduk.

Maka, direnung jauh akan impaknya pada Malaysia andai permohonannya berjaya, Malaysia akan menjadi seperti negara sekular lain, murtad berleluasa, maksiat dimana-mana, dan ISLAM hanya pada agama dan nama, tidak pada kehidupannya.

Oleh itu, haruslah kita pastikan agar ini tidak terjadi dan ISLAM kekal sebagai agama yang suci, tidak dicemari oleh perkara yang dibenci.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com